tag:blogger.com,1999:blog-9011262380994412233.post1689563550377159060..comments2022-03-25T22:38:52.550+08:00Comments on editorialblog: Apa Kata Editor MSM (Bhg 32 - Tun Mahathir keluar Umno)editorialhttp://www.blogger.com/profile/11443901063467348830noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-9011262380994412233.post-8975307501976145462008-05-19T22:01:00.000+08:002008-05-19T22:01:00.000+08:00Saya rasa saya adalah antara segelintir rakyat Mal...Saya rasa saya adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak terkejut dengan keputusan Tun Dr Mahathir untuk berunder dari menjadi ahli Umno.
Saya mengatakan demikian kerana saya merasakan TDM telah tersangat kecewa dengan apa yang sedang berlaku didalam Umno. Namun setelah menegur seawal 2006 lagi tapi semuanya tidak diendahkan oleh kepimpinan Umno.
Saya rasakan kepimpinan Pak Lah setelah mengambil ahli mempunyai satu misi yang amat sekali mudah untuk memajukan negara. Segala blueprint telah tersedia dan apa yang perlu hanyalah perlaksanaan dengan betul dan berhemah. Ikut saja blueprint dan negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020.
Tapi amat malang sekali setelah berkuasa pertadbiran Pak Lah telah menukar arah dan system ekonomi negara. Mereka telah merencana system ekonomi baru yang perlu dimulakan dari tahap sifar "0". Bila ini terjadi nikmat kejayaan akan cuma dapat dinikmati setelah ia matang dan mencapai mungkin 70-80% perlaksanaannya. Maka rakyat terpaksalah merana dan bertungkus lumus berkerja untuk mencapai tahap kejayaan yang diharapkan. Itu pun jika ia berjaya.
Kekecewaan TDM (selain dari tersebut diatas) saya rasakan antara lainnya adalah:
1. Maruah dan nama negara semakin terhakis diluar negara. Semasa zaman TDM, kita amat berbangga untuk mengatakan yang kita dari Malaysia tapi sekarang ni nak cakap pun malas
2. Negara negara OIC menaruh harapan yang amat besar keatas Malaysia bila ia diberikan jawatan Pengerusi (semasa pertadbiran TDM) tapi semuanya tidak kesampaian bila Pak Lah yang menjadi Pengerusi. Langsung tidak kedengaran suara OIC.
3. Setiap satu legasi TDM cuba dirubah dan dihapuskan. Putrajaya, Cyberjaya dan MSC seperti dilupakan.Tiada langsung usaha untuk menambah nilai semua ini.
4. Hampir kesemua perancangan TDM dihentikan umpamanya double track, jambatan mengantikan tambak Johor.
5. TDM melihat segala penat lelah dan perancangan untuk negara yang dibina selama 22 tahun terhapus hanya dalam masa 3 tahun
6. Kepentingan dan kesejerhartaan rakyat tidak langsung menjadi agenda utama pertadbiraan Pak Lah.
7. Setelah lebih 2 bulan PRU12 masih tidak ada perubahaan yang dilihat atau pun dirasai oleh rakyat.
Coretaan diatas hanyalah sebahagian dari peramatan saya yang dirasakan telah mendorong TDM untuk keluar dari UMNO.
Saya cuma terkejut yang TDM tidak mengambil langkah ini lebih awal lagi.

akdAnonymousnoreply@blogger.com