Sunday, February 7, 2010

Masuk keluar, masuk keluar

Dah lama tidak memperkatakan mengenai orang dalam dunia surat khabar. Ramai juga rakan-rakan yang bertanya dan mahu mengetahui apa cerita yang berlaku sekarang dalam akhbar.

Sebenarnya, orang dalam surat khabar pun ada susah senang dan naik turun. Dalam kumpulan NSTP, Utusan, Star, Bernama dan kumpulan TV Media Prima pun kakitangannya ada yang naik dan turun, susah dan senang.

Yang beralih angin untuk ke tapak baru yang lebih selesa dan mencari ilmu baru pun ramai juga sekarang. Baguslah jika ada hasrat untuk menambah ilmu, mencari kawan, bukan lawan seperti penyokong parti politik di Malaysia.

Yang beralih angin, tentulah mendapat tawaran lumayan dan tahniah lah, manakala yang pernah mendapat income lumayan tetapi ditawarkan income rendah pula, tahniah juga lah kalau dah setuju. Apa nak buat. Yang taat setia dengan satu-satu akhbar hingga puluhan tahun, tetapi tiada peluang mendapat income besar, apa boleh buat.

Masuk keluar, masuk keluar tetap dapat perhatian. Sedangkan sikap masuk keluar, masuk keluar ini bukan sesuatu yang bagus. Betul lah kalau 'bercerai' talak satu, dua boleh rujuk, tapi biasanya kita rasa malu lah pula. Tebal sajalah muka.

lai lah jika dapat tawaran, dipanggil semula oleh sesebuah organisasi. Tiada siapa yang boleh kata apa. Jika dipanggil tu maknanya, organisasi itu mengetahui dan menghargai kebolehan seseorang.

Lain kali nasihat editorial ialah kenalah rajin-rajin dekati boss, ambil hati boss - pokoknya AMPU mau lebih beb baru lah boleh naik.

Setakat taat setia dalam satu-satu media, susah nak naik. Dunia sekarang tidak melihat ketaatan, kesetiaan, kelebihan atau kebolehan seseorang dalam bidangnya. Dunia sekarang kena berani bersembang dengan boss-boss, bukan berani tegur boss. Kalau berani tegur boss, terimalah balasannya.

Satu lagi cara nak naik pangkat sekarang ini, bukan setakat buat-buat rajin. Tetapi kalau buat-buat malas kerja pun boleh naik pangkat beb. Apa nak hairan, saingat kenaikan pangkat bukan saja berlaku dalam sektor awam, tetapi sememangnya lumrah juga dalam sekstor swasta-

Pergilah mana-mana firma swasta pun, tentu ada yang dilabel kaki ampu. Dan jangan salah anggap pula dengan orang yang mendekati boss-boss itu tujuannya semata-mata untuk mengampu.

Ada juga yang ikhlas untuk mencuri ilmu daripada boss-boss mereka. Mencuri ilmu ni tak salah dan ada kelebihannya dan orang begini yang boleh diberi banyak peluang membuktikan kebolehannya.

Wassalam buat kali ini.

P/S: KEBOLEHAN kita sama. Hanya KELEBIHAN yang membezakan kita.

Wednesday, January 27, 2010

Tepuk dada tanya selera

Ramai yang bertanya, malah ada yang menelefon para editor kanan mengenai editoriablog yang sudah lama tidak membuat posting. Bukan itu saja, tentu ada yang sakit hati apabila dinyatakan bahawa ada juga pihak yang mahu 'membeli' blog ini, hanya kerana namanya 'EDITORIAL' blog. Hamun hal itu, akan diurus dan diselesaikan kemudian. Dalam perkembangan baru ini, Editorialblog mempersembahkan di sini satu tulisan yang ada kaitan dengan akhbar:....

Friday, January 22, 2010

MASA DEPAN AKHBAR

Oleh Nobisha

New York Times (NYT), akhbar yang berusia 159 tahun, akan mula mengenakan bayaran kepada pembaca. Mulai tahun depan, seseorang hanya boleh membaca sejumlah mukasurat NYT versi online; untuk mengakses selebihnya, sila bayar.

Keputusan itu dibuat kerana NYT berhadapan dengan masalah kemerosotan edaran (circulation) dan kekurangan pendapatan iklan. Pada tahun lalu, gaji wartawan NYT dipotong 5% dan 100 pekerja bilik berita ditamatkan perkhidmatan. NYT ialah akhbar ketiga terbesar edaran (928,000) di Amerika Syarikat; di belakang Wall Street Journal dan USA Today.

Dilema yang dihadapi oleh NYT bukanlah sesuatu yang baru dan terpinggir. Akhbar harian besar di Amerika Syarikat mengalami kemerosotan jualan purata sebanyak 15% pada tahun lepas. Outsell, sebuah firma penyelidikan, menjangkakan purata kemerosotan edaran akhbar Amerika Syarikat pada kadar 3.5% pada tahun ini. Jumlah edaran majalah juga merosot -- dari Newsweek kepada Readers Digest.

Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation (ABC), edaran akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada tahun 2009 (Jun), ialah sekitar 160,000 (Berita Harian) dan 170,000 (Utusan Malaysia). Pada tahun 2006, edaran Utusan Malaysia ialah 213,000, manakala Berita Harian mencatatkan angka 203,000.

Mingguan Malaysia masih berada di atas dengan edaran 411,000, berbanding Berita Minggu 263,000. Ia adalah penurunan edaran dari 483,00 bagi Mingguan Malaysia dan 333,000 bagi Berita Minggu.

Akhbar berbahasa Inggeris juga mengalami kemerosotan edaran. Jumlah edaran akhbar The Star pada tahun 2009 ialah 295,000; berbanding 310,000 pada tahun 2006. The New Straits Times juga merosot dari 139,000 pada tahun 2006 kepada 120,000 pada tahun ini.

Adakah betul kata-kata bahawa kemerosotan jualan adalah disebabkan orang tidak membaca akhbar disebabkan sesetengahnya cenderung menyokong kerajaan?

Saya tidak fikir begitu. Laman web Alexa.com meletakkan akhbar The Star pada tangga 15 laman web paling popular di Malaysia (berdasarkan page hits), diikuti oleh Utusan Malaysia (24) dan Berita Harian (29).

Berdasarkan statistik ABC dan maklumat Alexa.com, saya rumuskan bahawa masyarakat masih membaca akhbar. Minat mereka kepada laporan berita dari media massa arus perdana tidak menurun. Saya percaya organisasi media dengan wartawan terlatih dan "gatekeeper" berperanan menyebarkan berita yang diharapkan oleh pembaca -- walaupun pada masa yang sama pembaca juga menjenguk media baru (seperti blog) untuk mendapat berita alternatif dan maklumat tambahan.

Apa yang berlaku ialah peralihan media dari kertas (hard copy) kepada versi online. Ia juga selari dengan ledakan internet di negara ini -- pada tahun 2000, ada 3.7 juta pengguna internet di Malaysia, ia bertambah kepada 16.9 juta pada hujung 2009.

Mungkin agak keterlaluan untuk saya meramalkan bahawa pada suatu masa nanti yang cukup hampir, akhbar dalam bentuknya yang ada sekarang akan pupus dan ia digantikan oleh versi online. Menurut Economist.com, San Francisco bakal menjadi bandar pertama yang tidak lagi mempunyai akhbar tempatan. Saya fikir hal yang sama tidak mustahil di Malaysia.

Langkah NYT mengenakan bayaran kepada pembaca adalah sesuatu yang baik (setidak-tidaknya untuk survival akhbar berkenaan) -- walaupun ia pernah gagal apabila membuat cubaan kali pertama sebelum ini. Apa lagi pilihan yang mereka ada?

Sehingga kini, belum ada lagi akhbar yang berjaya dengan "business model" ini. Di Malaysia, portal seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Harakahdaily (ketiga-tiganya berada dalam senarai "Top 100" - Alexa.com - laman web popular di Malaysia, bersama-sama The Star, Utusan Malaysia dan Berita Harian) hidup bukan kerana langganan pembaca tetapi geran atau sumbangan pihak luar.

Dilema pemilik akhbar ialah bagaimanakah untuk menjana pendapatan secukupnya dari perubahan ini.

John Morton, penganalisis media mengatakan, "'The newspaper industry made a big mistake a decade ago when it accepted the false premise that information on the internet needs to be free.''

Sementara, pengkritik Arianna Huffington menyebut, bayaran untuk kandungan online tidak akan berjaya disebabkan persaingan di internet. Katanya, ''Unless you're selling porn, and especially very weird porn online, subscriptions are a dead loss!''

* Oleh itu, sama-sama lah kita fikir. Adakah kita masih mahu bertelagah di dalam dunia kita atau cuba mengembalikan kegemilangan akhbar kita? Tepuk-tepuk lah dada dan tanya-tanya lah, adakah anda masih berselera?