Baru pulang dari luar negeri...
Tidak banyak yang saya dan rakan2 daripada para editor kanan MSM terlepas, terutama mengenai politik tanah air. Lebih baik kita tumpukan kepada 'old lady' (Rafidah Aziz). Di kalangan para editor kanan MSM, memang sudah mengenali siapa Rafidah. Jika sebelum ini, editorialblog lebih berat untuk menyokong Kak Dah terus mengetuai Wanita Umno, namun kini sokongan kami sudah berubah.
Minta maaf Kak Dah dan siapa jua penyokong Kak Dah. Rata-rata editor kanan MSM yang ada sekarang adalah wartawan sebelum ini yang pernah membuat liputan majlis Kak Dah. Dan mungkin Kak Dah ingat jika ada wartawan yang pernah menemui Kak Dah selepas Kak Dah memberi ucapan.
Biasanya selepas Kak Dah atau mana-mana pemimpin memberi ucapan, para wartawan akan menemui pemimpin itu untuk mendapatkan berita susulan. Dan ada di antara kami yang menemui Kak Dah untuk bertanyakan berita susulan. Kami bertanya kepada Kak Dah satu soalan dan Kak Dah menjawab: "Tadi saya sudah beri ucapan dan awak semua boleh tulis ucapan saya". Itu kata Kak Dah.
Seorang wartawan menjawab: YB... your speech is nothing. Give us another story." Itu yang salah seorang daripada kami bertanya.
Ya... dari dulu lagi Kak Dah sudah tidak ada idea. Kejadian yang saya ceritakan itu berlaku pada 1988. Dan sekarang 2008. Bermakna sudah berapa tahun? Dan Kak Dah sudah tua dan memang tidak layak lagi memimpin Wanita Umno. Namun, saya tidak berkata bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah lebih baik.
Jika diikutkan kata kami, adalah lebih baik Datuk Seri Azalina Othman Said yang memimpin Wanita Umno, daripada Kak Dah, Shahrizat atau Kamilia. Namun, sikap pengecut Wanita Umno yang masih kekal dengan lenganggang lenggok 'MAK CIK MAK CIK' yang sudah 'menopause' dalam politik menyebabkan tenaga baru daripada Puteri Umno tidak dapat diserapkan sebagai pemimpin Wanita. Bukan Rafidah saja, malah ramai lagi MAK CIK MAK CIK yang sudah menopause dalam politik.
Yang layak memimpin Wanita Umno sekarang ini adalah ahli Puteri Umno yang sudah melepasi usia mereka. Beri lah peluang kepada mereka. Mereka masih bertenaga dan belum MENOPAUSE.
Akhir kata, Kak Dah memang sudah tidak layak lagi memimpin Wanita Umno. Para Editor Kanan MSM, tidak lagi menyebelahi Kak Dah. Kami mahu pemimpin Wanita yang belum MENOPAUSE.
Thursday, December 18, 2008
Apa Kata Editor MSM (Bhg 65 - Rafidah Aziz sudah 'menopause'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment