Tetapi....
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berhadapan masalah besar apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan AMARAN dan UGUTAN kepada Najib, Umno serta BN, hari ini.
Dalam artikel terbaru beliau bertajuk 'Kenapa Saya Masuk Balik Umno' - yang disiarkan
dalam laman web beliau hari ini Tun bercerita panjang lebar.
Dalam paragraf ke empat Tun ada menyebut:
4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.
Dan... dalam banyak-banyak komen yang dihantar kepada Tun, ramai yang memuji-muji Tun, ramai yang bangga terhadap Tun dan ramai yang 'yes man'. Apa yang Tun kata segala-galanya 'benar' belaka.
Namun, saya tertarik kepada satu komen:
By Wei on April 7, 2009 5:01 PM
Dear Tun,
If Datuk Najib also act like Tun Abdullah, how will you do?
But i think you have react so "obviously" that only return to UMNO after Tun Abdullah has stepped down. Maybe because you want your son UNELECTED UMNO YOUTH - Datuk Mukhriz to be a minister or what so you need to act so "OBVIOUSLY" to Datuk Seri Najib.
Before that i quite respect you due to your far sighted view but the action of a leader like you who are respectful in Malaysia and in global arena, while Tun Abdullah also as Malaysia PM, you are able to act like that way.
Anyhow, just want to see the show in near future. To see whether Khairy or Mukhriz will be appointed as Minister in Datuk Seri Najib's cabinet.
HAHA.....See the show again....
Berdasarkan maklumat yang Editorialblog terima, nama KJ memang sudah disenaraikan oleh Najib sebagai seorang menteri Kabinet yang akan beliau umum esok.
Tetapi dengan perkembangan sekarang iaitu apabila Tun membuat kenyataan terbuka hari ini dalam laman web Tun, Najib sekarang dalam dilema.
Mungkin juga Tun sudah mengetahui bahawa Najib turut menyenaraikan nama Mukhriz bin MAHATHIR sebagai seorang Timbalan Menteri (demi menghormati Tun dan demi menjaga perpaduan dalam Pemuda Umno).
Najib kini terpaksa 'menarik rambut dalam tepung'. Najib kini berdepan situasi tegang yang bukan dibawa oleh pembangkang, yang bukan datang dari Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh, tetapi datangnya daripada seorang negarawan ulung, yang amat-amat dihormati dan disegani oleh anak bangsa dan negara luar.
Satu kenyataan yang akan membuatkan Najib terpaksa berfikir banyak kali, sebelum mengumumkan barisan Kabinetnya, terpaksa bersedia dengan soalan daripada wartawan dalam dan luar negara.
Sudah pasti pakej-pakej barisan Kabinet yang berubah-ubah malam ini di rumah Perdana Menteri.
Sememangnya KJ menang Pemuda Umno kerana undi sebanyak 304, berbanding Mukhriz(232) dan Khir Toyo (254). Dan jika dicampur jumlah undi itu majoriti tidak memilih KJ. Tetapi kita mesti fikir bahawa pertandingan itu adalah pertandingan tiga penujuru, bukan dua penjuru. Jika dua penjuru mungkin salah satu pihak akan tetap mendapat lebih undi.
Memang dalam sejarah Umno pernah Ketua Pemuda tidak dilantik sebagai menteri Kabinet. Tetapi itu adalah masa dulu. Yang paling utama sekarang ialah Umno terutama Pemuda mahu menaik lebih ramai orang muda menyokong BN dan KJ adalah orang yang sesuai untuk melakukannya. Kita ketepikan soal tuduhan kononnya KJ perasuah. Kita ketepikan terus kerana setakat ini tidak ada bukti rasuah.
Sekarang ini yang kita dengar adalah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang ramai dan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir bahawa KJ perasuah terkenal. Masya-Allah. Ia datang daripada mulut atau pemikiran seorang yang amat dihormati. Yang setakat ini enggan memberi sebarang bukti kepada pihak berkuasa supaya KJ ditangkap, tetapi hanya membuat
tuduhan-tuduhan menerusi tulisan dan kenyataan.
Selepas membaca tulisan Tun hari ini, kesimpulan yang boleh dibuat terhadap Tun sekarang ialah Tun bukan seorang kaunselor yang baik, Tun juga kini bukan seorang 'bapa' kepada anak, Tun juga pemarah dan pembenci - (Orang yang bersifat demikian dikuasai oleh Syaitan.) Jika benar pun KJ perasuah (apakah bukti... tunjukkan bukti... buktikan bukan dengan tuduhan).
Sekarang, jika Najib melantik KJ sebagai menteri, adakah Tun akan keluar semula daripada Umno? Atau Tun ada udang di sebalik batu dan Tun mahu supaya Mukhriz bin MAHATHIR dilantik sebagai menteri.
Siapakah pemimpin yang Tun lantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet Tun dulu, tidak rasuah?
Selain Allah, kami juga tahu siapa perasuah yang Tun lantik sebagai menteri Kabinet Tun dulu! Mungkin juga Tun tahu, tetapi Tun buat-buat tak tahu demi kepentingan Umno, BN dan negara atau Tun tidak nampak kerana Tun berada di atas ketika itu.
p/s: Editorialblog tidak akan mendedahkan pekung peribadi orang Umno secara umum, tetapi menegur mereka dengan diam-diam bagi menjaga keutuhan Umno sebagai tulang belakang bangsa Melayu dan negara.
Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts
Tuesday, April 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)