Wednesday, June 24, 2009

SAH MANJA KE ntv7, 8TV dan TV9

Putaran dunia semakin kencang, pujukan dan rayuan tiada lagi dalam kehidupan makhluk Tuhan. Namun, takdir menyatakan bahawa Editorialblog terpaksa berpindah rumah, maka ikut lah. Sudah menjadi adat dan resam di dunia fana ini ada naik dan turun.

Namun, pertukaran Datuk Manja Ismail daripada Pengarang Kumpulan (GE) Berita Harian kepada GE ntv7, 8TV dan TV9 sudah cukup menimbulkan bermacam-macam spekulasi mengenai sepak terajang dalam dunia persuratkhabaran.

Nah...biar editoriaalblog jelaskan daripadan awal cerita sebenar apa yang berlaku...

Adapun ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan mengisytiharkan akan melepaskan jawatan beliau kepada Datuk Seri Najib Razak, maka sudah ada pihak yang giat melobi untuk menduduki jawatan tertentu yang tinggi. Mereka tidak mahu jawatan rendah atau lebih senang dikatakan bahawa mereka tidak mahu menjadi jentik-jentik di tepi kolam yang berlumpur.

Maka, bermacam-macam cara lah mereka lakukan (perlu diingat di dalam setiap organisasi media ada 'media intelligence' ).

Namun, walaupun 90 peratus daripada kakitangan dalam Berita Harian lebih berharap Datuk Manja Ismail kekal sebagai GE, ada tangan-tangan yang lebih berkuasa mahu meletakkan orang lain.

Apa yang kita boleh katakan apabila seseorang yang berkedudukan tinggi seperti Perdana Menteri atau pegawai kanan beliau atau orang yang beliau lantik, kemudian mengambil tindakan !drastik mengubah semua struktur pentadbiran atau perjalanan dalam sesebuah organisasi!

Pastinya ia suatu tindakan yang tidak baik kerana orang akan memandang serong kepada Najib dan pegawai kanan beliau di Putrajaya. Kenapa?

Seperti yang dikatakan tadi apabila seseorang itu naik ke tahap atas atau ke tahap 'pembuat keputusan' maka orang itu mula lah melantik rakan atau kroninya untuk menjawat jawatan tertentu dalam orhanisasi itu.

Siapa yang makan cili dia lah yang rasa pedasnya.

Setakat ini, Manja sudah mulka mengemaskan barang-barang beliau kerana dia akan ke stesen TV dan tempat beliau akan diambil alih oleh Mior Kamarul, selepas mendapat restu daripada Ahmad A Talib.

Yang jelas apabila Ahmad A Talib naik menjadi 'number one' maka dia pun mula menyusun strategi dengan meletakkan orang-orangnya. Pandangan buruk yang boleh menyebabkan Melayu hancur. mula dilihat oleh orang liar dan dalam.

Begitu juga apabila Ahmad A Talib @ Pahit Manis mahu Nuraina Samad menjadi Deputy GE NST. Mereka tidak boleh menukar Datuk Syed Nazri (GE NST) sebab Syed Nazri is 'Mr Untouchable' sehingga kontrak beliau habis.

Memang sudah diketahui umum di dalam NSTP bahawa Nuraina akan dilantik menjadi Deputy GE (dan Syed Nazri akan menjadi GE without power). Semua ini adalah kehendak Ahmad A Talib dan semua orang tahu hubungan Ahmad A Talib-R-Nuraina.

Selepas Ahmad A Talib membuat perubahan dan membawa masuk 'gang' beliau, sekarang ini boleh dikatakan bahawa 'rapore' beliau sudah menjunam turun kerana beliau melakukan perubahan strutktur dalam NSTP dengan begitu drastik, tanpa menghiraukan 'misi khas' itu. Apa misi khas itu? Ahmad A Talib tahu.

Apa pun, editorialbloh hanya jentik2 di tepi kolam yang berlumpur. Tahniah kepada Manja kerana dinaikkan pangkat dan dinaikkan gaji dan tahniah juga kepada Mior Kamarul kerana selepas beberapa tahun 'hilang' daripada BH, maka ki ni dia akan kemba.li sebagai Pengarang Kumpulan BHSB. Jawatan terakhir Mior dalam BHSB sebelum beliau 'bercerai' ialah Timbalan Pengarang Kumpulan.

Tahniah sekali lagi. Bagi mereka yang masih berharap sesuatu ingatlah bahawa kita bukan sekadar memikir untuk mencari berita, tetapi fikir-fikirlah bagaimana untuk menaikkan sale BHSB atau NST.

P/S: Harap-harap Mior dapat menyediakan satu proposal untuk mengubah BH dan menaikkan kembali sale BH.


4 comments:

Anonymous said...

Apa salahnya Datuk Ahmad Talib membawa masuk pengarang2 melayu yang dahulunya ditendang keluar oleh Kalimullah?

Berpuluh editor Melayu telah di tendang atau di cold storage kan oleh Kalimullah.

Dalam era Kalimullah lah, jualan Berita Harian dan New Straits Times jatuh menjunam.

Kalimullah juga telah menggunakan kuasanya sebagai ketua pengarang untuk memastikan Barisan Nasional tidak mendapat kemenangan 2/3 di PRU 2008.

Itu adalah arahan kerajaan Simgapura kepada Kalimullah dan dia telah melaksanakannya dengan cemerlang. Itu KPI dia.

Seperti yang saudara sedia maklum, Kalimullah dan Brenden Pereira adalah ejen kerajaan Singapura.

Apabila kerajaan Malaysia menjadi lemah longlai, boleh lah Singapura menekan kita. Ini logik!

Saya yakin Datuk Ahmad Talib boleh mengembalikan kegemilangan New Straits dan Berita Harian.

Seperti yang saudara sedia maklum, di zaman di zaman Mior, "circulation" Berita Harian berada dalam tahap tertinggi.

Sebelum mebuat tohmahan, saya cadangkan saudara membuat kajian dulu. Di alam Barzakh esok, saaya dan saudara akan disoal.

Janganlah saudara lupa, yang paling jauh daripada kita adalah masa yang sudah berlalu, dan yang paling dekat dengan kita ialah MATI.

Reporter Cabuk.

Anonymous said...

Brudder,

Apa maksud you "hubungan" Ahmad Talib dan Nuraina?

Satu dunia tahu Nuraina itu girlfriend Rocky! Dah bertahun lamanya, dari zaman Nuraina masih bergetah sehingga sekarang, walaupun dah menopause....

SKY

editorial said...

kepada reporter cabuk:
editorialblog pernah bertugas sejak editorial NST dan Bh belum berpecah lagi. Tetapi selepas itu NST dan BH masing-masing menjadi sdn bhd dan jabatan pengarangnya dipecahkan dan menjadi NST serta BH. Pastinya editorialblog mengetahui susur galur bagaimana BN ditadbirkan.
Dan apabila kita hendak menuduh Kali dan Brendan adal ejen Singapura ia adalah terlalu berat. Menjadi ejen kepada sesebuah negara asing adalah salah dari segi undang2 Malaysia dan perlu dikenakan tindakan mengikut ISA jika ada bukti2 yang nyata. Kita tidak boleh menuduh begitu saja. Kemukakan bukti2 yang sahih.

Saya tidak mengatakan Ahmad Talib tidak boleh mengembalikan kegemilangan NST dan BH. Ya.. saya dan Ahmad Talib sudah lama saling mengenali, malah sejak beliau menjadi news editor lagi (tapi mungkin Ahmad Talib lupa pada saya yang hanya jentik2 di tepi kolam yang berlumpur). Saya juga yakin, Ahmad Talib boleh mengembalikan kegemilangan NST dan BH, TETAPI Ahmad Talib perlu tahu bahawa 'tukang kebun pun boleh memberi idea yang baik daripada profesor'. Seharusnya anda faham. Jika tidak faham juga biar saya jelaskan bahawa jangan hanya melihat news editor atau execdutive editor saja yang bijak memberi pendapat, tetapi office boy juga boleh memberi pendapat yang lebih baik daripada news editor atau executive editor.
Bagaimanapun, Ahmad Talib and the gang perlu ingat: "Bukan senang nak menang PRU13".

Kepada SKY:

Perkara itu adalah cerita lama yang tidak perlu diberi ulasan. TST.

terima kasih

Anonymous said...

Saya tengok malam ni 4 Jan 2010 Rancangan Soal Jawab di TV3 kendalian Datuk Manja bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Cara Datuk Manja berinteraksi paling teruk pernah saya lihat sepanjang hidup saya, di dalam dan di luar negara.

TV3.. TOLONGLAH..Tolonglah PLEASEE Tukar orang lain...jika tidak itulah terlahir saya lihat rancangan itu.