Wednesday, July 1, 2009

Angin perubahan dalam Berita Harian/Harian Metro

Perkembangan terbaru dunia persuratkhabaran memberangsangkan.

Khabarnya dalam kumpulan akhbar Media Prima iaitu NSTP, adik bongsu kumpulan itu -Harian Metro - yang sebelum ini diletakkan di bawah Berita Harian Sdn Bhd, kini sudah menjadi Harian Metro Sdn Bhd (HMSB).

Sekali gus ini bermakna masing-masing akhbar mempunyai Ketua Pengarang Kumpulan dan Timbalan Ketua Kumpulan sendiri.

Pastinya, berlaku beberapa perubahan dalam kumpulan akhbar BH, walaupun dalam Harian Metro tidak banyak perubahan.

Senarai jawatan terbaru dikatakan sudah tersebar di kalangan staff BH dan Harian Metro.

Seperti:

1) Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mustapa Omar (Mus) akan menjadi Pengarang Kumpulan Harian Metro dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, A Ghafar Ismail akan menjadi Timbalan Pengarang HMSB.

2) Berikutan pemergian Mus ke HMSB, tempatnya digantikan oleh Pengarang Eksekutif(Berita) BHSB iaitu, Mahfar Ali.

3) Pengarang Luar Negara BHSB, Khaidir Majid mengambil tempat Mahfar. Penolong Pengarang Luar Negara, Azman mengambil tempat Khaidir.

4) Ketua Pengarang Berita BHSB, Azizi pula ditukarkan menjadi Pengarang Rencana BHSB, manakala tempat Azizi dikatakan diberi kepada Ahmad Zaini.

Namun, Editorialblog dimaklumkan bahawa semua mereka belum mendapat surat pelantikan dan pertukaran, kerana ada beberapa bekas kakitangan BHSB yang sebelum ini mengambil VSS dikatakan sedang melobi untuk kembali ke BHSB dan HMSB.

7 comments:

Anonymous said...

Tuuuu dia aihhh
depa susun macam to noooo
what happen to 6Jahanam
ada juga nooo yang sangkut

kena tempiah apa pulak nooo

sapa susun lagu ni
mat talib kaaa
Mior Kamarul kaaa
Zainun kaaaa

ish ish ish

oooo dengaq dengaq
ada orang di belakang yang tolong tengok dan susun dan tolong push

ooooo macam tu nooo depa buat

kalau macam tuuu bahaya oiii
sapa oghang-oghang tu noooo

kawan mior jugak said...

blah la diorang tu!

mior dah masuk balik, susun lineup dia sesuka hati.

tiga ekor yang selama ni jadi duri dalam daging BH - mahfar, mus dan zizi - masih dibela. mior lebih suka bela tiga setan ni daripada menjaga semangat kerja wartawan lain di bh.

mahfar ialah penyangak paling besar, tak suka ada staf lebih pandai daripada dia. kalau ada yang cuba tunjuk hebat daripada dia, kena beku lah nampaknya.

mior tak tau apa yang dia buat. dia sendiri bukan hebat sangat. takda pendirian, cuma ikut apa orang atas cakap. tak pernah bela staf dan kawan2. hidup untuk tempolok dia sendiri.

baru dua tiga hari berkuasa, dah tunjuk belang, taknak dengar cakap staf dan orang lain. dia la paling hebat.

nampaknya bh dan metro dan kecundang tak lama lagi dengan ketua2 yang ada.

dengan lineup yang ada, tidak ada beza langsung dengan zaman hisham dan manja, malah akan jadi lebih teruk lagi.

Anonymous said...

bisa jadi berita hairan la lepas ni.

mior bukan reti urus bh pun. kalau tak, dah lama dia naik sebelum hisham dulu.

tak tau la apa nak jadi. mat talib pun buta agaknya. zainul pun sama je!

belalang mekah said...

BANG. AGAKNYA KALAU WAK SAJAB MASIH HIDUP, DIA LEBIH LAYAK DARIPADA MAHFAR!

editorial said...

1. belalang mekah: 'Bang' atau 'Kak' ???

2. Anon: Sama-sama lah kita tengok. Dengar-dengarnya ada juga geng-geng yang mula nak tukar angin.

3. Kawan Mior jugak: Rasa-rasanya ada orang tertentu dalam BH tu yang ditugas perhatikan mereka ini. Tunggu dan lihat jer.

4. Anon: Sudah menjadi tradisi penyusunan baru dilakukan kerana strategi tertentu. Cuma bahaya jika kita simpan duit satu tempat. Kalau kena curi habis semua duit tu.

Terima kasih

Anonymous said...

bh silap-silap haribulan boleh terkubur.

mior orang lama tapi pasif.dia mungkin pandai di segi penulisan tapi agak lemah dan longlai hal pengurusan akhbar.

terlalu harapkan mahfar, azizi dan mus, maka jadilah mior nanti dua kali lima macam manja dan hisham.

apa dah jadi dengan hafifi atau zian? kedua-duanya, pada pandangan saya, lebih berketrampilan dalam menjulang semula bh berbanding mior.

Anonymous said...

Beb, wa dengaq Rocky Bru delete komen yang hentam Mat Talib dan Zainul Arifin sebab sudah ada 'deal' - nuraina samad masuk tak boleh kritik geng ni. Jadi teman sekalian, hati2 banyak kalau nak hentam orang KJ di NSTP la ni. Jangan kritik depa dalam Rocky Bru.

ORANG TIMUR