Wednesday, September 17, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 59 - Cepatlah Anwar)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim has claimed that he has enough lawmakers to form a new government but has officially delayed the takeover deadline.

He said he was prepared to delay the deadline “in the interest of a smooth transition of power”.

He was also ready to show Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi the list of Barisan Nasional MPs defecting over to Pakatan Rakyat should Abdullah granted him a meeting.
Hanya orang bodoh saja yang percaya kata-kata itu. Bagi cerdik pandai, mereka hanya ketawa dan geli hati melihat sandiwara paling hebat tahun ini. Sandiwara yang pelakon utamanya adalah bekas pemimpin radikal pelajar dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sandiwara yang boleh meraih semua anugerah dalam Festival Filem Malaysia.

Kasihan kepada orang yang terikut rentak 'si gila talak' yang hidung tak mancung, pipinya
tersorong-sorong, demikian kata beberapa editor kanan MSM. Jika ada yang menyatakan editor kanan MSM mengikut telunjuk Putrajaya, mereka sebenarnya salah. Tidak perlu mengatakan editorialblog dan para editor kanan sebagai macai atau lembu kerajaan.

Mana-mana kerajaan yang memerintah memerlukan media massa, terutama media arus perdana. Begitu juga jika Anwar Ibrahim menaiki 'takhta', beliau juga memerlukan editor kanan MSM yang tahu mengendalikan dunia persuratkhabaran, yang tahu dan mengerti susur galur untuk menjual akhbar dan bertenggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi editorialblog, dakwaan Anwar bahawa beliau sudah mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang sedia melompat ke parti pembangkang hanyalah gimik. "Memberi masa kepada Abdullah untuk memperbaiki Umno" (seperti yang didakwa Anwar) bukan lah satu alasan kuat. Mengapa, Anwar ingin memberi Abdullah masa untuk memperbaiki Umno? Adakah Anwar sayangkan Umno? Adakah Anwar dapat melihat bahawa Umno saja yang mampu memajukan Malaysia dan rakyatnya? Jika sukar mencari jawapan kepada persoalan itu, lebih
mudah kita katakan bahawa Anwar sudah kena sindrom 'gila talak'.

Saya ada membaca tulisan dalam blog hard-t beberapa hari lalu yang membuat ulasan bahawa Anwar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak tanduknya sekarang ini menggugat ekonomi dan ketenteraman negara. Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pula membuat kenyataan bahawa Anwar menggutat ekonomi dan keselamatan negara dan kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Tetapi, jika kerajaan menangkap Anwar pada masa sekarang, ia akan menjadi isu besar. Anwar akan menggunakan isu tangkapannya di bawah ISA sebagai alasan. Anwar akan mengatakan bahawa kerajaan BN takut dan tidak mahu menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Pakatan Rakyat. Anwar akan mengatakan bahawa tindakan menangkapnya untuk menghalang beliau membentuk kerajaan sedangkan beliau sudah mempunyai senarai Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Anwar akan mempolitikkan isu itu dan media antarabangsa terutama dari Barat sudah bersedia untuk memanipulasikan isu itu.

Dalam hal ini, Anwar berani kerana bukan beliau benar, tetapi beliau yakin kerajaan tidaka akan
menangkapnya atau menghalangnya daripada berbuat apa saja. Justeru, beliau bebas untuk melakukan apa saja, dan kerajaan tidak boleh menghalangnya. Itulah politik yang dimainkan Anwar. Pengikut dan orang ramai yang terpengaruh dengan beliau akan terus percaya dan menyokongnya. Inilah apa yang dikehendaki oleh Anwar. Meletakkan kerajaan dalam keadaan ketidaktentuan.

Namun, dalam menangani permasalahan ini, Editorialblog dan para editor kanan MSM melihat bahawa kerajaan Pak Lah mesti mengambil tindakan seperti 'menarik rambut dalam tepung' 'rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'. Tindakan tegas mesti dikenakan juga supaya keharmonian majoriti rakyat terjaga. Jika terpaksa menghapuskan 100 orang demi menjaga 23 juta rakyat, apa salahnya tindakan diambil.

Majoriti rakyat masih mahu hidup dalam aman, bukan seperti Anwar dan segelintir puak yang mahu memuaskan nafsu dan membalas dendam. Dalam Pakatan Rakyat juga ada di kalangan Ahli Parlimen yang Editorialblog dan para editor kanan MSM kenali dengan rapat, dan mereka juga mentertawakan tindakan Anwar.

Jadi fikir-fikirkan lah dengan hati yang waras parkara ini: Jika Anwar sudah mempunyai senarai 31 Ahli PArlimen yang bersedia menyertainya, beliau tidak perlu menunggu Abdullah, tetapi cukup sekadar membuat pengumuman besar-besaran dan mengemukakan Ahli Parlimen berkenaan, kerana ianya secara automatik kerajaan BN terbubar dengan sendirinya (kecuali kerajaan sementara yang mentadbir negara ketika dalam tempoh peralihan). Siapa yang menjadi kerajaan sementara ialah Perdana Menteri dan Kabinetnya."

Untuk Anwar, Editorialblog ingin katakan: "Cepat lah, kami juga menunggu anda menjadi Perdana Menteri".

Ini berita terbaru:
KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) — Parti Progesif Sabah (SAPP) mengisytihar keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta.

Presidennya Datuk Yong Teck Lee semasa mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata ia dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu.

“Majlis Tertinggi SAPP dengan ini mengisytiharkan bahawa SAPP bukan lagi anggota komponen BN. Anggota SAPP yang memegang jawatan politik secara lantikan dalam cabang eksekutif kerajaan akan meletak jawatan mereka dengan memberi notis seperti yang dikehendaki perlembagaan, peraturan dan undang-undang berkaitan, bermula dari peringkat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat SAPP di Luyang.
Ini satu lagi masalah yang sudah dijangkakan akan berlaku. SAPP mempunyai dua Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket BN dan menang atas tiket BN. Mereka disokong oleh penduduk yang mereka wakili kerana BN, bukan atas sifat individu. Jika mereka meninggalkan BN, mereka adalah orang yang jijik.

Perkara seperti ini pernah berlaku di Sabah ketika PBS keluar BN.

Mereka wajar dipanggil 'Yang Pengkhianat' bukan 'Yang Berhormat'.

Tuesday, September 16, 2008

Kenyataan media Anwar Ibrahim

PETALING JAYA, MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2008

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia - hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan - kita sekarang berada diambang kemenangan.

Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat. Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap.

Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini. Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman.

Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini. Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil.

Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak.

Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman.

Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;


2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;


4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.


Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong.

Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Monday, September 15, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 58 - Amaran kepada Ahli Parlimen BN)

Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) beberapa hari lalu, hanya menjadi mangsa keadaan. Walaupun, jika benar mereka melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman negara, mereka hanyalah sebagai 'kambing hitam' yang berada di tempat, pada waktu dan masa yang salah.

Demikian andaian yang dibuat oleh Editorialblog selepas mengkaji dan membuat penilaian terhadap keadaan semasa politik negara. Apatah lagi dengan 'khayalan-khayalan' oleh Anwar Ibrahim, yang dari luarannya tidak menakutkan pentadbiran BN, tetapi secara diamnya, pentadbiran kerajaan Persekutuan, tetap gelisah.

Kebimbangan kerajaan BN, kemungkinan ada antara anggota Parlimennya menjadi 'katak' dan melompat ke dalam DAP, PKR atau Pas, tetap ada. Bimbang juga kerajaan BN kemungkinan ada parti komponennya menyertai Pakatan Rakyat dan membawa sekali Ahli Parlimen mereka bersama.

Lantaran itu, ISA yang dikenakan terhadap Teresa Kok, Raja Petra dan Tan Hoon Cheng adalah 'AMARAN - WARNING' kepada mana-mana Ahli Parlimen BN yang bercadang melompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

Mengikut situasi dan luasnya 'kuasa' ISA, akta itu boleh digunapakai terhadap mana-mana Ahli Parlimen BN yang melompat parti menyertai Pakatan Rakyat. Tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana ISA boleh digunakan terhadap Ahli Parlimen berkenaan?

Editorialblog yakin jika pun berlaku lompat parti atau crossover Ahli Parlimen BN ke pihak pembangkang, ianya tidak akan berlaku serentak iaitu, tidak akan berlaku 30 Ahli Parlimen BN sekaligus atau dalam masa yang sama mengisytiharkan keluar BN. Mustahil dalam masa sehari 30 Ahli Parlimen keluar BN.

Alasannya, kerajaan mempunyai 'special branch' yang monitor segala aktiviti politik di negara ini dan tidak akan membiarkan kegiatan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Jadi ia akan mengambil masa dua atau tiga hari.


Dan dalam tempoh itu, pastinya keadaan politik negara akan menjadi kucar kacir. Apabila politik kucar kacir maka pengurusan ekonomi dan kegiatan masyarakat turut tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Siapakah yang menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir?

Ahli Parlimen yang mahu melompat parti dan pemimpin pembangkang.


Dalam hal ini, kerajaan Malaysia boleh menggunakan ISA untuk menghentikan keadaan kucar kacir itu dengan melakukan tangkapan terhadap mereka yang memberi masalah. Kerajaan juga boleh mengisytiharkan keadaan negara dalam darurat kerana suasana politik negara yang bermasalah.

Justeru, tindakan ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew mengikut ISA adalah satu AMARAN kepada mana-mana Ahli Parlimen supaya tidak mencetuskan suasana atau iklim politik yang boleh mengkucar kacirkan ekonomi dan keharmonian kaum di negara ini.

Sunday, September 14, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 57 - Wartawan dan tukang lapor)

MCA, Gerakan dan PPP melihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai ancaman besar dan mengkritik kerajaan mengamalkannya iaitu kerajaan yang turut disertai mereka. Kenapa MCA, Gerakan dan PPP bernada sumbang atau kini bernada seperti pembangkang, malah sebaris dengan pembangkang mengutuk langkah kerajaan BN mengenakan ISA kepada Raja Petra, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng.

Satu: Kerana MCA, Gerakan dan PPP tewas teruk dalam pilihan raya umum Mac lalu. Mereka hilang taring di kalangan masyarakat Cina dan kini untuk menunjukkan semula mereka masih ada taring maka mereka 'melatah' dengan menghentam kerajaan kerana melaksanakan ISA, sedangkan mereka di dalam kerajaan. Mereka boleh berbincang di dalam mesyuarat BN,
bukan membuat kenyataan terbuka, mencari publisiti murahan.


Dua: Kerana BN sedang menghadapi ancaman daripada Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini. Maka, MCA, Gerakan dan PPP pun mula tunjuk 'demand' dan mahu mengertak Umno yang menerajui BN.

Tidakah dua tindakan ini sebagai menikam Umno dari belakang? Tidakkan mereka ketahui bahawa tindakan mereka itu memalukan diri sendiri? Apabila MCA, Gerakan dan PPP sudah mula menunjukkan taring dengan menentang ISA, apa tindakan yang dapat BN lalukan?

Editorialblog tidak berhasrat membincangkan isu MCA, Gerakan dan PPP itu, sebaliknya ingin menyentuh mengenai wartawan Sin Chew itu, serta beberapa kenyataan terbuka yang dibuat oleh kesatuan wartawan sendiri dalam mengulas penangkapan itu.

Mengikut laporan, wartawan Sin Chew Daily itu yang dibebaskan selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , mempertahankan laporannya mengenai kenyataan bekas ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Tan, 33, berkata beliau menulis laporan ucapan Ahmad yang didakwa menimbulkan isu perkauman secara profesional dan menulis apa yang beliau dengar pada malam itu.

“Saya hanya tulis apa yang saya dengar,” katanya.

Dari sudut kewartawanan, penulisan dan pemberitaan, Editorialblog keliru KENAPA HANYA WARTAWAN SIN CHEW ITU SAJA YANG MENDENGAR AHMAD ISMAIL BERKATA DEMIKIAN DAN MELAPORKANNYA? KENAPA WARTAWAN AKHBAR LAIN TIDAK MENDENGAR DAN TIDAK MELAPORKANNYA?

Jika berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh wartawan Sin Chew itu hari ini, maka Editorialblog berpendapat wartawan berkenaan perlu lebih banyak belajar mengenai dunia penulisan dan kewartawanan. Begitu juga di peringkat editorial Sin Chew yang gagal melaksanakan tanggungjawab sosial, ekonomi dan keselamatan dan ketenteraman awam.

Akhbar atau media bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata atau melariskan jualan atau menjadi jaguh dengan berita eksklusif, jika ianya hanya menjejaskan keamanan.

Jika mengikut apa yang beliau kata iaitu “Saya hanya tulis apa yang saya dengar” maka bagi Editorialblog, wartawan Sin Chew berkenaan memang benar-benar menjadi 'tukang lapor' atau 'reporter'. Belum layak menjadi wartawan, kerana beliau gagal menapis dan menganalisis berita berkenaan.

Jikapun beliau ragu-ragu apa yang didengarnya itu, maka sebagai pemberita, beliau wajib bertanya semula kepada orang yang mengeluarkan kenyataan itu.

Editorialblog tidak menafikan ada di kalangan wartawan media massa tidak pergi ke lokasi sesuatu kejadian atau tidak hadir dalam majlis yang sepatutnya, tetapi mendapatkan berita daripada rakan atau sumber lain, seolah-olah mereka berada ditempat berkenaan.

Friday, September 5, 2008

Dr pertahan Saiful tidak diliwat

Pegawai perubatan di Hospital Pusrawi Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, yang membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau membocorkan laporan perubatan Saiful.

Beliau yang membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful pada 28 Julai lalu mendakwa tiada kesan liwat turut mengakui membuat akuan bersumpah mempertahankan hasil pemeriksaannya itu.

Dalam sidang akhbar yang turut dihadiri dua peguamnya, M Puravelan dan Yusri Kamaruddin, di Kuala Lumpur, semalam, Dr Mohamed Osman, berkata akuan berkanun yang disiarkan menerusi laman web itu memang dibuatnya.

“Tujuan perjumpaan hari ini ialah, saya ingin membersihkan nama dan kedudukan saya sebagai doktor berpengalaman. Selama ini saya berdiam diri kerana mengambil cuti lebih sebulan selepas dinasihatkan pihak pengurusan Pusrawi.

“Saya tertekan dengan siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatan terhadap Saiful. Saya tidak terbabit dalam politik dan sentiasa bercakap berlandaskan kebenaran,” katanya.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacanya sendiri pada sidang media itu, Dr Mohamed Osman berkata, beliau sudah membaca akuan berkanun yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today dan mengesahkan ia salinan asli dan benar.

“Saya bercuti kerana amat tertekan. Saya kini sudah kembali ke Malaysia. Ada banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu,” katanya.

“Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar. Malah tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional kedoktoran. Saya sentiasa mengamalkan kerahsiaan antara doktor dan pesakit,” katanya.

Laman web, Malaysia Today menyiarkan salinan akuan bersumpah enam muka surat bertarikh 1 Ogos lalu bagi menjelaskan dan menyokong laporan pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd Saiful bahawa tiada kesan liwat pada duburnya tetapi ia hanya kesan tusukan benda plastik.

Thursday, September 4, 2008

Pak Samad meninggal dunia

Kita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Ismail, seorang tokoh wartawan tempatan yang dilahirkan di Singapura 83 tahun lalu.

Pemergian A Samad atau lebih senang dipanggil Pak Samad bukan saja meninggalkan nostalgia bagi ramai anak didiknya sama ada di kumpulan akhbar Utusan atau The New Straits Times Press, malah dunia kewartawanan Malaysia.

Beliau bukan saja sekadar tokoh wartawan disegani malah pejuang kemerdekaan yang sama-sama mengikut anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.

Pak Samad meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru kir-kira jam 5.58 petang ini selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur sejak 24 Ogos lalu selepas mengadu mengalami kesukaran bernafas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid, 61, dua anak lelaki dan lapan anak perempuan selain 26 cucu serta empat cicit. Isteri pertama Abdul Samad, Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.


Ketika menghembuskan nafas terakhir, Habibah dan seorang anak perempuannya, Nurazrina berada di sisi ketika beliau dan sempat membacakan surah Yassin sejurus sebelum mesin bantuan pernafasan yang digunakan Allahyarham terhenti.


“Kami sekeluarga reda di atas pemergian bapak dan dia pergi dengan tenang. Ibu tiri dan adik saya dapat memasuki bilik bapak dan sempat membacakan surah Yassin dan selepas membuka matanya buat seketika, dia pergi buat selama-lamanya,” katanya seorang lagi anak Pak Samad, Nuraina.


Jenazah Abdul Samad dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Seksyen 16, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Abdul Samad, yang memulakan kerjayanya sebagai pemberita Utusan Melayu pada 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara dan sejarah negara.


Pembabitan Allahyarham dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan. Walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia dan dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia serta Indonesia semasa konfrantasi.


Abdul Samad yang banyak menceburi kegiatan anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun serta pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu.


Allahyarham dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri pada 1992.

Marilah kita menyedekahkan al-Fatihah kepada roh Pak Samad.

Wednesday, September 3, 2008

Pak Samad kritikal

Kesihatan tokoh wartawan negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad hari ini dilaporkan semakin kritikal apabila buah pinggang serta beberapa organ lain dikatakan gagal berfungsi.

Doktor yang merawat Pak Samad yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru sejak sembilan hari lalu dilaporkan sudah memasang mesin dialisis bagi membantu buang pinggangnya berfungsi.

Menurut anak Pak Samad, Nuraina, doktor turut menebuk saluran di leher bapanya bagi membantu sistem pernafasannya yang terganggu, selain alat bantuan pernafasan Pak Samad juga diberi ubat penenang untuk membolehkan beliau berehat.

Pak Samad yang berusia 84 tahun tenat sejak Sabtu lalu selepas jangkitan paru-parunya merebak ke organ penting dan ke buah pinggang.

Pelawat tidak dibenarkan bersama beliau. Hanya seorang anggota keluarga rapat yang dibenarkan berada di sisinya, tetapi mesti memakai topeng dan mengenakan antiseptik sebelum masuk atau meninggalkan biliknya. Pelawat hanya melihat Pak Samad menerusi panel kaca di luar bilik ICU.

Antara tokoh kenamaan yang melawat Pak Samad ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannta, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Rakan lama Pak Samad yang turut melawat termasuk Tun Daim Zainuddin, Ibrahim Ngah, PC Shivadas, Syed Husin Ali, Tan Sri Abdullah Ahmad, Zainuddin Maidin, Datuk Nazri Abdullah, Datuk Khalid Mohd, Datuk Idris Tulis, Datuk Shukor Hassan dan Datuk Rejal Arbee, Tan Sri Mazlan Noordin dan Philip Mathews.

Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan Pak Samad kembali pulih seperti sedia kala.