Sunday, September 14, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 57 - Wartawan dan tukang lapor)

MCA, Gerakan dan PPP melihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai ancaman besar dan mengkritik kerajaan mengamalkannya iaitu kerajaan yang turut disertai mereka. Kenapa MCA, Gerakan dan PPP bernada sumbang atau kini bernada seperti pembangkang, malah sebaris dengan pembangkang mengutuk langkah kerajaan BN mengenakan ISA kepada Raja Petra, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng.

Satu: Kerana MCA, Gerakan dan PPP tewas teruk dalam pilihan raya umum Mac lalu. Mereka hilang taring di kalangan masyarakat Cina dan kini untuk menunjukkan semula mereka masih ada taring maka mereka 'melatah' dengan menghentam kerajaan kerana melaksanakan ISA, sedangkan mereka di dalam kerajaan. Mereka boleh berbincang di dalam mesyuarat BN,
bukan membuat kenyataan terbuka, mencari publisiti murahan.


Dua: Kerana BN sedang menghadapi ancaman daripada Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini. Maka, MCA, Gerakan dan PPP pun mula tunjuk 'demand' dan mahu mengertak Umno yang menerajui BN.

Tidakah dua tindakan ini sebagai menikam Umno dari belakang? Tidakkan mereka ketahui bahawa tindakan mereka itu memalukan diri sendiri? Apabila MCA, Gerakan dan PPP sudah mula menunjukkan taring dengan menentang ISA, apa tindakan yang dapat BN lalukan?

Editorialblog tidak berhasrat membincangkan isu MCA, Gerakan dan PPP itu, sebaliknya ingin menyentuh mengenai wartawan Sin Chew itu, serta beberapa kenyataan terbuka yang dibuat oleh kesatuan wartawan sendiri dalam mengulas penangkapan itu.

Mengikut laporan, wartawan Sin Chew Daily itu yang dibebaskan selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , mempertahankan laporannya mengenai kenyataan bekas ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Tan, 33, berkata beliau menulis laporan ucapan Ahmad yang didakwa menimbulkan isu perkauman secara profesional dan menulis apa yang beliau dengar pada malam itu.

“Saya hanya tulis apa yang saya dengar,” katanya.

Dari sudut kewartawanan, penulisan dan pemberitaan, Editorialblog keliru KENAPA HANYA WARTAWAN SIN CHEW ITU SAJA YANG MENDENGAR AHMAD ISMAIL BERKATA DEMIKIAN DAN MELAPORKANNYA? KENAPA WARTAWAN AKHBAR LAIN TIDAK MENDENGAR DAN TIDAK MELAPORKANNYA?

Jika berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh wartawan Sin Chew itu hari ini, maka Editorialblog berpendapat wartawan berkenaan perlu lebih banyak belajar mengenai dunia penulisan dan kewartawanan. Begitu juga di peringkat editorial Sin Chew yang gagal melaksanakan tanggungjawab sosial, ekonomi dan keselamatan dan ketenteraman awam.

Akhbar atau media bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata atau melariskan jualan atau menjadi jaguh dengan berita eksklusif, jika ianya hanya menjejaskan keamanan.

Jika mengikut apa yang beliau kata iaitu “Saya hanya tulis apa yang saya dengar” maka bagi Editorialblog, wartawan Sin Chew berkenaan memang benar-benar menjadi 'tukang lapor' atau 'reporter'. Belum layak menjadi wartawan, kerana beliau gagal menapis dan menganalisis berita berkenaan.

Jikapun beliau ragu-ragu apa yang didengarnya itu, maka sebagai pemberita, beliau wajib bertanya semula kepada orang yang mengeluarkan kenyataan itu.

Editorialblog tidak menafikan ada di kalangan wartawan media massa tidak pergi ke lokasi sesuatu kejadian atau tidak hadir dalam majlis yang sepatutnya, tetapi mendapatkan berita daripada rakan atau sumber lain, seolah-olah mereka berada ditempat berkenaan.

4 comments:

hard-t said...

In different societies the freedom of the Press and its concomitant, social responsibility is governed by a variety of factors.
TQ

Conspiracy Theorist said...

bro,

Heran bin ajaib bila tiada siapa pun menyentuh tentang kemungkinan ada rakaman suaraD Ahmad Ismail masa dia bagi ceramah tu..bukan ke wartawan selalu bawa tape recorder tambah2 zaman skang ada yg canggih takkan tak dak sorang pun yg tape speech dia,..apo nak dikato,..heheh..pikiaq pi pikiaq mai yg ni lagi pelik..heheh..(",) not a single prson had done any tape recording..tst..tst..tst..or is it d reporter had actually squealed sumting to d police,..jst anothr possibility n wen des possibility des a theory,..heheh..we have to figure up ourself..for me both RPK n Teresa shud b ISAed as a cooling period to d whole racial tense dats visible now..waallahualam..wat can I say..(.")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

p.s. bro, MCA, Gerakan n PPP i tink is concern wth d journalist n not RPK and Teresa..:) dey help d journalist n dey will b d knights for d chinese community..racial politics do exist and we r all a racist deep in our hart,..heheh..mana boleh tak jeles dan sakit hati kat bangsa lain,..semua bangsa sama dan akan mengagung agungkan bangsa sendiri laa..wakakaka..mulut cakap lain hati pikiaq lain..biasa le bros...

Insan said...

Jangan menegakkan benang yang basah. Sudah sah apa yang dilaporkan itu memang benar kalau tidak masakan DPM mohon maaf bagi pihak Ahmad. Terimalah hakikatnya dan sebagai seorang Muslim di dalam Ramadhan yang mulia ini, bertaubatlah.

editorialblog said...

Bukan menegak benang basah, tetapi hakikatnya itulah pandangan dari sudut kewartawanan. Jika benar pun Ahmad Ismail membuat kenyataan itu, ianya hanya di hadapan 100 atau 300 orang. Tetapi jika media menyebarkannya, ia bukan lagi kepada 300 orang tetapi boleh jadi 100,000 orang. Keadaan itu akan menimbulkan kegelisahan. Editorialblog juga rasakan bahawa Ahmad juga patut ditahan di bawah ISA, jika benar dia membuat kenyataan seperti itu. Tetapi apa yang Editorialblog ketahui ialah kenyataan Ahmad itu berbunyi "Orang Cina adalah pendatang....pada zaman dahulu. Begitu juga bagi sesetengah orang Melayu di negara ini, bukan semuanya penduduk asal, tetapi pendatang dari Indonesia, selatan Thailand atau negara jiran yang lain. terima kasih atas ulasan anda semua.