Sunday, June 28, 2009

Nik Aziz dan penyokong Muawiyah (update)

SAH!

Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, pada satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di sini.

Apapun, atau siapapun yang akan menjadi calon BN berdepan Pas, tidak menjadi masalah. Yang penting bangsa Melayu kini sudah boleh melihat bagaimana sikap pemimpin pas, terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz membuat bermacam-macam tuduhan terhadap Umno dan pemimpin BN kerana mahu menutup kelemahan diri dan pentadbirannya. Nik Aziz hanya menonjolkan benda yang remeh temeh dan tidak mengemukakan dasar yang lebih besar seperti dasar pembangunan ekonomi Islam untuk mengubah taraf hidup rakyat Kelantan.

Nik Aziz dulu ketika menjadi ustaz Sekolah Maahad Muhammadi pada awal tahun 60-an adalah seorang yang pelembut. Selalu bernada rendah, peribadinya seorang pendakwah tulen. Tidak pernah ada kata-kata kasar yang dikeluarkan. Sikapnya pendiam, tenang dan senyum.

Tetapi, selepas menceburi dunia politik dan kemudian menjadi MB, sikap dan keperibadian Nik Aziz terus berubah. Setiap kata-katanya dianggap fatwa yang perlu dipatuhi. Hanya kata-kata beliau saja benar dan boleh dipatuhi oleh umat Islam.

Hingga lah suatu ketika dulu, Nik Aziz yang bergelar Tok Guru dan ulama itu mengharamkan wanita mengambil bahagian dalan tilawah al-Quran kerana mengikut 'fatwa' beliau suara wanita adalah aurat. Inilah antara contoh 'fatwa' seorang Tok Guru.

Bagi orang yang boleh berfikir, mereka tidak akan mengikut 'fatwa' itu kerana jika 'suara wanita adalah aurat' maka semua guru wanita, pensyarah wanita atau semua wanita tidak boleh bekerja kerana mereka terpaksa berkomunikasi dengan orang ramai menggunakan suara dan mengikut 'fatwa' Nik Aziz, suara wanita adalah aurat.

Kini, dalam pilihan raya kecil manek Urai, Nik Aziz mengeluarkan pula bermacam-macam 'fatwa' hingga mengatakan BN dan Umno adalah komunis atau pengamal ajaran sesat. Memang cara paling mudah dalam politik Pas ialah meluap-luapkan emosi penyokongnya. Mudah dan murah. Cuma akibatnya umat Islam ketinggalan dalam kecetekan yang tak pernah matang.

Ingatlah sejarah lampau: Terpengaruhnya penyokong Muawiyah dengan propaganda Muawiyah dalam menjatuhkan Saiyidina Ali r.a hanya melalui sepotong ayat al-Quran daripada Surah Al-Isra' 33: "Dan barangsiapa terbunuh secara teraniaya, maka sesungguhnya kami berikan kepada walinya kekuasaan, tetapi janganlah ia membunuh secara melanggar batas."

Lalu Muawiyah dengan menggunakan firman di atas mendakwa Ali bin Abi Talib tidak berhak menjadi khalifah, kerana dialah (Muawiyah) 'wali' ahli waris Osman bin Affan yang dibunuh.

Kata Ali bin Abi Talib: "Sebenarnya tidaklah Muawiyah lebih bijak daripada aku sepertimana kata orang yang kudengar. Bahkan aku tidak sanggup mengalahkan agamaku demi nafsuku."

Memang suatu trajedi apabila seorang Muslim yang baik dihadapkan dengan pilihan sama ada meraih kemenangan politik atau menyelamatkan imamnya.

Maka umat Islam khususnya majoriti bangsa Melayu di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya perlu ingat mengenai perpecahan yang dibawa oleh pemimpin Pas.

Editorialblog percaya ada di kalangan pemimpin Pas kini sudah tidak lagi dapat menerima cara politik Nik Aziz.

Wednesday, June 24, 2009

SAH MANJA KE ntv7, 8TV dan TV9

Putaran dunia semakin kencang, pujukan dan rayuan tiada lagi dalam kehidupan makhluk Tuhan. Namun, takdir menyatakan bahawa Editorialblog terpaksa berpindah rumah, maka ikut lah. Sudah menjadi adat dan resam di dunia fana ini ada naik dan turun.

Namun, pertukaran Datuk Manja Ismail daripada Pengarang Kumpulan (GE) Berita Harian kepada GE ntv7, 8TV dan TV9 sudah cukup menimbulkan bermacam-macam spekulasi mengenai sepak terajang dalam dunia persuratkhabaran.

Nah...biar editoriaalblog jelaskan daripadan awal cerita sebenar apa yang berlaku...

Adapun ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan mengisytiharkan akan melepaskan jawatan beliau kepada Datuk Seri Najib Razak, maka sudah ada pihak yang giat melobi untuk menduduki jawatan tertentu yang tinggi. Mereka tidak mahu jawatan rendah atau lebih senang dikatakan bahawa mereka tidak mahu menjadi jentik-jentik di tepi kolam yang berlumpur.

Maka, bermacam-macam cara lah mereka lakukan (perlu diingat di dalam setiap organisasi media ada 'media intelligence' ).

Namun, walaupun 90 peratus daripada kakitangan dalam Berita Harian lebih berharap Datuk Manja Ismail kekal sebagai GE, ada tangan-tangan yang lebih berkuasa mahu meletakkan orang lain.

Apa yang kita boleh katakan apabila seseorang yang berkedudukan tinggi seperti Perdana Menteri atau pegawai kanan beliau atau orang yang beliau lantik, kemudian mengambil tindakan !drastik mengubah semua struktur pentadbiran atau perjalanan dalam sesebuah organisasi!

Pastinya ia suatu tindakan yang tidak baik kerana orang akan memandang serong kepada Najib dan pegawai kanan beliau di Putrajaya. Kenapa?

Seperti yang dikatakan tadi apabila seseorang itu naik ke tahap atas atau ke tahap 'pembuat keputusan' maka orang itu mula lah melantik rakan atau kroninya untuk menjawat jawatan tertentu dalam orhanisasi itu.

Siapa yang makan cili dia lah yang rasa pedasnya.

Setakat ini, Manja sudah mulka mengemaskan barang-barang beliau kerana dia akan ke stesen TV dan tempat beliau akan diambil alih oleh Mior Kamarul, selepas mendapat restu daripada Ahmad A Talib.

Yang jelas apabila Ahmad A Talib naik menjadi 'number one' maka dia pun mula menyusun strategi dengan meletakkan orang-orangnya. Pandangan buruk yang boleh menyebabkan Melayu hancur. mula dilihat oleh orang liar dan dalam.

Begitu juga apabila Ahmad A Talib @ Pahit Manis mahu Nuraina Samad menjadi Deputy GE NST. Mereka tidak boleh menukar Datuk Syed Nazri (GE NST) sebab Syed Nazri is 'Mr Untouchable' sehingga kontrak beliau habis.

Memang sudah diketahui umum di dalam NSTP bahawa Nuraina akan dilantik menjadi Deputy GE (dan Syed Nazri akan menjadi GE without power). Semua ini adalah kehendak Ahmad A Talib dan semua orang tahu hubungan Ahmad A Talib-R-Nuraina.

Selepas Ahmad A Talib membuat perubahan dan membawa masuk 'gang' beliau, sekarang ini boleh dikatakan bahawa 'rapore' beliau sudah menjunam turun kerana beliau melakukan perubahan strutktur dalam NSTP dengan begitu drastik, tanpa menghiraukan 'misi khas' itu. Apa misi khas itu? Ahmad A Talib tahu.

Apa pun, editorialbloh hanya jentik2 di tepi kolam yang berlumpur. Tahniah kepada Manja kerana dinaikkan pangkat dan dinaikkan gaji dan tahniah juga kepada Mior Kamarul kerana selepas beberapa tahun 'hilang' daripada BH, maka ki ni dia akan kemba.li sebagai Pengarang Kumpulan BHSB. Jawatan terakhir Mior dalam BHSB sebelum beliau 'bercerai' ialah Timbalan Pengarang Kumpulan.

Tahniah sekali lagi. Bagi mereka yang masih berharap sesuatu ingatlah bahawa kita bukan sekadar memikir untuk mencari berita, tetapi fikir-fikirlah bagaimana untuk menaikkan sale BHSB atau NST.

P/S: Harap-harap Mior dapat menyediakan satu proposal untuk mengubah BH dan menaikkan kembali sale BH.


Monday, June 22, 2009

Tukang kebun pun boleh bagi idea

Al-Kisah bermacam-macam komen dari orang luar dan dalam mengenai beberapa perubahan yang berlaku dalam kumpulan Media Prima sejak akhir-akhir ini. Banyak andian baik dan buruk yang dibuat terhadap individu-individu yang dilantik ke jawatan baru atau individu-individu yang bakal dilantik.

Tidak ketinggalan editorialblog juga membuat ulasan selain itu menerima juga maklum balas. Ada yang disiarkan dan ada juga yang tidak disiarkan atas permintaan pengirimnya.

Editorialblog bukanlah pandai dan ingin menunjuk pandai. Ada yang lebih pandai dan lebih mengetahui daripada editorialblog. Orang yang lebih mengetahui dan lebih pandai daripada editorialblog itu pula akan ada orang yang lebih pandai dan mengetahui daripadanya dan begitulah seterusnya.

Tetapi, editorialblog yakin ada ketikanya tukang kebun atau budak pejabat atau tukang azan di masjid kadang kala lebih bijak daripada profesor yang belajar tinggi-tinggi, dalam membuat sesuatu keputusan atau memberi pendapat atau menyusun strategi tertentu.

Petani yang yang mengerjakan sawah lebih mengetahui daripada profesor bagaimana cara menanam padi.

Jadi tidak perlulah kita hendak menunjuk-nunjuk kepandaian atau hendak membuktikan bahawa kita ini lebih terer daripada orang lain, dengan harapan orang akan memandang bahawa kita ini pandai dan terer, sedangkan kita ini tiada apa-apa.

Bodohlah orang yang menganggap editorialblog hanya mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan pembaca tidak mengenali siapa editorialblog dan siapa di belakang editorialblog. Seingat editorialblog, hanya lapan orang saja yang mengetahui siapa editorialblog sebenarnya, dan siapa yang 'membuka' rahsia jika editorialblog dikenali ramai, sudah dapat diagak.

Tetapi, tidak perlu kita terburu-buru membuat sesuatu demi hendakkan nama. Yang penting, semangat dalam diri untuk pastikan agama, bangsa dan negara terus kukuh dan maju, sesuai dengan strategi 'kumpulan pemikir' yang mahu memastikan kemenangan dalam PRU13.

Seperti yang editorialblog katakan tadi, seorang petani juga mungkin lebih bijak daripada profesor dalam bidang tertentu. Editorialblog juga tidak pandai 100 peratus, tetapi jika petani bercakap mengenai tanam padi dia mengetahui cara menanam padi 100 peratus, begitu juga editorialblog yang berada dalam dunia persuratkhabaran, pastinya tahu 99 peratus apa yang berlaku dalam organisasi akhbar itu.

Orang luar mungkin hanya tahu 50 peratus, begitu juga kumpulan pemikir yang mungkin tahu 80 peratus apa yang berlaku. Contohnya, bebal seorang wartawan atau penulis atau arahan tingkat empat supaya gambar seseorang pemimpin tidak dipakai dalam akhbar. Adakah orang luar tahu bebal itu dan arahan ini? Tidak, tetapi editorialblog mengetahuinya.

Dan, sejak berlaku perubahan dalam Media Prima, bermula dengan Datuk Johan Jaafar dan kemudian Datuk Ahmad A Talib, Zainul Ariffin dan Ashraf dan kini angin-angin yang mulanya kecang tetapi reda seketika mengenai Meor Kamarul, Manja dan beberapa orang lagi, banyak
komen-komen yang dibuat. (Dalam hal ini editorialblog sudah tahu siapa akan ganti Hishamuddin Aun dan di mana Ahmad A Talib, ketika kempen sebelum perhimpunan agung Umno yang lalu lagi). Hingga di kalangan rakan media ada yang mula bertanya siapa editorialblog yang membuat komen dalam Dunia Tiger?

Biarlah editorialblog berada di balik tirai, biarlah editorialblog menjadi jentik-jentik di kolam yang berlumpur. Editorialblog dan sesetengah rakan dalam 'kumpulan pemikir' tidak mahu menyusahkan sesiapa. Rezeki masing-masing ada di mana-mana. Kasihan juga editorialblog kepada rakan yang sebelum ini terlepas peluang jawatan besar dek kerana hasad dengki orang.
Tetapi rakan itu tidak susahpun, malah baru pulang daripada mengerjakan umrah. Syukur! Insya-Allah editorialblog juga akan menyusulinya.


Seperti yang editorialblog katakan sebelum ini, walau siapapun yang menggalas tanggungjawab yang diberikan, mereka hendaklah amanah, mengenal pasti kelemahan, kemas kini jentera melalui mekanisme yang bukan difikirkan oleh mereka saja. Dalam menyusun mekanisme kita perlu banyak otak untuk berfikir dan memberi idea. Maka selalu lah bermesyuarat mendapatkan idea dan maklumat.

Orang yang dilantik mesti meningkatkan peranan dalam organisasi, dalam politik, dalam hal ehwal kemasyarakatan untuk memastikan misi berjaya dan menyediakan kakitangan, pendengar, penonton dan pembaca kepada satu perubahan minda, selaras dengan misi kerajaan yang ada sekarang.

Ini semua membabitkan falsafah hidup bukan saja, falsafah politik malah peribadi kita. Tidak ada orang yang boleh mendakwa ia boleh melakukan segalanya. Eloklah setelah kita sempurnakan tugas yang kita anggap kita boleh buat dengan baik, kita beralih kepada bidang lain untuk menempuh cabaran baru.

Setiap orang yang bertugas dalam media perlu menjadikan 'cabaran baru' sebagai falsafah hidup mereka, bertujuan bagi menguji diri. Dari segi kemampuan diri, saya tidak menjangkakan saya layak menjadi profesor atau peguam. Tetapi editorialblog amat percaya jika kita gigih, kita dapat capai apa jua asalkan faham realiti dan cabaran di hadapan kita.

Memang banyak orang yang berbakat, termasuk petani dan tukang kebun, bukan profesor atau yang berpendidikan tinggi saja.

Sekian, jumpa lagi..

p/s: Buat sementara ribut dalam NSTP semakin reda. Tetapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

Tuesday, June 16, 2009

Lebih baik Manja daripada Mior, Yaaaa Che Mat

Blogger Dunia Tiger yang juga bekas kakitangan Berita Harian menulis...


...Ejen kenit memberitahu saya bahawa blogawan Ashaf Abdullah akan dilantik menjadi Pengarang Kumpulan di TV3 manakala Mior Kamarul Shahid akan balik ke Berita Harian. Ashraf telah menyatakan perkara itu dalam blognya....


Baca di sini


Nampaknya terlalu banyak ejen-ejen asing di dalam kumpulan akhbar NSTP, terutama Berita Harian. Tapi, editorialblog tidak pasti siapa dan apakah ejen-ejen ini 'talam dua muka' atau tidak.

Namun, editorialblog tidak menafikan desas-desus bahawa bekas Timbalan Pengarang BH, Mior Kamarul Shahid akan kembali ke BH menggantikan Datuk Manja Ismail. Malah. Manja sendiri mengesahkan kepada rakan-rakan rapatnya dia akan 'dijemput' membantu Executive Director, News and Editorial Operations, Media Prima, Datuk Ahmad A Talib, terutama di TV3.

Apabila berita itu mula tersebar, ramai lah yang membuat andaian mudah. "Biasa lah... apabila rejim bertukar maka akan berlaku perubahan".

Bagi editorialblog, rezeki ada di mana-mana. Bagi, Manja juga begitu. Manja sudah tentu Dunia Tiger kenali lebih lama daripada editorialblog kerana Dunia Tiger dan Manja ber'ITM' sama-sama dulu.

Namun, Dunia Tiger dan Mior sudah lama meninggalkan BN, walaupun BN tetap melekat dalam hati dan jiwa mereka.

Di sini, Editorialblog mahu berkata: "Editorialblog tahu jalan cerita bagaimana Ahmad Talib, Zainul berada di tempat mereka sekarang. Editorialblog juga tahu jalan cerita dan cara mana Mior akan diletakkan di BH. Tetapi, Editorialblog ikhlas berharap Ahmad Talib tidak hanya melihat dari satu sudut saja untuk meletakkan seseorang pada kedudukan teratas secara tiba-tiba, walaupun orang itu mempunyai pengalaman. Kenyataan Editorialblog ialah LEBIH BAIK MANJA DARIPADA MIOR menerajui BN, selepas terlalu lama Manja berada di bawah ketiak Datuk Hishamuddin Aun. "

Manja boleh bekerjasama dengan Zainul Ariffin dan Editorialblog yakin Manja juga tidak mempunyai masalah bekerja di bawah Ahmad Talib. Editorialblog juga percaya Zainul dan Ahmad Talib juga tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan Manja.

Zainul dan Ahmad Talib nampaknya sekarang lebih banyak memberi kebebasan kepada Manja membuat keputusan dan mengikut maklumat yang Editorialblog terima, Manja kini sudah bersedia dengan beberapa perancangan yang boleh membantu memulihkan kewibawaan dan dunia kewartawanan dalam BN.

Yaaaa Che Mat,

Bukannya Mior tidak bagus tetapi Che Mat harus memberi peluang kepada Manja untuk membuktikan keupayaan beliau menjalankan tugas.

Yaaa Che Mat,

Pesan Editorialblog ialah jangan terlalu cepat membuat perubahan drastik peringkat atasan, sebaliknya lihat dulu di bawah, supaya orang tidak akan mengumpat atau mengeji. Supaya orang tidak berkata: "Lihatlah apabila mereka naik... semua orang yang mereka tidak suka mereka jatuhkan atau mereka simpan dalam peti ais... sekarang bukan zaman seperti dulu-dulu lagi wahai Che Mat."

Saturday, June 13, 2009

Perubahan dalam kumpulan NSTP pasti berlaku

Sudah sebulan editorialblog tidak di'update'kan dan dalam tempoh masa itu paea editor agak sibuk dengan tugas masing-masing. Ada yang terpaksa ke luar negara mengikut menteri atau Perdana Menteri.

Yang terbaru ada juga yang terpaksa keluar pejabat. Seperti yang berlaku kepada Datuk Hishamuddin Aun (Ketua Pengarang Kumpulan NSTP) dan Datuk Kamarulzaman Zainal (Pengarah Berita dan Hal Ehwal SemasaMedia Prima).

Kedua-duanya terpaksa melepaskan jawatan masing-masing kerana sudah menjadi adat atau resmi dunia ada waktu naik ada waktu turun. Laut juga ada pasang dan surut. Bulan tidak terus mengambang sepanjang masa.

Namun, tahniah juga akhirnya kepada Datuk Ahmad A Talib yang kini sudah sah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima. Satu jawatan yang menuntut komitmen tinggi kerana operasi Media Prima merangkumi beberapa stesen TV dan akhbar termasuk kumpulan NSTP.

Pada peringkat awalnya, desas desus pelantikan Ahmad A Talib ini mendapat bermacam-macam pendapat daripada beberapa pihak, terutama blogger seperti rockybru dan Pasquale.

Editorialblog juga pernah mengupas isu pelantikan Ahmad A Talib dalam laporan di sini.

Laporan berita:

PETALING JAYA - Media Prima Bhd (Media Prima) dan The New Straits TimesPress (M) Bhd (NSTP) mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Talib sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang baru serta Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, berkuat kuasa serta-merta.

Serentak itu, beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Media Prima dan NSTP berkuat kuasa 1 Julai 2009. Media Prima dan NSTP dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, pelantikan itu adalah sebahagian daripada perubahan menyeluruh dalam operasi editorial di Media Prima dan NSTP.

Perubahan itu turut menyaksikan pelantikan Pengurus Besar NSTP e-Media, Zainul Ariffin Mohammed Isa sebagai Pengarang Urusan Kumpulan NSTP yang baru dan pelantikan Pengurus Besar Berita dan Hal-Ehwal Semasa TV3, Shaharudin Abd Latif sebagai Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal-Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima.

"Zainul Ariffin dan Shaharudin akan melapor kepada Ahmad Talib yang akan mengawal keseluruhan operasi berita dan editorial bagi Media Prima dan NSTP," demikian mengikut kenyataan itu.

Ahmad Talib memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan sebagaiwartawan di bahagian Perkhidmatan Ekonomi Bernama pada 1972 sebelum menyertai Business Times (Malaysia) Sdn Bhd (BT) pada 1978. Pada 1985, beliau berpindah ke Berita Harian Sdn Bhd sebagai Pengarang Ekonomi sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang.

Pada 1987,Ahmad Talib menyertai NSTP sebagai Pengarang Berita New Straits Times (NST) dan New Sunday Times. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Berita NST; Pemangku Pengarang BT; Pengarang Bersekutu NST dan Timbalan Pengarang Kumpulan NST sebelum dilantik sebagai Pengarang Kumpulan NST pada 1998.

Selepas berkhidmat selama enam tahun dalam pelbagai jawatan, Ahmad kemudian dilantik sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Komunikasi dan Pemasaran Editorial pada 2004, sebelum beliau memilih untuk bersara awal pada 2005.

Sementara itu, Zainul Ariffin menyertai NSTP pada 1986 dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam kumpulan, antaranya Pengarang Ekonomi NST; wakil biro di New York; Pengarang BT dan Pengurus Besar, Perkhidmatan Sokongan Editorial.

Dengan pelantikan baru itu, NSTP dan Media Prima turut mengumumkan persaraan Datuk Hishamuddin Aun sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan Datuk Kamarulzaman Zainal sebagai Pengarah Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima.

Kini, sudah sah Ahmad Talib dan Zainul Ariffin mengetuai kumpulan NSTP. Harapan editorialblog ialah akan berlaku perubahan penting dalam kumpulan akhbar terbesar negara supaya kegemilangannya dapat dikembalikan.

Harapan juga diletakkan supaya akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro akan terus mengungguli dunia persuratkhabaran negara walaupun terpaksa bersaing dengan media alternatif lain, terutama blog dan laman web.

Editorialblog yakin Ahmad Talib dan Zainul mampu melakukan perubahan itu.

Monday, May 11, 2009

Selepas Rashid, giliran Ahmad Talib...

... Wahai Che Mad (saya selalu memanggil Datuk Ahmad A Talib - (Pahit Manis) - sebagai Che Mat, walaupun beliau sudah bergelar Datuk. Sebab? Panggilan itu lebih bermakna dan lebih mesra dan lebih mendekatkan diri kita kepada orang yang kita tegur. - Yaaaa Che Mad)

Kenapa kali ini saya meletakkan perkataan "Yaaaa" dan diikuti dengan nama orang yang diseru itu?

Ingatkah kita ketika bacaan talqin (untuk orang mati) dibacakan? Orang yang membaca talqin itu akan menyebut "Yaaaa" (anu binti anu)..apabila ditanyakan kepada kamu... maka jawablah dengan tenang dan sabarrrr". Ini untuk orang yang mati yang berada di alam kubur. Ketika dipanggil dengan ayat itu, maka orang yang mati dalam kubur itupun bangkit duduk dan mendengar.

Tetapi.... kali ini saya menyebut "Yaaaa Ahmad A Talib" dan ini tidak bermakna Che Mad berada di alam kubur. Dia masih hidup. Dia masih menulis. Dia masih berjalan. Dia masih berbakti.

TETAPI....

Ada pihak-pihak tertentu di kalangan orang Melayu (mungkin keturunan Raja Mendelir) dan ahli politik, mungkin juga orang di dalam dunia persuratkhabaran yang iri hati apabila mendengar desas desus 'Che Mad' akan menjadi Penasihat Jabatan Pengarang Kumpulan The New Stratis Times Press (M) Bhd (NSTP).

NSTP menerbitkan tiga akhbar utama Malaysia - Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Kedudukan dan jawatan Penasihat Jabatan Pengarang Kumpulan The New Stratis Times Press (M) Bhd dikatakan lebih tinggi daripada kedudukan dan jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP (Group Editor In Chief - GEIC) yang kini disandang oleh Datuk Hishamuddin Aun.

Desas desus mengenai kemungkinan 'Che Mad' akan menyertai semula NSTP sudah kedengaran sejak lebih sebulan lalu. Pada mulanya 'Che Mad' dikatakan akan menjadi GEIC.

Begitu juga desas desus bahawa Saudara Ahirudin Attan akan kembali ke NSTP sebagai GEIC .

Begitu juga kuatnya pengaruh 'orang lama' Berita Harian, Datuk Hafifi Hafiz yang dikatakan akan menjadi 'orang kuat' di NSTP.

Tidak dilupakan juga nama-nama 'kecil' seperti Lebai *****L ****I*; Lebai ****I* ****F; Lebai ****K*; Lebai ****H** ****A; Lebai *A*** *A*** dan beberapa 'lebai lama' dalam kumpulan NSTP.

Ada juga desas desus mengatakan Hishamuddin Aun akan disingkirkan (Walaupun pada bulan lalu - April - beliau menandatangani kontrak baru dua tahun sebagai GEIC). Dan akan diganti dengan 'orang lama' dalam NSTP. Ini kerana beberapa tindakan 'melampau' Hishammudin yang bersekongkol dengan Datuk Kalimullah, menempelak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Desas desus juga mengatakan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail dan Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nazri - TERSELAMAT - kerana kedua-duanya tiada masalah dengan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Razak.

Namun, sejak seminggu lalu, nama 'Che Mad' sebagai Penasihat Jabatan Pengarang NSTP menjadi buah mulut di kalangan para pengamal media dari peringkat CEO hingga office boy - Bahawa ;sirih pulang ke gangang'. Masing-masing-masing menunggu adakah 'Che Mad' akan kembali?

Namun, seperti tajuk saya di atas... Suasana samar mula menyelubungi 'Che Mad' - sama seperti apa yang berlaku kepada Saudara Rashid Yusof (here and here and here and here and here). Baru empat hari lalu, kami sudah diberitahu "memang sah Datuk Ahmad A Talib akan jadi Penasihat Jabatan Pengarang Kumpulan NSTP". Ini diperkuatkan lagi dengan langkah pihak atasan NSTP memberi kolum khas untuk ditulis oleh 'Che Mad' dalam New Sunday Times. Khabarnya, Hishamuddin sebagai GEIS NSTP pun tidak mengetahui 'Che Mad' diberi kolum khas dalam New Sunday Times dan terpaksa bertanya kepada GE NST, Datuk Syed Nazri.

TIBA-TIBA...

Semalam, saya menerima satu SMS mengatakan kedudukan 'Che Mad' seperti air yang sedang mendidih, akibat mainan politik. Ada pihak-pihak yang tidak suka 'Che Mad' menduduki jawatan yang dikatakan lebih tinggi daripada Hishamuddin Aun (Hishamuddin juga Ahli Lembaga Pengarah NSTP).

Jawatan Penasihat Jabatan Editorial NSTP mempunyai kata putus menentukan berita utama yang hendak digunapakai oleh akhbar. Beliau juga boleh membuat bermacam-macam perubahan dalam susun atur jabatan pengarang bagi memantapkan lagi berita dan pengedaran. Ianya satu jawatan yang lebih tinggi daripada GEIC dan jika ini berlaku, maka Hishamuddin sebagai GEIC hanya sekadar menjadi patung - GEIC yang tiada kuasa. INI PERNAH BERLAKU.

Terus terang saya katakan bahawa SAYA bukan penyokong 'Che Mad' atau Hishamuddin atau siapa saja.

YANG PENTING bagi saya ialah dunia persuratkhabaran dalam Kumpulan NSTP hendaklah dikembalikan seperti zaman dulu-dulu. GEIC, GE dan sesiapa saja dalam Jabatan Pengarang MESTI memikirkan juga cara untuk meningkatkan jaualan akhbar, bukan sekadar "dapat berita, taip dan siar". Dunia persuratkhabaran juga MESTI/WAJIB menggunakan bahasa yang betul ketika menulis, ejaan yang tepat, mengekalkan 'house style' yang menjadi lambang sesebuah akhbar. Bukannya main hentam tulis dan membuat perubahan yang 'pelik-pelik'. Pemberita (tidak kira dalam dunia Berita Harian, Utusan, The Star, NST) MESTI/WAJIB benar-benar dilatih menjadi wartawan bijak menulis, "PEKA bukan PEKAK"; "Buka MATA dan TELINGA walau dalam apa keadaan sekalipun" - Tetapi, apa yang berlaku dalam dunia kewartawanan, khususnya NSTP sekarang? Saya menerima aduan daripada ramai Ahli Parlimen bahawa wartawan dan Editor NST serta Berita Harian yang membuat liputan Dewan Rakyat, sombong dan berlagak sebagai boss-boss saja, tidak berkenalan dan bersembang dengan Ahli PArlimen (tidak kita Ahli Parlimen BN atau pembangkang)! Bagaimana untuk mendapatkan berita dan rencana eksklusif atau bagaimana untuk 'MENGOREK' berita jika tidak bercampur gaul dengan masyarakat?

(P/S: Apa boleh buat. Sesetengah Editor dan Editor kanan dalam Kumpulan NSTP sekarang ini bukan naik pangkat disebabkan kebolehan mereka 'mencari dan menulis' berita. Tetapi ramai di kalangan mereka mengejar pangkat dengan mengamalkan budaya MEMBODEK. Dan budaya ini diterima sepenuhnya di dalam akhbar Kumpulan NSTP. Orang yang benar-benar boleh mendapatkan berita eksklusif, orang yang benar-benar boleh menulis dan mengajar para junior menjadi pemberita dan wartawan yang baik, akan diketepikan. Orang yang benar-benar mengutamakan dunia persuratkhabaran dan kepentingan akhbar akan dicop tidak berpendidikan, suka ponteng, tidak boleh diharap, tidak berdisiplin dan bermacam-macam lagi. Tetapi orang yang suka bodek walaupun tidak reti buat kerja akan diagung-agungkan dan dinaikkan pangkat. Apa lagi kalau pandai main golf. - INILAH KEADAAN YANG BERLAKU DALAM NSTP. )

Yaaaaa Che Mad...

Bagi saja, jika 'Che Mad' kembali ke NSTP ianya ibarat 'The rightfull heir returns to the throne'.

TETAPI...

'Che Mad' mesti ingat bahawa selain menjaga pemimpin negara; menjaga negara; menjaga periuk nasi; 'Che Mad' mesti berusaha memartabatkan kembali kewibawaan dunia kewartawanan Malaysia. 'Che Mad' mesti memastikan wartawan dan pemberita yang bakal dilahirkan dari dunia MSM adalah berwibawa, tidak takut dan mampu menjadi seorang penulis yang dihormati.

Selain itu, 'Che Mad' MESTI/WAJIB melakukan perubahan supaya akhbar kumpulan NSTP, terutama Berita Harian dan New Straits Times, akan menjadi pilihan pembaca. Otak 'Che Mad' mesti berputar bukan sekadar untuk negara tetapi memikirkan juga bagaimana untuk meningkatkan jualan akhbar kumpulan NSTP.

'Che Mad' MESTI/WAJIB memastikan setiap wartawan/pemberita dalam kumpulan NSTP mempunyai satu kekuatan dalam diri masing-masing iaitu untuk bersaing mendapatkan BERITA/RENCANA EKSKLUSIF (bukan sekadar untuk menang Hadiah Kajai, tetapi pastikan jualan akhbar meningkat dan menjadi akhbar yang ditunggu-tunggu).

Akhir kata....

Yaaaaa Che Mad... Jika ditakdirkan anda kembali ke NSTP, maka laksanakan tanggungjawab itu dengan sabar dan tenang. DAN

Jika, anda tidak ditakdirkan kembali ke NSTP, maka terimalah ia dengan tenang dan sabar.

Sesungguhnya di atas dunia ini ramai manusia yang iri hati dan dengki.

(P/S: Saya mengenali Che Mad agak lama dan tahu bagaimana beliau melatih penulis menjadi pemberita dan kemudian menjadi wartawan. Saya berjanji dengan seorang rakan baik bahawa saya akan bertemu 'Che Mad' sehari selepas beliau menjadi Penasihat Jabatan Pengarang Kumpulan NSTP. Itupun jika benar-benar terjadi! - Insya-Allah)

Monday, May 4, 2009

Bahagian 2: Melayu dan sifat dengki

Sekali lagi ingin dinyatakan bahawa hasad atau dengki adalah suatu perasaan kurang senang yang menyelaputi hati seseorang apabila melihat nikmat yangd ikurniakan oleh Allah kepada orang lain, sama ada nikmat itu atas urusan agama atau keduniaan, dengan harapan nikmat itu terhapus daripada orang itu.

Dalam kata lain, biarlah nikmat yang diperoleh itu dimilikinya seorang saja. Sifat dengki ini adalah benih yang ditaburkan oleh syaitan untuk merosakkan diri manusia.

Hasad dan dengki juga adalah satu penyakit jiwa yang boleh menimbulkan perasaan sedih dan dukacita, keluh kesah dan kelelahan yang tidak putus, perasaan marah dalam hati tidak berkesudahan, malah menjadi penyakit yang boleh merosak atau membahayakan tubuh, melemahkan kekuatan, menyakitkan badan serta mengendurkan muka.

Dan, hasad dengki inilah yang dikenal pasti sebagai punca orang Melayu tertinggal dalam bermacam-macam sektor ekonomi berbanding bangsa asing.

Selain itu, hasad atau dengki juga adalah rasa tidak senang melihat kesenangan orang lain, terutama saudara seagamanya yang berbahagia mendapat nikmat Allah dan sekali gus mengharapkan supaya orang itu kehilangan nikmatnya. Oleh kerana didorong perasaan dengki, pendengki berusaha supaya orang yang hidup senang menjadi susah, orang kaya menjadi papa, orang mulia menjadi hina dan seumpamanya.

Penyakit hasad menyerang manusia, tidak kira yang alim atau orang awam, apa lagi orang jahil. Inilah satu bala yang apabila menimpa manusia, maka sia-sialah usia manusia itu di dunia ini dan nerakalah tempatnya diakhirat nanti.

Seharusnyalah kita menyedari bahawa bahaya penyebaran fitnah dan hasad dengki ini boleh meruntuhkan kepemimpinan politik yang cemerlang dan telah berjaya memajukan negara ini.

Seperti kisah dalam Sejarah Melayu, kisah pakatan sulit itu yang dirancang untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yang jujur dan setia akibat sifat hasad dengki segolongan pimpinan Melayu Melaka ketika itu. Kisah itu sebagai satu pakatan sulit yang cukup besar di zaman Kesultanan Melaka untuk menjatuhkan seorang panglima agung yang wataknya cukup penting ketika itu. Lantaran itu, Laksamana Hang Tuah difitnahkan bermain serong dengan gundik raja.

Senjata fitnah dan dengki itu juga amat perit akibatnya manakala kesakitan yang menimpa mangsanya tidak berakhir walaupun selepas orang yang membuat fitnah mendapat kejayaan. Betapapun juga kesannya fitnah untuk melukakan mangsanya, orang yang melakukan fitnah tidak pernah berjaya dalam hidup mereka kerana fitnah itu adalah manifestasi kegagalan dan kekecewaan belaka.

Dalam sejarah Islam sendiri pernah dicatatkan kisah yang berpunca daripada hasad dengki yang tidak pernah mendatangkan hasil yang menguntungkan sesiapa pun, sebaliknya keburukan bertimpa-timpa terus dialami oleh mereka yang terbabit dalam kegiatan itu.

Ianya dikisahkan dalam hidup Nabi Yusuf. Begini ceritanya:

Mengikut sejarah Islam, ketika kecil, Nabi Yusuf pernah tersisih daripada keluarganya. Hal ini berpunca perasaan iri hati, hasad dan dengki sanak saudara terhadap dirinya.

Allah berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya (kisah) Yusuf dengan saudara-saudaranya menjadi keterangan orang yang bertanya. Ketika mereka berkata: Yusuf dan adiknya lebih disayangi bapa kita sedangkan kita ramai. Sesungguhnya, bapa sudah terpesong. Bunuhlah Yusuf dan buangkan dia ketempat yang jauh supaya kasih sayang bapa tertumpu kepada kamu sahaja dan selepas itu kamu bolehlah menjadi orang baik." - (Yusuf: 7-9).

Petikan ayat al-Quran daripada Surah Yusuf itu memberikan gambaran kepada kita apabila munculnya perasaan tidak puas hati dan hasad dengki daripada saudara-saudara sendiri, kehidupan menjadi tidak aman lagi.

Kemuncak daripada perasaan buruk sangka itu mencetuskan pula pelbagai perancangan yang dibuat untuk menyingkirkan Yusuf daripada keluarganya sendiri.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila ada antara keluarganya yang membuat cadangan supaya Yusuf dibunuh saja bagi memuaskan hati mereka.

Bagaimanapun, cadangan itu dibantah kerana risikonya amat tinggi. Sebaliknya cadangan itu digantikan dengan syor yang lain, iaitu Yusuf dibuang saja ke dalam perigi buta.

Firman Allah bermaksud: "Seorang daripada mereka berkata: Jangan bunuhYusuf. Lebih baik kamu campakkan dia ke dalam perigi, nanti dia akandipungut oleh musafir sekiranya kamu hendak lakukan." - (Yusuf: 10).

Perasaan dengki dan iri hati di kalangan saudara Yusuf itu timbul kerana pada masa kecil, Yusuf mempunyai paras cantik serta menunjukkan ciri kepimpinan yang bijaksana.

Beberapa keistimewaan dimiliki Yusuf itu menyebabkan kewibawaan mereka sebagai abang tercabar, apa lagi dikhuatiri bapa mereka akan memberikan kasih sayang kepada Yusuf secara berlebih-lebihan.

Adik beradik Yusuf takut menghadapi kenyataan seperti itu lalu mereka mencari jalan pintas supaya Yusuf tersingkir daripada keluarganya. Atas tipu helah mereka, akhirnya Yusuf berjaya disingkirkan.

Bagaimanapun, disebabkan Yusuf berada pada pihak yang benar, segala fitnah yang dilemparkan kepadanya tidak mendatangkan kesan buruk keatasnya dan sekalipun tersingkir daripada keluarga, Yusuf akhirnya bangkit semula sebagai seorang pemimpin agama berwibawa di Mesir.

Begitulah punca satu penganiayaan yang cuba dilakukan melalui perbuatan memburukkan atau memfitnah orang lain bagi mencapai kehendak diri sendiri tanpa memikirkan risiko atau baik buruknya. - Itulah juga HASAD DENGKI yang dimiliki sesetengah Melayu di negara ini.