Di kalangan para editor MSM, kenyataan Pak Lah terhadap Tun di Kota Kinabalu malam tadi adalah yang paling keras sejak Tun menyerahkan kuasa pentadbiran kepada beliau dan sejak Tun memberi petunjuk kepada ahli Umno dan BN supaya memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno, sekali gus menjadi Perdana Menteri.
Kenyataan Tun yang ditulis dalam blog beliau dibalas oleh Pak Lah dalam media arus perdana. Nampaknya Pak lah sudah tidak tertahan lagi dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh Tun terhadapnya. Hingga dalam kenyataan semalam Pak Lah mengatakan:
Kenyataan keras Pak Lah itu, bagi para editor kanan MSM bersebab. Yang paling utama sekarang ini ketika bahagian Umno mengadakan mesyuarat mereka, rata-rata tidak berpihak kepada Pak Lah dan konco-konconya."Tun berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan".
Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
"Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?
"Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu...orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?
Kini kalangan ahli Umno sudah muak dengan Pak Lah dan mereka yang dulunya sering mempertikaikan serangan Tun terhadap pentadbiran negara, kini mengakui kenyataan Tun adalah benar.
Di kalangan para editor kanan MSM dan editorialblog sendiri sudah dapat merasakan 'SENTIMEN MAHATHIR'sejak sebelum mesyuarat bahagian Umno bermula. (Ulasan mengenai sentimen Mahathir akan diberi tidak lama lagi)
"Sekarang ahli Umno melihat kembali kepada Tun Mahathir. Mereka yang sebelum ini menentang Tun kini dapat melihat kebenaran kata-kata Tun. Pandangan diberikan Tun mendahului masa dan mereka kini lebih memihak kepada Tun," kata seorang editor kanan MSM.
Tidak hairanlah sekarang ini menantu Pak Lah semakin gelabah apabila anak Tun Mahathir iaitu Datuk Mukhriz mendahului beliau dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Sentimen Mahathir ini juga menular dalam Pemuda Umno hingga Naib Ketua sekarang Khairy Jamaluddin ketinggalan jauh di belakang dari segi pencalonan.
Jadi sekarang ini bukan 'pukul anak sindir menantu' tetapi 'pukul kawan jaga menantu'.
(Banyak lagi yang akan diulas mengenai kisah Pemuda Umno dan mesyuarat Umno bahagian dalam sedikit masa lagi.)
Mengenai pukulan Pak Lah terhadap Muhyiddin pula Editorialblog menyifatkannya sebagai mengesahkan cerita-cerita selepas mesyuarat khas MT Umno baru-baru ini, bahawa Pak Lah memang kena pukul habis-habisan.
Kenapa Muhyiddin beriya-iya menentang Pak Lah ada sebabnya dan sudah pun editorialblog nyatakan dalam artikel sebelum ini.
Namun sesuatu yang menarik perhatian Editorialblog ialah:
Para editor MSM di Kuala Lumpur sudah diarah menyediakan ruang kepada berita Pak Lah beberapa jam sebelum Pak Lah membuat kenyataan membidas Tun dan Muhyiddin di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Editorialblog diberitahu Pak Lah akan mengamuk.
1 comment:
Kalau begitulah Dollah mengamuk pd Hindraf hari tu kan bagus ,bolehla dianggap pahlawan ... INI dgn Tun kan beliau tu pembela MELAYU dan rakyat malaysia warisan kita ...takkan tak tahu dan nak marah pula kot....Bersabarlah.....dan lebih baik diam drp berkata-kata kalau ianya lebih mendatgkan kemudaratannya.......
Post a Comment