Sunday, February 1, 2009

Adun Behrang nafi letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jamaluddin Mohd Radzi menafikan beliau meletak jawatan sebagai Adun seperti yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, petang tadi.

Jamaluddin memberitahu bahawa surat peletakan jawatan beliau dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang kononnya diterima oleh Sivakumar menerusi fak itu ditandatangani pada 8 Mac tahun lalu kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat ketika itu bimbang tujuh Adun mereka keluar parti.

Surat itu digunakan seolah-olah saya sudah letak jawatan sebagai Adun. Ini satu pembohongan. Saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” kata Jamaluddin.

Apa yang peliknya kenapa Sivakumar boleh membuat pengumuman itu. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat di Perak sudah bertelagah dan kerajaan mereka mula rapuh.

1 comment:

Anonymous said...

Yang peliknya dah tak hilangke 2 exco ni? Boleh contact wartawan buat penafian. Selama ini kawan dan keluarga pun tak contact.
Apa status sekarang? Mana tuan punya badan?