Tuesday, April 7, 2009

KJ disenarai sebagai menteri Kabinet...

Tetapi....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berhadapan masalah besar apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan AMARAN dan UGUTAN kepada Najib, Umno serta BN, hari ini.

Dalam artikel terbaru beliau bertajuk 'Kenapa Saya Masuk Balik Umno' - yang disiarkan
dalam laman
web beliau hari ini Tun bercerita panjang lebar.

Dalam paragraf ke empat Tun ada menyebut:

4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

Dan... dalam banyak-banyak komen yang dihantar kepada Tun, ramai yang memuji-muji Tun, ramai yang bangga terhadap Tun dan ramai yang 'yes man'. Apa yang Tun kata segala-galanya 'benar' belaka.

Namun, saya tertarik kepada satu komen:

By Wei on April 7, 2009 5:01 PM
Dear Tun,
If Datuk Najib also act like Tun Abdullah, how will you do?
But i think you have react so "obviously" that only return to UMNO after Tun Abdullah has stepped down. Maybe because you want your son UNELECTED UMNO YOUTH - Datuk Mukhriz to be a minister or what so you need to act so "OBVIOUSLY" to Datuk Seri Najib.
Before that i quite respect you due to your far sighted view but the action of a leader like you who are respectful in Malaysia and in global arena, while Tun Abdullah also as Malaysia PM, you are able to act like that way.
Anyhow, just want to see the show in near future. To see whether Khairy or Mukhriz will be appointed as Minister in Datuk Seri Najib's cabinet.
HAHA.....See the show again....

Berdasarkan maklumat yang Editorialblog terima, nama KJ memang sudah disenaraikan oleh Najib sebagai seorang menteri Kabinet yang akan beliau umum esok.

Tetapi dengan perkembangan sekarang iaitu apabila Tun membuat kenyataan terbuka hari ini dalam laman web Tun, Najib sekarang dalam dilema.

Mungkin juga Tun sudah mengetahui bahawa Najib turut menyenaraikan nama Mukhriz bin MAHATHIR sebagai seorang Timbalan Menteri (demi menghormati Tun dan demi menjaga perpaduan dalam Pemuda Umno).

Najib kini terpaksa 'menarik rambut dalam tepung'. Najib kini berdepan situasi tegang yang bukan dibawa oleh pembangkang, yang bukan datang dari Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh, tetapi datangnya daripada seorang negarawan ulung, yang amat-amat dihormati dan disegani oleh anak bangsa dan negara luar.

Satu kenyataan yang akan membuatkan Najib terpaksa berfikir banyak kali, sebelum mengumumkan barisan Kabinetnya, terpaksa bersedia dengan soalan daripada wartawan dalam dan luar negara.

Sudah pasti pakej-pakej barisan Kabinet yang berubah-ubah malam ini di rumah Perdana Menteri.

Sememangnya KJ menang Pemuda Umno kerana undi sebanyak 304, berbanding Mukhriz(232) dan Khir Toyo (254). Dan jika dicampur jumlah undi itu majoriti tidak memilih KJ. Tetapi kita mesti fikir bahawa pertandingan itu adalah pertandingan tiga penujuru, bukan dua penjuru. Jika dua penjuru mungkin salah satu pihak akan tetap mendapat lebih undi.

Memang dalam sejarah Umno pernah Ketua Pemuda tidak dilantik sebagai menteri Kabinet. Tetapi itu adalah masa dulu. Yang paling utama sekarang ialah Umno terutama Pemuda mahu menaik lebih ramai orang muda menyokong BN dan KJ adalah orang yang sesuai untuk melakukannya. Kita ketepikan soal tuduhan kononnya KJ perasuah. Kita ketepikan terus kerana setakat ini tidak ada bukti rasuah.

Sekarang ini yang kita dengar adalah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang ramai dan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir bahawa KJ perasuah terkenal. Masya-Allah. Ia datang daripada mulut atau pemikiran seorang yang amat dihormati. Yang setakat ini enggan memberi sebarang bukti kepada pihak berkuasa supaya KJ ditangkap, tetapi hanya membuat
tuduhan-tuduhan menerusi tulisan dan kenyataan.

Selepas membaca tulisan Tun hari ini, kesimpulan yang boleh dibuat terhadap Tun sekarang ialah Tun bukan seorang kaunselor yang baik, Tun juga kini bukan seorang 'bapa' kepada anak, Tun juga pemarah dan pembenci - (Orang yang bersifat demikian dikuasai oleh Syaitan.) Jika benar pun KJ perasuah (apakah bukti... tunjukkan bukti... buktikan bukan dengan tuduhan).

Sekarang, jika Najib melantik KJ sebagai menteri, adakah Tun akan keluar semula daripada Umno? Atau Tun ada udang di sebalik batu dan Tun mahu supaya Mukhriz bin MAHATHIR dilantik sebagai menteri.

Siapakah pemimpin yang Tun lantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet Tun dulu, tidak rasuah?

Selain Allah, kami juga tahu siapa perasuah yang Tun lantik sebagai menteri Kabinet Tun dulu! Mungkin juga Tun tahu, tetapi Tun buat-buat tak tahu demi kepentingan Umno, BN dan negara atau Tun tidak nampak kerana Tun berada di atas ketika itu.


p/s: Editorialblog tidak akan mendedahkan pekung peribadi orang Umno secara umum, tetapi menegur mereka dengan diam-diam bagi menjaga keutuhan Umno sebagai tulang belakang bangsa Melayu dan negara.

14 comments:

Zainal A. Kasim said...

Editorial Blog,

Saudara bertanya tentang bukti.

Bukankah Lembaga Disiplin telah mengumumkan "siapa-siapa" yang didapati bersalah politik wang tempohari? Nama sekian-sekian orang disebut satu persatu.

Bukti apa lagi yang diperlukan?

Anonymous said...

Hang saja lah jd Mentei,semua yg Tun cakap tak betul habis orang cam awak la yg betul,bagus la ambil perasuah jadi Menteri,last2 ranap BN..tst..tst..tst..cam la hampa tu malaikat, semua betul. i doubt DSN will have KJ in cabinet even wrhout TDM saying it in his blog. Guna la fikiran cara rasional sikit.

ai'dil said...

Tidak ada bukti nyata yang boleh mensabitkan orang yang dituduh, maka orang itu akan dibebaskan.

kasim patalon said...

hang nak bukti check semua akaun perwakilan kelantan ,sabah dan negeri-negeri lain berapa banyak duit kj masukkan malam sebelum mengundi pemilihan pemuda baru-baru ni.kat corus hotel tu lah tempat perasuah dok bagi duit pada perwakilan

azrin said...

Boleh tak Mahathir tu duduk diam dan bagi Najib pilih siapa dia nak. Suka buat kacau je orang tua ni (the old man)..

Tak pasal2 bagi presure kat Najib. Ni baru nak pilih kabinet...Jangan sampai satu hari Najib jadi fed-up dengan the old man.

Hamba said...

Najib has his own baggage or rather 'cargo 'to carry. TDM is not a baggage, he a walking dead ( bangkai bernyawa) politically speaking. What do you get when you have a big cargo to drag and a walking dead helping you? A step backward, that's what! The cargo was not moving at all and the walking dead is sucking the life out of najib just to keep his body from disintegrating ...What a bright idea. TDM helping Najib?...Najib is senile instead of TDM...

Anonymous said...

Apa yang Mahathir cakap bukan sekadar pendirian beliau.

Beliau adalah satu-satunya suara akar umbi.
Pencalonan tertinggi adalah suara akar umbi.
Malangnya undi adalah suara perwakilan yang boleh dijual beli.

Kita dah lihat padahnya dan apa yang telah disuarakan terjadi...

MM

nagagua said...

betul umno perlukan orang muda untuk memujuk orang muda menyertai umno tapi orang muda yang jenis apa yang hendak dipujuk jenis kurang ajar ,sapu kontrak,kaki kelab malam sudahlah bangkai gajah mana boleh nak tutup dengan nyiru .hidup tun mahathir .teruskan menegur jangan biarkan sikaduk naik junjung.

Anonymous said...

It is good we have somebody like Mahathir whom will be constantly vocal. He is old and have nothing to lose. He is also vocal on Palestinian issues. Not just UMNO

Being an ordinary member, he can speak up without fear, since the rest of politicians will be too careful to criticize due to their self interest.

Of course, the opposition are always useless with their rhetoric.

So we all will have to live with it (under his shadows) whether we like it or not. That's Mahathir...

Anonymous said...

Masalahnya BUKAN Tun yg mengatakan KJ ada kaitan rasuah,tapi LEMBAGA DISIPLIN PARTI di era Pak Mertuanya...maka ADALAH TIDAK SESUAI memilih orang yg terbabit rasuah.

Anonymous said...

Kj celaka.tatkala dia jadi ahli parlimen rembau,boleh lak dia jadi setiausaha fam.cm cibai.dia pttnya bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat.bkn kepentingan diri sendiri.aku rasa ko nih dalang2 kj.membuta tuli jadi penyokong fanatik kj.mmg ptt kj kena boo time penimaan sbg ketua pemuda umno.

paloi bin mulau said...

wow beberapa kerat pencacai mahathir marah nampak hehe hee hee

jgn marah2. najib rela jadi boneka mahathir. najib akan turut semua kata2 mahathir. relax la pencacai

Anonymous said...

Waktu krisis kewangan dulu, sy lihat kesungguhan tun nk perbaiki masalah ni. Dr situ sy lihat betapa sayangnya tun pd rakyat msia. Mana2 negara yg sy pergi, semua kenal mahathir. sy bangga kerana beliau dah mengharumkan nama negara.

Anonymous said...

MUKHRIZ DAPAT PENCALONAN TERTINGGI MANAKALA KJ DAPAT PENCALONAN TERENDAH!!!

TETAPI MUKHRIZ KALAH, KJ PULAK YANG MENANG
HOW U EXPLAIN THAT????????????

INI BUKAN SUARA AKAR UMBI!!!!!


BE RATIONALE...TANYA ORANG BANGANG PON CONFIRM DORANG BLEH JAWAB..
PAKAI OTAK LA...JGN TAKSUB KEPADA PEMIMPIN