Tuesday, November 25, 2008

Islam haram makan babi bukan hina Cina....

....Islam haram yoga, bukan hina Hindu...

Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lalu mengharamkan umat Islammengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruhkerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin menyatakan senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, dan kemuncaknya penyatuan diri dengan Tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, ahli majlis berkenaan memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

Pelbagai pihak termasuk institusi, orang perseorangan sama ada Islam atau bukan Islam memperkatakan mengenai tindakan Majlis Fatwa ini. Tindakan mereka mempertikaikan keputusan fatwa itu sebenarnya adalah kesinambungan usaha menjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa dan institusi Islam yang lain.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman bahawa institusi fatwa adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini dalam kes Sulaiman Takrib lawan kerajaan Terengganu dan Kahar Ahmad melawan kerajaan Selangor dan dua lagi. Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, adalah mahkamah tertinggi dalam negara ini menjelaskan kedudukan fatwa di negara ini dan tidak perlu dipertikaikan lagi selepas itu.

Bagi orang bukan Islam, hormatilah institusi agama Islam kerana ia adalah badan sah di sisi undang-undang. Sebagaimana orang bukan Islam tidak mahu orang Islam mengganggu agama mereka, mereka juga hendaklah tidak mengganggu agama Islam apatah lagi badan itu ditubuhkan atas lunas yang sah dan diiktiraf undang-undang.

Inilah suasana yang semakin pelik di Malaysia. Apa tidaknya, kini apa saja hukum yang
dikeluarkan oleh majlis tertinggi agama Islam di negara ini untuk umat Islam dipertikaikan
oleh bukan Islam. Tidak kah ini sesuatu yang pelik.

Bangsawan yang juga bekas menteri Kabinet, Datuk Seri S Samy Vellu yang beragama Hindu turut terpengaruh dengan fatwa itu. Malah beliau yang kini mahu menaikkan semula imejnya dengan berjuang untuk kaum India memandang serius keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Presiden MIC itu berkata keputusan yang dibuat Majlis Fatwa itu turut menimbulkan
kebimbangan penganut agama Hindu di negara ini. Katanya, walaupun Majlis Fatwa berhak
membuat ketetapan berkaitan umat Islam dan juga agama Islam, keputusan mengharamkan senaman itu menyebabkan kekeliruan di kalangan bukan Islam, termasuk penganut Hindu.

"Perkataan haram dalam membuat keputusan itu sudah disalah tafsir danapakah ia bermakna pengharaman itu untuk keseluruhan senaman yoga,". Ini kata Samy Vellu.

Kenyataan yang dibuat oleh Samy Vellu itu menjadi bahan ketawa di kalangan para editor MSM. Kenyataan itu sengaja disiarkan oleh akhbar arus perdana bertujuan menunjukkan kebodohan Samy Vellu.

Dalam pada itu, editorialblog tertarik dengan pelbagai ulasan yang diberikan oleh orang
ramai di dalam laman web dan blog. Paling mendapat perhatian ialah laman blog
rockybru.com.my. Ramai yang memberi pendapat apabila penulis laman itu Rocky mempertikaikan tindakan Persatuan Hindu Sanggam membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai yoga.

Namun, apa yang menarik hari ini ialah kenyataan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad:

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pihak tertentu supaya tidak menjadikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan yoga sebagai isu agama.

“Jika mereka (Majlis Fatwa Kebangsaan) percaya ianya salah, jadi ianya salah. Malanglah jika orang lain fikir keputusan itu mencela agama mereka. Ia sama lah seperti kita kata orang Islam tidak boleh makan babi, ia bukan menghina orang Cina. Dan ia adalah sama bila orang Islam tidak boleh melakukan yoga. Ia bukan kerana mereka menghina orang Hindu.

“Mereka tidak patut buat begitu. Sama ada orang Melayu ikut atau tidak, itu hal mereka, orang lain tidak boleh jadikannya sebagai isu agama. Seperti perkara lain yang dilarang di dalam Islam, ia bukan menghina orang lain. Tetapi ada orang yang mahu menjadikannya sebagai isu.

“Saya kesal. Saya sendiri tidak peduli jika anda berdiri di atas kepala atau berdiri di atas kaki anda. Ia bukanlah semata-mata jika anda mengamalkan yoga, anda tiba-tiba menjadi orang bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan Antarabangsa Pertama 2008 mengenai Bahasa dan Linguistik anjuran Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini.

Ingatlah:

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215 Oktobe rlalu mengeluarkan satu kenyataan khas berhubung beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai peranan melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia. Pendirian itu dikeluarkan berikutan situasi tidak menentu sejak kebelakangan ini apabila ada pihak mula mempersoal, mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam bahkan meminta peruntukan dalam Perlembagaan seperti kontrak sosial dikaji semula serta membangkitkan isu sensitif membabitkan soal perkauman.

SATU PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN IALAH:

ADAKAH KAUM INDIA BERAGAMA HINDU AKAN MEMBUAT DEMONSTRASI ATAU MENGHANTAR BANTAHAN APABILA UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA HAJI ATAU HARI RAYA KORBAN DENGAN MENYEMBELIH LEMBU, YANG DIANGGAP TUHAN OLEH PENGANUT HINDU?

3 comments:

Anonymous said...

Setakat ini hanya Tun Dr Mahathir saje yang membuat ulasan terbuka yang mempertahankan pengumuman Fatwa yoga.
Bila saya dengar lapuran berita itu di TV, saolah olah nya beliau PM de facto,kerana PM di Uzbek dan TPM di Peru,sibuk kerja luar negeri.
Syed Amid diam yang lain Rais ade di Argentina ,Zaid Hamidi tengah cekin LUTH di Mekkah.
Pembidas pembidas sorak sakan sebab ta da orang jaga rumah.
Terima kasih TDM.
arjuna waspada.

PAPA GOMO said...

Sememangnya apa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa itu HARUS. Ianya tidak menghina kaum lain, sepertimana kaum pendatang cina dan india yang terang-terang menghina kaum Melayu.Kenyataan Tun Dr Mahathir amat berasas sama sekali.Tun sememangnya amat arif mengenai isu-isu sensitif seperti ini.

wadie said...

Kepada Orang Melayu yang beragama Islam , Kaum India sebenarnya akur dan faham bahawa Majlis Fatwa dari Malaysia dan juga Indonesia Mengharamkan Amalan Yoga untuk orang Islam sahaja dan bukan untuk orang bukan Islam.Jadi kita tak perlulah nak kecohkan isu yang menyentuh sensiviti agama. Dan untuk pengetahuan orang Melayu atau Islam , Lembu sebenarnya bukan dianggap sebagai Tuhan oleh masyarakat india tetapi sebagai salah satu ahli keluarga kerana di negara India , Lembu digunakan untuk membajak, sebagai kenderaan di kawasan kampung , dan salah satu sumber untuk mendapatkan susu untuk bayi selain daripada ibu.Jadi kaum india mengganggap makan lembu umpama makan ahli keluarga sendiri.Jadi masyarakat melayu tolong ubah konsep.