Saturday, April 25, 2009

Rashid tak jadi Setiausaha Akhbar TPM

Sudah disahkan di kalangan para editor kanan MSM berita yang ditiup angin, bahawa bekas wartawan NST, Saudara Rashid Yusof tidak jadi menjawat jawatan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri.

Tahniah kepada bigdogdotcom kerana berjaya menjatuhkan Saudara Rashid Yusof daripada menjadi Setiausaha Akhbar TPM Malaysia. Tetapi, ingat-ingatlah bahawa anda tidak seharusnya ketawa apabila berjaya 'menarik' rezeki orang.

Dan, kepada A Voice tahniah kerana berjaya menikam kawan dari belakang. Sekurang-kurangnya Rashid Yusof juga menghulurkan sedikit bantuan kepada anda ketika anda turun berkempen untuk BN di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil yang lalu.

Kepada saudara sakmongkol AK47 mudah-mudahan Datuk akan mendapat lebih banyak berkat kerana usaha-usaha yang dilakukan.

Para Editor Kanan MSM amat bersimpati kepada Saudara Rashid Yusof, 47, yang terus dilabelkan orang KJ walaupun rasa-rasanya Rashid kini hanya menjadi sahabat kepada KJ, Rashid juga boleh menjadi sahabat kepada Mukhriz dan Khir Toyo.

Jika orang terus melabelkan Rashid sebagai orang KJ dan tiada orang yang mahu mengambil beliau bekerja (kerana bimbang diserang oleh blogger) di mana lagi Rashid hendak mencari rezeki untuk menyara anak isterinya.

Daripada KJ? Kedudukan KJ juga sebagaimana yang diketahui amat rapuh walaupun menang Ketua Pemuda Umno.

Adakah bigdogdotcom dan A Voice boleh membantu Rashid? Mereka hanya bijak berkata-kata dan mereka juga seperti gunting dalam lipatan.

Kenapa tiada orang yang melabelkan Rashid Yusof adalah orang Tun Daim Zainuddin, sedangkan Rashid juga pernah bekerja dengan Tun Daim.

Semua tuduhan terhadap Saudara Rashid adalah rekaan daripada bigdogdotcom dan A Voice. Kami para editor kanan MSM mengetahui siapa mereka berdua. Adakah bigdogdotcom dan A Voice tidak menerima duit daripada Mukhriz dan Khir Toyo atau MB Perak (melalui setiausaha akhbarnya Nizam)?

Tepuk dada tanya selera... Jangan mengata orang paku serpih....

4 comments:

bz said...

Kj dan orang yg berkaitan dengannya sememangnya tak patut ada dalam umno...

Anonymous said...

Bro,

The one to blame is Din the DPM. To me, he should stick to his decision, if the decision had been made. Era flip-flop dah tamat, kenapa kena pressure sikit dah surrender?

Almeisan said...

same to u bz...what makes u think u shd be here? at least kj is pemuda chief, and u?? keep barking loud like a bigdog woof...woof!!

Detguaq said...

Mungkin jalan terbaik yusof ikalah kembali kepada daim. Mungkinkah yusof terlalu tunjuk gah semasa rapat dgn kj kot, tu yg BD dan AV bara tu.....aku tak bara kat kj, tapi aku bara dgn perangai dia...