Bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Ketika hidupnya, Tun Razak tidak menggalakkan anak sulungnya, Datuk Seri Najib melibatkan diri dalam politik, tetapi mahu beliau menjadi akauntan.
Najib memulakan pengajian awal di St John Institution, Kuala Lumpur pada 1960 hingga ke peringkat Lower Certificate of Education (LCE) dan menyambung pelajaran di Malven Boy’s College, Worchestershire, England serta Universiti Nottingham United Kingdom hingga mendapat ijazah sarjana muda Ekonomi Perindustrian pada 1974.
Sekembalinya ke tanah air, Najib bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam Petronas selama dua tahun sehingga 1976.
Namun segala-galanya berubah apabila Tun Razak meninggal dunia di sebuah hospital di London pada 1976. Ketika itu Najib berusia 22 tahun.
Berikutan kematian bapanya, Najib dipujuk bertanding pilihan raya kecil Parlimen Pekan menggantikan ayahnya.
Dengan sokongan banyak pihak, Najib menang pilihan raya 1976 ketika berusia 23 tahun dan menjadi Ahli Parlimen Pekan, Pahang.
Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan dari 1976 hingga 1982 sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Bandar Pekan (1982-1986) dan kembali menjadi Ahli Parlimen Pekan dari 1986 hingga sekarang.
Kerjaya Najib dalam pentadbiran kerajaan diteruskan dengan menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1980), Timbalan Menteri Pelajaran (1980-1981) dan Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982).
Najib kembali ke Pahang sebagai Menteri Besar dari 1982 hingga 1986 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Pekan (1982-1986).
Kemudian beliau kembali ke Kuala Lumpur menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1986-1987), Menteri Belia dan Sukan (1987-1990), Menteri Pertahanan (1990-1995), Menteri Pendidikan (1995-1999), Menteri Pertahanan (1999 hingga September 2008), Timbalan Perdana Menteri (2004-2009) dan Menteri Kewangan (bermula September 2008 hingga kini).
Antara lain jawatan dalam parti yang pernah disandang Najib ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan, Ahli Exco Pemuda Umno Malaysia, Naib Ketua Bahagian Umno Pekan, Ahli Exco Pemuda Umno, Ketua Pemuda Umno Pahang, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Pekan, Naib Ketua Pemuda Umno, Pengerusi Umno Pahang, Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Pengerusi Biro Majlis Ekonomi dan Sukan Pemuda Umno, Ketua Pemuda Umno, Pengerusi Biro Pemuda dan Pekerja, ahli jawatankuasa Pro-tem Umno Baru, Ketua Pemuda Umno Baru, Naib Presiden Umno, Perwakilan Umno ke Majlis Barisan Nasional, Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan Naib Pengerusi Barisan Nasional Gabungan.
Najib mengikut jejak langkah Allahyarham Tun Abdul Razak:
1. Razak pernah dilantik Menteri Pelajaran dari 1956-1957, manakala Najib memegang jawatan sama antara 1995-1999;
2. Razak pernah memegang jawatan Menteri Pertahanan dari 1957-1959 manakala Najib memegang jawatan sama pada 1990-1995 dan dilantik untuk portfolio sama pada 1999 hingga awal 2009.
3. Razak pernah menjadi Ketua Pemuda Umno, begitu juga Najib.
4. Razak menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga Najib, dari Timbalan Presiden Umno dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953.
Selanjutnya di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment