Hari ini, kira-kira pukul 3 petang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan barisan menteri Kabinet beliau. Sudah pasti ia akan menjadi tajuk utama akhbar dan media alternatif seluruh negara.
Semua mata dan telinga akan tertumpu kepada nama-nama yang akan diumumkan oleh Najib kelak. Sama-sama kita mendengar sama ada Najib akan melantik tok-tok lebai di surau dan masjid menjadi menteri Kabinet beliau.
Rasa-rasanya hanya tok-tok lebai dan jawatankuasa surau serta masjid saja kot yang bebas daripada rasuah atau politik wang/wang politik seperti yang dikehendaki oleh ramai pihak.
Mungkin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan lebih gembira jika Najib melantik tok-tok lebai di surau dan masjid menjadi menteri Kabinet beliau - bebas rasuah.
Atau boleh juga di baca di sini mengenai siapa yang layak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment