...Ejen kenit memberitahu saya bahawa blogawan Ashaf Abdullah akan dilantik menjadi Pengarang Kumpulan di TV3 manakala Mior Kamarul Shahid akan balik ke Berita Harian. Ashraf telah menyatakan perkara itu dalam blognya....
Baca di sini
Nampaknya terlalu banyak ejen-ejen asing di dalam kumpulan akhbar NSTP, terutama Berita Harian. Tapi, editorialblog tidak pasti siapa dan apakah ejen-ejen ini 'talam dua muka' atau tidak.
Namun, editorialblog tidak menafikan desas-desus bahawa bekas Timbalan Pengarang BH, Mior Kamarul Shahid akan kembali ke BH menggantikan Datuk Manja Ismail. Malah. Manja sendiri mengesahkan kepada rakan-rakan rapatnya dia akan 'dijemput' membantu Executive Director, News and Editorial Operations, Media Prima, Datuk Ahmad A Talib, terutama di TV3.
Apabila berita itu mula tersebar, ramai lah yang membuat andaian mudah. "Biasa lah... apabila rejim bertukar maka akan berlaku perubahan".
Bagi editorialblog, rezeki ada di mana-mana. Bagi, Manja juga begitu. Manja sudah tentu Dunia Tiger kenali lebih lama daripada editorialblog kerana Dunia Tiger dan Manja ber'ITM' sama-sama dulu.
Namun, Dunia Tiger dan Mior sudah lama meninggalkan BN, walaupun BN tetap melekat dalam hati dan jiwa mereka.
Di sini, Editorialblog mahu berkata: "Editorialblog tahu jalan cerita bagaimana Ahmad Talib, Zainul berada di tempat mereka sekarang. Editorialblog juga tahu jalan cerita dan cara mana Mior akan diletakkan di BH. Tetapi, Editorialblog ikhlas berharap Ahmad Talib tidak hanya melihat dari satu sudut saja untuk meletakkan seseorang pada kedudukan teratas secara tiba-tiba, walaupun orang itu mempunyai pengalaman. Kenyataan Editorialblog ialah LEBIH BAIK MANJA DARIPADA MIOR menerajui BN, selepas terlalu lama Manja berada di bawah ketiak Datuk Hishamuddin Aun. "
Manja boleh bekerjasama dengan Zainul Ariffin dan Editorialblog yakin Manja juga tidak mempunyai masalah bekerja di bawah Ahmad Talib. Editorialblog juga percaya Zainul dan Ahmad Talib juga tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan Manja.
Zainul dan Ahmad Talib nampaknya sekarang lebih banyak memberi kebebasan kepada Manja membuat keputusan dan mengikut maklumat yang Editorialblog terima, Manja kini sudah bersedia dengan beberapa perancangan yang boleh membantu memulihkan kewibawaan dan dunia kewartawanan dalam BN.
Yaaaa Che Mat,
Bukannya Mior tidak bagus tetapi Che Mat harus memberi peluang kepada Manja untuk membuktikan keupayaan beliau menjalankan tugas.
Yaaa Che Mat,
Pesan Editorialblog ialah jangan terlalu cepat membuat perubahan drastik peringkat atasan, sebaliknya lihat dulu di bawah, supaya orang tidak akan mengumpat atau mengeji. Supaya orang tidak berkata: "Lihatlah apabila mereka naik... semua orang yang mereka tidak suka mereka jatuhkan atau mereka simpan dalam peti ais... sekarang bukan zaman seperti dulu-dulu lagi wahai Che Mat."
2 comments:
apa ko cakap bro
bila hisham naik, dia tendang hafifi, meor, zian etc
kenapa dulu ko tak cakap semua ni. ko takut kena buang ke
ahmad talib mestilah lantik orang sama standard dengan dia. bagi ahmat talib, meor tu dah hebat. memanglah hebat kerana bro mat kita dulu kejap ada kat office kejap tak ada. lebih kepada tak ada kat office. nasib kitalah kat BH dapat orang yang pasif macam meor. sumpahan najib najib nampaknya
Post a Comment