Al-Kisah bermacam-macam komen dari orang luar dan dalam mengenai beberapa perubahan yang berlaku dalam kumpulan Media Prima sejak akhir-akhir ini. Banyak andian baik dan buruk yang dibuat terhadap individu-individu yang dilantik ke jawatan baru atau individu-individu yang bakal dilantik.
Tidak ketinggalan editorialblog juga membuat ulasan selain itu menerima juga maklum balas. Ada yang disiarkan dan ada juga yang tidak disiarkan atas permintaan pengirimnya.
Editorialblog bukanlah pandai dan ingin menunjuk pandai. Ada yang lebih pandai dan lebih mengetahui daripada editorialblog. Orang yang lebih mengetahui dan lebih pandai daripada editorialblog itu pula akan ada orang yang lebih pandai dan mengetahui daripadanya dan begitulah seterusnya.
Tetapi, editorialblog yakin ada ketikanya tukang kebun atau budak pejabat atau tukang azan di masjid kadang kala lebih bijak daripada profesor yang belajar tinggi-tinggi, dalam membuat sesuatu keputusan atau memberi pendapat atau menyusun strategi tertentu.
Petani yang yang mengerjakan sawah lebih mengetahui daripada profesor bagaimana cara menanam padi.
Jadi tidak perlulah kita hendak menunjuk-nunjuk kepandaian atau hendak membuktikan bahawa kita ini lebih terer daripada orang lain, dengan harapan orang akan memandang bahawa kita ini pandai dan terer, sedangkan kita ini tiada apa-apa.
Bodohlah orang yang menganggap editorialblog hanya mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan pembaca tidak mengenali siapa editorialblog dan siapa di belakang editorialblog. Seingat editorialblog, hanya lapan orang saja yang mengetahui siapa editorialblog sebenarnya, dan siapa yang 'membuka' rahsia jika editorialblog dikenali ramai, sudah dapat diagak.
Tetapi, tidak perlu kita terburu-buru membuat sesuatu demi hendakkan nama. Yang penting, semangat dalam diri untuk pastikan agama, bangsa dan negara terus kukuh dan maju, sesuai dengan strategi 'kumpulan pemikir' yang mahu memastikan kemenangan dalam PRU13.
Seperti yang editorialblog katakan tadi, seorang petani juga mungkin lebih bijak daripada profesor dalam bidang tertentu. Editorialblog juga tidak pandai 100 peratus, tetapi jika petani bercakap mengenai tanam padi dia mengetahui cara menanam padi 100 peratus, begitu juga editorialblog yang berada dalam dunia persuratkhabaran, pastinya tahu 99 peratus apa yang berlaku dalam organisasi akhbar itu.
Orang luar mungkin hanya tahu 50 peratus, begitu juga kumpulan pemikir yang mungkin tahu 80 peratus apa yang berlaku. Contohnya, bebal seorang wartawan atau penulis atau arahan tingkat empat supaya gambar seseorang pemimpin tidak dipakai dalam akhbar. Adakah orang luar tahu bebal itu dan arahan ini? Tidak, tetapi editorialblog mengetahuinya.
Dan, sejak berlaku perubahan dalam Media Prima, bermula dengan Datuk Johan Jaafar dan kemudian Datuk Ahmad A Talib, Zainul Ariffin dan Ashraf dan kini angin-angin yang mulanya kecang tetapi reda seketika mengenai Meor Kamarul, Manja dan beberapa orang lagi, banyak
komen-komen yang dibuat. (Dalam hal ini editorialblog sudah tahu siapa akan ganti Hishamuddin Aun dan di mana Ahmad A Talib, ketika kempen sebelum perhimpunan agung Umno yang lalu lagi). Hingga di kalangan rakan media ada yang mula bertanya siapa editorialblog yang membuat komen dalam Dunia Tiger?
Biarlah editorialblog berada di balik tirai, biarlah editorialblog menjadi jentik-jentik di kolam yang berlumpur. Editorialblog dan sesetengah rakan dalam 'kumpulan pemikir' tidak mahu menyusahkan sesiapa. Rezeki masing-masing ada di mana-mana. Kasihan juga editorialblog kepada rakan yang sebelum ini terlepas peluang jawatan besar dek kerana hasad dengki orang.
Tetapi rakan itu tidak susahpun, malah baru pulang daripada mengerjakan umrah. Syukur! Insya-Allah editorialblog juga akan menyusulinya.
Seperti yang editorialblog katakan sebelum ini, walau siapapun yang menggalas tanggungjawab yang diberikan, mereka hendaklah amanah, mengenal pasti kelemahan, kemas kini jentera melalui mekanisme yang bukan difikirkan oleh mereka saja. Dalam menyusun mekanisme kita perlu banyak otak untuk berfikir dan memberi idea. Maka selalu lah bermesyuarat mendapatkan idea dan maklumat.
Orang yang dilantik mesti meningkatkan peranan dalam organisasi, dalam politik, dalam hal ehwal kemasyarakatan untuk memastikan misi berjaya dan menyediakan kakitangan, pendengar, penonton dan pembaca kepada satu perubahan minda, selaras dengan misi kerajaan yang ada sekarang.
Ini semua membabitkan falsafah hidup bukan saja, falsafah politik malah peribadi kita. Tidak ada orang yang boleh mendakwa ia boleh melakukan segalanya. Eloklah setelah kita sempurnakan tugas yang kita anggap kita boleh buat dengan baik, kita beralih kepada bidang lain untuk menempuh cabaran baru.
Setiap orang yang bertugas dalam media perlu menjadikan 'cabaran baru' sebagai falsafah hidup mereka, bertujuan bagi menguji diri. Dari segi kemampuan diri, saya tidak menjangkakan saya layak menjadi profesor atau peguam. Tetapi editorialblog amat percaya jika kita gigih, kita dapat capai apa jua asalkan faham realiti dan cabaran di hadapan kita.
Memang banyak orang yang berbakat, termasuk petani dan tukang kebun, bukan profesor atau yang berpendidikan tinggi saja.
Sekian, jumpa lagi..
p/s: Buat sementara ribut dalam NSTP semakin reda. Tetapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment