Friday, January 16, 2009

Apa kata editor MSM (Bhg 67 - Esok anda mengundi)

INGATLAH....

Hari ini Jumaat dan esok Sabtu... anda pengundi di Kuala Terengganu....dan di tempat lain...

Bahawa sesungguhnya... selain Tuhan Yang Satu... kami di kalangan wartawan dan para editor kanan akhbar arus perdana (MSM) mengetahui siapa di kalangan pemimpin yang boleh dipercayai.

Jika anda bercakap mengenai selok-belok agama Islam - kami akui Datuk Nib Abdul Aziz bin Nik Mat adalah bijak pandai dalam Islam dan digelar TOK GURU di atas DUNIA ini. Kalau anda bercakap mengenai Islam dan politik - kami akui Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tidak layak bergelar TOK GURU dalam ISLAM di AKHIRAT, hanya sekadar TOK GURU di atas DUNIA.

KERANA...

Walaupun kami ini tidak berilmu (Islam) sebanyak TOK GURU itu, tetapi kami tidak mengKAFIRkan sesama umat Islam. Adakah jika kita tidak memilih Barisan Nasional maka kita ini orang KAFIR?

Begitu mudahnya TOK GURU Pas menjatuhkan hukuman. Adalah malang jika kita memilih PAS sebagai pemerintah kerana mereka iaitu pemimpin PAS akan senang-senang menjatuhkan hukuman ke atas kita.

Sedangkan Mat Sabu @ Mat Sapu boleh senang-senang berdua-duaan dengan wanita dalam bilik hotel? Tidak dianggap salah. Itulah pemimpin PAS yang hipokrit.

Oleh itu jangan lah anda, wahai pengundi di Kuala Terengganu menjadi golongan seperti di Permatang Pauh yang kini sudah digelar 'LAND OF SODOM' kerana memilih pemimpin yang suka kepada sodomy atau dalam bahasa kasar - MAIN LUBANG BELAKANG.

Kami tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim!

1 comment:

AKMAL AND HANIFFAH said...

Kadang terfikir, di mana kenyataan Tok Guru yang mengkafirkan "seseorang",sekiranya ada, adakah kenyataan Tok Guru tidak disertai penjelasan sebelum atau selepas mengkafirkan sesuatu.

Sebagai contoh isu hanya yang pernah terjadi pada Tok Guru ialah tuhan samseng. Sekiranya kita kata "tuhan samseng" dan tiada penjelasan selepas atau sebelum, maka itu adalah salah. sekiranya berkata begini "bush samseng, Allah lebih samseng" maka ini adalah betul. Begitu juga dgn perkataan kafir ini. Saya nyatakan sekiranya Tok Guru ada nyatakan...

Kalau diteliti dari kenyataan Tok Guru, kebanyakannya bersifat kias.berikan percakapan Tok Guru di mana saja, pasti ada kiasnya.