Wednesday, January 14, 2009

Apa Kata Editor MSM (Bhg 66 - Pakatan Rakyat bagaikan pakatan Zionis dan Amerika)

Berilah sokongan anda kepada calon Barisan Nasional (BN), kerana anda tidak akan rugi apa-apa. Jika anda mengundi calon PAS, kami boleh katakan bahawa anda sedang membawa Malaysia atau Terengganu ke arah kehancuran.

Ingatlah bahawasanya, PAS bersepakat dengan DAP iaitu sebuah parti yang terang-terang menentang Islam, DAP adalah parti yang pandai berdolak-dalik seperti Israel yang berdolak-dalik apabila menyerang penduduk Palestin. Sanggupkan anda semua membiarkan diri anda diperalatkan oleh PAS yang bersekongkol dengan Zionis DAP.

PAS juga bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh diibaratkan sebagai Amerika Syarikat. Pemimpin-pemimpin PKR didalangi oleh Amerika Syarikat. Terang-terang anda semua akan ditipu oleh Anwar Ibrahim. Benar apa yang kami cuba terangkan kepada anda sebagai orang Kuala Terengganu.

Ketepikan kemarahan kita kepada kerajaan Barisan Nasional. Kita harus sedar bahawa kerajaan BN yang memerintah telah melakukan apa yang terbaik untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Benar, kami para editor juga marah apabila harga minyak dinaikkan dengan begitu tinggi. Tetapi selepas itu kerajaan BN, sudah menurunkan semula harga minyak berkenaan. Bukan itu saja, rebat tunai untuk kereta di bawah 2,000cc masih diteruskan. Tidak dimansuhkan.

Lantaran itu, cuba kita renungkan, keistimewaan kerajaan BN. Adakah anda semua akan memperjudikan nasih dengan memilih sebuah parti yang belum pasti dapat memberi keselesaan kepada kita? Sedar lah! Jangan kita tersalah memilih.

Memang benar, kami para editor kanan MSM tidak menyukai Pak Lah disebabkan menantunya KJ. Tetapi, apabila Datuk Seri Najib Razak akan mengambil alih teraju pemerintahan negara pada Mac ini, kami semua amat gembira.

Anda semua juga patut gembira.

Tetapi kenapa pemimpin pakatan rakyat seperti Anwar, Karpal dan Lik Kit Siang tidak suka Najib menjadi Perdana Menteri? Kerana mereka tahu bahawa Najib akan mengutamakan rakyat. Kerajaan Najib akan lebih prihatin kepada rakyat dan ini yang mereka tidak mahu.

Pakatan Rakyat adalah gabungan kuasa Israel dan Amerika Syarikat.

Anwar, Karpal dan Lim Kit Siang adalah musuh utama Islam dan bangsa Melayu. Kami tahu siapa Anwar, Karpal dan Lim Kit Siang!

Kami menyeru anda semua wahai pengundi di Kauala Terengganu! Berikan undi anda kepada Datuk Wan Ahmad Farid iaitu calon Barisan Nasional.

Pemimpin Pakatan Rakyat berkata bahawa BN seperti Israel. Tetapi sedarkan kita bahawa parti komponen BN iseperti MIC dan MCA tidak memusuhi Islam.

TETAPI,

DAP yang mnyertai pakatan terdiri daripada PAS dan PKR adalah musuh Islam paling utama. Karpal dan Lim Kit Siang serta pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam tidak wajar diberi tempat kerana mereka lah penyokong kuat Israel serta Amerika laknatullah.

1 comment:

paloi bin mulau said...

ya batul itu. MCA penyokong islam no wahid. semi value penyokong hudud no 2. mari le kita baramai2 undi beeng.