Friday, June 27, 2008

Apa Kata editor MSM (Bhg 39 - Ketua Pengarang Kumpulan Utusan jadi mangsa)

Dalam pada akhbar Berita Harian dalam kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dikatakan sedang sibuk dengan langkah penjenamaan semula iaitu daripada sais besar kepada kompak atau tabloid, kerusi nombor satu Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan juga dikatakan panas.
Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Dato Khalid Mohamed akan 'dibersarakan' dan mulai minggu depan beliau akan bercuti selama tiga bulan.

Perkhidmatan beliau dengan Utusan khabarnya tidak diperlukan lagi oleh Umno dan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ada khabar angin mengatakan Khalid tidak popular di kalangan '4th floor boys' di Putrajaya dan beliau juga agak 'menentang' terhadap arahan yang diberikan oleh 'budak-budak' itu.
Contohnya, jika 4th floor boys memberi arahan kepada Khalid supaya menggunakan berita yang mereka pilih sebagai berita utama muka depan, maka Khalid akan mengatakan 'ok... ok'. Tetapi, keesokannya berita utama ialah berita lain, bukan yang dipilih oleh 4th floor boys.
Lantaran itu, 4th floor boys menganggap Khalid sebagai 'penentang' terhadap 'tuannya' dan perlu diketepikan.
Namun, rata-rata kakitangan dan rakan yang pernah bertugas bersama Khalid menganggap beliau seorang yang berwibawa dan berpendirian tegas. Mereka lebih 'mesra' bertugas dengan beliau keranasikapnya yang boleh menerima pandangan orang bawahan.
Kesan daripada pilihan raya umum ke-12 lalu juga antara faktor Khalid dilihat oleh Abdullah dan
konco-konconya sebagai gagal 'menjalankan tugas' hingga Barisan nasional dan Umno kalah teruk dan kehilangan empat negeri kepada pembangkang. Inilah antara alasan paling utama kenapa Khalid wajar disingkirkan.
Lantaran itu, Khalid yang menggantikan Johan Jaafar sekitar 1999 menjadi tidak popular dan khidmatnya akan ditamatkan.
Jika ada yang mengatakan bahawa Khalid tidak disingkirkan tetapi tempoh perkhidmatannya tamat. Ya! benar, tempoh perkhidmatannya tamat tiga bulan lagi, tetapi sebenarnya 'kontrak' beliau tidak lagi disambung.
Khalid adalah antara wartawan kanan yang pernah bertugas sejak zaman Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.
Ada ura-ura mengatakan selain Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan sekarang iaitu, Abdul Aziz Ishak, bakal menggantikan tempat Khalid, kemungkinan Umno dan 4th floor boys akan membawa orang luar daripada Utusan untuk menduduki kerusi itu.
Baru-baru ini, saya membaca artikel ditulis oleh saudara Ahiruddin dalam laman blognya rockybru mengenai kedudukan Dato Kalimullah Hassan dalam NSTP. Begitu juga kedudukan Dato Hishamuddin Aun sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.
Editorialblog difahamkan bahawa kontrak Dato Kalimullah dan Dato Hishamuddin akan tamat tahun ini, manakala kontrak Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd tamat tahun depan. Tidak pasti sama ada kontrak ketiga-tiga mereka akan disambung setahun lagi atau tidak.
Untuk makluman pembaca, jawatan Ketua Pengarang Kumpulan dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan atau Pengarang Kumpulan dan akhbar arus perdana (MSM) adalah jawatan POLITIK.

Tuesday, June 24, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 38 - Peluang Najib jadi PM tipis)

Harapan editorialblog ialah artikel ini akan dibaca sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Bahagian Umno Bahagian serta ahli Jawatankuasa Bahagian Umno seluruh negara.
Di kalangan editor/pengarang kanan akhbar perdana (MSM) di Malaysia ada yang berpendapat Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah calon paling sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam. Kalangan editor itu adalah mereka yang menyokong Datuk Seri Najib, walaupun mengetahui ada beberapa kes tidak baik melibatkan TPM itu sebelum ini.
Mereka menyokong Datuk Seri Najib kerana berpendapat sudah tidak ada lagi pemimpin Umno yang setanding dengan beliau. Lagipun, Datuk Seri Najib adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu ia dipengaruhi oleh teori R.A.H.M.A.N iaitu R untuk Rahman (tengku Abdul Rahman - Perdana Menteri Malaysia yang pertama); A = Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua); H = Hussein (Perdana Menteri Malaysia ketiga); M = Mahathir (Perdana Menteri Malaysia keempat); A = Abdullah (Perdana Menteri Malaysia kelima) dan N = ? (Najib sekarang adalah Timbalan Perdana Menteri). Siapa lagi yang namanya bermula dengan huruf N yang dilihat paling berwibawa untuk mentadbir Malaysia? Nik Aziz juga bermula dengan N?


LUPAKAN GERAK TEORI itu.
Apa yang memeranjatkan ialah maklumat terkini yang disampaikan dan dibicarakan oleh kalangan para editor kanan MSM sekarang ini ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan memindahkan tampuk pentadbiran negara kepada Datuk Seri Najib.
Perlu diingatkan bahawa Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Oktober 2003, tetapi beliau hanya melantik timbalannya iaitu Najib dua bulan iaitu pada bulan Januari 2004 - dua bulan. Suatu tempoh yang terlalu lama. Itupun selepas mendapat bermacam-macam desakan, termasuk daripada Tun Dr Mahathir. Untuk MEMUASKAN HATI Dr Mahathir yang ketika itu masih mendapat sokongan MT Umno (walaupun tidak lagi menjadi Presiden Umno), Pak Lah TERPAKSA melantik Najib menjadi TPM. Lagi pun Datuk Seri Najib adalah anak didik Tun Dr Mahathir.
Pada pilihan raya umum ke-11, Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta Pengerusi BN telah membawa Barisan Nasional mencapai kejayaan besar, hingga merampas semula Terengganu dari tangan PAS. Kelantan yang dikuasi PAS sejak sekian lama juga nyaris-nyaris dapat dirampas.


Komrad-komrad dari parti pembangkang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kecundang. Tamparan hebat bagi parti pembangkang pada 2004. Itulah satu-satunya kemegahan Pak Lah ketika itu.
Kejayaan Pak Lah pada 2004 itu telah menunjukkan bahawa beliau mendapat mandat penuh daripada rakyat Malaysia tidak kira Melayu, China, India, Kadazan, Iban atau kaum lain.
Namuh, kejayaan pada tahun 2004 tidak berulang pada pilihan raya umum 2008. Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.


Kelantan kekal di tangan PAS. Manakala, Wilayah Persekutuan pun menjadi hak milik pembangkang. Suatu yang rata-rata dikatakan TSUNAMI POLITIK MALAYSIA.
Ramai Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Menteri yang kecundang di tangan calon parti pembangkang yang rata-rata buykan sekadar hingusan, tetapi orang yang melanggar undang0undang negara juga boleh menang dan menjadi wakil rakyat.
Bermula dari situ, maka wujud bermacam-macam desakan terhadap Pak Lah supaya bertanggungjawab. Desakan paling hebat ialah supaya beliau berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya iaitu Datuk Seri Najib. Sehinggalah pada suatu tahap, Pak Lah mengadakan mesyuarat dengan MT Umno dan membuat pengumuman bahawa peralihan kuasa antara beliau dan Datuk Seri Najib akan dilakukan. Sudah beberapa kali kenyataan mengenai peralihan kuasa itu dibuat kepada media dan disalurkan untuk pengetahuan orang ramai. Rakyat digula-gulakan dengan kenyataan itu.
Datuk Seri Najib pula begitu yakin bahawa Pak Lah akan melakukan peralihan kuasa seperti yang dilakukan dengan Dr Mahathir pada tahun 2003.
Tetapi, baru-baru ini, Pak Lah telah membuat kenyataan bahawa beliau akan BERTANDING jawatan Presiden Umno. (Editorialblog menegaskah perkataan BERTANDING kerana Pak Lah menjadi Presiden Umno bukan melalui pertandingan, tetapi peralihan kuasa antara beliau dengan Tun Dr Mahathir). Apakah kumpulan pemikir (Think Tank group) Najib, tidak mengkaji kenyataan Pak Lah itu sedalam-dalamnya.
Dalam hal ini, editorialblog ingin ditegaskan bahawa Datuk Seri Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan, untuk meminta bahagian risikan (intelegence) atau panggilan mudah RISIK Angkatan Tentera Malaysia untuk membantunya.
Adalah dimaklumkan kepada pembaca semua bahawa unit risikan Angkatan Tentera Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Unit risikan ini adalah lebih bagus daripada semua unit dalam Special Branch polis (Dalam SB police ada banyak unit E).
Berbalik kepada apa yang mahu diperkatakan di sini iaitu Pak Lah tidak akan melakukan peralihan kuasa kepada Najib!
Pak Lah mahu membuktikan kepada rakyat dalam pilihan raya ke-12 iaitu lebih empat tahun lagi, beliau akan merampas kembali semua negeri yang ditawan pembangkang. Merasakan beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan besar BN dalam pilihan raya lalu, maka penasihat-penasihat beliau meminta supaya beliau membuktikan dapat merampas kembali negeri berkenaan.
Dari sudut Datuk Seri Najib pula, Pak Lah berpendapat Najib bukan calon sesuai untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Latar belakang Najib yang putih dan hitam tidak melayakkan beliau untuk menduduki jawatan itu.
Datuk Seri Najib dituduh oleh pihak pembangkang bahawa seorang yang korup. Pembangkang menggunakan isu besar seperti rasuah pembelian kapal selam tentera dan pesawat pejuang tentera. Paling besar tuduhan terhadap Najib ialah terlibat dengan model Mongolian, Altantuya yang mati dibunuh.
Pak Lah dan bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini berpegang kepada satu pendapat bahawa sesiapa yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia hendaklah bersih daripada sejarah hitam baik dalam hal politik dan sosial. Seperti bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini yang sukar dikesan sejarah hitam mereka dalam hal politik dan sosial. Kita memfokuskan isu sosial iaitu kehidupan silam mereka.
Dalam hal ini perlu editorialblog menyatakan bahawa Datuk Seri Najib mempunyai sejarah hitam atau tidak baik dalam kehidupan sosial beliau.
Sejarah ini diketahui oleh Pak Lah, Tun Dr Mahathir, menteri-menteri kanan dan orang di jabatan agama Islam. Walaupun, Datuk Seri Najib mahu membersihkan sejarah hitam itu, namun kesannya tetap ada.
Sebab itulah Pak Lah membuat pendirian akan BERTANDING jawatan Presiden. Jangan lupa bahawa Pak Lah juga mempunyai orang yang beliau lihat boleh menggantikannya. Ini adalah dunia politik. Jika, ada orang yang akan mencabar beliau bagi jawatan Presiden Umno, maka Pak Lah akan 'melepaskan' orangnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Kedudukan Najib seperti yang dilihat dan dibicarakan oleh para editor MSM dan editorialblog tidak selamat. Jika Najib mahu kedudukan PM dan Presiden Umno maka beliau perlu berbuat sesuatu sekarang! Jadi siapakah N yang mengakhiri teori R.A.H.M.A.N?
Apa Kata Tun Dr Mahathir,


Apa Kata Datuk Seri Abdullah

DAN

APA KATA TAN SRI MUHYIDDIN.........

Sunday, June 22, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 37 - Pak Lah takut kepada Yong)

Kata para editor MSM....
Terserlah kini ketakutan dan kebimbangan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila Parti Bersatu Sabah (SAPP) membuat 'ugutan' akan membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.
Yang dimaksudkan takut dan bimbang di sini ialah tidak berani mengambil tindakan disiplin terhadap SAPP yang juga komponen BN, walaupun Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee tegas dengan pendirian majoriti parti itu yang hilang kepercayaan kepada Pengerusi BN.
Kenapa BN takut mengambil tindakan disiplin ke atas SAPP? Parti dari Sabah itu mempunyai dua Ahli Parlimen.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen. Selebihnya dimiliki Pakaran Rakyat mewakili PKR, DAP dan Pas, selain oleh calon Bebas. Keputusan pilihan raya paling buruk dalam sejarah BN terjadi semasa diketuai oleh Abdullah atau Pak Lah.
Sejak awal lagi apabila menantu beliau Khairy Jamaluddin menyertai politik dan campur tangan dalam bermacam-macam urusan kerajaan, orang sudah marah, tetapi tidak disedari oleh Pak Lah.
Walaupun, mampu memerintah Malaysia, tetapi BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Sememangnyalah, BN pimpinan Pak Lah takut mengenakan tindakan terhadap SAPP kerana jika menyingkirkan parti itu, sudah pasti akan kehilangan dua lagi kerusi Parlimen.
Hari ini, Yong sekali lagi dengan megah 'mencabar' BN pimpinan Pak Lah dengan memberitahu bahawa SAPP bersedia menghadapi apa juga tindakan berikutan keputusan dewan tertinggi parti itu menyokong cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah.
“SAPP bersedia dengan apa juga tindakan dari sesiapa, sama ada dari atas, bawah, kiri dan kanan,” kata Yong Teck Lee di Kota Kinabalu.
Begitulah beraninya sebuah parti kecil dari Sabah menyuarakan tentangan terhadap Perdana Menteri.
Pak Lah dikatakan mendapat sokongan padu parti komponen lain termasuk MIC, Gerakan dan MCA dan parti lain di Sabah serta Sarawak, tetapi tidak berani mengambil tindakan terhadap SAPP.
Apapun motif SAPP, rakyat kini dapat melihat dengan jelas bagaimana kedudukan BN selepas pilihan raya yang lalu. Tindakan SAPP itu secara tidak langsung membuka mata pemimpin dan ahli parti komponen lain menilai kemampuan Pak Lah mentadbir negara dan BN.
Yang jelas, Pak Lah semakin tidak popular di kalangan pemimpin kanan Umno, MIC dan Gerakan serta pemimpin parti komponen BN yang lain. Tetapi mereka semua belum menyuarakan secara terbuka, sebaliknya berbincang sesama sendiri.
Yang pastinya juga, Pak Lah dan Khairy lebih disukai dan popular di kalangan pemimpin parti pembangkang kerana KELEMAHAN Pak Lah MENGUATKAN pembangkang.

Saturday, June 21, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 36 - Akuan sumpah Raja Petra)

Seorang rakan editor kanan MSM menghantar mesej SMS memberitahu bahawa penulis blog dan portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin membuat akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur 18 Jun lalu.
Dalam akuan bersumpahnya itu yang disiarkan dalam laman blog Bigdogdotcom, Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK mendakwa ketika pembunuhan model Mongolia iaitu Altantuya, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian sebagai saksi.
Mereka ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang pegawai tinggi tentera berpangkat Lt Kolonel dan isteri beliau.
Ada beberapa lagi tuduhan yang disiarkan dalam laman blog bigdogdotcom itu.
"Jika benarlah surat sumpah itu dibuat oleh RPK, maka ini adalah sesuatu yang mengemparkan," kata editor kanan berkenaan. Maklumlah, sebagai antara orang yang sudah berkecimpung dalam dunia penulisan yang membuat bermacam-macam liputan berita daripada jenayah hingga politik, sosial, ketenteraan dan sukan, editorialblog mempunyai ramai sumber untuk memberi berita eksklusif. Memang ada maklumat yang diperolehi berkaitan bermacam hal yang diterima, tetapi sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap negara ada kalanya maklumat itu tidak boleh disiarkan. Sensitif. Bukannya untuk melindungi orang tertentu.
Namun, maklumat yang diperolehi oleh RPK - jika benar - adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana di kalangan para editor kanan MSM juga tidak mempunyai maklumat sedemikian.
Apapun, dakwaan dalam surat sumpah itu terlalu berat. Saya menyemak dalam laman blog bigdogdotcom dan Malaysiakini. Memang ada berita mengenai surat sumpah RPK itu. Saya juga membaca komen yang dihantar oleh pembaca dalam laman blog bigdogdotcom mengenai perkara itu.
Rata-rata yang memberi komen menganggap ia suatu pembohongan dan ada juga menyatakan bahawa jika benar dakwaan itu, ia adalah suatu dakwaan yang amat berat.
Kita tahu RPK sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab untuk menyampaikan segala maklumat yang diperolehinya. Tidak seperti MSM yang terpaksa menyekat berita-berita yang dianggap 'sensitif'. Itu terpulanglah kepada pendirian masing-masing. Kita juga menghormati pendirian RPK jika benar surat sumpah yang dibuat itu. Hak beliau sebagai rakyat Malaysia. Serangan beliau terhadap TPM Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah sudah diketahui sebelum ini hingga Najib dan Rosmah terpaksa membuat penafian.
Namun, RPK terus mengasak sehingga beliau ditahan polis baru-baru ini atas tuduhan menghasut.
Di kalangan para editor kanan MSM juga mengetahui dan mempunyai banyak maklumat mengenai ahli politik kita tidak kira dari parti pemerintah atau pembangkang. Namun, maklumat itu para editor MSM tapis dahulu dengan sumber-sumber lain.
Namun, adakah surat sumpah RPK itu suatu mainan politik untuk memburuk-burukkan individu tertentu?
Adakah pendedahan itu akan melambatkan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Najib?
Di kalangan para editor MSM sudah heboh mengenai surat sumpah RPK itu tetapi masing-masing menganggap ini adalah satu lagi permainan politik dalam dunia orang politik di Malaysia. Banyak cara dilakukan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.
Apa yang pasti, di kalangan para editor MSM berpendapat perkembangan politik negara yang berlaku sekarang semakin teruk buat BN dan Umno.
Rata-rata mereka berpendapat Pak Lah perlu turun segera dari tampuk pemerintahan dan menyerahkannya kepada orang yang sepatutnya. Siapa?
Adakah Umno sudah ketandusan pemimpin yang berani dan tegas? Dalam dunia politik Malaysia sekarang cara berlembut sudah tidak boleh diamalkan lagi kerana semakin diberi semakin banyak yang mereka kehendaki.

Apapun apa yang diharap ialah kita jangan menjadikan akuan sumpah yang belum pasti benar itu sebagai bahan untuk menyebarkan FITNAH.

Wednesday, June 18, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 35 - Undi tak percaya)

Barisan Nasional, Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima tamparan sekali lagi. Dua berita panas dicatat dalam dada akhbar.
1) Pengumuman Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee bahawa Ahli Parlimen parti itu akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.
2) Mahkamah Pilihan Raya di Kangar, Perlis mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sanglang yang dimenangi Abdullah Hassan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan.
Seperti dilaporkan Bernama:

KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) — Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kami tidak tahu sama ada dakwaan itu betul. Jika mereka hubungi kami, dengan itu kami akan memberikan bantuan.
Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Yong, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata anggota Parlimen kawasan Sepanggar Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani, manakala anggota Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga akan membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangan.

KANGAR, 18 Jun (Bernama) — Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sanglang yang dimenangi Abdullah Hassan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lepas, dikosongkan.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani selepas menolak petisyen calon PAS, Hashim Jasin yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah calon yang menang di kawasan DUN itu pada pilihan raya umum ke-12 itu.
Dalam alasan penghakimannya, Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35© Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian sudah dimansuhkan pada 2003.
Mahkamah bagaimanapun meyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.

Nampaknya, Abdullah semakin tersepit. Ada di kalangan para editor kanan MSM bersembang dan sekali lagi menyatakan bahawa Pak Lah memang kena letak jawatan demi menyelamatkan BN dan demi memastikan BN terus memerintah Malaysia. Para editor kanan MSM bukan bercakap kosong di dalam blog, tetapi rata-rata mereka mempunyai sumber rapat dan berada di dalam setiap parti baik pemerintah atau pun pembangkang.
Maklumat yang diterima memang boleh dipercayai. Sememangnya, penyokong BN di akar umbi dan ada juga di kalangan ahli jawatan kuasa bahagian, malah ada di kalangan ketua bahagian dan majlis tertinggi mahukan Abdullah berundur segera. SEGERA. Bukan untuk menunggu dan bertanding lagi dalam pemilihan Umno akan datang. Pak Lah mungkin menang jika bertanding lagi, tetapi untuk tujuan apa Pak Lah bertanding? Untuk jadi Presiden dan Perdana Menteri?
Sebaliknya, BN dan Umno akan terus rosak. Berundurlah Pak Lah sementara masa masih ada.
Untuk pengetahuan Pak Lah, kami para editor kanan MSM sebenarnya langsung tidak menghormati Pak Lah dan kami juga sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan Pak Lah.
Tetapi kami sayangkan BN dan Umno. Jadi berundurlah.
Contohilah BJ Habibie yang hanya menjadi Presiden Indonesia untuk sementara tanpa melakukan apa-apa pembangunan, tetapi demi rakyat dan negara dia berundur dengan rela, lantas terus dihormati.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 34 - Guan Eng dan kalendar)

Ketika Ketua Pemuda Umno. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucup keris dalam perhimpunan agung pergerakan Pemuda Umno dulu dan dalam beberapa perhimpunan Umno, ramai di kalangan pemimpin politik parti pembangkang membantah.
Bukan saja pemimpin parti pembangkang, tetapi juga pemimpin parti Melayu yang memperli dengan kata-kata "Bila keris itu hendak digunakan?".
Sehinggalah kepada satu tahap apabila Hishammuddin terpaksa meminta maaf secara terbuka kepada kaum bukan Melayu kerana isu keris.
Pemimpin parti pembangkang yang bukan Melayu sebenarnya faham bahawa keris adalah lambang 'sosial' bagi orang Melayu. Dalam zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan keris untuk berperang jika itu yang dikehendaki.
Tetapi pemimpin pembangkang sengaja mahu menjadikannya suatu isu untuk menakutkan kaum mereka sendiri, supaya kaum mereka tidak menyokong orang Melayu dalam pilihan raya. Maka jatuh lah beberapa kawasan kepada Cina dan India. Dan harus lah orang Melayu sedari sekarang bahawa ada orang Cina dan India kini sedang menunjukkan 'kuasa' mereka terhadap bangsa Melayu.
Editorialblog tidak mahu memperkatakan hal ini terlalu mendalam kerana di kalangan para editor MSM sudah menyedarinya.
Cukup sekadar untuk anda semua mengkaji gambar yang disertakan ini. Gambar ini diambil dari The Star online. Gambar yang menunjukkan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng memegang kalendar 100 hari pentadbiran beliau.
Ada sesuatu yang tersirat di sebalik gambar itu. Kaji dengan teliti!

Friday, June 13, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 33 - Wahai Melayu III)

(III)
Umno tidak hipokrit dalam membentuk pakatan yang bersifat kekal dalam BN, dan dilakukan tanpa mengorbankan agenda Melayu dan Islam yang berpandukan perlembagaan Malaysia. Umno tidak korbankan prinsip alif, ba dan ta tetapi merealisasikan hakikat sebenar tabii masyarakat Malaysia dan berfikiran ke depan dengan mewujudkan kestabilan politik.

Pakatan yang cuba dilakukan oleh Pas boleh dikirakan sebagai berbentuk sementara. Ini menimbulkan soalan bagaimana kerajaan akan ditubuhkan nanti? Oleh iturancangan Pas mewujudkan pakatan berkenaan dapat dikirakan sebagai tidak realistik. Tambahan pula Pas hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia dan tidak di Sabah dan Sarawak.
Banyak lagi soalan-soalan boleh dibangkitkan, misalnya apakah bentuk negara Islam yang hendak diwujudkan oleh Pas. Apakah bentuk dan jenis sistem serta perjalanan kerajaan yang hendak didirikan? Sedangkan bekalan air di Kelantan tidak diuruskan seperti dinyatakan oleh Dr Mahathir dalam ucapannya.

Dalam pada itu jika Pas mendapat kemenangan nanti, jika sekadar mahu melanjutkan bentuk kerajaan yang ada sekarang, jadi apa perbezaannya? Kesannya, Pas bukan alternatif, tapi mahukan kuasa daripada Umno, dasar yang direalisasikan oleh kerajaan dalam bentuk kegiatan ekonomi khususnya. Bagi orang Melayu, Umno adalah untuk mengembalikan maruah Melayu/Bumiputera sebagai bangsa yang pernah dijajah untuk dimartabatkan kembali.
Mempertingkatkan taraf hidup Melayu bukanlah sebagai sesuatu yang berbentuk perkauman YANG MENINDAKKAN HAK-HAK WARGANEGARA YANG BUKAN Melayu dan bukan Islam.

Maruah bangsa adalah tanggungjawab Umno seperti ucapan Dr Mahathir berperanan sebagai mengembalikan keyakinan orang Melayu agar tidak tertekan dari segi psikologi. Memulihkan perasaan tertekan di kalangan Melayu, yang dianggap majoriti dalam bilangan penduduk Malaysia adalah pendekatan yang realistik dalam menangani politik berbilang kaum.
Perkara-perkara lain yang dibangkit oleh ucapannya juga adalah mengenai penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebenarnya inilah kejutan yang dikatakan beliau. Mungkin banyak pihak akan menganggap sebagai satu perkara yang dijangka, tetapi biasanya hal-hal begini dibangkitkan semasa pergolongan perbahasan di penghujung sesi sekiranya ianya dibangkitkan dalam sesi pertanyaan. Tetapi mengapa isu ini disebut dalam ucapan pembukaan? Jarang-jarang beliau laku demikian, jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan yang lalu.
Dari satu aspek, mungkin ia adalah jawapan kepada berbagai-bagai tuduhan, sebelum timbulnya konspirasi politik. Kedua sebagai membersihkan tindakan Dr Mahathir, sekiranya beliau dicap sebagai tidak adil. Oleh itu, tindakan menyatakan kedudukan Anwar secara terbuka adalah tindakan berani.

Selain itu ia juga mungkin sebagai penjelasan kepada mereka yang masih ragu-ragu mengenainya, sekali gus menjawab tuduhan Pas yang kononnya mahu membela Anwar Ibrahim dan pada masa yang sama cuba meraih populariti sokongan dalam pilihan raya akan datang. Dan yang paling penting isu penyingkiran menjadi isu keselamatan negara, lebih dari isu peribadi yang menyebabkan ia disebut dalam ucapan Perdana.
Akhir sekali ucapan Dr Mahathir menyebut mengenai tugas kerajaan sebagai menjawab pertanyaan parti-parti lawan dan keraguan di kalangan pengundi betapa pentingnya institusi kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negara.
Malah harus dibezakan antara politik pilihan raya dan selepas pilihan raya. Perkara yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik ialah adanya kerajaan kukuh yang boleh mentadbir dan menentukan keadilan kepada masyarakat. Tambahan pula Umno mempunyai rekod terbukti mengepalai BN untuk diberi mandat dan mempunyai ketahanan bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Oleh itu ucapan Dr Mahathir pada keseluruhannya sebagai ingatan kepada ahli-ahli Umno dan semua pihak, politik yang diterajui Umno bersedia untuk menghadapi kemaraan penjajahan baru yang berbentuk kapitalisme. Rentetan sejarah perlu dijadikan iktibar. Kita adalah sebahagian dari produksejarah, sementara generasi muda sebagai masa depan.
Oleh itu jangan prasangka kepada Umno tetapi sebaliknya turut berbangga dengan penubuhan politik Melayu ini. Bayangkan jika kita dijajah semula, dan ini adalah realiti politik semasa yang akan memasuki abad ke-21 pada tahun hadapan. Batu perbatuan politik abad 21 bermula dari sekarang.

Thursday, June 12, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 32 - Wahai Melayu II)

(II)
Pada 31 Ogos 1957 kita Merdeka dan selanjutnya pada 1963 berjaya mewujudkan Malaysia. Umno sesuaikan diri dengan keadaan tanpa prasangka, menubuh pakatan dengan parti-parti bukan Melayu dan berjaya menubuhkan kerajaan pimpinan Perikatan dan kemudian Barisan Nasional.
Persoalannya, apakah imbasan sejarah di atas sekadar menanamkan pelajaran mengenai sejarah di kalangan kita dan generasi muda kita?
Ucapan Dr Mahathir dalam perhimpunan 18 Jun dimulakan dengan sejarah bangsa dan bagaimana kita ditenggelami oleh arus sejarah dan bagaimana kita kembali muncul sebagai satu bangsa yang sedang berkembang maju. Dengan kata lain maksud beliau ialah sejarah itu sebahagian dari diri kita, dan perkembangan negara Malaysia dalam masa yang singkat berjaya mengembalikan maruah atau martabat sebagai bangsa yang boleh dibanggakan. Walaupun Melayu sekian lama dijajah, tetapi dalam masa yang singkat, iaitu 42 tahun saja, segala usaha untuk keluar dari belenggu penjajahan itu berhasil.
Apakah tidak mungkin apa yang telah dicapai akan kembali `dijajah' dan akan musnah sekiranya `invention forces' sejarah yang baru berjaya meresap ke dalam Umno, dan digabungkan tenaga luar Umno dengan kerjasama dari luar Malaysia (kuasa asing)? Beliau menyebut tentang globalisasi dan dunia tanpa sempadan serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti GATT dan WTO yang diperalatkan oleh penjajahan baru (neo-colonialism) pasca Perang Dingin yang berunsurkan dunia unipolar.
Dunia yang bermiripkan kapitalisme dan saingan yang boleh memperkecilkan kita juga turut disebut. Soalnya pada ketika itu di mana Melayu?
Isu politik pilihan raya turut diberi perhatian khusus. Akibat mahu bersaing sesama sendiri kerana politik pilihan raya, Melayu sesama Melayu sanggup memusnahkan sesama sendiri tanpa mengira kemungkinan kita diperalatkan oleh kuasa asing dan mungkin berakhir seperti Republik Pisang (Banana Republic). Pas yang tidak tetap dengan prinsipnya mengenai Islam sanggup menimbulkan berbagai-bagai prasangka terhadap Umno yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair (atau alif ba ta). Umno adalah organisasi yang sejak awal bersikap tegas dalam memperbaiki taraf orang Melayu dan Bumiputera.
Dalam hal ini Dr Mahathir berkali-kali menyebut Umno sebagai wadah perjuangan Melayu, dan nilai-nilai Islam mendasari terjemahan prinsip Umno ke dalam bentuk program untuk membaiki taraf hidup dan melindungi hak Melayu/Bumiputera seperti yang tercatat dalam perlembagaan parti dan negara.
Prasangka Pas terhadap Umno yang bekerjasama dengan bukan Melayu dan Islam sebagai menidakkan prinsip Islam tidaklah berasas. Ini adalah kerana Pas pernah menyertai BN dan kini mereka pula cuba mewujudkan pakatan dengan DAP. Jika Pas yang pernah menuduh Umno sebagai kurang Islam, apakah kedudukan Pas bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam tetapi berpegang kepada sosialisme. Pas bukan saja melanggar hukumnya sendiri tetapi hubungannya dengan DAP seperti air dengan minyak. Dan apa yang terserlah Umno sentiasa menitikberatkan masa depan dan Pas yang tidak dapat memandang ke depan mengutuk sikap Umno tetapi akhirnya mereka bukan saja terpaksa mengikut cara Umno, malah sanggup melakukan perkara lain yangbersifat prasangka dan mereka kutuk jika orang lain melakukannya.

Wednesday, June 11, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 31 - Wahai Melayu I)

Ke Arkib Negara untuk mencari 'sesuatu' bagi dijadikan bahan penulisan, tetapi terjumpa sebuah rencana yang disiarkan dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 20 Jun 1999 yang bertajuk 'Jadikan rentetan sejarah penjajahan satu iktibar'. Rencana ini amat menarik perhatian kerana ia boleh dijadikan imbasan sejarah dan iktibar untuk bangsa Melayu sedar diri.
Oleh kerana terlalu panjang dan mungkin akan membosankan pembaca, editorialblog memecahkannya kepada tiga bahagian yang akan dipost selama tiga hari bermula hari ini.


(I)
Hampir sebulan armada Portugis membedil pantai Melaka pada 1511.
Akhirnya Alfonso de Albuquerque berjaya menewaskan Kerajaan Melayu Melaka. Gambaran yang diberikan oleh anaknya sendiri, Portugis memasuki Melaka sebagai 'conquistadores' (penakluk).

Pertama sekali sebelum ke istana Sultan Melaka, masjid telah diceroboh. Orang Melayu ditangkap,wanita Melayu dirogol. Melayu dirantai sebagai bangsa yang ditawan. Mereka dijadikan abdi. Akhirnya berdirilah kota Melaka `La Farmosa', atas darah dan keringat orang Melayu. Kini kota itu sebagai lambang bekas peninggalanPortugis.
Sebenarnya itu adalah lambang sempadan antara `conquistadores' dan bangsa Melayu yang diabadikan.
Dari itu bermulalah sejarah Melayu yang dijajah, bangsa yang tertindas,bangsa yang daif, imej yang rendah, moral yang di bawah paras pengiktirafan. Walaupun Kerajaan Melayu cuba didirikan semula, tetapisemuanya gagal.
Penaklukan Melaka dirayakan oleh gereja Katolik di Vatican dan Pope sendiri menghebahkan kehancuran Muslim di Asia Tenggara. Bangsa Melayu yang sebelum itu bangsa besar kini ditenggelami oleh arus sejarah.
Pada suatu pagi tahun 1840-an juga, tiba-tiba api menjulang tinggi, rumah terbakar di sana sini. Kedengaran pekikan, teriakan kesakitan dan mayat bergelimpangan. Anak-anak kecil lari bertempiaran. Wanita jadi mangsa kebuasan nafsu. Darah mengalir lagi. Kampung yang terletak dan dikelilingi sawah tinggal sepi. Keamanan bukan lagi peraturan di negeri jelapang padi.

Mereka lari dalam ketakutan bagi mendapat perlindungan di Pulau Pinang yang menjanjikan perlindungan atas nama kesetiaan (treaty). Tetapi mereka dinyahkan. Akhirnya mereka merempat di tanah air sendiri. Kedah ditakluki Siam.
Sebahagian mereka (dari Kedah) dihantar ke Bangkok untuk dijadikan hamba abdi pembesar-pembesar Siam. Maruah dan survival mereka musnah sama sekali. Pada ketika itu tiada penyelamat dan tiada kuasa yang membela mereka.
Sejarah kehancuran itu tidak berhenti di situ. Pada 1824, Alam Melayu terbahagi dua. Angkara Perjanjian Inggeris-Belanda, pribumi diperkecilkan sehingga kemudiannya negeri sendiri menjadi British Malaya, Kerajaan Brooke, Chartered Company North Borneo dan Dutch Fast Indies. Segala hak Melayu/Bumiputera menjadi milik Inggeris dan Belanda.
Kemudian pertengahan abad ke-20, Jepun pula menjadi kuasa kolonial. Bangsa Melayu jadi mangsa yang dijajah Jepun pula dan kemudian dijajah semula oleh Inggeris. Walaupun Perang Pasifik tamat kita terus dijajah.
Bayangkan, lebih 400 tahun bangsa Melayu dijajah. Kemudian buat kali pertama Melayu di bawah satu organisasi iaitu Umno, walaupun tanpa kekuatan bicara dan senjata, berjaya meletak kembali maruah dan status bangsa Melayu. Itu semua dapat dilakukan atas semangat juang, tanpa mengira daerah dan negeri, darjat dan umur sama-sama menggembleng tenaga bersatu atas nama `Hidup Melayu', berjaya menamatkan kolonialisme Inggeris. Pas tidak wujud. Yang wujud hanya Umno atas kepentingan agenda Melayu pada ketika itu.


Bersambung... esok

Apa Kata Editor MSM (Bhg 30 - BN hilang satu kerusi lagi)

Apa motif Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk HC Ian Chin dua hari lepas membuat suatu pernyataan yang mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengugut melucutkan jawatan mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan 11 tahun lalu?
Namun, hakim berkenaan yang berada jauh d Sibu sudah mendapat publisiti meluas baik dalam akhbar atau laman web dan blog. Hakim berkenaan sekarang ini sedang membicarakan petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh, bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing.
Tuduhan ugutan yang dibuat oleh hakim Chin disertai dengan 'bukti' seperti yang dinyatakan oleh beliau iaitu:

  • Ugutan itu dibuat tiga hari selepas Chin membuat keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997. Kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi calon BN, Mong anak Dagang. Seperti katanya:
  • “Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai ‘the Borneo Case’ serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit. Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors). Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes ‘MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493’ dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang,” katanya dipetik oleh The Borneo Post.
Hakim Chin telah membuat pendedahan itu dengan panjang lebar dalam mahkamah terbuka.
Berdasarkan pendedahan beliau itu, nampaknya hakim Chin yang sedang membicarakan kes petisyen pilihan raya 8 Mac lalu SUDAH membuat keputusannya. Barisan Nasional (BN) akan hilang satu kerusi lagi!
Saya menerima e-mail daripada rakan editor MSM dari Berita Harian. Katanya mereka akan menyiarkan pendedahan hakim Chin sebagai berita utama pada muka surat satu Berita Harian hari ini tetapi tidak pula dapat dipastikan apakah tajuknya. Berikut adalah berita itu:

  • Oleh Anwar Hussin dan R Magendran
  • KUALA LUMPUR: Seorang Hakim Mahkamah Tinggi secara terbuka kelmarin mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu.
  • Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk HC Ian Chin, membuat pendedahan itu sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh, bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing.
  • Ketika memulakan prosiding berkenaan, Chin berkata, dalam Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Perdana Menteri ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.
  • Akhbar The Borneo Post semalam melaporkan, ugutan itu dibuat tiga hari selepas Chin membuat keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997.
  • Kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi calon BN, Mong anak Dagang.
  • “Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai ‘the Borneo Case’ serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit.
  • “Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors).
  • “Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes ‘MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493’ dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang,” katanya dipetik oleh The Borneo Post.
  • Laporan yang turut disiarkan oleh laman Majlis Peguam Malaysia itu juga memetik Chin sebagai berkata, tiada seorang pun yang menghadiri persidangan itu meragui bahawa Dr Mahathir merujuk kepada kes petisyen pilihan raya umum berkenaan walaupun tidak menyatakannya secara khusus.
  • Selepas membuat ugutan itu, bekas Perdana Menteri turut memberi pendapat bahawa seseorang wajib dikenakan bayaran ganti rugi yang tinggi dalam kes saman fitnah. Chin berkata, persidangan itu disusuli sesi dialog tetapi pada hakikatnya hanya satu pihak (Dr Mahahtir) bercakap, manakala yang lain mendengar walaupun laporan Bernama yang disiarkan oleh ‘The Daily Express’ pada 25 Mei 1997 melaporkan sebaliknya.
  • “Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.
  • “Beliau (Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hatinya dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (kini sudah meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun ada ramai hakim yang lebih kanan.
  • “Saya amat kecewa dengan semua ini tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemui saya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya. Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan.
  • “Seingat saya, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takutkan Tuhan tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya,” kata Chin.
  • Chin berkata, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman.
  • “Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Suatu pagi, rakan sejawat, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang menemui saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di Kuching.
  • “Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu. “Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara,” katanya.
  • Chin berkata, beliau bagaimanapun gembira kerana Muhammad Kamil tidak tunduk kepada tekanan Ketua Hakim Negara ketika mendengar petisyen pilihan raya itu dan seterusnya membuat penghakiman berdasarkan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.
  • Selepas membuat pendedahan itu, Chin meminta kedua-dua pihak terbabit dalam petisyen pilihan raya Parlimen Sarikei, yang didengarinya itu, membuat keputusan sama ada mahu beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
  • “Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu. Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.
  • “Oleh itu, saya mahu mendengar daripada pihak berkenaan (peguam atau mereka yang terbabit) sama ada wujud kebimbangan seumpama itu dan mahu memohon supaya saya menarik diri. Kerana pendedahan ini, pihak yang terbabit dalam sebahagian besar penghakiman saya sejak insiden 1997 tentu bimbang kemungkinan saya tunduk kepada tekanan sehingga mempengaruhi penghakiman.
  • “Tiada kata-kata yang dapat melenyapkan semua kebimbangan itu. Anda perlu membaca penghakiman saya dan memutuskan sama ada ia berasaskan bukti dan undang-undang atau sebaliknya dipengaruhi ugutan,” katanya.
  • Chin kemudian menangguhkan kes yang didengarinya kelmarin selama setengah jam bagi membolehkan pihak berkenaan membuat keputusan tetapi mereka mahu beliau terus mendengar petisyen terbabit.
  • Petisyen itu difailkan Wong pada 24 April lalu bagi mengisytiharkan kemenangan Ding dengan perbezaan tipis 51 undi, sebagai batal dan tidak sah. --
  • This email and any attachments herein are confidential and intended solely for the use of the addressee.
  • The NSTP Group of Companies gives no warranty as to the entirety, accuracy, or security of this email nor guarantees that it is virus free.

Saturday, June 7, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 29 - Petrol oh Petrol)

Rata-rata orang ramai mengeluh mengenai kenaikan harga minyak. Begitu juga dengan para editor kanan MSM yang biar pun gaji beribu-ribu ringgit, kesan kenaikan minyak turut dirasai. Seorang rakan editor kanan menyatakan kenaikan harga minyak kali ini amat dirasainya kerana memiliki kenderaan berkuasa tinggi melebihi 2,000cc.
Sekali pam penuh tangki sudah mencecah RM150 lebih berbanding hanya RM90 sebelum ini.
Kenaikan harga minyak secara tidak langsung turut menyebabkan kenaikan harga barang runcit di pasaran tempatan. Mati akal dibuatnya apabila harga ikan dan sayur naik 40 peratus, sedangkan kos sara hidup kekal.
Tiga hari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil semua para editor kanan MSM untuk memberi taklimat mengenai keadaan dan situasi ekonomi dan kenaikan harga minyak. Memang ada para editor kanan MSM yang dilihat tidak bersetuju dengan langkah mengejut dan mendadak yang diumumkan oleh Pak Lah.
Para editor kanan MSM sendiri sudah menjangka kenaikan harga minyak akan berlaku, dan sedia menerimanya.
Tetapi, rata-rata 'terkejut beruk' apabila kenaikan itu terlalu tinggi. Justeru, para editor kanan MSM mula mengutuk tindakan dan lagkah Pak Lah. Banyak kepincangan yang melampau ingga membebankan rakyat.
Rebat lebih RM600 setahun? Enam kali pam minyak dalam tangki sudah habis RM600.
Sepatutnya, harga minyak dinaikkan sedikit iaitu 30 sen bukan sehingga lebih 70 sen. Kenaikan paling tinggi dalam sejarah negara. Rakyat akan ingat bahawa harga minyak dalam negara dinaikkan paling tinggi ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Ingatan orang ramai kepada Pak Lah bukan untuk perkara yang baik, tetapi hanya yang buruk belaka.
Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, parti yang sebelum ini amat kukuh dan banyak berjasa kepada rakyat kecundang dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008. Empat negeri termasuk negeri Pak Lah sendiri jatuh kepada PKR, Pas dan DAP dalam pilihan raya itu, manakala Kelantan gagal dirampas.
Dalam pilihan raya itu juga menyaksikan ramai menteri dan timbalan menteri dan wakil rakyat yang banyak berjasa yang mewakili BN turut tumpas. Gerakan, MCA dan MIC menerima tamparan paling hebat. Dan orang ramai akan mengingati perkara itu sebagai hal yang buruk, bukannya baik.
Dalam pilihan raya ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri itu juga sejarah buruk berlaku apabila, 'orang yang berkelakuan buruk' kini menjadi pilihan rakyat untuk mewakili mereka. Siapa 'orang yang berkelakuan buruk' itu? Tepuk dada tanya selera. Orang yang didalam tahanan pun menang untuk jadi wakil rakyat.
Orang yang selalu melanggar undang-undang pun menang. Orang yang suka menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang pun menang dan boleh jadi wakil rakyat. Apa sudah jadi kepada rakyat Malaysia?
Pokok pangkalnya kerana kelemahan pucuk pimpinan negara lah orang ramai memberi pengajaran.
Kali ini, orang ramai 'menjerit' lagi di jalan raya kerana harga minyak naik. Tapi, ibarat anjing
menyalak bukit, keperitan orang ramai tidak dipedulikan oleh pemimpin atasan. Mungkin Pak Lah suka rakyat Malaysia mengenang beliau kerana membuat sesuatu yang tidak popular atau sesuatu yang buruk.
Sementara keadaan 'langit masih cerah', sementara ribut belum tiba, maka eloklah sekarang Pak Lah berundur. Eloklah Pak Lah mendengar nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Editorialblog dan para editor kanan MSM mahu mencadangkan supaya harga minyak yang dinaikkan terlalu tinggi itu diturunkan balik sedikit. Orang ramai tidak akan marah jika dinaikkan 30 sen. Orang ramai yang ada duit simpanan dalam bank pun tidak melihat baki wang mereka yang dibelakang ada 20 sen atau 30 sen. Katakan lah mereka ada simpanan RM15,600.40. Mereka hanya padang kepada angka awal saja, tak pandang pun 45 sen tu.
Jadi eloklah dikaji balik kenaikan harga minyak itu dan dibuat penyesuaian.

Thursday, June 5, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 28 - Shahidan patut ikut Idris)

Pada 24 Mei lalu di bawah tajuk "Apa Kata Editor MSM (Bhg 27 - Satu kapal dua nakhoda)" Editorialblog ada menulis mengenai keadaan Umno Terengganu yang bermasalah. Masalahnya ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bukan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, manakala bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, tetapi bukan Menteri Besar.
Dalam hal ini ada sedikit pertindihan kuasa dari segi kepimpinan parti dan negeri. Sepatutnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang menjadi parti pemerintah di Terengganu menjadi ketua pentadbir kerajaan negeri iaitu menteri besar. Atau boleh juga orang yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sepatutnya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Itu yang Editorialblog tulis pada 24 Mei.
Namun, pada 28 Mei Idris mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang disandang sejak 2004. Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih itu mengumumkan keputusan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada 27 Mei.
Idris membuat keputusan ini bagi menghormati keputusan Majlis Tertinggi Umno berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan menghormati kemahuan beliau. Langkah itu dijangka dapat menyelaraskan politik dan pentadbiran negeri.
Idris sebenarnya dilantik Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu menggantikan Abdullah selepas BN menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2004 dengan memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN Terengganu mengekalkan majoriti dua pertiga apabila memenangi 16 kerusi DUN, tetapi Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar, sebaliknya digantikan AhmadSaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal.
Turut meletak jawatan berkuat kuasa semalam ialah Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri yang juga Setiausaha BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid demi kepentingan parti kerana pembangunan negeri adalah lebih penting.
Selesai bab Terengganu.
Editorialblog menjenguk pula ke Perlis. Tetapi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri ShahidanKassim enggan melepaskan jawatannya dengan alasan Menteri Besar sekarang Datuk Dr Md Isa Sabu tidak akan memegang jawatan itu, sebaliknya akan dipegang oleh dua ketua Umno bahagian yang lain iaitu Ahmad Bakri Ali dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Editorialblog berpendapat Md Isa boleh memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno perlis walaupun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Umno peringkat negeri. Md Isa boleh dilantik memegang jawatan itu.

Namun, Editorialblog berpendapat ada sesuatu yang tidak kena! Dan ini semua berbalik kepada KUASA dan DENDAM.
Seperti mana yang sedia maklum bahawa Shahidan sebelum ini 'berperang' untuk terus berkuasa dan kekal sebagai Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi harapannya berkecai apabila tidak mendapat 'restu' Diraja dan sokongan wakil rakyat lain.
Kerana DENDAM itu, Shahidan tidak peduli dan enggan melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Nampaknya, pertindihan kuasa berlaku juga di negeri sekangkang kera apabila Menteri Besar tidak ada kuasa dalam Umno yang memerentah negeri, manakala Pengerusi Umno dan BN negeri tidak ada kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Negeri Perlis yang kini terkenal dengan mempelam harum manis berdepan masalah dalam pembangunan. Namun, pisau dan mempelam di tangan ahli Umno. Kupaslah.