Saturday, June 7, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 29 - Petrol oh Petrol)

Rata-rata orang ramai mengeluh mengenai kenaikan harga minyak. Begitu juga dengan para editor kanan MSM yang biar pun gaji beribu-ribu ringgit, kesan kenaikan minyak turut dirasai. Seorang rakan editor kanan menyatakan kenaikan harga minyak kali ini amat dirasainya kerana memiliki kenderaan berkuasa tinggi melebihi 2,000cc.
Sekali pam penuh tangki sudah mencecah RM150 lebih berbanding hanya RM90 sebelum ini.
Kenaikan harga minyak secara tidak langsung turut menyebabkan kenaikan harga barang runcit di pasaran tempatan. Mati akal dibuatnya apabila harga ikan dan sayur naik 40 peratus, sedangkan kos sara hidup kekal.
Tiga hari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil semua para editor kanan MSM untuk memberi taklimat mengenai keadaan dan situasi ekonomi dan kenaikan harga minyak. Memang ada para editor kanan MSM yang dilihat tidak bersetuju dengan langkah mengejut dan mendadak yang diumumkan oleh Pak Lah.
Para editor kanan MSM sendiri sudah menjangka kenaikan harga minyak akan berlaku, dan sedia menerimanya.
Tetapi, rata-rata 'terkejut beruk' apabila kenaikan itu terlalu tinggi. Justeru, para editor kanan MSM mula mengutuk tindakan dan lagkah Pak Lah. Banyak kepincangan yang melampau ingga membebankan rakyat.
Rebat lebih RM600 setahun? Enam kali pam minyak dalam tangki sudah habis RM600.
Sepatutnya, harga minyak dinaikkan sedikit iaitu 30 sen bukan sehingga lebih 70 sen. Kenaikan paling tinggi dalam sejarah negara. Rakyat akan ingat bahawa harga minyak dalam negara dinaikkan paling tinggi ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Ingatan orang ramai kepada Pak Lah bukan untuk perkara yang baik, tetapi hanya yang buruk belaka.
Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, parti yang sebelum ini amat kukuh dan banyak berjasa kepada rakyat kecundang dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008. Empat negeri termasuk negeri Pak Lah sendiri jatuh kepada PKR, Pas dan DAP dalam pilihan raya itu, manakala Kelantan gagal dirampas.
Dalam pilihan raya itu juga menyaksikan ramai menteri dan timbalan menteri dan wakil rakyat yang banyak berjasa yang mewakili BN turut tumpas. Gerakan, MCA dan MIC menerima tamparan paling hebat. Dan orang ramai akan mengingati perkara itu sebagai hal yang buruk, bukannya baik.
Dalam pilihan raya ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri itu juga sejarah buruk berlaku apabila, 'orang yang berkelakuan buruk' kini menjadi pilihan rakyat untuk mewakili mereka. Siapa 'orang yang berkelakuan buruk' itu? Tepuk dada tanya selera. Orang yang didalam tahanan pun menang untuk jadi wakil rakyat.
Orang yang selalu melanggar undang-undang pun menang. Orang yang suka menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang pun menang dan boleh jadi wakil rakyat. Apa sudah jadi kepada rakyat Malaysia?
Pokok pangkalnya kerana kelemahan pucuk pimpinan negara lah orang ramai memberi pengajaran.
Kali ini, orang ramai 'menjerit' lagi di jalan raya kerana harga minyak naik. Tapi, ibarat anjing
menyalak bukit, keperitan orang ramai tidak dipedulikan oleh pemimpin atasan. Mungkin Pak Lah suka rakyat Malaysia mengenang beliau kerana membuat sesuatu yang tidak popular atau sesuatu yang buruk.
Sementara keadaan 'langit masih cerah', sementara ribut belum tiba, maka eloklah sekarang Pak Lah berundur. Eloklah Pak Lah mendengar nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Editorialblog dan para editor kanan MSM mahu mencadangkan supaya harga minyak yang dinaikkan terlalu tinggi itu diturunkan balik sedikit. Orang ramai tidak akan marah jika dinaikkan 30 sen. Orang ramai yang ada duit simpanan dalam bank pun tidak melihat baki wang mereka yang dibelakang ada 20 sen atau 30 sen. Katakan lah mereka ada simpanan RM15,600.40. Mereka hanya padang kepada angka awal saja, tak pandang pun 45 sen tu.
Jadi eloklah dikaji balik kenaikan harga minyak itu dan dibuat penyesuaian.

1 comment:

Anonymous said...

Kenaikan harga minyak yang memdadak ini saya rasakan akan memberikan peluang dan ruang kepada Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa dipringkat persekutuan.
Cuba renungkan sceniaro ini -
Pakatan Rakyat(PR)menjamin penurunan harga minyak serta merta bila berkuasa. Seterusnya PR hanya perlu menyeru dan mempengaruhi pengundi pengundi (yang sememangnya sedang marah sekarang) yang telah memilih calon BN dalam PRU12 untuk mendesak wakil rakyat mereka untuk melompat dari BN ke PR. Wakil Rakyat ini semestinya mengikut desakan pengundi yang telah memilih mereka. Ini adalah permintaan rakyat yang merupakan permintaan keramat dan tidak boleh diketepikan begitu saja. Dengan desakan ini Wakil Rakyat ini mempunyai sebab yang amat kuat untuk melompat parti. Mereka boleh katakan yang bukan mereka yang mahu tapi pengundi dan rakyat yang mahu mereka melompat.
PR tidak payah mengadakan perhimpunan seperti yang dirancangkan tapi mengatur perhimpunan pengundi disetiap kawasan yang diwakili BN. Kemarahan rakyat bukan saja ditujukan kepada pemerintah tertinggi tapi juga kepada Wakil Rakyat mereka sendiri. Tunjukan yang mereka mahu wakil mereka keluar dari BN dan berpindah kePR.
Dirasakan kemahuan rakyat pasti dapat dipenuhi. Bila Wakil Rakyat mula melompat maka dapatlah PR berkuasa.
Cara ini juga boleh menyedarkan PR (bila sudah berkuasa) bahawa kuasa yang diberikan tidak boleh digunakan sewenang wenangnya kerana pengundi dan rakyat boleh mendesak Wakil Rakyat mereka untuk kembali keBN.
Apa kata Editorialblog.

akd