Pengundi Kuala Terengganu sudah membuat pilihan mereka. Tahniah Editorialblog ucapkan kepada YB Pas yang menang kerusi Parlimen itu. Sejak awal kami tidak membuat andaian siapa yang akan menang kerusi itu, walaupun kami meminta pengundi Kuala Terengganu menyokong calon BN.
Nampaknya, trend keperibadian calon berulang lagi apabila pengundi tidak memilih lambang BN iaitu dacing disebabkan Datuk Wan Ahmad Farid adalah calon tidak popular (Bertepatan dengan komen Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya di sini)
Memang tepat jika BN sama ada di peringkat pusat atau negeri melakukan bedah siasat kekalahan mereka di Kuala Terengganu yang bermakna BN hilang satu kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu.
Bedah siasat yang harus dilakukan oleh BN perlu lah merangkumi semua faktor. Selepas dikumpulkan kesemua faktor itu, BN MESTI membandingkannya dengan prestasi BN pada era sebelum PRU Ke-12 lalu.
Bagaimana strategi yang harus dimainkan? Apakah tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi pembangkang? Pemilihan calon? Corak pengundian? Isu dalaman parti komponen BN? Strategi parti lawan? ...Ini adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin peringkat tertinggi BN dan Umno.
Nampaknya, 'kacau-bilau' politik dalaman Umno, MCA dan MIC akibat kelemahan Abdullah Ahmad Badawi mentadbir kini memberi kesan negatif kepada bakal penggantinya, Najib Razak. BN di bawah pimpinan Abdullah sudah hilang seri hingga menyaksikan kebangkitan pembangkang yang diketuai oleh DAP dan PKR.
Inilah akibatnya apabila pemimpin BN menjadi terlalu lembut atau tidur. Tidak buka mata melihat sejarah dan tidak mendapatkan pandangan 'orang tua-tua' sebelum membuat keputusan.
Editorialblog amat berharap Najib akan dapat membuat perubahan besar ke arah memastikan BN kekal memerintah Malaysia. Apa yang penting ialah Najib mesti mendapatkan nasihat daripada Tun M kerana Najib adalah anak didik Tun. Lagi pun, pembangkang amat takut sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri kerana mereka tahu rentak Najib yang lebih keras dan tegas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment