Saturday, January 31, 2009

Apa Kata Editor MSM (Bhg 71 - Pemimpin ku bodoh-bodoh belaka)

Kami ingin berceloteh sedikit mengenai apa yang hangat dikatakan sekarang di dalam UMNO. Iaitu POLITIK WANG.

POLITIK WANG...

dalam UMNO, heboh diperkatakan seantero dunia. Malu rasanya saya dan beberapa rakan para editor kanan MSM yang menjadi ahli Umno disebabkan oleh cerita mengenai POLITIK WANG. Memang heboh POLITIK WANG dalam Umno, lebih 'havoc' daripada acara JOM HEBOH TV3.

Heboh...heboh...heboh...

Siapa yang hebohkan isu politik wang yang tidak seberapa di dalam Umno? Siapa yang ajak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terlibat sama dalam siasatan politik wang dalam Umno? Ya! Media massa... termasuk yang pro kerajaan. Jika media massa MSM tidak menghebohkan isu ini, orang ramai tidak akan tahu. Dan nama baik Umno juga tidak terjejas.

Konon, kita memanggil SPRM untuk menyiasat politik wang dalam Umno supaya rakyat dapat melihat betapa telusnya kita dalam Umno. Bullshit!!!

Tidakkah anda iaitu pemimpin tertinggi Umno dalam kerajaan, terutama Pak Lah dan Najib, melihat bahawa sekali anda membiarkan cerita mengenai politik wang ini disebarkan, maka sudah melekat didada orang ramai bahawa Umno adalah KORAP.

Pernahkan kita mendengar mengenai politik wang dalam PAS, PKR dan DAP? Tidak ada! Sebab tidak DIHEBOHKAN oleh media massa arus perdana, sedangkan politik wang juga wujud dalam PAS, PKR dan DAP. Jangan bohong kami la!

Lantaran itu apa sekarang?

TUTUP lah isu politik wang. Jangan biar media arus perdana mainkan isu itu lagi. Kalau pun ada pemimpin yang didakwa di mahkamah kerana politik wang, maka awak sebagai pemimpin tertinggi kerajaan beri kan lah arahan kepada MSM supaya tidak memainkan isu itu.

Ini tidak! Awak semua sekarang hanya membiarkan MSM memainkan isu itu. Mana-mana pemimpin Umno yang diheret ke mahkamah kerana 'politik wang' menjadi berita utama atau berita muka depan akhbar MSM. Tidakkah ini akan memalukan UMNO...wahai pemimpin ku yang bodoh-bodoh belaka. Tidakkah anda boleh berfikir! Cuba lah anda lebih tegas sedikit.

Orang-orangan yang berada di atas atau mengepalai MSM itu pula membiarkan saja semua isu yang memburukkan UMNO disiarkan. Bodohlah namanya.

Apa yang kita takutkan jika kita lebih tegas. Kita takut kepada United Nation? Kita takut kepada NGO? Hello! BULLSHIT lah kepada mereka itu. Ini negara kita. Ingat tu. Kita yang memerentah. Ambil tindakan tegas sekali supaya 'mereka' sedar bahawa kita masih ada kuasa. Jangan jadi penakut. Jangan jadi bodoh.

BERTINDAK TEGAS lah dalam semua segi sekarang.

JANGAN DIHEBOHKAN LAGI KELEMAHAN DALAM UMNO.

PARA EDITOR KANAN MSM TAHU SIAPA ANWAR IBRAHIM. DIA ADALAH MANUSIA LIDAH BERCABANG. JANGAN BIARKAN DIA DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA YANG KITA KATEGORIKAN SEBAGAI YAHUDI, MENGAWAL MALAYSIA.

KITA BERMOHON KEPADA YANG MAHA ESA SUPAYA MALAYSIA DILINDUNGI DARIPADA ORANG SEPERTI ANWAR YAHUDI.... AMIN

P/S: ADA BEZA ANTARA POLITIK WANG DAN WANG POLITIK. Istilah politik wang dan wang politik akan dihurai pada tulisan akan datang.

No comments: