Wednesday, April 8, 2009

BN kalah - Tun M harus dipersalahkan....

Sebab dia cakap banyak..... lebih bijak daripada orang lain.

Sehari sebelum pengundi di tiga kawasan pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air, membuang undi, bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat dihormati, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat sentuhan terakhir untuk berkempen kepada BN. Turut sama anaknya Mukhriz.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Malaysia ke-enam mengangkat sumpah jawatan. Lantas, kononnya akan berlaku angin perubahan dalam hati rakyat. Mereka akan memilih BN bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil itu - kononnya lah!

Namun, apabila keputusan diumumkan hanya pengundi di Batang Air yang rata-ratanya adalah penduduk miskin dan hulu, saja yang masih memilih BN. Pengundi di Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah, tetap memilih pembangkang.

Ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan Permatang Pauh, orang Umno dan rakyat menyalahkan Khairy Jamaluddin atau KJ yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, sebagai punca kekalahan. KJ dan kumpulan Pemuda Umno mengadakan kempen habis-habisan di dua pilihan raya kecil Parlimen berkenaan untuk membantu kemenangan calon BN melawan pembangkang. Ucapan-ucapan KJ diberi liputan media.

Apabila BN kalah dua Parlimen itu, KJ menjadi kambing hitam untuk disembelih. KJ dikutuk habis-habisan. Fitnah dan dakyah memburukkan KJ disebarkan dari mulut ke mulut hingga beliau sukar menepis.

Namun, kali ini di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, penasihat-penasihat KJ sudah menasihatkan beliau supaya tidak bercakap banyak dan tidak pergi berkempen. Alasannya supaya tidak dijadikan kambing hitam yang boleh disembelih jika BN kalah. Namun, sebagai Ketua Pemuda Umno, KJ tetap turun ke kawasan pilihan raya kecil
itu secara diam-diam, sekadar untuk memastikan jentera pilihan raya Pemuda berjalan lancar.

Selebihnya, beliau berada di Putrajaya untuk mengemas barang sebelum berpindah atau berada di kawasan Parlimen Rembau, menemui rakyat yang diwakili beliau.

Dan, BN membawa Tun Mahathir berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan harapan rakyat akan kenang jasa Tun dan pengundi memberi 'hadiah' istimewa kepada Perdana Menteri baru. Tetapi, (What the fuck happen?) ternyata suara Tun M sudah tidak laku lagi, ternyata suarat Tun M sudah tidak mahu didengari oleh rakyat bawahan. Biarlah beliau bercakap berdegar-degar, tetapi ternyata kini suara beliau sudah tiada kuasa. Suara beliau hanya kedengaran jauh sayup-sayup dan BN tumpas.

Siapa pula akan disalahkan kali ini? KJ atau Tun M?

Siapa yang banyak memburuk-burukkan pemimpin Umno yang menjadi tulang belakang BN secara terbuka? Siapa yang menuduh Umno banyak rasuah dan membuat kenyataan secara terbuka supaya diketahui oleh rakyat? Siapa yang banyak mendedahkan keburukan orang Umno sedangkan beliau pernah memimpin Umno?


Tun atau penulis dan penaip tulisan Tun dalam blog Tun, mungkin suka benar mendapat puji-pujian daripada para pengkomen dalam blog Tun. Tetapi, Tun tidak tahu bahawa pengkomen-pengkomen yang menyokong Tun itu semuanya membawa rebah kepada Umno. Mereka suka Tun mendedahkan keburukan pemimpin Umno dalam blog Tun, supaya boleh dijadikan modal untuk menghentam Umno dan BN. Akhirnya Umno dan BN kalah dalam pilihan raya.

Kami, para editor kanan MSM memang hormat Tun. Kami bertugas sejak Tun jadi PM. Kami sayang Tun, tetapi kami dapati Tun sekarang hanya merosakkan BN dan Umno. Hilang rasa hormat kami kepada Tun sekarang.

Bagi kami Tun kini tidak perlu lagi cakap berdegar-degar dan membuka pekung orang Umno atau memburuk-burukkan peribadi orang Umno, kerana ia akan memberi peluang kepada orang luar untuk menangguk di air keruh, menunggu masa melepaskan geram.


Sepatutnya Tun sekarang duduk di rumah dan bermain dengan cucu-cucu dan bersembahyang banyak-banyak kerana Tun akan disoal dalam kubur dan di akhirat nanti mengenai rasuah pada zaman Tun.

Jadi, yang menyebabkan BN kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekarang ialah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

6 comments:

Anonymous said...

kalau org di bukit gantang menyatakan menyokong UMNO umpama menyokong rasuah .. kenapa ..

terbukti ketua umno pun didapati rasuah tapi menang .. he he he .. tulis le macam ne pun tapi org kat luarni bukan takde otak

----dexs----

Anonymous said...

salam..

saya hormati pendapat saudara,cuma agak pelik Bukit Gantang yg dahulunya kubu Umno,tapi sejak Dolah memerintah terus tumbang...siapa yg jadi PM masa 2 Bukit tu tumbang??Mahathir? takkk....nama dia Dolah Ahmad Badawi PM kita yang amat 'dikasihi' rakyat..beliau watak utama merosakkan kepercayaan rakyat yg umum juga tahu,menang besar pada PRU 2004 tapi tumpas pada 2008...adakah dua tahun berbeza itu disebabkan oleh 2 orang PM berlainan?Tidak...umum tahu,sebab ketidakupayaan Dolah Badawi di dalam mentadbir negara adalah menyebab utama kemerosotan mendadak kepercayaan rakyat pada BN.

Generasi Pejuang Bangsa said...

sy setuju Tun M yg menyebabkan umno kalah ..kritikan beliau sebelum perhimpunan agung umno byk memberi kesan kpd UMNO .

suara dia pun kini org muda sudah tak mahu dengar ..dia kempen ckp ttg 50 tahun dahulu kita hidup aman ..org muda sudah muak dengan itu ayat .

suara dia kini tidak laku lagi hanya org2 dia spt sanusi junid,rais yatim,abdullah ahmad ,sabaruddin chik ini lah pendekar2 dia suka dgar .

politik dan cara kempen mahathir skrg sudah tidak boleh guna lagi pada masa ini ..

Anonymous said...

.....ALAHAI,SEMUANYA SALAH...KALAU KALAH SEBAB DR M CAKAP BANYAK,TAK SESUAI DEK ZAMAN...TAPI KALAU MENANG KUT,...MEMANG X-FAKTOR DR M PULA DAH AGAKNYA.KAH,KAH,KAH, SERBA SALAH KALAU NASI UDAH JADI BUBUR!!

Sutera Timur said...

SAUDARA EDITORIAL,

Untuk menghentam dan menyalahkan orang seperti TUN M memang sedap DAN MUDAH....TAPI DIA SEKURANG-KURANGNYA DAH BERBAKTI KEPADA MALAYSIA SEPEREMPAT USIANYA.JASANYA MEMANG TAK TERHITUNG ....POLITIK DAH SEBATI DALAM HIDUPNYA,Kalau bercakap pasal Malaysia Tun M memang tidak boleh dipisahkan...

APAKAH EDITORIAL BLOG YAKIN KALAU TUN M TAK BERKEMPEN ATAU TUTUP MULUT BN AKAN MENANG. RAKYAT DAH BIJAK SEKARANG ...APA YANG SAYA NAMPAK RAKYAT MAHU BN BERUBAH DAN JANGAN CAKAP SAJA....,JANJI SAJA ,TAPI MASIH DITAKUK LAMA....

APAKAH ORANG MACAM KHAIRY YANG GUNA POLITIK WANG AKAN DITERIMA PENYOKONG KALAU DIA BERKEMPEN.....
COMMONLAH EDITORIAL....BE REAL....BERSIHKAN DULU KELODAK DALAM UMNO...PERBANDINGAN YANG SAYA DAPAT LIHAT SEMASA ZAMAN TUN BILA ORANG KRITIK DIA AKAN TUNJUKKAN BUKTI SEPERTI MENGELUARKAN KERTAS PUTIH UNTUK TATAPAN RAKYAT DAN DULU BILA DIA CAKAP SEMUA PEMBGKG TAK BOLEH ANGKAT MUKA ATAU TAKUT KERANA BELIAU BERCAKAP BERPAKSIKAN KEBENARAN.TAPI DGN KELODAK UMNO HARI INI MEMANG TUN SUSAH NAK PERTAHANKAN UMNO.SAYA LIHAT APA TUDUHAN PEMBGKG KINI TIDAK DIJAWAB SECARA BERDEPAN OLEH PENTADBIRAN ABDULLAH DULU DIA LEBIH SUKA MENYEPI....BILA DIAM DIANGGAP BENAR OLEH RAKYAT,DAN SATU EDITORIAL PERASAN TAK SEKARANG SEOLAH-OLAH BN TAKUT PEMBGKG DAH TERBALIK SEMASA PEMERINTAHAN TUN DULU PEMBGKG YG TAKUT BN,PERKARA-PERKARA SEPERTI INI KENA LAH DILIHAT DAN AMBIL PERHATIAN DAN JANGANLAH ASYIK NAK SALAHKAN ANTARA SATU DGN YG LAIN....SAYA RASA KALAU EDITORIAL SENDIRI BERUCAP PUN KALAU TUHAN NAK TAKDIRKAN BN KALAH AKAN KALAH JUGA ...TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA BERUSAHA...DAN TERUS PERBETULKAN MANA-MANA YG BENGKOK ,PATUTNYA KALAU TIDAK BETUL BERIKAN BUKTI DAN KELUARKAN KERTAS PUTIH UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRINYA DAN DINILAI RAKYAT. KALAU UMNO SENDIRI TIDAK BERUBAH DAN MEMANG DAH BANYAK TERLAJAK SEKARG INI, LEBIH-LEBIH LAGI DGN SITUASI POLITIK WANG BARU-BARU INI...KENAPA TAK SALAHKAN ORANG YANG MAIN POLITIK WANG...ITULAH KESANNYA PADA P/RAYA KINI ...KERANA BN MASIH TAK NAMPAK CUKUP BERSIH LAGI.....BUKAN SEBAB TUN M BERUCAP......KEMBALINYA IA KE UMNO BUKANKAH SATU RAHMAT UNTUK PENYATUAN UMAT MELAYU....... SEBENARNYA TENTANG MALAYSIA DR.M MEMANG BANYAK MENGETAHUINYA...kalau orang UMNO tak berubah takkan pulak Dr.M boleh mengubahnya...Itu hanya pesepsi sahaja......
Wassallam.

editorial said...

Tidak dinafikan Tun M seorang negarawan yang hebat. Memang amat diakui, malah Editorialblog kerap membuat liputan majlis beliau dan mengetahui kepetahan beliau bercakap. Wartawan luar negara juga terpegun apabila Tun M bercakap dan berdebat. Wartawan luar negara apa lagi wartawan dalam negara amat berhati-hati untuk bertanya soalan kepada Tun M, bimbang beliau akan membidas semula soalan itu. Ini kerap berlaku. Namun, dalam hal ini memang diakui bahawa Umno perlu membersihkan dulu dari dalam. TETAPI, dalam masa yang sama orang Umno lain terutama Tun M, tidak boleh mencurahkan lagi minyak. Tun M dialu-alukan menyuarakan pendapat beliau kepada Umno secara tertutup, bukan mendedahkannya dalam media atau laman web beliau. Tulisan di atas bukan untuk menghina Tun, tetapi untuk menyedarkan sesetengah pihak seperti mana tertulis dalam 'The Malay Dilemma' karangan Tun sendiri. Seharusnya, Tun M juga memperbetulkan Mukhriz serta Khir Toyo yang kononnya bersih daripada politik wang dan majlis makan-makan. Kami juga tahu apa yang dilakukan oleh mereka berdua, tetapi buat masa ini biarlah Umno disusun semula dan barisan diperkukuhkan.