Tuesday, April 7, 2009

Terbaru mengenai menteri Kabinet Najib

Menteri lama yang dijangka digugurkan ialah:

1. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
3. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman.
4. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz.
6. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
7. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad (letak jawatan).

Kekal:

1. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (Kementerian Dalam Negeri).
3. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
4. Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal (Kementerian Pertahanan).

Dilantik

1. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik Senator (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
2. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilantik Senator (menteri)
3. Bekas menteri, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (menteri).
4. Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (menteri).
5. Datuk Anifah Aman (menteri).

Naik pangkat

1. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (menteri).
2. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (menteri).
3. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin (menteri).

Dalam pada itu, beberapa kementerian akan digabungkan iaitu:

1. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang diserapkan ke Kementerian Pelancongan.
2. Kementerian Pengajian Tinggi disatukan dengan Kementerian Pelajaran.
3. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bergabung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Difahamkan Najib sudah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi tadi berhubung pelantikan barisan Kabinet barunya.

2 comments:

Anonymous said...

Selangor lani siap untuk umum mb mengumum eli letak jawatan adun lanjan dan mohon prk sebab ketua umum sudah yakin dan mursyhidul am dah yakin dengan cogan kata mereka sendiri.
selangor dah tes maket kat dua bukit di utara.
MB akan umum Eli selepas kabinet baru dan ORK dapt DPM2.
Batang ai tu ikan merah aje.
Pelajaran di utara dan di lanjan ni semua dah masuk buku panduan PRU 13.Bahaya untuk beberape pihak harus di prihatin.
changkat lobak.
arjuna waspada

Anonymous said...

sumber maklumat penyokong BN : TV3, RTM, NTV7, TV8, UTUSAN MELAYU, BERITA HARIAN, LAMAN WEB PENYOKONG BN 35%.

sumber maklumat penyokong PR : TV3, RTM, NTV7, TV8, UTUSAN MELAYU, BERITA HARIAN, HARAKAH, SUARA KEADILAN, SIASAH, PAKATAN RAKYAT, WASILAH, LAMAN WEB PENYOKONG PR 65%.