Bolehkah kumpulan akhbar NSTP. terutama BH dan NSTP bersaing dengan The Star dan Utusan? Selepas brainwash di PD selama dua hari, yang turut dihadiri Dato Ahmad A Talib serta editor kanan, banyak rumusan dibuat untuk memperbaharui akhbar Berita Harian. Naumn, adakah BH mempunyai kekuatan dan semangat? Jangan sekadar cakap-cakap atau hangat-hangat tahi ayam.
Tetapi, hangat-hangat tahi ayam itu lah yang sentiasa berlaku kepada BH sejak dulu lagi. Semangat hanya hidup untuk dua tiga minggu saja, kemudian hilang. Banyak perancangan sebelum ini dan banyak juga modal dikeluarkan 'memperbaharui' BH dalam semua segi, tetapi akhirnya terbengkalai.
Kali ini, kita lihat adakah BH boleh bersaing dengan Utusan dalam menyampaikan maklumat, memikat pembaca. Apa yang akan dilakukan selepas keputusan dalam meeting di PD itu dan bolehkan ianya dilakukan oleh kakitangan sedia ada?
Apakah pembaharuan itu? BANYAK!
Tetapi biarlah editorial tidak mendedahkan semuanya. Editorial hanya mahu nyatakan satu saja iaitu;
1) Penambahan muka surat untuk berita-berita region. Jika tidak silap editorialblog, sekarang ini setiap region dikhaskan dua muka surat. Tentu tidak cukup. Dan keputusan dibuat untuk menambah lapan muka surat region. Ini menjadikan keseluruhannya 8 x 5 region = 40 muka surat region.
Editorialblog melihat ini suatu langkah yang baik. Tetapi kita perlu mengkaji dari segi penambahan muka surat yang akan melibatkan beberapa muka surat sedia ada. Adakah HIP akan menjadi mangsa pengurangan muka surat?
Ada beberapa lagi perubahan yang bakal dilakukan. Kita tunggu dan lihat. Dan ini baru BH, belum NST.
p/s: Serkap memang jarang. Semua orang tahu. Selamat bertugas semula kepada semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
editorialblog x gentlement. kenapa x siar komen saya semalam tentang sdra sebenarnya x ke mana2 dua tiga hari lepas. sepanjang tiga hari Ahad, Isnin & selasa ada kat opis.
la, dah dua kali aku hantar komen, awat hang tak siarkan, tau takut non. kami dah tahu sapa hang!
We need more depth and a divergence of opinion. Perhaps this is one such alternative to the otherwise divisive and anti Malay anti Muslim propaganda.
GRK
http://takemon.wordpress.com/
"Hot news" in 7eleven
korang nak tau..baru-baru nie kat 7eleven...malas nak cakap 7eleven mane tp yang penting kat Putrajaya..ade sorang "insan malang".pekerja kat 7eleven ni.tp dah kena berhenti sebab Manager dia tuduh dia curi duit...erm...malang betul insan ni.padahal dia x buat pun..dah la tu yang paling menyedihkan dia kena berhenti lagi satu hari nak gaji.korang faham-faham je la.time dah nak gaji ni, duit mesti dah abis.tunggu punya tunggu,esoknya gaji dia langsung x masuk...erm siannye..dah la penat keje..yang saya dengar dia keja direct malam...dari bulan lepasnya...dah la xde cuti.duit gaji haram x dapat.agaknye Manager yang berhentikan dia n tuduh dia curi duit 2 dah ambik gaji dia...sape tau kan??sampai skang.dah dekat sebulan..gaji dia langsung x dapat...cube korang pikir..gaji x dapat, insan malang ni nak mkn ape?Manager 2 sedap la..perut makin besar makan duit orang..Manager 2 xde otak ke??otak ade tp x leh pkir..manusia ni tgk je baik...tapi....x tau nak ckp ape..Manager 2..dah la x berhati perut..ramai staff dia complain..die ni wat keja tah mcm mane tah..staff2 lame yg dah berhenti sbb nak smbg blaja atau dpt keje lain mane ade dpt duit gaji..pnat je keje...ke mane perginya duit 2??erm...pelik...aku pun heran..Manager mcm ni mmg patut kena buang...kalau korang mesti geram...saya bukan ape..sekadar nak membantu insan yang malang..saya BOIKOT habis-habisan 7 eleven...saya harap korang pun sama..bantulah saya k..pada pihak sudi membantu insan yang malang ni...tolong la Boikot 7eleven...dah la barang semua mahal..kalau ade sape2 yang rase nak keje 7eleven 2,tolong la batalkan niat anda...sebelum anda terkena macam insan malang ni...tq
sekian,
insan prihatin/hamba Allah
Post a Comment