Friday, July 17, 2009

Kalau faham cara ok

Ingat lah... Jangan sesekali kita marahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walau apa sekali kenyataan yang dbuatnya. Kerana apa. Nik Aziz selalu membuat kenyataan2 yang kontroversi terutama dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Itulah strategi Nik Aziz. Bila dia buat kenyataan2 panas sebelum pilihan raya, sudah tentu kita akan geram dan marah, Lantas, kita pun akan mengeluarkan kenyataan yang menyanggah Nik Aziz atau kenyataan balas yang memarahi atau memaki hamun Nik Aziz. Sedangkan, itulah yang Nik Aziz mahu.

Sebab?

Apabila BN marah kepada Nik Aziz iaitu seorang Tok Guru, maka masyarakat akan marah pula kepada kita dan tidak akan memberi undi kepada kita. Hendaklah kita ketahui taktik Nik Aziz sebagai ahli politik dan Tok Guru.

Namun, 'kekalahan' Pas dalam pilihan raya kecil Manik Urai dua tiga hari lepas sudah cukup membuktikan bahawa pengaruh BN sudah kembali. Kenyataan Anwar Ibrahim bahawa 'menang tetap menang' hanya untuk memuaskan hati. Hakikatnya, majoriti kecil itu amat merimaskan Pas, apa lagi Pakatan Rakyat.

Rakyat keseluruhannya sudah nampak siapa Anwar, PKR dan DAP. Penyokong Pas juga kini sudah melihat keperluan bangsa Melayu/Islam bersatu padu menerusi kerjasama golongan muda Pas dan Umno. Alhamdulillah. HIDUP MELAYU!

Tidak perlu Editorialblog ulas banyak2 mengenai 'kemenangan' BN/Umno di Manik Urai kerana sudah banyak laman blog, web dan akhbar memperkata mengenainya. Apapun, Editorialblog tetap memberi sokongan dan pendapat untuk memastikan BN/Umno terus berkuasa demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Editorialblog memang menyedari! Di kalangan petugas media seperti Utusan, NST, BH, HM, Sinar atau The Star, ada yang menyokong kerajaan BN dan ada yang tidak menyokong. Menyokong kerajaan BN bererti menyokong pemimpin-pemimpin yang dipilih. Bukan kita menyokong seorang dua saja, manakala yang lain kita benci. Sebelum kita benci seseorang pemimpin itu, hendaklah kita kaji dulu kenapa kita benci? Apa punca kita benci? Adakah kita siasat secara mendalam sebelum kita membenci seseorang? atau kita pun dengar cakap2 orang yang benci pemimpin tertentu lantas kita pun ikut benci? Adakah maklumat yang kita dapat itu benar atau tidak?

Editorialblog berbalik kepada perjuangan asal dan pegangan hakiki iaitu MENYOKONG KERAJAAN. Kalau kerajaan sekarang diperintah oleh BN, maka Editorialblog menyokongnya, dan begitulah sebaliknya jika Pas yang memerintah naka Editorialblog tetap menyokongnya. Ini bukan hipokrit. Editorialblog tetap seorang pejuang Umno.

Pegangan Editorialblog sama juga dengan dasar akhbar BH iaitu menyokong kerajaan. Tidak kira mana kerajaan yang memerintah Malaysiaq, bukan di negeri.

Sekian...

P/S: Kepada yang tidak tahan dengan sindiran Editorialblog dalam beberapa post yang lalu, Editorialblog minta maaf lah. Tetapi itulah hakikatnya, Ramai yang memerhati adakah awak bagus dalam menjalankan tugas. Adakah awak seorang yang tegas? Editorialblog tidak kata Editorialblog ni bagus sangat. Tetapi jika setakat untuk bersaing dengan para editor kanan atau yang tinggi sikit itu dalam mencari berita eksklusif, boleh kita cuba lawan. Cakap saja sudut apa. ekonomi, sosial, keduniaan, agama, jenayah, sastera atau lain-lain. Kita mesti mencuba. Akhir kata SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS. Orang sekeliling sedang memerhati. ADA MALU KAAA ANE (ANE ni bukan Asst News Editor tapi ANE bahasa India la).

No comments: