Sedang kita berkecoh-kecoh, membaca macam-macam tulisan dalam blog mengenai pelantikan orang itu dan orang ini dalam kumpulan Media Prima - NSTP, TV3, 8TV, ntv7 dan TV9, kita terlupa sekejap mengenai saingan di luar.
Dan, dalam kecoh-kecoh itu paling banyak diperkatakan ialah pelantikan orang itu dan orang ini dalam kumpulan akhbar NSTP (NST, Berita Harian dan Harian Metro). Macam-macam yang kita baca tulisan dan komen dalam blog serta laman web, sama ada komen berbentuk membina atau yang memburukkan individu tertentu.
Dalam blog rockybru mengenai 'NST get me' , banyak komen-komen yang mengucapkan tahniah kepada Nuraina Samad berikutan pelantikan beliau sebagai Managing Editor di NST.
Namun, di sebalik itu ada juga komen yang tidak sedap tetapi 'diluluskan' juga oleh rockybru untuk disiarkan seperti komen oleh 'nstman'
Anonymous 9:07 AM memberi komen menarik yang antara katanya ialah "......I hope at least the new team cares about the paper, there are so many people depending on it.."
Begitu juga kata Anonymous 11:23 AM yang antara lain menyebut: "......so nuraina and all the rest of you in NST, stop thinking that just because you dapat gaji from gomen, and so secure, dont think that people HAVE to read NST, people HAVE got lots of other options....WAKE UP and start WORKING....yOU HAVE lots OF WORK TO DO...TO GIVE BACK NST the credibility and respectibility it truly deserves".
Dalam editorialblog juga ada yang memberi komen, tetapi tidak sebanyak komen yang terdapat dalam rockybru. Tetapi, biarlah editorialblog low profile, lebih baik. Biar lah xxxx membuat teguran sedikit sebanyak dalam diam, kalau secara terbuka biar lah kepada anak saja. Jika teguran terbuka kepada kawan atau rakan, nanti bermasam muka.
Dan, editorialblog ingin memberi penekanan sikit kepada komen "WAKE UP and start WORKING". Memang betul. Tiada hujan ribut dalam kumpulan Utusan dan mereka terus 'hard working' tanpa pedulikan apa yang berlaku dalam kumpulan NSTP, terutama saingan yang sudah mereka dahului iaitu Berita Harian.
Bangkit lah, wahai wagra kerja Berita Harian. Ramai wartawan dan bekas wartawan yang hebat-hebat dalam Berita Harian dulu dan sekarang. Bekas-bekas wartawan yang hebat-hebat dulu kini sudah naik pangkat dan badan semakin berisi patut menjadi idola atau menjadi mentor kepada wartawan yang baru.
Buang lah sikap untuk menunjukkan kuasa. Jangan senang-senang atau serta-merta atau 24 jam tukarkan orang itu atau orang ini ke unit lain, semata-mata kita tidak sukakannya sedangkan semua orang tahu dia boleh bekerja. Dan semua orang tahu ada orang hanya kerja sikit-sikit tetapi pandai bodek dicadangkan untuk menggantikan tempat penolong boss jika penolong boss naik menggantikan boss dan boss 'masuk' bilik. (p/s: Sabar lah Puan Hazirah. Kurang-kurangnya dapat transport elaun RM700).
Sikap ini lah dalam BH. Yang boleh bekerja dan bekerja demi syarikat diketepikan dengan macam-macam alasan. Sedangkan mereka itu adalah orang yang mampu memberi idea dan strategi
untuk mendapatkan berita, menulis berita, rencana dan menyusun strategi tertentu.
Benarlah seperti kata HITMAN dalam komen terhadap tulisan rockybru itu: ".....they are there to do a job so let them get right down to business. as for the "loyal" nst staff, let's face it, loyalty alone cannot substantiate success. there is a difference between being loyal and being good at what you do. if you believe you are really good, prove it and fight for your right. if you no longer find the environment conducive, leave and discover that there is another world beyond nst. if you are indeed good, leaving will not make you a lesser journalist or competent/talented individual.
Ingat-ingat lah di kalangan kita ramai pemerhati....
Bersambung......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam, baru saya tau suasana politik dalam NST, kalau dalam jabatan kerajaan lagi la kronik agaknya.
Salam salam. apa kelam kabut sangat NST ni, sampai laki marhaini pun kena tukar ke Emedia. Utusan rileks jer.
Geng nst bukan setakat pandai politik dalaman tetapi handal dalam menculik dengan niat jahat wartawan syarikat lain yang berpangalaman untuk ditenggelamkan.
Pada tahun lepas sahaja, 4-5 orang wartawan "muka depan" yang digroom sebagai pelapis utusan malaysia dikidnap Berita Harian.
Wartawan politik dan isu semasa hebat seperti hero tamil Anand "Sivagi" Kumar dan wartawan jenayah, Khairul "The Playboy" Azran diculik dan kini dibenam dengan assigment longkang tersumbat. Terus tenggelam dah nama-nama mamat dua orang tu.
Malah, wartawan kewangan kamrul "The drunkenmaster" turut dikidnap - nasihat paknujum kepada berita harian, perlu berhati-hati dengan mamat ni walaupun penulisannya baik kerana ke'liar'an melampau. Mamat ni adalah pioneer Kosmo tetapi disebabkan ke`rebel'annya resign 24 jam menyebabkan ruangan bisnes kosmo terpaksa ditutup 2-3 tahun. Kesalahan beliau dimaapkan dan diserap ke ekonomi utusan. Pada tahun lalu, dia buat hal lagi resign 24 jam, sehingga menyebabkan pengarang ekonomi terpaksa ditukar. huhuhuhu
Sekian saja daripada Pak Nujum, diharap barisan pengurusan editorial baru Berita Harian kali ni jadi betul2 mantap dan bersaing secara sihat dengan syarikat lain.
-PakNujum-
Apa jadi kat Hazirah and siapa Hazirah? Tapi kat mana2 pun, kaki bodek tetap ada, dah tak pelik dah..paling penting, berserah kepada rezeki Allah sbb DIA yang tentukan segalanya...sama ada naik atau turun pangkat, semua ada hikmahnya dan perlu sentiasa redha...kepada yang naik kerana bodek, lu pikirlah sendiri sbb org akan tahu juga akhirnya...
Post a Comment