BERI KOMEN ANDA TANPA RASA TAKUT WALAUPUN MENGGUNAKAN ANONYMOUS. TETAPI EDITORIALBLOG BERHAK MENAPIS SETIAP KOMEN YANG DIHANTAR TERLEBIH DULU.
A NEW BEGINNING
PERHATIAN
Mulai 28 Julai 2008 blog ini akan memberi berita terkini berkaitan sosial, politik, ekonomi atau kejadian terbaru setiap hari yang berlaku di negara kita. Semuanya akan dipaparkan kepada anda dalam Bahasa Melayu. Adalah dimaklumkan bahawa blog ini tidak memperoleh pendapatan dengan menyiarkan semua berita dan maklumat itu. Berita yang disiarkan tidak akan dimulakan dengan "Apa Kata Editor MSM'. Apa Kata Editor MSM adalah dikhaskan kepada ulasan yang diberikan oleh pengendali laman blog ini. - Terima Kasih.
Biarlah Rahsia
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua para blogger dan pembaca. Anda sudah tentu melihat profail saya. Tidak banyak pun mengenai saya... Salah satu lagu Siti Nurhaliza ialah 'BIARLAH RAHSIA'. Terima kasih kerana memasuki blog saya ini. Saya rakyat Malaysia (I'm a Malaysian)... Begitu juga anda yang membaca blog saya ini pastinya orang Malaysia atau yang serumpun yang tahu berbahasa Melayu, tidak kira anda Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa suku kaum lagi, tetapi boleh berbahasa Melayu. IQRA... BACALAH... Maka, bacalah apa saja cerita atau berita yang disampaikan kepada kamu. Mudah-mudahan kamu akan mendapat ilmu daripadanya. Tidak kira apa yang kita baca... sama ada baik atau buruk ia akan memberi ilmu kepada kita semua. NAMUN, pertimbangan adalah di atas kita semua. Kita harus menggunakan akal fikiran kita. TUHAN memberi manusia otak dan akal untuk berfikir. TUHAN memberi binatang otak tetapi tidak memberi akal. Lantaran itu BINATANG tidak boleh berfikir. Saudara dan saudari bloggers dan pembaca... MAKA berfikirlah sebab anda semua bukan binatang. Saya sudah banyak memasuki dan membaca macam-macam cerita dalam laman web dan blog. Macam-macam hal yang berlaku di dunia, khususnya di Malaysia sekarang ini. Pastinya anda juga sudah melalui saat-saat yang sama dengan saya. Bagus... Dan saya tidak melarang anda membaca. Bagi saya membaca itu adalah lebih bagus sebab dengan membaca anda akan dapat menambah ilmu. Bergantung kepada anda untuk menggunakan otak dan akal untuk berfikir selepas anda membaca semua maklumat yang disampaikan. Buatlah pertimbangan sebagai MANUSIA. KITA BUKAN BINATANG. Carilah kebenaran di sebalik maklumat yang dipaparkan itu.Kenapa saya buka blog ini? YANG PENTING saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan akan berdepan dengan komen saya. Seperti yang saya katakan tadi, saya sudah banyak membaca blog dan laman web mengenai macam-macam hal yang berlaku di dunia. Saya juga ingin menyertainya... dan tunggulah maklumat atau berita yang saya harap dapat sampaikan kepada saudara dan saudari para blogger dan pembaca. Saya juga akan menyediakan beberapa artikel berdasarkan pengalaman saya dalam dunia penulisan dan penyiasatan untuk mendapatkan macam-macam maklumat. "DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH". Dan saya pasti ramai antara penulis blog di kalangan Melayu cuba menyampaikan kebenaran kepada pembaca mereka. Dalam keadaan masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang sekarang ini berada dalam keadaan kucar kachir akibat daripada kekhilafan kita dalam menerjah fahaman politik - Umno, Pas dan Parti Keadilan Rakyat - kita sebenarnya lalai. Saya bukan seorang yang berfahaman baru, tetapi inilah hakikatnya. Melayu kini berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR, sedangkan Melayu adalah seorang Islam yang di hujung jarinya adalah LAILAHHAILLALLAH (Jari telunjuk diangkat ketika tahiyat awal dan akhir - Baik orang Umno, Pas atau PKR). Tetapi, dalam kita mengangkat jari telunjuk menuju ke satu arah, kita masing-masing menjatuhkan martabat umat kita sendiri. Kembalilah ke jalan yang satu. Pupuklah satu semangat politik Melayu yang tulen biarpun antara kita ada yang berbeza pendapat. Pendapat atau pandangan adalah datang daripada akal yang sampai ke hati dan diluahkan menjadi perkataan selepas dibuat pertimbangan sewajarnya. Macam-macam pendapat yang kita dengar sekarang ini mengenai hal-hal di sekeliling kita. Ada pendapat politik, sosial dan ekonomi. Masing-masing dengan pendapat masing-masing selepas mendengar perbincangan atau mendapat apa saja maklumat. Dan kita masing-masing harus menghormati apa saja pendapat yang diberikan orang ramai. Secara peribadi saya mahu menyatakan bahawa saya tidak setuju dengan keadaan politik semasa di Malaysia sekarang ini. Perebutan untuk berkuasa kini menjadi agenda utama parti politik sedangkan kehendak rakyat patut diutamakan terlebih dahulu, jangan diletepikan. Iya! memang benar jika berkuasa maka kita dapat melayani kehendak rakyat. Namun, apa yang jelas pada masa ini ialah KEKUASAAN itu lebih penting. Maka, di kalangan parti politik Melayu sekarang ini KUASA sudah menjadi buruan utama.Seperti yang saya katakan di atas tadi... IQRA. Teruskanlah membaca dan gunakan akal fikiran yang dianugerahkan kepada kita untuk membuat pertimbangan supaya hidup kita sejahtera. Mudah-mudahan apa yang akan saya tulis dalam blog ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat berblogging.
No comments:
Post a Comment