Tuesday, October 7, 2008

Apa Kata editor MSM (Bhg 61 - Pak Lah tak tanding Presiden)

Demikianlah antara rumusan yang dibuat oleh para editor MSM selepas beberapa isu dibangkitkan sejak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Rentetan daripada kekalahan besar Barisan Nasional, Pak Lah menerima begitu banyak sindiran sama ada daripada ahli akar umbi atau ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri.

Dan yang terakhir ialah ketika mesyuarat khas MT Umno sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Perbicangan dalam mesyuarat tertutup itu bocor dan disiarkan sebuah akhbar, bagaimana panasnya suasana dalam mesyuarat itu hingga Pak Lah sendiri dikatakan mengalirkan air mata sedih.

Selepas berita itu disiarkan akhbar arus perdana, ramai ahli Umno dan MT menafikan Pak Lah 'diserang' bertubi-tubi dalam mesyuarat itu.

Namun, itulah hakikatnya apabila para editor kanan MSM diberi 'arahan' supaya ahkbar arus perdana tidak menyiarkan gambar empat ahli MT yang menyerang Pak Lah, dua tiga hari selepas mesyuarat khas MT itu berlangsung.

Empat ahli MT itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal dan Ketua Wanita, Tan Sri Rafisah Aziz.


Jadi, benarlah dalam mesyuarat khas itu Pak Lah diserang habis-habisan. nasib, empat orang kanan itu juga selepas ini tidak diketahui. Rafidah sudah pasti tidak mengekalkan jawatan Ketua Wanita, tetapi Muhyiddin yang mengikut hirarki patut menjadi Timbalan Presiden, juga tidak diketahui nasibnya.

Tetapi yang pasti, para editor kanan MSM sudah dimaklumkan bahawa Pak Lah tidak akan mengekalkan jawatan Presiden, sebaliknya akan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan.

Bagaimanapun, Pak Lah dan Najib akan membuka laluan jawatan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan tanpa secara rasmi menamakan siapa yang mereka sokong. Mereka akan membiarkan kepada Umno bahagian dan perwakilan untuk menentukan calon yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Persiden, Naib Presiden dan Ahli MT.

Pak Lah dijangka membuat pengumuman tidak mengekalkan jawatan Presiden Umno selepas pertemuan dengan Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 3.30 petang esok.

1 comment:

JASEKAH said...

ALHAMDULILLAH!

Kalau benar bagai dikata, Paklah berundur, saya rasa HADIAH hari Raya dan Depavali yang tak ternilai untuk rakyat malaysia. TAPI jika diamat-amati yang Pak lah selalu berdolak dalih macam tak menjadi je, bukan senang nak lepaskan Jawatan setinggi itu, Mati Hidup balek pun Pak Lah tak mungkin dapat jawatan tu lagi di masa depan. Lu fikir la ...