Empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di Melaka maut apabila kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Sungai Petai, malam tadi.
Tiga manga meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di Hospital Melaka (HM).
Pelajar yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu adalah
1. Mohd Nafil Kosnon, 20, dari Sungai Besar, Selangor;
2. Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Jerantut, Pahang;
3. Mohd Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan; dan
4. Muhamad Zaki Jasmi, 23, dari Telok Mas, Melaka.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Omar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata dalam kemalangan itu, kereta yang dinaiki empat pelajar berkenaan yang menghala ke Bandar Melaka bertembung dengan sebuah treler.
Berdasarkan siasatan awal, kereta Toyota GL yang dipercayai dipandu oleh Mohd Nafil dalam perjalanan untuk menghantar Muhamad Zaki ke rumahnya di Telok Mas.
Mohamad Sulaiman, Muhamad Zaki dan Mohd Shaherman adalah pelajar semester akhir peringkat diploma manakala Mohd Nafil ialah pelajar semester empat.
SEMENTARA ITU...
Polis Perak menembak mati tiga lelaki dan menahan tiga yang lain dalam operasi berhampiran Bukit Merah Lake Town Resort, dekat Taiping hari ini.
Dalam kejadian pukul 2 petang tadi, seorang anggota polis turut tercedera akibat ditembak penjenayah berkenaan.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Friday, March 27, 2009
Mereka masih tak puas hati
Saya terbaca satu laporan di sini seolah-oleh anak beranak mantan Perdana Menteri dan Persiden Umno paling lama dalam sejarah Umno dan sejarah negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, semuanya betul.
Senang saja cakap...
Jika benar Tun dan kroni-kroni beliau mahu memperbetulkan Umno dan mahu mengembalikan Umno ke landasan yang betlu (kononnya Tun dan kroni kata Umno tak betul sekarang), MAKA dipersilakan Tun bertanding jawatan Presiden dan pegang semula jawatan Perdana Menteri.
Editorialblog akan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Tun dan kroni-kroni pilihan Tun.
Adakah Tun Tuhan? Adakah Tun maksum?
Telah ditakdirkan bahawa Tun turun dan Allah memberi ilham kepada Tun untuk melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti yang akan menyambung perjuangan Umno dan memerintah Malaysia.
Allah memberi ilham kepada Tun supaya tidak melantik Musa Hitam, Ghafar Baba atau Anwar Ibrahim menggantikan Tun sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia. Semua yang Allah lakukan bersebab. Masih kah Tun dan anak-anak serta kroni-kroni Tun dan kroni-kroni anak-anak Tun mahu mempertikaikannya?
Adakah Tun Tuhan? Adakah Tun maksum?
Ketika Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri, kami sentiasa berkata bahawa dengan kuasa Allah, Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri.
Kini, kami berkata bahawa sanya dengan kuasa Allah juga Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin, Shahrizat Abdul Jalil dan Rosnah Abdul Rashid, dipilih memimpin Umno dan negara.
Tetapi, orang-orang Tun, orang-orang anak Tun (Mukhriz) tidak dapat menerima ketetapan Allah. Hilang hormat kami kepada kroni-kroni Tun. Tetapi kami masih hormati Tun, kerana Tun tidak tahu apa yang dilakukan oleh kroni-kroni dan penyokong anak-anak Tun.
Kami tahu siapa di belakang Tun dan Mukhriz. Mereka masih tidak berpuas hati apabila KJ menang. Mereka akan terus memburuk-burukkan orang yang telah dipilih Allah.
Selagi mereka tidak menang, mereka akan menabur macam-macam dakyah. DAN... mereka-mereka inilah yang akan menjahanamkan Umno. DAN mereka-mereka ini lah yang wajib diperangi habis-habisan terlebih dulu, bukan Tun.
Kepada Tun dan Mukhriz...
Nasihatlah penyokong-penyokong anda supaya tidak lagi menabur fitnah yang boleh menjadi barah dalam Umno. Terima lah hakikat... jangan jadi orang bodoh dan lupa kepada ketetapan Allah.

Thursday, March 26, 2009
Terima lah apa yang Allah tetapkan
Keputusan sudah diketahui mengenai siapa Ketua Pergerakan Pemuda, siapa yang akan menjadi Ketua Hulubalang Melayu - Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Editorialblog mengucapkan tahniah kepada KJ dan yang kalah diharap terima kekalahan dengan hati terbuka.
Saf dan barisan setiap kali umat Islam menunaikan solat perlu diperbetulkan dan dirapatkan semula selepas 'biduk berlalu'.
Yang menang wajib menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas. Dan yang kalah pula wajib membantu pilihan majoriti.
Sudah menjadi lumrah dan resam dunia ada menang, ada kalah. Terima lah kekalahan. Jangan jadi seperti pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan. Jangan ingat kita betul segala-galanya manakala orang lain tidak betul.
Mukhriz yang dikatakan kuat disebabkan nama di belakang namanya iaitu Mahathir dan Khir Toyo yang dikatakan kuat kerana kakinya dan 'kekayaannya', kini mesti menasihatkan penyokong mereka supaya 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.
Semua pihak sama ada dalam Pemuda, Wanita dan Puteri harus menerima hakikat dan berpegang kepada 'Kun' Allah. Apabila Allah SWT berkata 'Kun' maka terjadilah ia. Tiada kekuasaan lain daripada kuasa Allah.
Allah SWT sudah menetapkan KJ, Shahrizat dan Rosnah menjadi pemimpin. Kenapa kita hendak melawan keputusan yang telah Allah tetapkan. Jangan lah melawan kehendak Allah.
Allah maha bijaksana daripada penyokong KJ, Mukhriz dan Khir Toyo. Ada kebaikan Allah memilih KJ daripada memilih Mukhriz dan Khir Toyo. Ada kebaikan Allah tidak memilih Khir Toyo dan Mukhriz.
Apa yang mesti kita lakukan sekarang ialah membantu mereka mentadbir parti sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita mesti menegur jika mereka tersimpang. Barulah Umno akan kuat.
Bukannya berbalah terus-terusan. Editorialblog memberi jamnian kepada anda semua bahawa laman web ini akan sentiasa memerhati pemimpin yang dipilih itu dan akan menegur mereka jika ada yang tidak kena.
Ingat lah kepada 'Kun Faya Kun'. Jangan lagi ada yang masih cuba menabur fitnah atau cuba memecah-belahkan Pemuda Umno kerana kecewa Mukhriz dan Khir Toyo tidak menang. Semuanya adalah kehendak Allah. Kita sudah berusaha dan Allah yang menentukannya.

Wednesday, March 25, 2009
Ucapan Ketua Pemuda Umno
PERHIMPUNAN ini adalah perhimpunan yang amat bermakna. Perhimpunan ini berlangsung dalam suasana kepemimpinan Melayu, kedudukan institusi bangsa Melayu, kesucian agama Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu sedang dicabar. Perhimpunan ini juga berlangsung pada masa parti melakukan pemilihan barisan kepemimpinan di semua peringkat yang selanjutnya akan mencorakkan hala tuju dan arah haluan parti.
Proses pemilihan telah melalui perjalanan yang panjang bermula dari peringkat cawangan dan bahagian, membuktikan bahawa amalan demokrasi masih subur di dalam Umno. Pada masa sama, perhimpunan ini juga memberikan ruang kepada kita meneliti dan menghalusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, bagi kita merancang gerak kerja dan menyuntik semangat - bangun dengan dimensi, pendekatan dan tenaga baru untuk terus mengukuhkan Umno.
6. Ahli-ahli UMNO tidak perlu terlalu cepat bersifat pesimistik, sebaliknya kemelesetan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya ke-12 harus kita jadikan pengajaran untuk melakukan bedah siasat yang disusuli dengan langkah pembaikan. Sebelum ini, UMNO juga pernah mengalami senario sedemikian pada tahun 1969 dan 1999. Dalam pilihan raya umum 1999, sebagai Pemangku Ketua Pemuda, saya sendiri telah melalui pengalaman pahit ini.
7. Sebelas tahun yang lalu, atas rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan atas rasa kasih kepada UMNO yang telah diasaskan oleh nenda dan ayahanda saya bersama barisan pejuang seangkatan mereka, saya memberanikan diri mengambil kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO. Pada ketika itu sebahagian ahli-ahli parti ibarat berada di persimpangan, menghadapi dugaan untuk memilih; antara kesetiaan kepada parti atau kesetiaan kepada individu. Takdir dan penentuan ILAHI meletakkan tanggungjawab ini ke atas bahu saya untuk memimpin sayap penting kepada parti dalam keadaan diri saya sendiri masih serba kekurangan seperti yang saya ungkapkan melalui serangkap pantun Melayu dalam ucapan dasar yang saya sampaikan pada tahun 1999;
Anak kumbang terayap-rayap
Mari ditangkap anak Turki
Hendak terbang tidak bersayap
Hendak hinggap tidak berkaki
8. Beberapa pemimpin Pemuda telah membawa ahli-ahli keluar meninggalkan kita.
Ada yang berpendapat Pergerakan Pemuda sudah hilang tarikan, gagal menarik minat
generasi muda Melayu terutama di kalangan yang terpelajar. Ada yang menggembar
gemburkan bahawa Pemuda UMNO berada dalam keadaan retak menanti belah. Ramai yang
meramalkan bahawa Pemuda akan jatuh tersungkur. Namun kita tidak tunduk mengalah,
sebaliknya, walaupun dalam keadaan yang begitu sukar, kita bertekad dan berikrar
untuk tidak menyerah kalah. Dalam ucapan yang sama pada tahun 1999 saya suarakan
secara berpantun;
Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang
9. Ketika itu kita sedar bahawa sokongan politik yang bergantung semata-mata
pada usaha-usaha pembangunan fizikal telah berlalu. Rakyat perlu didampingi,
diperlihatkan dan diyakinkan bahawa kita sentiasa membela nasib mereka. Lantas
kita bingkas bangun mengumpul kekuatan dan menghimpun kebijaksanaan bagi
mempelopori dan menggagaskan apa yang kita ungkapkan sebagai Perjuangan Politik
Nilai dan Makna.
10. Perjuangan Politik Nilai dan Makna yang saya gagaskan ketika itu lahir
dari kesedaran akan tanggungjawab untuk membela rakyat. Lebih 60 tahun UMNO telah
berbakti kepada bangsa Melayu dan rakyat jelata. Malang sekali jasa dan budi UMNO
tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya kerana fikiran rakyat telah diracuni
dengan fitnah dan hasutan.
11. Menerusi gagasan Perjuangan Politik Nilai dan Makna, Pemuda telah berjaya
mendekati masyarakat di peringkat akar umbi. Pada waktu yang sama perhatian dan
minat generasi muda terhadap Pergerakan Pemuda telah berjaya dipulihkan. Kehadiran
Pemuda dapat dirasai di mana-mana. Paling penting, Pemuda telah kembali memenuhi
peranan menjadi mata, telinga dan juru bicara rakyat.
12. Selepas mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, melalui pendekatan
yang teliti, tertib dan bijaksana akhirnya Pemuda kembali gagah dan perkasa, tegap
dan mantap, kukuh dan padu, kekal meneruskan wadah perjuangan bangsa dan umat
Melayu.
13. Alhamdulillah, keikhlasan dan kesungguhan Pemuda memperkukuh parti dan
mendekati rakyat telah mendapat perhatian pucuk pimpinan. Seramai 52 orang anggota
Pemuda UMNO telah diberi kepercayaan dipilih menjadi calon Pilihan Raya Umum
ke-11. Lebih menggembirakan, daripada 52 orang calon Pemuda, 48 orang telah
berjaya memenangi kerusi masing-masing.
14. Sepanjang tempoh sepuluh tahun ini, ramai pemimpin Pemuda telah diberikan
kepercayaan dan amanah untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan, baik di
peringkat pusat mahupun negeri. Terbaharu, Y.A.B. Dato' Dr Zambry Abd Kadir telah
menjadi pilihan pimpinan parti untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Perak dilantik Menteri Besar Perak yang ke sebelas.
15. Dalam pemilihan kepimpinan parti kali ini, Pergerakan Pemuda UMNO sekali
lagi telah membuktikan bahawa kita tidak ketandusan pemimpin berbakat. Kita
bersyukur kerana Pemuda telah berjaya melahirkan ramai pemimpin pelapis.
Hari ini Y.B. Datuk Mukhriz Mahathir, Y.B. Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Y.B. Khairy
Jamaludin, Y.B. Dato' Razali Ibrahim dan Dato' Reezal Naina Merican, serta 64
orang lagi telah menawarkan diri untuk mengisi jawatan Ketua, Naib Ketua dan exco
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Adat bertanding, ada yang terpilih, ada yang
tidak. Apa pun keputusan perwakilan hari ini, mereka tetap aset UMNO yang kekal
berharga.
Saudara perwakilan sekalian,
16. Siapa pun yang terpilih, saya berdoa semoga mereka akan terus berjaya
menyalakan obor perjuangan untuk melanjutkan tradisi kegemilangan kita. Berasaskan
pengalaman yang saya alami, tanggungjawab sebagai seorang Ketua Pemuda penuh
dengan dugaan dan cabaran yang berat. Jika sewaktu mengambil alih dahulu cabaran
yang saya hadapi sudah begitu berat, saya percaya, Ketua Pemuda yang baru, akan
berdepan dengan cabaran yang jauh lebih hebat berbanding apa yang pernah saya
alami sebelum ini.
17. Berbanding dahulu, senario politik, ekonomi, sosial dan keselamatan dunia
hari ini jauh lebih mencabar. Dunia sedang berdepan dengan kemelut ekonomi yang
paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua. Ekonomi Dunia pada tahun 2009 diramalkan
menguncup, dengan jumlah perdagangan yang paling rendah dalam sejarah dunia.
Jutaan yang kehilangan kerja dan ramai lagi dijangka menganggur. Politik
antarabangsa juga tidak memberikan keyakinan akan berlakunya keadilan dan keamanan
sejagat. Sikap kuasa besar yang nyata berat sebelah dalam menangani krisis politik
di Asia Barat terutama dalam isu Palestin, Afghanistan, Iraq dan Iran telah
menjadi punca utama kepada ketidakstabilan politik dunia. Kezaliman demi kezaliman
terus berlaku. Serangan Israel ke atas Gaza adalah contoh tindakan tanpa
perikemanusiaan yang memperlihatkan berlakunya kezaliman dan kekejaman di
peringkat tertinggi. Dunia berterusan menghadapi ancaman terorisme yang
menambahkan keadaan tidak stabil serta menjejaskan urus tadbir dan pembangunan
ekonomi banyak negara.
18. Pada waktu yang sama, kerajaan kita tidak sepi daripada terus menghadapi
tohmahan, gangguan dan serangan anasir politik dalam negara. Negara kini mula
dilanda dengan politik jalanan tanpa tamadun. Parlimen sebagai dewan yang mulia
juga telah dicemarkan. Akhir-akhir ini kita menyaksikan usaha-usaha terancang dan
berterusan oleh pembangkang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang
berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka
lagi berdaulat.
19. Rakyat juga dihasut dengan kebencian terhadap anggota pasukan keselamatan.
Pasukan Polis dijadikan sasaran serangan. Nama baik Pasukan Polis dicalar dan
dicemarkan. Kesetiaan anggota Polis terhadap Raja dan Negara, pengorbanan mereka,
bertugas siang dan malam, dibakar panas matahari, dibasahi hujan untuk menjaga
ketenteraman awam dan keselamatan negara, melindungi harta benda dan
mempertahankan kedaulatan sebuah negara merdeka sudah tidak dihargai lagi. Sudah
ada pihak yang begitu angkuh, sombong dan bongkak secara berterusan mencabar dan
memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
20. Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan
mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera. Kontrak sosial telah
sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman.
Mereka sengaja tidak mahu membicarakan kontrak sosial dari perspektif sejarah yang
tepat; bahawa ia telah dipersetujui oleh pemimpin semua kaum. Mereka sengaja
menyembunyikan hakikat bahawa selain menjamin hak dan kedudukan orang Melayu dan
kaum Bumiputera, salah satu komponen yang penting dalam kontrak sosial adalah
jaminan akan hak dan perlindungan bukan Melayu di dalam sebuah negara merdeka.
21. Ibarat cacing naik ke mata, sudah ada pihak yang begitu angkuh mencabar
dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan Undang-undang negara.
Malah mereka begitu biadab menghina Institusi Raja-raja Melayu sehingga ke
peringkat berani mencabar status agama Islam. Tanpa mengira tempat, tanpa
menghiraukan akibat, mereka menabur fitnah, melempar tuduhan tidak berasas dan
menghina sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
22. Kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini, janganlah mengambil
kesempatan menonjol keberanian, bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan
Dewan Rakyat yang mulia untuk melontarkan tuduhan liar tidak berasas. Kebebasan
bersuara jangan sama sekali disalah gunakan, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api
perkauman hingga negara mahu dimusnahkan.
23. Ingatlah, hakikatnya, BARISAN NASIONAL masih kekal diberi mandat oleh
rakyat; masih kekal menguasai majoriti di Parlimen selepas Pilihan Raya ke-12.
Kita kekal berjaya menubuhkan kerajaan. Keputusan pilihan raya berasaskan prinsip
demokrasi masih berpihak kepada kita. Namun ada Petualang yang secara sumbang
mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008.
Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia.
Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya;
apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran
ketentuan ILAHI menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak,
bersifat sombong. Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya
berjalan betul.
24. Ingatlah saudara, Si Petualang ini, oleh kerana gilakan kuasa, sanggup
berbuat apa sahaja. Si Petualang sanggup menyemai benih kebencian; sanggup
bersekongkol dengan musuh, tergamak menidakkan hak bangsa sendiri, menghina tanah
airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda Institusi
Raja dan sesiapa sahaja untuk memuaskan nafsu rakusnya. Biar apa pun yang hendak
beliau lakukan, setiap kata dan setiap perbuatan beliau akan terpahat dalam
sejarah bangsa - sejarah negara, sebagai manusia berbagai topeng yang mengamalkan
budaya hipokrasi, penuh kepura-puraan, melakukan pembohongan - melakukan
manipulasi; lain di depan, lain di belakang. Wahai Petualang bangsa, pelanduk
mungkin lupakan jerat, tetapi jerat janganlah sama sekali melupakan pelanduk.
Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong lama-lama jual negeri
25. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengambil ketetapan untuk menentang
habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini. Pemuda
berikrar untuk mempertahankan setiap tiang seri yang telah menjadi asas menegakkan
kedaulatan negara bangsa selama ini. Pemuda akan mempertahankan keluhuran
Perlembagaan, menegakkan kedaulatan undang-undang, memastikan hak dan kedudukan
orang Melayu dan kaum Bumiputera, kesucian agama Islam serta Institusi Raja-raja
Melayu. Kita tidak akan membiarkan sama sekali, tiang-tiang seri di dalam negara
ini dicabut dari bumi negara tercinta .
26. Sama-samalah kita mengambil peringatan dari apa yang pernah dititah oleh
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah semasa
Majlis Penyampaian Hadiah di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 21 Jun 2008,
"bisikkan kepada mereka akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang,
biduk berlalu bertautlah ia. Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh
dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman
dulu lagi terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang
membawa rebah. Ingatkan mereka akan sejarah bangsanya bernegara, berlandaskan adat
rakyat bersultan, negeri beraja."
Saudara perwakilan sekalian,
27. UMNO adalah parti keramat, ditubuhkan atas ketentuan, bukan kebetulan;
ketentuan dari segi matlamat dan ketentuan dari segi kepimpinan. Ingatlah bahawa
UMNO ditubuhkan untuk agama, bangsa dan negara. UMNO adalah payung tempat bangsa
dapat bernaung.
28. Bagi meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO ini, barisan kepemimpinan
Pergerakan Pemuda yang baru perlu terus berusaha menarik minat golongan muda untuk
menyertai UMNO dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti. Kepemimpinan
Pemuda yang baru perlu memahami mereka; memahami aspirasi, cita-cita dan
kebimbangan mereka. Usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi mematangkan Pemuda
UMNO, menyediakan generasi pelapis yang boleh berjuang dan setia berkhidmat untuk
parti. Usaha ini hanya akan sempurna jika generasi pelapis yang gigih ini diasuh,
dididik dan dilatih dengan nilai murni dan hasrat suci perjuangan UMNO.
29. Saudara-saudara akan membuat pilihan barisan pemimpin Pemuda UMNO yang
akan diamanahkan untuk menentukan masa depan dan haluan pergerakan, parti dan
bangsa. Kita semua telah melalui proses pemilihan parti yang agak panjang. Ia
membolehkan saudara mengenali dengan lebih dekat setiap calon; menilai hati budi,
bakat, kebolehan, kemampuan dan kesungguhan mereka. Faktor-faktor keikhlasan,
kejujuran dan integriti amat penting dijadikan asas penilaian. Berfikirlah dengan
berpandangan jauh demi masa hadapan bangsa dan negara. Survival bangsa, survival
negara, survival parti dan survival perjuangan akan ditentukan dan dipengaruhi
oleh setiap satu undi yang ada di tangan kita. Sedar dan insaflah kejayaan parti
dalam pilihan Raya Umum ke-13 nanti, sedikit sebanyak akan dipengaruhi dari
keputusan pemilihan pimpinan UMNO dalam persidangan ini.
30. Insaflah bahawa kita semua tergolong dalam kalangan yang bertuah kerana
terpilih menjadi perwakilan di saat UMNO begitu memerlukan kita. Kita sampai ke
dewan ini membawa amanah dan harapan ahli-ahli dari peringkat cawangan.
Kebijaksanaan saudara semua amat diperlukan oleh rakyat jelata bagi memilih
pemimpin yang menepati harapan mereka; pemimpin yang mampu memperkukuhkan parti,
dan yang berupaya secara berkesan berperanan sebagai mata, telinga serta suara
hati rakyat. Kita sering dipesan jangan sampai;
"Menjadi pemimpin bagai bayang-bayang tidak jelas dilihat orang walaupun ada tidak dapat dipegang bekerja selalu main belakang bila dicari ia menghilang akalnya licin fikiran panjang salah-salah menjatuhkan orangdijadikan pemimpin banyaklah malangdijadikan tua ia di belakangdijadikan induk tak nampak dipandangdijadikan tiang tak dapat dipancangdijadikan tudung tak dapat dibentangsalah-salah masuk pelubangnegeri rosak umat terbuntang"
31. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan kita. Belajarlah dari sejarah kerana
kata bijak pandai, "mereka yang tidak belajar dari sejarah akan didera dengan
mengulangi kesalahan berkali-kali." Kembalilah pada matlamat perjuangan kita,
Bersatu Bersetia Berkhidmat. Marilah kita perkukuhkan parti kita. Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Carik-carik bulu ayam sepatutnya
bercantum juga. Janganlah sekali-kali membenarkan kelemahan kita menjadi sumber
kekuatan musuh.
32. Atas kesedaran ini, saya berusaha untuk memastikan perpaduan dan kekuatan
Pergerakan Pemuda tetap kental biarpun terdapat pertandingan tiga penjuru bagi
jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya bersyukur kerana ketiga-tiga calon Ketua
Pemuda telah berjanji serta berikrar kepada saya dan kepada parti, bahawa biar apa
pun keputusannya, mereka tidak akan sekali-kali membenarkan Pemuda berpecah belah,
sebaliknya bersepakat untuk memastikan barisan Pemuda terus utuh, kukuh bersatu -
kekal berpadu. Mereka juga akan bersama-sama turun membantu calon-calon Barisan
Nasional menghadapi tiga pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 7 April
nanti.
33. Sesungguhnya Pemuda mesti terus menjadi tiang kekuatan parti. Pemuda alaf
ke-21 perlu tuntas menghadapi cabaran yang semakin berat dan dunia yang tidak
menentu dekad ini. Pemuda mesti memiliki pengetahuan untuk menyerap persekitaran
dan perkembangan ilmu. Idealisme, gagasan dan pendekatan juga perlu diberi nafas
baru. Kita mesti jujur, ikhlas, beramanah dan bertanggungjawab dengan tekad dan
niat yang satu, Menjunjung agama, Memartabat bangsa. Kebijaksanaan berpolitik
adalah satu tuntutan utama pemimpin muda alaf baru yang tidak boleh dipandang
ringan. Saya berdoa semoga kita terus diberi petunjuk dan hidayah, kekuatan dan
kebijaksanaan oleh Allah S.W.T ketika menunaikan amanah ini.
Saudara perwakilan sekalian,
34. Saya berterima kasih atas sokongan saudara-saudara selama 11 tahun saya
memegang amanah memimpin Pemuda. Pada pagi yang penuh berkat ini saya memohon maaf
kepada semua yang berada di dalam dewan ini dan setiap pejuang UMNO di seluruh
negara atas apa juga kekurangan dan kelemahan yang berlaku sepanjang tempoh saya
menerajui kepimpinan Pemuda. Saya telah berusaha melaksanakan segala yang terdaya
dan yang terbaik sebagai Ketua Pemuda. Saya insaf, sebagai insan, saya tidak
sempurna. Namun kita wajib bersyukur bahawa dalam tempoh sebelas tahun yang lalu,
Pergerakan Pemuda UMNO telah sama-sama dapat kita gerakkan sebagai sayap yang
sangat penting kepada UMNO dan terus berperanan sebagai tapak semaian membolehkan
tumbuhnya tunas-tunas muda untuk dijadikan barisan pelapis meneruskan perjuangan
parti.
35. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan sokongan
oleh rakan seperjuangan dalam Jawatankuasa Pemuda. Saya tidak mungkin berupaya
melaksanakan gerak kerja memperkukuhkan Pergerakan Pemuda secara bersendirian.
Berkat usaha keras, komitmen, kesungguhan dan iltizam secara kolektif di semua
peringkat, peranan Pergerakan Pemuda dapat dirasai bukan sahaja oleh masyarakat di
dalam negara tetapi juga di luar negara dan kita kekal diberikan penghormatan dan
pengiktirafan oleh sayap-sayap Pemuda dalam parti komponen Barisan Nasional.
36. Kesemua saudara telah membantu saya dalam pelbagai cara. Sepanjang tempoh
saya menjadi Ketua Pemuda, wajar saya rekodkan penghargaan secara khusus kepada
rakan-rakan yang telah diberi tanggungjawab menjadi Penolong Setiausaha Pergerakan
Pemuda UMNO terdiri dari Datuk Zulkifly Alwi (yang turut memainkan peranan sebagai
sekretariat dalam program Aman Malaysia); Datuk Ab Raof Yusoh (turut berperanan
dalam program Ehsan Afghanistan); dan Datuk Rahman Dahlan (yang memainkan peranan
secara berkesan melebarkan peranan Pemuda di negeri Sabah). Tanpa usaha mereka
semua dan seluruh ahli Pemuda, tidak mungkin Pergerakan Pemuda mendapat
pengiktirafan dari pemimpin tertinggi parti dan majoriti rakyat jelata.
37. Pada waktu kita berhimpun di Dewan ini, ingatan saya tidak dapat melupakan
rakan-rakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO semasa era kepimpinan saya yang telah
meninggalkan kita kerana menyahut panggilan Ilahi. Mat Mazlan Abu (Ketua Pemuda
Pasir Gudang, Johor; 2004-2008), Haji Ezani Abdullah (Ketua Pemuda Peringat,
Kelantan; 1996-2000) dan Dato' Abd. Kadir Daud (Ketua Pemuda Selandar, Melaka
1996-2000) telah pun kembali ke Rahmatullah. Menghargai dan mengenang jasa bakti
dan pengorbanan mereka, begitu juga kepada para pejuang parti yang telah sampai
hukum menyahut panggilan Ilahi, sama-samalah kita membacakan suratul Al-Fatihah,
dengan doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para
solehin. Al-Fatihah.
Saudara perwakilan sekelian
38. Saya amat menghargai kepercayaan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi memberikan amanah dan tanggungjawab kepada saya di dalam kerajaan
pimpinannya dengan melantik saya sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Mudah-mudahan
segala hajat dan harapan beliau telah dapat saya penuhi. Pergerakan Pemuda juga
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa bakti dan khidmat beliau kepada
parti dan negara. Pemuda UMNO akan menjadikan contoh teladan akan sifat kenegaraan
beliau yang tinggi, bersedia memberikan laluan menyerahkan kepimpinan parti kepada
barisan pelapis.
39. Seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO, sebulat suara berikrar untuk memberi
sokongan padu dan kerjasama erat kepada Timbalan Presiden Y.A.B. Dato' Seri Mohd
Najib Tun Razak yang bakal menerajui kepemimpinan parti. Pemuda sedar Y.A.B. Dato'
Seri Mohd Najib mengambil alih kepemimpinan parti dan kepemimpinan negara dalam
suasana dan persekitaran politik dan ekonomi yang sungguh mencabar. Untuk itu
sewajarnya kita meningkatkan azam, bersama dengan sayap Wanita dan Puteri
memastikan UMNO terus kukuh bersatu - bekerja dan bekerja, berusaha dan berusaha
meneruskan kegemilangan parti.
Saudara perwakilan sekalian,
40. Bagi diri saya, perhimpunan ini mempunyai ertinya tersendiri. Tanpa saya
sedari, sudah 18 tahun saya menghadiri Persidangan Agung, bermula dengan mewakili
Ledang dan Tenggara sebagai perwakilan, dipilih menganggotai barisan Exco, sebelum
menjadi Naib Ketua Pemuda dan akhirnya diberi mandat untuk mengemudi Pergerakan
ini selama sebelas tahun. Jangka masa 18 tahun ini menghampiri satu pertiga usia
pergerakan kita. Selepas pengalaman suka duka, pahit manis dan pelbagai cabaran
jatuh bangun di dalam pergerakan ini, saya mengambil keputusan melepaskan jawatan
Ketua Pergerakan Pemuda.
41. Sepanjang 11 tahun menerajui kepemimpinan, saya tidak pernah mengkhianati
orang Melayu. Saya tidak mengamalkan sifat gunting di dalam lipatan. Saya cekal
meneruskan amanat dan warisan perjuangan yang telah saya warisi dari nenda saya
dan ayahanda saya. Saya sedar banyak sistem pesanan ringkas (SMS) dan surat layang
yang disebarkan menyerang peribadi saya. Saya menyerahkan kepada penilaian ILAHI
yang Maha Mengetahui. Bahawa dalam diri cucunda Dato' Onn ini, mengalir darah
perjuangan Melayu yang sejati, berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme
murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang saya warisi
daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati
perjuangan Melayu.
Saudara Perwakilan Sekalian,
42. Dengan restu saudara sekalian, berbekal pengalaman, keyakinan dan semangat
juang, saya telah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia
dalam perhimpunan kali ini. Sekiranya saya diberikan sokongan padu oleh para
perwakilan terutamanya dari para Pemuda, sekiranya hajat saya dimakbulkan ILAHI,
adalah menjadi hasrat saya untuk membantu meningkatkan peranan Pergerakan Pemuda
secara lebih ketara dan efektif.
43. Saya disemai, bertunas, tumbuh dan dewasa dalam tapak semaian Pergerakan
Pemuda. Saya adalah hasil dan produk dari Pergerakan Pemuda. Saya mendapat
pengalaman dan kematangan politik melalui Pergerakan Pemuda. Saya diuji dengan
tanggungjawab dan menghadapi cabaran politik melalui Pergerakan Pemuda. Begitu
banyak jasa Pergerakan Pemuda terhadap saya yang akan saya jadikan kenangan penuh
nostalgia. Budi dan jasa Pergerakan Pemuda akan dikenang selagi hayat di kandung
badan. Saya telah mendapat sokongan Pemuda sejak 11 tahun yang lalu dan pada hari
ini saya memohon sokongan padu yang berterusan dari Pemuda. Semoga dengan
sokongan padu saudara-saudara, saya dapat mengambil tanggungjawab pada peringkat
yang lebih tinggi di dalam parti.
44. Perhimpunan kita hari ini akan menjadi saksi kepada peristiwa besar dalam
Pergerakan Pemuda kerana proses Menyerah Amanah akan berlangsung. Pemimpin mungkin
bersilih ganti dan peranan kepimpinan mungkin berbeza tetapi tanggungjawab kekal
dan perlu dipenuhi secara amanah oleh setiap pemimpin dan kepemimpinan. Pemimpin
datang dan pergi di semua peringkat sementara tanggungjawab tetap menanti untuk
dilaksanakan secara beramanah.
45. Dalam majlis ini saya Menyerah Amanah kepada Ketua Pemuda yang baru untuk
menjaga amanah bangsa yang saya pikul selama 11 tahun dengan pesanan, jagalah
Pergerakan yang kita sayangi ini dengan baik, dengan sempurna dan dengan tertib.
Dalam majlis ini juga, pendirian para perwakilan untuk Menyerah Amanah kepada saya
bagi meneruskan peranan kepimpinan mewakili Pemuda di peringkat yang lebih tinggi
akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin, dengan sempurna dan dengan tertib.
Marilah kita berdoa ke Hadrat Allah S.W.T agar terus diberikan taufik dan hidayah,
kebijaksanaan dan petunjuk untuk kita tunaikan Amanah ini demi menjunjung agama,
memartabat bangsa.
46. Atas rasa penuh kesyukuran, maka, dengan rasa khusyuk dan tawaduk, saya
dengan lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim', dengan ini melepaskan jawatan sebagai
Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta bersumpah dan berikrar dengan berbekal pengalaman
dan semangat saudara semua untuk terus menjulang obor perjuangan Pemuda di
peringkat tertinggi.
BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Daulat Tuanku!
Allahuakbar!
Selamat Bersidang.
Tuesday, March 24, 2009
Ucapan penuh Najib malam ini di PWTC
UCAPAN PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2008 OLEH DATUK SERI NAJIB RAZAK, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) MALAM INI.
ALHAMDULILLAH, marilah sama-sama merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita berhimpun pada malam ini (malam tadi). Pertama sekali, kita ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di atas tanggungjawab melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian dengan sempurna. Sesungguhnya Wanita, Pemuda dan Puteri adalah tulang belakang dan sayap parti Umno.
Jatuh bangun, gagal jaya parti bergantung kepada semua ahli terutama saudara dan saudari. Bersama semangat dan azam, Wanita, Pemuda serta Puteri mesti berusaha dengan penuh iltizam untuk menjadi satu pasukan yang terus menyalakan obor perjuangan. Yakinlah bahawa, kita sedang mengibarkan panji-panji kebenaran. Yakinlah bahawa, kita sedang bergerak di landasan yang mulia. Baru-baru ini, kita menghadapi dua pilihan raya kecil iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu.
Sekalipun nasib tidak menyebelahi kita, saya berterima kasih kerana Wanita, Pemuda dan Puteri tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam perjuangan. Begitulah kita yakin komitmen seumpama ini akan diserlahkan jua dalam tiga pilihan raya kecil yang bakal kita hadapi pada 7 April nanti. Sememangnya, perhimpunan kali ini adalah yang julung kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun 2008.
Jelas sekali, keputusan pilihan raya itu adalah yang terburuk pernah dialami oleh parti. Buat pertama kali kita kehilangan majoriti dua pertiga sejak tertubuhnya Barisan Nasional lebih tiga dekad yang lampau. Walau pahit bak hempedu, walau kelat bak ketereh, itu adalah realiti yang perlu kita terima. Mahu tidak mahu, kita terpaksa mengakui bahawa ia berkait rapat dengan beberapa kelemahan yang sedang menular dalam parti. Pada persepsi ramai orang, hala tuju Umno telah menyimpang jauh dari perjuangan asal penubuhan parti. Ternyata, ada sesuatu telah menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama Umno kini menukar haluan mereka.
Lantaran itu, tugas saudara dan saudari, perwakilan pada tahun ini, adalah yang paling berat dalam sejarah Umno. Berbeza dengan tahun-tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan. Bukan pula sekadar kedudukan atau status bagi mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah. Hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang Melayu.
Tidak ada sesiapa dapat menafikan hal ini. Sebab itulah, mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga. Atas sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar pula menjadi benci dan terus tidak peduli. Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama. Marilah merenung tiga ayat berikut sebagai panduan dan pedoman.
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 26 bermaksud: “Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 ditegaskan: “Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang . Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Surah Az-Zumar ayat 53 Allah memberikan harapan bahawa : “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mengambil maklum dan iktibar daripada ayat-ayat suci itu, maka kita berkumpul pada malam ini bukan untuk bersedih mahu pun untuk berduka lara di atas musibah yang berlaku, akan tetapi kita berhimpun sebagai sebuah parti atas satu tujuan untuk mencarta dan memeta arah tuju seterusnya kepada perjuangan UMNO.
Pujangga mengatakan, untuk melihat masa depan, kita mesti merenung sejarah lampau dan mena’kul peristiwa semasa. Sejarah membuktikan sepanjang enam puluh tiga tahun kewujudannya, Umno telah banyak menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Umno telah menjadi parti peneraju kepada usaha mencapai kemerdekaan. Inilah kejayaan monumental yang dicapai apabila Umno mendukung aspirasi massa dan mewakili denyutan nadi rakyat terbanyak.
Ketika itu juga, menyedari usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tidak boleh dijayakan oleh orang Melayu saja, satu formula perkongsian kuasa yang bitara di antara kaum telah diasaskan oleh pucuk pimpinan Umno. Umno juga telah membuat pengorbanan besar apabila di dalam Pilihan Raya Umum Pertama pada tahun 1955, sanggup memberi kerusi majoriti Melayu untuk diwakili oleh parti-parti bukan Melayu. Pengorbanan mulia ini menjadi tradisi Umno sehinggalah kini.
Pencapaian Umno lebih enam dekad penubuhannya bukanlah kejayaan kecil atau enteng. Ia tidak terhenti setakat memperoleh kemerdekaan malah telah berjaya mengisi kemerdekaan dengan prestasi rekod yang sangat cemerlang. Oleh itu, ahli-ahli Umno tidak harus apologetik dalam berhadapan dengan retorik dan tohmahan parti-parti pembangkang. (Dekad Pertama Pasca Merdeka 1957-1970).
Umno hadir di persada politik tanah air bukan sekadar pemerhati di gerigi sejarah sebaliknya Umno telah terbabit secara proaktif dalam melakar, mencanai, mencorak serta membentuk perjalanan bangsa dan negara. Pada dekad pertama kemerdekaan, sebaik saja tamatnya darurat, bukankah pucuk pemimpin Umno yang telah melancarkan perang terhadap kemiskinan melalui pembukaan tanah-tanah rancangan Felda serta membangunkan kawasan luar bandar. (Dekad Kedua Pasca Merdeka 1971-1980).
Pada dekad kedua kemerdekaan pula, apabila ketidakpuasan hati rakyat dimanifestasikan melalui tragedi 13 Mei 1969, bukankah kepimpinan Umno telah bingkas mengenal pasti kelemahan yang timbul lalu menggubal Dasar Ekonomi Baru. Hasilnya, pelaksanaan DEB berjaya mencipta kelas menengah Melayu pada skala besar dan menjadi asas kepada tiga dekad pertumbuhan seterusnya ekonomi Malaysia.
(Dekad Ketiga Pasca Merdeka 1981-1990). Dalam dekad ketiga kemerdekaan pula, apabila berlaku kemelesetan ekonomi kesan jatuhnya harga komoditi, bukankah kepimpinan Umno yang telah mencetuskan inisiatif industrialisasi dan memulakan program penyediaan prasarana secara besar-besaran?
(Dekad Keempat Pasca Merdeka 1991 – 2000). Selanjutnya, dalam dekad keempat kemerdekaan, bukankah kepimpinan Umno yang telah menggariskan Wawasan 2020 untuk menyediakan tapak bagi melonjakkan Malaysia memasuki era teknologi maklumat dan globalisasi? Semasa kegawatan kewangan 1997 dan 1998, apakah tidak Umno juga yang menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam perangkap krisis ekonomi Asia? Malah, kita telah berjaya mencorakkan formula tersendiri sekali gus keluar dari kemelut kewangan, menolak telunjuk IMF. Ironisnya hari ini, cara kita telah menjadi ikutan negara-negara yang dulunya lantang mengkritik.
Alhamdulillah, memang ternyata Umno mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan. Telah terbukti juga Umno adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia. Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi saja. Hakikatnya, Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman.
Waima apa pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli Umno hari ini perlu berpijak di bumi nyata. Lanskap politik negara telah berubah sama sekali. Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam.
Merujuk sudut demografi, lebih satu pertiga (41.5 peratus pada 2005 diunjurkan 40.2 peratus pada 2010) daripada jumlah rakyat Malaysia berada dalam kategori belia yakni lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun. Lebih 70 peratus pula berada di bawah usia 40 tahun yang lahir pasca tragedi 13 Mei 1969. Secara keseluruhannya, 90 peratus adalah generasi merdeka. Manakala, anak-anak pasca tamatnya Dasar Ekonomi Baru iaitu mereka yang lahir pada tahun 1991 pula akan layak sebagai pengundi menjelang tahun 2012.
Secara langsung, perubahan yang disertai dengan kemajuan di bidang ICT, pengangkutan, ekonomi dan pendidikan telah melahirkan kelompok pengundi lebih bermaklumat, mendesak lagi kritikal. Harus diingat bahawa generasi ini mungkin tidak dapat menjiwai perjuangan lalu kerana mereka tidak hadir dalam peristiwa-peristiwa itu dan sekadar mengetahuinya melalui buku atau cerita-cerita saja.
Kendatipun begitu, tidak bermakna kita ingin memperkecilkan kepentingan hasil perjuangan golongan terdahulu. Akan tetapi ia menuntut kita untuk kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi orang Melayu khususnya. Demi mencapai matlamat ini kita mesti melakukan proses muhasabah, pembaruan dan islah. Jelasnya, kondisi untuk maju ke hadapan, memerlukan kita mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan.
Kelemahan perlu diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan. Jika kita tidak melakukan proses ini, Umno akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan. Untuk itu, Umno harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat. Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang. Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan.
Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan ‘beri salah, tidak beri kalah’. Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi ... Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya. Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini.
Umno sama sekali tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda. Kita adalah parti yang bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan terutama pendidikan tinggi kepada mereka. Kini, 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi.
Angka diunjur ini akan meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus apabila tibanya 2020. Apa yang penting, janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya, kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.
Kita mesti juga memastikan amalan jelek cantas mencantas dan sekat menyekat mana-mana anak-anak Melayu, tua atau muda, terpelajar atau tidak, dihentikan pada detik, saat dan ketika ini juga. Sikap tercela ini akan hanya menjauhkan kita dari mereka yang penuh ikhlas ingin berkongsi perjuangan. Hal ini jika tidak dikawal, sedikit demi sedikit akan menyemai bibit-bibit kemusnahan kepada parti yang selama ini menjadi tonggak bangsa dan negara.
Selain itu, sama ada kita sedar atau tidak, banyak pihak hari ini menanggap, terdapat keterpisahan antara aspirasi Umno dan aspirasi massa. Bagi mereka, cita rasa Umno bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang Umno janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti. Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak. Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?.
Selanjutnya, kita akui bahawa bukan semua orang Melayu adalah ahli Umno. Dari itu, percayalah Umno akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas-luasnya kepada orang Melayu dan Umno terus kekal menjadi parti yang mewakili aspirasi mereka. Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya. Umno akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli Umno berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui Umno.
Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh, imej serta tanggapan bahawa pimpinan UMNO kini elitis dan terasing dari dakapan rakyat. Pemimpin Umno mestilah cekap menafsir apakah hasrat dan apa yang sebenar sedang berlaku di kalangan masyarakat. Janganlah kita seperti kadok naik junjung seraya lupa bahawa Umno itu adalah parti akar umbi, lupa akan hakikat Umno itu, parti yang lahir dari semangat membara rakyat kebanyakan. Insaflah, di jemala Umno terjunjung amanah membela untung nasib rakyat.
Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci Umno, maka haruslah kita berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula Umno menelusuri landasan sebenar. Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.
Sebagai komponen terbesar sayap Umno, pergerakan Wanita di bawah kepimpinan YB Tan Sri Rafidah Aziz telah mempamerkan iltizam yang kukuh dalam apa jua keadaan terutama di setiap pilihan raya. Perpaduan pergerakan Wanita sangat penting untuk Umno. Oleh itu, janganlah disebabkan keghairahan sementara, kita meruntuhkan pula apa yang terbina selama ini. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang perpecahan.
Bersatulah, kerana sesungguhnya yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah segala-galanya. Yang menang hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada menerima yang kalah, manakala yang tewas, hendaklah akur dan menghormati keputusan demi meneruskan perjuangan parti. Bak kata pepatah apabila biduk berlalu kiambang pun bertautlah kembali. Kepada Pemuda, saudara semua adalah hulubalang yang menjadi perisai parti. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada di barisan hadapan perjuangan. Dekad lampau yang penuh ranjau menyaksikan barisan pemuda teguh membentengi parti. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah berjaya mengetuai Pemuda dari era kegetiran kepada era kestabilan, seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong aspirasi perjuangan selama lebih satu dasawarsa.
Begitulah juga, Puteri Umno yang ditubuhkan hampir sedekad lalu, memang, telah berjaya mencetuskan minat golongan wanita muda untuk membabitkan diri dalam arus politik perdana. Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Noraini Ahmad yang telah menjalankan tugas dengan lancar sepanjang beliau memegang tampuk kepimpinan Puteri Umno. Yang mustahak, kita ingin melihat Puteri terus bersemangat dan gigih bekerja sebagai elemen yang sentiasa berupaya menyegarkan perjuangan parti.
Persidangan kali ini menjadi tanda penyerahan obor perjuangan kepada generasi kepimpinan baru. Perjuangan lima dekad pertama selepas kemerdekaan hendaklah menjadi asas kepada perjuangan 50 tahun mendatang. Oleh itu, untuk Umno terus kekal relevan, generasi kepimpinan baru wajar menyedari bahawa 50 tahun kedua kemerdekaan amat berbeza dengan apa yang pernah Umno lalui. Pemimpin-pemimpin Umno seharusnya memastikan parti sentiasa berada di hadapan kelok pembaruan bukannya penaklid yang mengekor di belakang. Hal ini menuntut kepada penelitian semula pendekatan, sikap dan sistem nilai ahli-ahlinya.
Contoh yang paling mudah, jika diimbau pada pilihan raya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu. Lima tahun kemudian semasa pilihan raya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber.
Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru. Suka atau tidak, kita tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena. Generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber. Generasi muda kepimpinan Umno juga mesti menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik.
Barulah kita, boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutama di kalangan generasi muda. Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik. Dalam tradisi Melayu Islam, apabila sesat di tengah jalan kita dianjurkan kembalilah semula ke pangkalnya melalui proses muhasabah dan introspeksi.
Oleh itu, sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW marilah kita mengambil semangat dan pengajaran dari perjalanan sirah Baginda sebagai contoh pemimpin transformasi yang teragung. Baginda telah berjaya memimpin dan mentarbiah masyarakat jahiliah yang diliputi kegelapan menuju sirna ketamadunan. Rasulullah juga semasa berhijrah telah mempersatukan antara kaum Auz dan Khazraj. Kemudian mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.
Selepas itu menyatupadukan pula orang Islam dan bukan Islam. Semua ini dilakukan kerana Rasulullah menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai asas kota Madinah ketika itu. Ini menunjukkan kejayaan atau kegagalan, kecemerlangan mahupun kebungkaman sesuatu tamadun dan bangsa itu tidaklah ditentukan oleh faktor fizikal semata-mata. Faktor yang lebih utama adalah faktor emosional, spiritual serta sistem nilai yang mendasari pegangan juga amalan masyarakat dan kepimpinannya.
Tersenarai, antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri. Inilah sebenarnya nilai-nilai sarwajagat Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam membimbing umat mencapai al-falah.
Sejarah turut membuktikan apabila orang Melayu berpegang teguh kepada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Menyingkap kecemerlangan tamadun Islam, makanya demi survival, Umno dan orang Melayu perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaruan transformasi yang bersifat total dan tuntas. Mengambil iktibar daripada sirah, dapat disimpulkan bahawa perpaduan kebangsaan sewajibnya bermula dengan perpaduan di kalangan orang Melayu.
Sayangnya, perpaduan Melayu hari ini diasak dari pelbagai sudut dengan budaya fitnah memfitnah, separuh benar dan pembohongan yang dahsyat. Hari ini, fitnah bukan saja berlaku di kalangan orang munafik tetapi sudah menjadi permainan golongan yang kononnya, mendakwa diri mereka sebagai pemimpin Islam dan agamawan. Bertolak dari situ, situasi hari ini menuntut Umno, sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus, mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu. Untuk mencapai matlamat ini, pertama sekali, adalah sangat mustahak untuk mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik. Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti. Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno.
Kita tidak boleh mengambil mudah tentang proses ini yang sebenarnya telah menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadinya, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus-kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps.
Kita ingin mencadangkan kursus atau latihan kepimpinan berbentuk 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam diperhebat di kem atau di pusat latihan seluruh negara. Modul kursus seumpama ini wajarlah padat dengan pengukuhan nilai murni perjuangan dan bertujuan melatih ahli menjadi pemimpin yang mulia. Kaedah latihan juga wajar bercorak lebih lasak termasuk modul kembara di hutan atau di laut untuk membina semangat kekitaan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan pimpinan. Keduanya, kita mesti mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota.
Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini, sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli Umno di peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.
Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi. Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat.
Setiap masalah rakyat yang berjaya kita bantu, setiap kekusutan mereka yang berjaya kita leraikan dan setiap kebuntuan ramai yang dapat kita atasi akan menjadi suntikan semangat untuk terus berkorban demi sebuah perjuangan.
Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan dasar-dasar yang digubal oleh Umno juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, Umno bukan saja perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian.
Berdasarkan itu, bahagian-bahagian Umno di bandar perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengetengahkan rintihan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Nyatanya pun, terbukti sejak sekian lama rekod kepimpinan Umno telah hampir berjaya membasmi kemiskinan tegar luar bandar melalui pelbagai rancangan. Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmi kemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa. Lantas, Umno sebagai parti tonggak pemerintahan akan memastikan agenda ini diberi keutamaan oleh kerajaan.
Umno menjunjung kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Raja-raja Melayu sebagai payung negara dan payung negeri menjadi elemen penting kepada supremasi perlembagaan. Walaupun dalam sistem ini raja bertakhta tapi tidak memerintah, setiap kerajaan tetap mentadbir atas nama baginda sebagai ketua cabang eksekutif.
Oleh itu, jika orang Melayu sendiri tidak menunjukkan rasa hormat kepada raja-raja kita yang selama ini menjadi asas kestabilan dan simbol perpaduan, maka, siapa lagi?
Justeru itu, janganlah mana-mana pihak memutarbelitkan fakta sejarah tentang tindakan Umno meminda undang-undang berkaitan raja-raja. Tindakan itu dibuat bukan dengan mala fide tetapi dengan hasrat yang murni untuk tetap mengekalkan dan melindungi kemuliaan raja-raja dalam usaha memperteguhkan doktrin pengasingan kuasa yang mendasari sebuah kerajaan demokrasi. Di sini, suka saya mengingatkan kepada semua orang Melayu, janganlah nanti sudah terhantuk baru terngadah. Pada pihak yang telunjuknya lurus tetapi kelingking berkait, janganlah pagi sembah setia tetapi petang sembah derhaka.
Dengan segala cabaran nasional serta global, sedang dan akan dihadapi, kita sudah tiada masa. Krisis ekonomi yang melanda adalah di luar dugaan malah ia adalah krisis yang terburuk sejak kemelut The Great Depression. Makanya, kita tidak boleh sekali-kali leka dibuai rasa selamat dan tidak berpaut dengan realiti. Zahirnya, ekonomi Malaysia hari ini amat berbeza dengan ekonomi 50 tahun dulu.
Hari ini, Malaysia antara 20 negara dagang terbesar di dunia dengan nilai dagangan antarabangsa melebihi satu trilion ringgit setahun. Tidak dapat dielakkan, apa yang berlaku di persekitaran ekonomi dunia memberi kesan langsung terhadap ekonomi kita. Kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah berasaskan kemakmuran global. Malaysia tidak boleh maju jika ekonomi dunia terus merudum. Kita juga tidak boleh pulih jika rakyat tidak mempunyai keyakinan.
Malah prasyarat kepada pemulihan ekonomi adalah kestabilan politik dan keutuhan institusi negara. Dalam hal ini, janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Suka saya menyeru, marilah kita bersama meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan politik yang jumud dan sempit.
Bahasa itu jiwa bangsa. Indahnya bunyi ungkapan. Di noktah ini saya ingin tegaskan bahawa kedaulatan bahasa Melayu akan tetap kita pertahankan walau apa pun yang terjadi. Namun begitu, harus diingat, tanpa bangsa apa gunanya bahasa. Misalnya, bahasa Latin telah hampir lenyap dan hanya hidup menjadi bahasa akademik di menara-menara gading serta istiadat dengan runtuhnya empayar Roman. Apatah lagi nasib bahasa Sanskrit, Inca dan Aztec yang mati dan tenggelam bersama bangsa penuturnya. Inilah nasib bahasa apabila bangsa penutur itu sendiri sudah tiada lagi.
Lagipun, siapa yang hendak belajar bahasa yang dipertuturkan oleh bangsa yang lemah, miskin dan tidak berilmu. Dek yang demikian, kelangsungan sesuatu bahasa bergantung penuh kepada kemapanan bangsanya. Hanya bangsa yang maju akan menjulang martabat bahasa, budaya dan sistem nilainya. Pokok pangkalnya, sesuatu bangsa itu perlu diperteguh dan diperkasakan terlebih dulu. Ini memerlukan kepada penguasaan ilmu dan pengetahuan yang hari ini kebanyakannya didasari bahasa Inggeris. Seyogia, generasi muda terutamanya perlu bukan saja menguasai bahasa Inggeris malah sekurang-kurangnya tiga bahasa utama dalam usaha menakluki pasaran dunia (dan ini tidak termasuk dialek seperti Jawa, Bugis, Banjar dan dialek “Kelate”).
Usahlah bimbang, mempelajari pelbagai bahasa tidak akan melunturkan jati diri kita sebagai orang Melayu sebaliknya akan lebih mengukuhkan keyakinan diri bangsa untuk berhadapan dengan era globalisasi. Oleh yang demikian, jangan berlengah lagi. Hentikan segala polemik yang tidak bermanfaat. Hentikanlah juga segala bentuk kerenah politik yang menjengkelkan. Marilah kita bersama-sama menyingsing lengan mengumpul kudrat nasional demi memastikan kemakmuran negara akan berterusan.
Ingatlah, Umno bukan parti siasah yang biasa seperti parti pembangkang, kita adalah parti yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi peneraju kepada kerajaan yang memerintah. Kendati itulah rakyat Malaysia sentiasa bergantung harap kepada Umno sebagai parti yang mampu memberi kepimpinan dan mencipta penyelesaian.
Melayu dan Umno tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing, bagai irama dengan lagu, apabila orang Melayu dan Umno bergerak sederap dan seiring, sejarah telah membuktikan bahawa maruah dan martabat bangsa telah berjaya diangkasakan. Namun apabila orang Melayu mula menjadi seperti enau dalam belukar ingin melepaskan pucuk masing-masing sehingga ada yang sanggup membelakangkan kepentingan bangsa, maka anasir-anasir tertentu telah mula menyelinap dan menangguk di air yang keruh.
Kini orang Melayu tampak seolah-olah hilang punca dan kekuatan. Akibatnya, telah mula ada pihak-pihak yang mempersoalkan apa yang sudah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Ada pula yang berani menuduh kita mengamalkan dasar aparteid. Sedangkan ini jauh menyimpang dari kebenaran. Ketahuilah sesungguhnya, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan bagi membantu orang Melayu bukan kerana kita merasakan bahawa bangsa Melayu lebih mulia dari sesiapa tetapi dasar-dasar ini digubal atas sebab bangsa Melayu masih ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain.
Malah, jika membiarkan bangsa Melayu dan Bumiputera yang membentuk lebih dua pertiga rakyat negara terpinggir tanpa pembelaan itulah sebenarnya satu formula ketidakstabilan. Oleh sebab itu, kita akan meneruskan dasar yang adil bagi semua, tanpa mengira kaum.
Kesimpulannya, untuk kekal lestari Umno mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu. Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah.
Patah tumbuh hilang berganti. Di sini, saya bagi pihak Umno ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Presiden parti yang telah memimpin Umno sepanjang lima tahun lalu. YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam rangka mempertingkatkan keyakinan terhadap institusi kehakiman, telah menubuhkan Suruhanjaya Perlantikan Hakim. Begitu juga usaha berterusan beliau memerangi rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kita turut berterima kasih kepada Pak Lah di atas segala sumbangan khususnya dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial dari segi memerangi kemiskinan tegar dan memperkasakan industri pertanian negara.
Menjadi asas kepada semua ini adalah pemerkasaan modal insan yang sering ditekankan oleh YAB Perdana Menteri. Pak Lah melihat bahawa menjelang separuh abad kita merdeka, negara telah pun memiliki prasarana fizikal yang moden dan bertaraf antarabangsa. Kemajuan fizikal ini tidak lengkap tanpa dikendalikan oleh modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi. Usaha memperkasakan modal insan ini telah dijadikan teras seperti tergaris dalam misi nasional dan akan kita teruskan dalam perjalanan menuju wawasan negara.
Menoleh perjalanan politik saya, sudah lebih 33 tahun saya bersama dengan sayap-sayap Umno setiap kali persidangan. Alangkah hiba rasanya, malam ini, saya berdiri di hadapan saudara dan saudari buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri. Saya juga berasa terharu dan tawaduk kerana diri ini diamanahkan dengan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara.
Sesungguhnya, saya diperinsafkan oleh hakikat bahawa laluan kepimpinan yang bakal diwarisi ini telah dirintis oleh pemuka-pemuka bangsa yang agung, bermula dari Allahyarham Datuk Onn Jaafar diikuti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kemudian pula ayahanda saya yang dikasihi Allahyarham Tun Abdul Razak. Berikutnya beliau disusuli Allahyarham Tun Hussein Onn sebelum diambil alih oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kini amanah yang dipikul oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diserah pula kepada saya. Maka kini, dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara, tergalas di bahu ini satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia parti Umno membela untung nasib rakyat. Di sini, dengan ikhlas dirakamkan penghargaan peribadi kepada setiap ahli Umno yang telah menyokong saya. Saya juga ingin memahatkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya selama saya memegang jawatan Timbalan Presiden Umno.
Adalah diharapkan agar permuafakatan yang sebegini diteruskan apabila saya memegang jawatan Presiden nanti. Saya juga percaya sokongan yang seumpamanya jua akan diberikan kepada Timbalan Presiden Umno baru yang bakal dipilih kelak. Dengan penuh semangat saya yakin bahawa, jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman.
Akhir kata, safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu. Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi. Dipanjatkan doa kepada Tuhan Yang Maha Esa, insya Allah, laungan perjuangan Umno sebagai pembela nasib rakyat akan terus bersemarak dan bergema di Dewan Merdeka ini. Patah sayap bertongkat paruh, gunung nak didaki, didaki jua.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2008. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kelapa muda banyak khasiat
Hari ini perhimpunan agung Umno bermula dengan perasmian mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Ketiga-tiga sayap utama Umno akan menyaksikan pemilihan bagi menentukan siapakah penerajunya.
Daripada jawatan Pengerusi hingga Exco semuanya dipertandingkan. Namun, fokus utama diberikan adalah kepada pemilihan peringkat Ketua Wanita dan Pemuda kerana bermacam-macam cara telah dilakukan oleh calon bertanding.
Editorialblog semalam sudah mengeluarkan senarai pilihan mereka yang sesuai menerajui pimpinan tertinggi parti.
Bagi jawatan Ketua Pemuda, blog ini memilih Khairi Jamaluddin Abu Bakar dengan beberapa alasan yang sudah dinyatakan sebelum ini.
Perkembangan terbaru dalam senario politik Umno turut menguatkan lagi kenapa editorialblog memilih KJ berbanding Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo.
Antara lain:
1. Apabila Muhyiddin Yassin dikatakan mendahului Muhammad Muhd Taib dalam saingan jawatan Timbalan Presiden setelah Mohd Ali Rustam digantung daripada bertanding. Ramai mengetahui bahawa apabila Najib Razak menjadi Presiden dan diikuti Muhyiddin menjadi Timbalan, maka jawatan Ketua Pemuda lebih sesuai diberikan kepada KJ. Ini supaya ada check and balance dalam parti.
2. Apabila Najib menjadi Presiden dan Perdana Menteri - Mukhriz jika kalah, boleh dipilih menduduki salah satu kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT dilantik). Mukhriz lebih sesuai menjadi ahli MT dilantik daripada menerajui Pemuda. Antara lain kerana bapanya Tun Mahathir juga tidak pernah menjadi Ketua Pemuda.
Dalam masa yang sama juga Najib akan memberi satu jawatan penting kepada Mukhriz dalam pentadbiran baru Najib. Mungkin Menteri atau Timbalan Menteri.
(Semua itu dilakukan bagi menjaga hati Tun M)
Dan, esok perwakilan Pemuda akan membuat pilihan mereka sendiri. Pemuda perlu memilih orang muda memimpin pergerakan itu. Kita tahu, jika pun KJ dipilih sebagai Ketua Pemuda, beliau akan tetap memberi sokongan kepada Mukhriz dan Khir Toyo. Beliau bukan jenis manusia yang lupakan kawan.
Air kelapa muda banyak khasiat.

Monday, March 23, 2009
Senarai pilihan pemimpin Umno
Masyarakat Malaysia begitu sukakan isu politik. Perbahasan mereka tentang kegelisahan politik tidak pernah selesai. Boleh dikatakan politik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Sejak beberapa minggu lalu, cerita mengenai Perhimpunan Agong Umno yang akan bermula esok, sudah diperkatakan ramai pihak. Bukan sekadar orang Umno, tetapi pembangkang juga turut mencelah.
Perhimpunan kali ini amat penting kerana ada pertandingan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli MT, dalam Pemuda, dalam Wanita dan dalam Puteri.
Mungkinkah muka-muka baru yang lebih bertenaga dan bersemangat diketengahkan oleh Umno bagi menerajui dan merangka strategi jangka panjang untuk menjana parti dan membolehkan BN merampas semula negeri yang ditawan oleh pembangkang.
Jawapan kepada semua persoalan ini akan diketahui pada pemilihan Umno yang akan bermula esok hingga 28 Mac ini.
Sementara menunggu pemilihan itu, banyak sekali cerita dan berita yang sudah disebarkan. Siapakah tokok politik yang paling layak berada dalam kepimpinan Umno.
Ini adalah pandangan dan pilihan secara kasar oleh kalangan para editor kanan MSM.
JAWATAN: PENGERUSI TETAP
DATUK PADUKA BADRUDDIN AMIRULDIN
JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP
DATUK MOHAMAD AZIZ
JAWATAN: PRESIDEN
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
JAWATAN: TIMBALAN PRESIDEN
TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
JAWATAN: NAIB PRESIDEN
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL
DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
JAWATAN: AHLI MAJLIS TERTINGGI
DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH
DATUK DR ABD LATIFF AHMAD
DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN
DATUK SERI IDRIS JUSOH
DATUK SRI ADNAN YAAKOB
DATUK AZIMI DAIM
DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
DATUK SP LAJIM UKIN
DATUK SERI DR MD ISA SABU
DATUK IDRIS HARON
SENATOR DATUK WIRA SYED ALI ABBAS ALHABSHEE
SENATOR TAN SRI MOHAMED JIN SAMSUDIN
DATUK ISHAK ISMAIL
DATUK AZHAR IBRAHIM
DR MOHD PUAD ZARKASHI
DATUK ZULHASNAN RAFIQUE
DATUK SHAHRIR ABDUL SAMAD
DATUK AHMAD SHABERY CHEEK
DATUK SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN RAJA OMAR
DATUK NOH OMAR
DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE
DATUK MUSTAPA MOHAMED
DATUK BUNG MOKHTAR RADIN
DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN
DATUK SERI UTAMA MOHAMAD HASAN
DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH
DATUK IR MOHD ZIN MOHAMED
SENATOR DATUK AZIAN OSMAN
DATUK ASTAMAN ABDUL AZIZ
DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR
DATUK NORAINI AHMAD
DATUK SERI DR JAMALUDDIN JARJIS
DATUK SERI DR HILMI YAHYA
DATUK HASAN MALEK
DATUK SERI SITI ZAHARAH SULAIMAN
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
DATUK ABDUL GHANI OTHMAN
DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM
DATUK SERI MAHDZIR KHALID
JAWATAN: KETUA WANITA
TAN SRI RAFIDAH AZIZ
JAWATAN: NAIB KETUA WANITA
DATUK KAMILIA IBRAHIM
JAWATAN: KETUA PEMUDA
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
JAWATAN: NAIB KETUA PEMUDA
DATUK RAZALI IBRAHIM
(P/S: Datuk Dr Rais Yatim antara yang paling layak dipilih sebagai ahli MT dilantik)
Para editor kanan MSM tidak dapat memberi senarai pilihan bagi Puteri Umno kerana mereka kurang dikenali di kalangan media arus perdana (MSM). - Maaf.

Di sebalik kenyataan2 Tun M...
Sejak kebelakangan ini, malah sejak beberapa hari lalu, media arus perdana atau media alternatif seperti laman web dan blog, menyiarkan bermacam-macam komen daripada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi dan sanjungi, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sama ada mengenai isu semasa, ekonomi hingga politik, saban hari Tun akan memberi bermacam-macam komen-komen beliau kepada media massa. Apa lagi pada saat-saat genting pemilihan pemimpin tertinggi Umno yang akan bermula esok.
Kami berasa amat hairan, apabila Tun M terus menerus membuat ugutan dan mencari kesalahan orang lain jika projek mega beliau tidak berjalan lancar. Setiap hari sekarang ini ada saja majlis yang Tun perlu hadiri dan akan mendapat liputan media massa, malah MSM sendiri memberi ruang kepada beliau untuk menghentam kerajaan.
Ajaib juga kekuatan yang ada pada Tun untuk terus menghadiri majlis dan bercakap banyak.
Selidik punya selidik punya selidik, rupa-rupanya tindakan Tun membuat bermacam-macam kenyataan, terutama ketika Perhimpunan Agong Umno akan bermula esok sebenarnya ada udang di sebalik batu.
Sebenarnya, tindakan itu adalah salah satu taktik oleh Tun untuk memancing undi daripada perwakilan Pemuda Umno untuk anaknya, Mukhriz.
Dengan mengeluarkan kenyataan setiap hari atau bercakap banyak, maka Tun akan dapat memastikan nama beliau tetap diingati. Dan secara tidak langsung orang akan mengingati Mukhriz yang kini bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Sama ada kenyataan itu baik atau tidak, ia adalah sebagai 'lif' untuk membawa Mukhriz ke atas.
Inilah salah satu cara halus untuk berkempen. Tun tidak membuat kenyataan terbuka tetapi secara diam membantu kempen anaknya.
Malah tidak hairan jika hari ini atau esok Tun akan membuat kenyataan atau meminta perwakilan Umno memilih anaknya - Mukhriz - sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru kerana beliau menganggat anaknya bersih daripada politik wang.
Edkitorialblog terbaca tulisan Hard-T mengenai pengundi dan kehendak akar umbi.
Memang benar, usia KJ ialah 33, Khir Toyo, 44 dan Mukhriz 45.
Oleh itu, Pemuda memang patut diketuai oleh orang muda. Usia 4o ke atas bukan lagi dikatakan orang muda. Usia 40 ke atas ialah usia orang tua manakala usia 50 ke atas ialah usia warga emas.
Lagipun, para editor kanan MSM berpendapat Mukhriz perlu lebih banyak mempelajari cara menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Memang benar, Tun bijak menjawab soalan, tetapi kebolehan itu tidak turun kepada Mukhriz.
Editorialblog, tertanya-tanya mungkin juga terlupa bila Tun jadi Ketua Pemuda Umno?
Oleh itu, biarlah Pemuda Umno dijaga, digilap dan diperkasakan oleh orang muda bukan mereka yang usia sudah melebihi 40. Melayu jati, bukan Jawa. Ini kerana bangsa Jawa tidak mengaku mereka Melayu.
Dan nasihat Editorialblog kepada Tun ialah cukup-cukup lah mengeluarkan kenyataan. Cukup-cukup lah menegur. Anak kalau setiap hari ditegur boleh merajuk, begitu juga orang lain. Zaman tun sudah berlalu dan kami serta ramai lagi rakyat masih sayang dan hormati Tun.
Jangan kerena segelintir orang di belakang Tun pun melatah, marah sana sini tak tentu pasal. Zaman Tun dulu pun sama politiknya.

Thursday, March 19, 2009
Beruk-beruk tempat lain goyang pokok
Lembaga Disiplin Umno sudah membuat keputusannya kelmarin mengenai salah laku oleh beberapa pemimpin Umno sama ada pada peringkat pusat, negeri atau bahagian. Yang memeranjatkan ialah keputusan menggantung Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden, jawatan yang akan meletakkan pemenangnya ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dan fokus juga diberikan kepada calon Ketua Pemuda Umno - Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan panggilan KJ.
Pertandingan jawatan Ketua Pemuda melibatkan tiga calon iaitu KJ, Mukhriz Mahathir dan Mohd Khir Toyo. Namun, banyak pihak yang kini memberi fokus kepada KJ apabila Jawatankuasa Disiplin Umno membuat keputusan memberi amaran kepada beliau kerana 'politik wang', manakala Ali Rustam pula digantung.
Bagi sesetengah pihak yang tidak faham peraturan Umno akan mengatakan wujud double standard dalam keputusan itu.
Bagi puak-puak dalam Pakatan Rakyat juga memberi pendapat mereka dengan mencanangkan cerita yang boleh memburuk-burukkan Umno. Tapi kita usah pedulikan usaha mereka ini kerana mereka lebih teruk daripada Umno.
Bagi pihak di sebelah Mukhriz dan Khir Toyo mereka mencanangkan bahawa KJ juga patut digantung daripada bertanding Ketua Pemuda. Mereka mencanangkan: "Lihatlah pemimpin kami yang bersih, tidak lakukan politik wang."
"Pemimpin kami, Khir Toyo, walaupun disiasat oleh Lembaga Disiplin, tetapi dibebaskan kerana tidak bermain politik wang. Tetapi KJ main politik wang, tapi disebabkan dia menantu PM maka Lembaga Disiplin hanya menggantung saja".
"Pemimpin kami, Mukhriz Mahathir, langsung tidak disiasat. Ini bermakna Mukhriz langsung tidak bermain politik wang untuk menang. Tapi lihatlah KJ, walaupun diberi amaran sudah jelas dia bermain politik wang".
Editorialblog hanya ingin berkata:
"Pergi mampus lah kalau Mukhriz dan Khir Toyo tidak bermain wang atau tidak terlibat dengan politik wang. Bohong orang lain boleh, tetapi usah bohong para editor kanan MSM pasal politik wang. Dari peringkat cawangan, bahagian hingga pusat, semuanya main politik wang.
"Dan kenapa hanya melihat kepada politik wang. Politik wang adalah salah satu bentuk rasuah dan rasuah merangkumi bermacam-macam bentuk suapan. Rasuah bukan saja dalam bentuk wang tetapi barang kemas, kemudahan pengangkutan, seks hinggalah kepada hiburan.
"Adakah Khir Toyo tidak membelanjakan wang untuk memberi rasuah dalam bentuk-bentuk itu."
Editorialblog terbaca dalam sebuah blog yang bertanya dimanakah terletaknya kekuatan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. Jawapannya di sini.
Tetapi, Editorialblog ingin bertanya di manakah letaknya kekuatan Mukhriz dan Khir Toyo?
Kekuatan Khir Toyo pula pada jari kakinya. Kenapa? Bagi orang-orang yang rapat dengan Khir Toyo mungkin pernah lihat sesuatu di salah satu jari kakinya. Jika Khir Toyo dan puak-puaknya membaca blog ini, tepuk dada tanya selera. Faham-faham sendiri. Tetapi ingatlah bahawa Tuhan lebih berkuasa.
Kekuatan Mukhriz hanya terletak kepada nama di bahagian belakang namanya iaitu M A H A T H I R. Tanpa nama itu, pastinya Mukhriz tidak ada kekuatan. Contohnya, ketika Mukhriz bertanding kawasan Parlimen Jerlun pada pilihan raya umum 2008. Penduduk dan pengundi di kawasan itu hanya kenangkan jasa Tun Mahathir saja kepada mereka dan mereka terus memberi undi kepada Mukhriz. Dua DUN lagi kepada pembangkang. Itupun selepas Tun turun untuk membantu kempen anaknya.
Dan adakah Tun juga akan berkempen untuk anaknya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Kita tahu pada masa Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya untuk berpolitik. Tetapi sekarang Tun tidak lagi menjadi pemimpin, tak kan Tun tidak boleh berkempen kepada anaknya. Kita sudah mendengar dan membaca komen-komen Tun dalam akhbar, laman web atau blog beliau sendiri mengenai Umno dan mengenai KJ.
Orang masih menghormati Tun. Ada orang berkata jika Tun Daim bersuara, maka yang keluar dari mulutnya adalah wang. Tetapi jika Tun Mahathir bersuara, maka yang keluar dari mulutnya adalah kuasa. Memang, orang-orang Khir Toyo dan KJ sekarang cukup takut jika Tun turut berkempen untuk Mukhriz. Orang di kampung-kampung pun sudah mula bercakap sekarang: "Tak kan bapa tak tolong anak".
Namun, para editor kanan MSM sedang memerhati sekarang sama ada Tun akan terus bercakap demi kepentingan anaknya Mukhriz.
Editorialblog sememangnya menghormati Tun Mahathir sejak dulu hingga sekarang, Tetapi, Editorialblog bukannya 'pak angguk'. Editorialblog ada membaca kenyataan Tun dalam Malaysiakini mengenai rasuah. Secara umumnya Tun mahu Datuk Seri Najib melantik pemimpin yang tidak rasuah dalam Kabinet - dalam kata lain orang yang bersih.
Namun, Tun harus sedar bahawa Tun tidak boleh mengharapkan kepada orang lain mampu membersih rasuah dalam Malaysia, kerana Tun sendiri tidak boleh membanterasnya. Malah pengganti Tun yang digelar 'Mr Clean' pun tidak dapat membersih rasuah dalam pentadbiran dan parti.
Apakah Tun mengharapkan orang lain boleh membersihkan rasuah yang sejarahnya hampir sama usia dengan pelacuran. Jadi, jika kita sendiri pun tidak dapat membersihkan rasuah, janganlah pula menekan dan memaksa orang lain untuk membersihkannya.
Editorialblog sebelum ini, menentang KJ. Penentangan itu berdasarkan beberapa perbuatan KJ yang dianggap membawa 'bencana' kepada parti. Penentangan itu juga disebabkan beberapa pemimpin yang Editorialblog hormati seperti Tun Mahathir. Namun, Editorialblog dan beberapa editor kanan MSM merasa tersilap membuat tindakan itu dengan hanya melihat kepada sebelah pihak.
Kini, apabila bertemu beberapa orang di pihak KJ, Editorialblog berpendapat tindakan memboikot dan menentang KJ adalah perbuatan tidak tepat. Apa salah KJ? Apa dosa KJ? KJ kurang semangat keMELAYUan? Dan banyak persoalan lagi terjawab jika kita tidak melihat dan mendengar kepada sebelah pihak.
Jika dikatakan bahawa KJ kurang sifat Melayu kerana lebih banyak besar di luar negara... jawapannya SALAH! Memang KJ lebih banyak besar di luar negara. Sebabnya dia ikut bapanya bertugas di luar negara dan dis sekolah di luar negara. Tetapi kita tidak boleh terus membuat andaian bahawa sifat Melayunya kurang. Apabila menyertai Pemuda Umno dan hasil daripada pengalaman di luar negara, semangat Melayunya lebih tinggi sekarang.
Kerana KJ menantu PM? Sebelum KJ menjadi menantu Pak Lah pun beliau sudah aktif dalam Umno dan dibawa masuk oleh Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai salah seorang anggota Exco Pemuda yang dilantik. Justeru, ada pihak yang cemburu melihat pelantikan itu dan mula menabur bermacam-macam fitnah. Malah, jika dikumpulkan fitnah terhadap KJ ini, boleh panjangnya dari Perlis hingga ke Johor.
Macam-macam cerita buruk yang kita dengar mengenai KJ. Memang benar KJ bukan maksum... tapi kena ingat juga bahawa Mukhriz anak kepada bekas PM yang kuat amenentang rasuah juga bukan maksum, begitu juga Khir Toyo yang tidak mampu menjaga sebuah negeri hingga terlepas kepada pembangkang, juga bukan maksum.
Tetapi apa yang berlaku terhadap KJ adalah amat malang. Puak-puak dan juak-juak yang cemburu dan iri hati kepada beliau menabur fitnah. Mereka menyalahkan orang lain - menjadikan orang lain sebagai kambung hitam - untuk menutup kelemahan dan kesilapan mereka sendiri.
Contohnya, tindakan Khir Toyo yang akan turut bersama Tun Mahathir dan Mukhriz turun mengadakan ceramah perdana atau perjumpaan selepas pilihan raya umum untuk marahkan Pak Lah... Kononnya Pak Lah punca kekalahan BN. Pembangkang rampas empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan negeri Khir Toyo sebagai menteri besar - Selangor.
Khir Toyo mahu menutup kelemahan diri sendiri kerana tidak boleh menjaga BN Selangor hingga dirampas Pakatan Rakyat. Apa yang telah Pak Lah lakukan hingga orang Selangor memilih Pakatan Rakyat? Tidakkah mereka melihat sendiri apa yang dilakukan oleh Khir Toyo daripada menyalahkan Pak Lah. Kerana beberapa tindakan oleh Khir Toyo lah pengundi di Selangor memilih pembangkang.
Dan menyedari kesalahan serta kesilapan beliau, maka Khir Toyo menjaja bermacam-macam cerita dan menyertai pasukan Tun Mahathir serta Mukhriz untuk membelasah Pak Lah yang tempiasnya juga terkena kepada KJ.
Khir Toyo patut pandang diri sendiri kerana para editor kanan MSM kenal siapa beliau.
Seperkara lagi ialah mengenai pengundi-pengundi muda di Malaysia yang akan mencecah hampir 3 juga pada pilihan raya umum ke-13 nanti. KJ berusia 33 tahun; Mukhriz 45 tahun dan Khir Toyo 44 tahun. Wajarlah, mulai sekarang Pemuda Umno dipimpin oleh orang muda yang mengetahui bagaimana untuk menarik hati orang muda, orang muda yang memahami kehendak orang muda.
Editorialblog bukan untuk berkempen kepada KJ, tetapi cukuplah dua pihak lain menabur fitnah yang bukan-bukan. Dan kita juga jangan percaya jika tidak mendekati sendiri orang yang difitnah itu.
Oleh itu jangan lah kita terus membuat anggapan bahawa 'kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang' kerana boleh jadi juga ada beruk-beruk dari tempat lain yang datang dan menggoyang pokok itu.
Janganlah kita menari bersuka ria kerana kononnya kita tidak bersalah kerana ada kala kaki boleh tersadung dan kita jatuh tersepuk.
P/S Tun Mahathir boleh bercakap apa saja, tetapi adakah percakapan beliau itu satu bentuk 'rasuah' untuk memancing undi kepada anaknya, terpulang kepada perwakilan menentukannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)