Monday, July 6, 2009

Pelantikan baru dalam Kumpulan NSTP

Kita semua sudah sedia maklum bahawa:

1) Datuk Ahmad Talib telah dilantik ke jawatan Pengarah Eksekutif Jabatan Pengarang NSTP berkuat kuasa 12 Jun 2009 (menjaga semua operasi akhbar NSTP);

2) Zainul Arifin dilantik sebagai Pengarang Urusan Kumpulan NSTP juga berkuat kuasa 12 Jun 2009 (menjaga semua operasi akhbar NSTP).

Berikutan itu, beberapa pelantikan baru, pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat diumumkan oleh kumpulan NSTP hari ini. Semua jawatan yang diumumkan hari ini berkuat kuasa 1 Julai lalu. Ianya adalah seperti berikut:

1) Mior Kamarulbaid Shahid - Pengarang Kumpulan BHSB (Beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi Berita Harian dan Berita Minggu);

2) Mustapa Omar - Pengarang Kumpulan Harian Metro (Jawatan baru dan bertanggungjawab terus terhadap operasi Harian Metro dan Metro Ahad);

3) Mahfar Ali - Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB;

4) Abdul Ghafar Ismail - Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro;

5) Nuraina Abdul Samad - Pengarang Urusan NST (berkuat kuasa 5 Julai 2009);

6) Ahmad @ Salim Bachok - Pengarang Eksekutif (Pengeluaran)Harian Metro;

7) Johari Mohamad - Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro;

8) Othman Mamat - Ketua Pengarang Berita Harian Metro;

9) Sharifuddin Mohamed - Pengarang Metro Ahad;

10) Azizi Othman - Timbalan Pengarang Rencana BHSB;

11) Ahmad Zaini Kamaruzzaman - Ketua Pengarang Berita BHSB;

12) Md Shafiff Haron - Pengarang Eksekutif (Berita) NST;

13) Lee Ah Chai - Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) NST;

14) Fauziah Ismail - Ketua Pengarang Berita NSTP;

15) Sofea @ Chok Suat Ling - Pengarang New Sunday Times;

16) Lokman Mansor - Pengarang New Media NST;

17) Shaw Yoong Lee - Penyelaras Jabatan Pengarang New Media NST;

18) Andrew Sukirtharaj - Pengurus e-Media Sdn Bhd.

Namun, difahamkan bahawa beberapa pelantikan lagi dijangka dibuat oleh Kumpulan NSTP sedikit masa lagi, kemungkinan selepas Hari Raya Puasa.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik mengisi jawatan penting dalam Kumpulan NSTP. Diharap mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dan memastikan akhbar Kumpulan NSTP dapat bersaing dengan media alternatif, seperti laman web dan blog serta stesen televisyen.

2 comments:

Anonymous said...

BH akan melonjak ke 280,000 naskah sehari di bawah en meor.

selamat maju jaya en meor


MEJA BERITA

Mat Cendana said...

Aiseh... takde lah nama saya! Heheh!

Yang ni saya tertanya-tanya jugak: 14) Fauziah Ismail - Ketua Pengarang Berita NSTP; Setelah saya check di NST, sepatutnya "Ketua Pengarang Berita NST"

Tahniah kepada semua. Tapi khusus sekali kepada yang di NST. Akhbar ini menghadapi masa yang getir - readership telah turun ke paras yang begitu rendah. NST terlalu jauh ditinggalkan oleh The Star dari segi jumlah peratus pembaca. Secara peribadi saya amat berharap NST akan dapat perbesarkan peratus ini; paling-paling tidak supaya kembali kepada zaman sebelum "Anwar Ibrahim hujung 90-an"