Friday, August 1, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 51 - Anwar tertekan)

Tepat pukul 3.27 petang hari ini (31 Julai 2008) media tempatan mula menerima berita dari Agence France-Presse atau AFP (sebuah agensi berita global negara Barat), mengenai kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mengenai kemungkinan Penasihat PKR Anwar Ibrahim mungkin ditangkap dalam masa 48 jam ini.

Ini adalah ringkasan berita AFP itu di bawah tajuk "Malaysia's Anwar may be arrested 'in the next 48 hours': official "

KUALA LUMPUR, July 31, 2008 (AFP) - Malaysia’s opposition figurehead Anwar Ibrahim may be arrested in the next 48 hours, a senior party official said Thursday, saying it was to stop him contesting a by-election.

Anwar has been accused of sodomy, which he denies, saying it is a politically motivated move to stop him challenging the government.

“We will not rule out the possibility of Anwar being arrested. And it looks like they are planning to charge him by Monday,” Tian Chua, Keadilan party’s information chief, told AFP.

“They may arrest him in the next 48 hours. It is aimed to prevent him from contesting in a by-election,” he added.


Yang penting di sini ialah kenyataan Tian Chua itu dibuat beberapa jam sebelum Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Anwar mengadakan sidang media bagi mengumumkan yang Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Apa agenda dan strategi mereka?

Adakah tekanan terhadap Anwar semakin memuncak apabila polis mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa dia meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful? Jawapannya ialah YA... dan kita perlu memberi fokus terhadap tuduhan dan siasatan liwat ini terlebih dahulu, sebelum memikirkan agenda lain.

1) Polis memang mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Anwar. Dan Anwar sendiri mengetahui perkara itu. Oleh itu Anwar perlu bertindak cepat supaya sebarang tindakan kerajaan terhadapnya akan dilihat sebagai konspirasi politik.

2) Tian Chua membuat kenyataan awal kepada agensi berita Barat bahawa Anwar akan ditangkap dalam masa 48 jam. Kenyataan itu dibuat sebelum Wan Azizah mengumumkan memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil. Jika Anwar sememang ditangkap sekarang ini, maka mudahlah mereka membuat tuduhan bahawa tangkapan itu adalah konspirasi politik untuk menghalang Anwar bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh.

3) Berita mengenai perbincangan Umno dan Pas memberi tekanan lagi kepada pembangkang, terutama PKR. Malah kenyataan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bahawa kebanyakan ahli Pas kini mula percaya terhadap tuduhan liwat itu, amat menakutkan Anwar.

4) Anwar menjadikan perkataan KONSPIRASI untuk meyakinkan penyokongnya dan mereka yang bersimpati dengannya bahawa dia tidak pernah bersalah dan dia tidak pernah meliwat orang. Bermacam-macam usaha telah dibuat oleh Anwar untuk membuktikan dirinya bersih. Usaha-usaha itu juga dibuat dengan tujuan menimbulkan kebencian penyokong dan rakyat terhadap kerajaan.

5) Membuat aduan terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kepada BPR juga antara usaha dibuat oleh Anwar bagi menggambarkan bahawa polis tidak adil kepadanya. Bagi menggambarkan polis dan Peguam negara juga berkonspirasi dengan kerajaan.

Dan banyak lagi usaha dibuat oleh Anwar bagi menunjukkan dia bersih. Antaranya bersembunyi di rumah duta Turki (sebuah negara Islam liberal yang menganggotai Kesatuan Eropah). Anwar juga membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai tuduhan liwat. Ini menunjukkan kepada penyokong dan rakyat bahawa dia benar-benar berani untuk menafikan tuduhan liwat itu.

Tapi seperti ketika tuduhan liwat kali pertama dulu pun Anwar kali ini tidak pernah berani bersumpah laknat mengikut ajaran Islam.

Kenapa penyokong Anwar tidak menjerit-jerit pula meminta dia bersumpah laknat mengikut Islam? Jika penyokong Anwar itu adalah orang PKR kita pun faham, tetapi ada juga penyokong Pas yang simpati dan menyokong Anwar. Orang Pas ini yang mendakwa mereka lebih Islam daripada orang Islam lain tidak pula menjerit meminta Anwar bersumpah laknat.

Mengenai siapa calon yang layak untuk melawan Anwar di Permatang Pauh itu, kita yakin bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd Ezam adalah orang yang sesuai. Biar lah Ezam yang pernah menjadi orang kanan Anwar dulu membongkar segala-galanya di depan pengundi dan penduduk Permatang Pauh. Keluarkan lah segala bukti yang ada, termasuk rakaman 'VCD rahsia' (jika ada) untuk menunjukkan kebenaran sebenar-benarnya kepada rakyat Malaysia dan orang Permatang Pauh.

Akhir kata, buka lah minda dan mata kita.

p/s - Benarkah hanya semalam baru Anwar beri 'perintah' kepada Wan Azizah untuk meletak jawatan?

No comments: