Friday, August 29, 2008

Ucapan Bajet 2009

UCAPAN BAJET TAHUN 2009 OLEH YAB DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWIPERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGANKETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2009)DI DEWAN RAKYAT PADA 29 OGOS 2008

“KERAJAAN PRIHATIN”

TUAN YANG DI-PERTUA,
SAYA MOHON MENCADANGKAN SUPAYA SUATU RANG UNDANG-UNDANG BERTAJUK “SUATU AKTA BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2009 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU” DIBACA BAGI KALI KEDUA*

PENDAHULUAN
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
2. ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZIN DARI-NYA JUA, SAYA DAPAT MEMBENTANGKAN BAJET 2009 DI DEWAN YANG MULIA INI*

3. SEJAK LIMA PULUH SATU TAHUN YANG LALU, KERAJAAN TELAH BERJAYA MEMBAWA KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT, BERLANDASKAN KEPADA PRINSIP PERKONGSIAN KUASA, MENGUTAMAKAN KESTABILAN POLITIK, BERPEGANG KEPADA KESEDERHANAAN DAN MEMENTINGKAN KEMAKMURAN EKONOMI* SEBENARNYA, NEGARA KITA MERUPAKAN ANTARA NEGARA YANG PALING STABIL DAN MAKMUR DI RANTAU INI* KEJAYAAN INI TELAH DICAPAI SUNGGUHPUN NEGARA TELAH MENGHADAPI PELBAGAI RINTANGAN DAN CABARAN, TERUTAMANYA PADA TAHUN 1969, 1972, 1986 DAN 1997* SETIAP KRISIS ITU TELAH KITA ATASI* HARI INI KITA BERDEPAN DENGAN PERSEKITARAN HARGA GLOBAL YANG TINGGI DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA YANG PERLAHAN* NAMUN, SAYA YAKIN, SEKIRANYA KITA KEKAL BERSATU PADU, KITA AKAN SEKALI LAGI BERJAYA MENGATASI CABARAN YANG DIHADAPI SEKARANG*

4. SEMANGAT SETIA KAWAN YANG IKHLAS TERUJI KETIKA KITA MENGHADAPI KESUKARAN DAN KESUSAHAN* KAWAN DI MASA SENANG MEMANG RAMAI, TETAPI KAWAN SEJATI YANG SETIA DAN SANGGUP BERSAMA DI MASA SUSAH TIDAK MUDAH DICARI* SEMANGAT KESETIAAN KEPADA NEGARA DAN BANGSA ADALAH AMAT PENTING UNTUK MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR* DALAM NEGARA BERDEMOKRASI MEMANG WUJUD PERBEZAAN PENDAPAT* SUNGGUHPUN BEGITU, KITA HARUS BERSATU TEGUH APABILA BERDEPAN ISU-ISU BERSABIT KEPENTINGAN NEGARA*

5. PERSEKITARAN EKONOMI DAN PASARAN KEWANGAN GLOBAL KINI MENGHADAPI CABARAN DAN PERKEMBANGAN TIDAK MENENTU* SELURUH DUNIA TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN AKIBAT DARI HARGA MINYAK YANG MENINGKAT TINGGI SECARA MENDADAK, DI SAMPING MENINGKATNYA HARGA BAHAN MAKANAN DAN KOMODITI LAIN* KETIDAKSTABILAN SEKTOR KEWANGAN DI AMERIKA SYARIKAT MENGGUGAT PERTUMBUHAN EKONOMI DI NEGARA TERSEBUT SERTA EROPAH* WALAUPUN AKTIVITI EKONOMI DI RANTAU ASIA, TERUTAMANYA INDIA DAN CHINA, KEKAL MENGGALAKKAN, NAMUN SOKONGAN PERMINTAAN DOMESTIK DI NEGARA-NEGARA TERSEBUT MUNGKIN TERJEJAS SEDIKIT AKIBAT TEKANAN INFLASI* SENARIO EKONOMI INI PASTINYA MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EKONOMI GLOBAL DAN EKONOMI NEGARA KITA TIDAK TERKECUALI DARI PENGARUHNYA*

6. KITA BERSYUKUR KERANA EKONOMI NEGARA TERUS KUKUH DAN BERDAYA TAHAN* ASAS EKONOMI DAN PASARAN EKSPORT YANG PELBAGAI, SERTA RIZAB ANTARABANGSA YANG TINGGI, TELAH MELETAKKAN EKONOMI NEGARA LEBIH FLEKSIBEL UNTUK MENGHADAPI PERSEKITARAN LUAR NEGARA YANG MENCABAR*

7. EKONOMI NEGARA TERUS MENCATAT PERTUMBUHAN YANG MANTAP* ASAS EKONOMI NEGARA YANG KEKAL KUKUH SERTA PENINGKATAN PERMINTAAN DALAM NEGERI MEMBOLEHKAN KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (K.D.N.K.) BAGI SUKU PERTAMA MENCATAT PERTUMBUHAN 7.1 PERATUS, DAN 6.3 PERATUS BAGI SUKU KEDUA, LALU MELETAKKAN K.D.N.K. BAGI SETENGAH TAHUN PERTAMA 2008 PADA TAHAP 6.7 PERATUS* BERASASKAN DAYA TAHAN EKONOMI YANG KUKUH, PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN NEGARA, SERTA SOKONGAN PADU RAKYAT, KITA BERJAYA MENGATASI BEBERAPA KRISIS EKONOMI DAN KEWANGAN TERDAHULU* MESKIPUN NEGARA TIDAK TERKECUALI DARIPADA KESAN NEGATIF DISEBABKAN HARGA MINYAK YANG MENINGKAT, KERAJAAN YAKIN EKONOMI NEGARA AKAN TERUS STABIL, DENGAN PERTUMBUHAN K.D.N.K. DIANGGARKAN 5.7 PERATUS PADA TAHUN INI*

BAJET 2009

TUAN YANG DI-PERTUA,
8. BAJET 2009 MENUMPUKAN KEPADA LANGKAH-LANGKAH YANG AKAN MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN YANG TELAH KITA BINA SELAMA INI TERUS TERJAMIN* UNTUK ITU, ADALAH PENTING DIPERKUKUHKAN DAYA TAHAN EKONOMI SUPAYA KITA BERUPAYA MENANGANI KESAN PERSEKITARAN LUAR YANG SEMAKIN SUKAR*

9. BERTEMAKAN KERAJAAN PRIHATIN DAN SELARAS DENGAN LIMA TERAS MISI NASIONAL, BAJET 2009 AKAN MENUMPUKAN KEPADA TIGA STRATEGI KHUSUS, IAITU:
PERTAMA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT; KEDUA: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI; DANKETIGA: MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN NEGARA*
STRATEGI PERTAMA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT

TUAN YANG DI-PERTUA,
10. KERAJAAN AKAN TERUS MEMASTIKAN RAKYAT SAMA-SAMA MENIKMATI KEMAKMURAN, HASIL DARIPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA* UNTUK INI, KERAJAAN AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI LANGKAH BERTUJUAN MERINGANKAN BEBAN KOS SARA HIDUP, TERUTAMANYA KE ATAS GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN YANG KURANG BERNASIB BAIK*

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

11. KERAJAAN TIDAK PERNAH MENGABAIKAN GOLONGAN MISKIN* KESUKARAN YANG DIHADAPI OLEH GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, BERIKUTAN DARIPADA KENAIKAN KOS SARA HIDUP, AMAT DIFAHAMI OLEH KERAJAAN* MENYEDARI HAKIKAT INI, KERAJAAN TELAH MENAIKKAN TAHAP KELAYAKAN PENDAPATAN ISI RUMAH BAGI PEMBERIAN BANTUAN KEBAJIKAN DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT* KELAYAKAN PENDAPATAN ISI RUMAH KINI DITINGKATKAN DARIPADA 400 RINGGIT SEBULAN KEPADA 720 RINGGIT SEBULAN UNTUK SEMENANJUNG, 830 RINGGIT SEBULAN UNTUK SARAWAK DAN 960 RINGGIT SEBULAN UNTUK SABAH* INI BERMAKNA, BILANGAN PENERIMA BANTUAN MENINGKAT DUA KALI GANDA DARIPADA 54 RIBU ISI RUMAH KEPADA 110 RIBU ISI RUMAH* INI TERMASUK BILANGAN WARGA EMAS YANG LAYAK MENINGKAT DARIPADA 14 RIBU KEPADA 40 RIBU PENERIMA* LANGKAH INI MELIBATKAN PERBELANJAAN TAMBAHAN SEJUMLAH 500 JUTA RINGGIT*

12. KERAJAAN MENGHARGAI JASA PESARA YANG TELAH MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN YANG KITA KECAPI HARI INI* BAGI MEMBANTU PESARA BERPENDAPATAN RENDAH YANG MENGHADAPI KESUKARAN UNTUK MENAMPUNG SARA HIDUP HARIAN, PESARA KERAJAAN YANG TELAH BERKHIDMAT SEKURANG-KURANGNYA 25 TAHUN AKAN MENERIMA PENCEN TIDAK KURANG DARIPADA 720 RINGGIT SEBULAN, MULAI 1 JANUARI 2009* PENINGKATAN INI MELIBATKAN SERAMAI 75 RIBU PESARA WAJIB, TERMASUK PENERIMA PENCEN TERBITAN, DENGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN 140 JUTA RINGGIT PADA 2009*

13. KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN TABUNG BANTUAN BAGI MEREKA YANG DILANDA BENCANA, SEPERTI BANJIR DAN KEBAKARAN* UNTUK MEMPERLUASKAN SKOP BANTUAN, KERAJAAN AKAN MENUBUHKAN SATU TABUNG BANTUAN KHAS BERJUMLAH 25 JUTA RINGGIT BAGI MENYALURKAN PEMBERIAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA YANG KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN SECARA MENGEJUT, SEPERTI AKIBAT KEMALANGAN*

14. KERAJAAN PRIHATIN TERHADAP KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PENJAGAAN DALAM SUASANA KEKELUARGAAN* SEBAGAI SATU INISIATIF, KERAJAAN, DENGAN KERJASAMA SEKTOR KORPORAT, TELAH MEWUJUDKAN PROGRAM RUMAH TUNAS HARAPAN, DI MANA SEKTOR KORPORAT MENYEDIAKAN RUMAH, MANAKALA KERAJAAN MEMBAYAR KOS MENGURUS* MEMANDANGKAN TANGGUNGJAWAB BESAR IBU PELIHARA DI RUMAH TUNAS HARAPAN, KERAJAAN AKAN MENAIKKAN JUMLAH ELAUN IBU PELIHARA DARIPADA 600 RINGGIT KEPADA SERIBU RINGGIT SEBULAN* KENAIKAN INI AKAN BERKUAT KUASA MULAI 1 SEPTEMBER 2008* UNTUK MEMPERLUASKAN LAGI PROGRAM INI, KERAJAAN MENYERU KERJASAMA SEKTOR SWASTA UNTUK MEMBINA LEBIH BANYAK RUMAH TUNAS HARAPAN*

MEMBASMI KEMISKINAN TUAN YANG DI-PERTUA,

15. PELBAGAI LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN TELAH BERJAYA MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN DARIPADA 5.7 PERATUS PADA TAHUN 2004 KEPADA 3.6 PERATUS PADA TAHUN 2007* BILANGAN ISI RUMAH MISKIN TEGAR BERKURANGAN 43 PERATUS DARIPADA 67,300 ISI RUMAH KEPADA 38,400 ISI RUMAH PADA TEMPOH YANG SAMA* KERAJAAN YAKIN MATLAMAT MENGHAPUSKAN KEMISKINAN TEGAR AKAN DAPAT DICAPAI PADA 2010*

16. KERAJAAN AKAN TERUS MELAKSANAKAN PROGRAM MENINGKATKAN PENDAPATAN SERTA MENYEDIAKAN LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA DI BAWAH SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT* SELAIN ITU, PROGRAM LONJAKAN MEGA LUAR BANDAR DI PULAU BANGGI, SABAH DAN TANJUNG GAHAI, DI KUALA LIPIS, PAHANG SEDANG DILAKSANAKAN* UNTUK TUJUAN INI, PERUNTUKAN 220 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN, YANG AKAN MEMANFAATKAN 13,300 ISI RUMAH*

17. BAGI PERUMAHAN PULA, DALAM TEMPOH 2006 HINGGA 2008, SEBANYAK 3,500 RUMAH BARU TELAH DIBINA DAN DUA RIBU RUMAH DIBAIK PULIH DI BAWAH PROGRAM BANTUAN RUMAH UNTUK MEMBANTU KELUARGA MISKIN TEGAR MEMILIKI RUMAH KEDIAMAN YANG SELESA* PADA TAHUN 2009, PERUNTUKAN LIMA PULUH JUTA RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK MEMBINA 1,400 RUMAH BARU DAN MEMBAIK PULIH SERIBU BUAH RUMAH* KEUTAMAAN DIBERI KEPADA GOLONGAN TUA, UZUR, CACAT DAN IBU ATAU BAPA TUNGGAL YANG MEMPUNYAI RAMAI TANGGUNGAN SERTA MANGSA BENCANA ALAM*

18. KEMISKINAN TEGAR DI SABAH DAN SARAWAK JUGA TELAH DIKURANGKAN DENGAN KETARA* DI SABAH, JUMLAH ISI RUMAH MISKIN TEGAR DIKURANGKAN DARIPADA 32,400 PADA TAHUN 2004 KEPADA 18,100 PADA TAHUN 2007* DI SARAWAK, JUMLAH TERSEBUT BERKURANGAN DARIPADA 5,200 KEPADA 3,600* USAHA AKAN TERUS DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN DAN KUALITI HIDUP RAKYAT DI KEDUA NEGERI TERSEBUT, TERUTAMANYA MEMPERTINGKATKAN KEMUDAHAN ASAS, SEPERTI BEKALAN ELEKTRIK, AIR DAN JALAN LUAR BANDAR* UNTUK INI, 580 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN BAGI SABAH DAN 420 JUTA RINGGIT BAGI SARAWAK*

19. SEBAGAI SATU LANGKAH KERAJAAN MERINGANKAN LAGI BEBAN KEWANGAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, ISI RUMAH YANG MEMBAYAR BIL ELEKTRIK DUA PULUH RINGGIT DAN KE BAWAH SEBULAN TIDAK PERLU MEMBAYAR BIL ELEKTRIK, BERKUAT KUASA 1 OKTOBER 2008 SEHINGGA AKHIR 2009* KERAJAAN AKAN MENANGGUNG KOS BIL TERSEBUT YANG BERJUMLAH 170 JUTA RINGGIT* SERAMAI 1.1 JUTA ISI RUMAH AKAN MENDAPAT MANFAAT DARIPADA LANGKAH INI*

MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT

TUAN YANG DI-PERTUA,
20. KERAJAAN SEDAR BAHAWA PENINGKATAN KADAR INFLASI TELAH TURUT MEMBERI KESAN KEPADA KUASA BELI GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA* UNTUK MEMBANTU MEREKA, KERAJAAN MENCADANGKAN REBAT CUKAI 350 RINGGIT SEORANG YANG DIBERIKAN PADA MASA INI, DINAIKKAN KEPADA 400 RINGGIT BAGI PENDAPATAN BERCUKAI 35 RIBU RINGGIT DAN KE BAWAH* BERIKUTAN LANGKAH INI, SERAMAI 100 RIBU PEMBAYAR CUKAI DALAM GOLONGAN PENDAPATAN SEDERHANA TIDAK LAGI DIKENAKAN CUKAI*

21. DI SAMPING ITU, UNTUK MENGURANGKAN BEBAN CUKAI, TERUTAMANYA INDIVIDU YANG BERGANTUNG KEPADA PENDAPATAN DARIPADA SIMPANAN, KERAJAAN MENCADANGKAN PENDAPATAN FAEDAH KE ATAS SIMPANAN BAGI INDIVIDU DIKECUALIKAN CUKAI*

22. BAGI MENANGANI KESAN KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA, KERAJAAN MENCADANGKAN DUTI IMPORT KE ATAS BEBERAPA BARANGAN PENGGUNA DIKURANGKAN DARIPADA DI ANTARA SEPULUH PERATUS DAN 60 PERATUS KEPADA DI ANTARA LIMA PERATUS DAN 30 PERATUS* BARANGAN TERLIBAT TERMASUK PENGISAR MAKANAN, PERIUK NASI, KETUHAR GELOMBANG MIKRO DAN CEREK ELEKTRIK* DI SAMPING ITU, KERAJAAN MENCADANGKAN DUTI IMPORT KE ATAS BEBERAPA BARANG MAKANAN DI ANTARA DUA PERATUS DAN 20 PERATUS DIKECUALIKAN SEPENUHNYA* ANTARA BARANG MAKANAN TERLIBAT ADALAH MIHUN, BISKUT, JUS BUAH-BUAHAN DAN JAGUNG MANIS DALAM TIN*

23. PADA MASA INI, KENDERAAN PENUMPANG PERSENDIRIAN BERENJIN DIESEL MILIK INDIVIDU DAN SYARIKAT DIKENAKAN CUKAI JALAN YANG LEBIH TINGGI BERBANDING KENDERAAN SAMA BERENJIN PETROL* KERAJAAN AKAN MENGURANGKAN KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN PENUMPANG PERSENDIRIAN BERENJIN DIESEL MILIK INDIVIDU DAN SYARIKAT SUPAYA SAMA DENGAN KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN BERENJIN PETROL, BERKUAT KUASA 1 SEPTEMBER 2008*

MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA
TUAN YANG DI-PERTUA,

24. SEKTOR SWASTA PERLU MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN PEKERJA* UNTUK MENYOKONG USAHA SEDEMIKIAN, KERAJAAN MENCADANGKAN ELAUN PERJALANAN ANTARA RUMAH DAN TEMPAT KERJA YANG DIBERIKAN OLEH MAJIKAN KEPADA PEKERJA DIBERI POTONGAN SEPENUHNYA, MANAKALA PEKERJA YANG MENERIMA ELAUN PERJALANAN DIBERI PENGECUALIAN CUKAI SEHINGGA 2,400 RINGGIT SETAHUN*

25. DI SAMPING ITU, KERAJAAN MENCADANGKAN PENGECUALIAN CUKAI DIBERIKAN KE ATAS MANFAAT YANG DINIKMATI PEKERJA, SEPERTI BERIKUT:
PERTAMA: BANTUAN KADAR FAEDAH BAGI PINJAMAN BERJUMLAH SEHINGGA 300 RIBU RINGGIT UNTUK PERUMAHAN, KENDERAAN BERMOTOR DAN PENDIDIKAN;
KEDUA: TELEFON MUDAH ALIH SERTA BIL TELEKOMUNIKASI DAN LANGGANAN INTERNET YANG DIBAYAR OLEH MAJIKAN;
KETIGA: NILAI DISKAUN SEHINGGA SERIBU RINGGIT SETAHUN KE ATAS BARANGAN JUALAN SYARIKAT YANG DITAWARKAN KEPADA PEKERJANYA;
KEEMPAT: NILAI DISKAUN KE ATAS PERKHIDMATAN YANG DINIAGAKAN OLEH SYARIKAT YANG DITAWARKAN KEPADA PEKERJA, SEPERTI SEKOLAH SWASTA YANG MEMBERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA ANAK PEKERJANYA; DAN
KELIMA: ELAUN PENJAGAAN ANAK SEHINGGA 2,400 RINGGIT SETAHUN BAGI ANAK-ANAK PEKERJA*

26. PADA MASA INI, PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS MANFAAT PERUBATAN YANG DISEDIAKAN OLEH MAJIKAN TIDAK MERANGKUMI PERBELANJAAN MATERNITI* KERAJAAN MENCADANG MEMPERLUASKAN PENGECUALIAN CUKAI KEPADA PERBELANJAAN MATERNITI* DI SAMPING ITU, MEMANDANGKAN TERDAPAT RAKYAT YANG MENGGUNAKAN PERUBATAN TRADISIONAL, SEPERTI AKUPUNKTUR DAN AYURVEDIC, KERAJAAN JUGA MENCADANGKAN PENGECUALIAN CUKAI DIBERI KE ATAS MANFAAT PERUBATAN TRADISIONAL YANG DITERIMA OLEH PEKERJA*

27. UNTUK MEMBANTU PENJAWAT AWAM, KERAJAAN AKAN MENINGKATKAN TAHAP KELAYAKAN UNTUK MENDAPAT SUBSIDI YURAN TASKA BULANAN 180 RINGGIT* TAHAP KELAYAKAN PENDAPATAN ISI RUMAH BULANAN DINAIKKAN DARIPADA DUA RIBU RINGGIT KEPADA TIGA RIBU RINGGIT, MULAI 1 JANUARI 2009*

28. PADA MASA INI, KAKITANGAN KERAJAAN DIBERI KEMUDAHAN TAMBANG PERGI BALIK PERCUMA SEKALI DALAM TEMPOH DUA TAHUN UNTUK MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL, IAITU DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH SERTA SARAWAK* BAGI MENGERATKAN SILATURAHIM KELUARGA, KEMUDAHAN INI AKAN DIBERIKAN SETIAP TAHUN, MULAI 1 JANUARI 2009*

MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM

TUAN YANG DI-PERTUA,
29. KERAJAAN AKAN TERUS MENGGALAKKAN LEBIH RAMAI WARGA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DALAM KONTEKS MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KUALITI HIDUP* SAYA TELAH TURUN PADANG BARU-BARU INI UNTUK MELIHAT SENDIRI KEADAAN PENGANGKUTAN AWAM DI IBUKOTA KITA* SAYA PERCAYA, PENGANGKUTAN AWAM YANG LEBIH EFISIEN DAN BERSEPADU AMAT PENTING BAGI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERJALANAN YANG LANCAR SERTA MENINGKATKAN KEKERAPAN PERKHIDMATAN*

30. RAPID-K.L. DAN RAPID-PENANG TELAH DITUBUHKAN UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI LEMBAH KELANG DAN DI PULAU PINANG* KINI, RAPID-K.L. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAS KEPADA 166 LALUAN MERANGKUMI LEBIH 980 KAWASAN KEDIAMAN* SEJUMLAH 14 PERATUS MERUPAKAN LALUAN SOSIAL YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN DAN TIDAK DILIPUTI OLEH SYARIKAT PENGANGKUTAN AWAM YANG LAIN* LALUAN SOSIAL INI MASIH BEROPERASI UNTUK MEMENUHI HASRAT KERAJAAN UNTUK MEMASTIKAN RAKYAT, TERUTAMANYA DARIPADA KALANGAN BERPENDAPATAN RENDAH, MENDAPAT MANFAAT DARIPADA USAHA PENAMBAHBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM* PADA PURATANYA, SERAMAI 400 RIBU PENUMPANG SEHARI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS DAN 350 RIBU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN REL RAPID-K.L.* KESELURUHANNYA, 44 PERATUS DARI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LEMBAH KELANG DISEDIAKAN OLEH RAPID-K.L.*

31. RAPID-PENANG PULA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAS KEPADA 33 LALUAN DI 106 KAWASAN PERUMAHAN DENGAN JUMLAH 46 RIBU PENUMPANG SEHARI* RAPID-PENANG KINI MENYEDIAKAN 60 PERATUS DARIPADA JUMLAH PERKHIDMATAN BAS DI PULAU PINANG* UNTUK MEMPERLUASKAN LAGI JARINGAN PERKHIDMATAN, 200 BAS AKAN DITAMBAH, MENJADIKAN JUMLAH 350 BAS* DENGAN INI, PERKHIDMATAN BAS RAPID-PENANG DIJANGKA DAPAT DIPERLUASKAN LAGI DENGAN 14 JARINGAN LALUAN BARU DAN JUMLAH PENUMPANG MENINGKAT KEPADA 120 RIBU PENUMPANG SEHARI PADA PENGHUJUNG TAHUN 2009*

32. UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGANGKUTAN AWAM, SEBANYAK 35 BILION RINGGIT AKAN DIBELANJAKAN DALAM TEMPOH 2009 HINGGA 2014* INI TERMASUK PROJEK-PROJEK MENINGKATKAN KAPASITI PERKHIDMATAN REL SEDIA ADA, MEMBINA LALUAN REL BARU, MENAMBAH BILANGAN BAS SERTA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR BERKAITAN*

33. SISTEM L.R.T. SEDIA ADA DI LEMBAH KELANG AKAN DIPANJANGKAN SEJAUH 30 KILOMETER, IAITU MASING-MASING SEPANJANG 15 KILOMETER BAGI ALIRAN KELANA JAYA DAN ALIRAN AMPANG* APABILA SIAP PADA TAHUN 2011, KEDUA-DUA PROJEK INI AKAN MEMANFAATKAN 2.6 JUTA BILANGAN PENDUDUK DI SEPANJANG KORIDOR SUBANG JAYA-U.S.J. DAN KORIDOR KINRARA-PUCHONG, BERBANDING 1.9 JUTA PADA MASA INI*

34. PADA MASA YANG SAMA, PEROLEHAN 35 SET TREN BAGI ALIRAN KELANA JAYA TELAH DILAKSANAKAN DAN DIJANGKA BEROPERASI SEPENUHNYA PADA AWAL TAHUN 2010, DENGAN KOS 1.3 BILION RINGGIT*

35. DENGAN LANGKAH-LANGKAH INI, KAPASITI ALIRAN KELANA JAYA AKAN MENINGKAT LEBIH DUA KALI GANDA, DARIPADA 160 RIBU PENUMPANG SEHARI PADA MASA INI KEPADA 350 RIBU PENUMPANG SEHARI* ALIRAN AMPANG PULA AKAN MEMPUNYAI KAPASITI 280 RIBU PENUMPANG SEHARI BERBANDING 150 RIBU PENUMPANG PADA MASA INI*

36. UNTUK MEMPERLUASKAN LAGI JARINGAN PERKHIDMATAN REL BANDAR DI LEMBAH KELANG, SATU LALUAN L.R.T. BARU SEPANJANG 42 KILOMETER AKAN DIBINA DARI KOTA DAMANSARA KE CHERAS* LALUAN BARU INI, DENGAN KAPASITI MELEBIHI 300 RIBU PENUMPANG SEHARI, APABILA SIAP PADA TAHUN 2014, AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN REL BAGI KAWASAN KEDIAMAN, PERDAGANGAN DAN KEWANGAN KORIDOR KOTA DAMANSARA-CHERAS YANG MEMPUNYAI BILANGAN PENDUDUK LEBIH SEJUTA ORANG*

37. KERAJAAN TELAH MENGAMBIL ALIH ASET DAN OPERASI K.L. MONORAIL DARIPADA OPERATOR SWASTA PADA AKHIR TAHUN 2007* BEBERAPA LANGKAH MENINGKATKAN KECEKAPAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN TELAH DILAKSANAKAN* BERIKUTAN LANGKAH-LANGKAH INI, KESEMUA 12 TREN YANG ADA TELAH BERJAYA BEROPERASI SEMULA SEPENUHNYA* SEMENJAK PENGAMBILALIHAN, JUMLAH PENUMPANG TELAH MENINGKAT LEBIH SEPULUH PERATUS DARIPADA PURATA 51 RIBU PENUMPANG SEHARI KEPADA LEBIH 57 RIBU PENUMPANG SEHARI PADA MASA INI* PENGAMBILALIHAN INI AKAN MENYUMBANG KEPADA USAHA MENJADIKAN PERKHIDMATAN REL BANDAR DI LEMBAH KELANG LEBIH BERINTEGRASI*

38. PERKHIDMATAN REL KOMUTER KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD AKAN DIPERTINGKATKAN* LANGKAH SEDANG DILAKSANAKAN UNTUK MEMBAIK PULIH 20 SET ELECTRIC MULTIPLE UNIT (E.M.U.) SEDIA ADA YANG DIJANGKA SIAP PADA 2009* SEJUMLAH 13 E.M.U. BARU JUGA AKAN DITAMBAH MENJELANG TAHUN 2011* DENGAN INI, KAPASITI K.T.M. KOMUTER DIJANGKA MENINGKAT DARIPADA 350 RIBU PENUMPANG SEHARI PADA MASA INI KEPADA 500 RIBU SEHARI* BAGI MEMPERLUASKAN JARINGAN PERKHIDMATAN REL KOMUTER, LALUAN SENTUL-BATU CAVES SEPANJANG 7.5 KILOMETER SEDANG DIBINA DAN DIJANGKA SIAP MENJELANG 2010*

39. DI SAMPING ITU, DUA PROJEK UTAMA SEDANG DILAKSANAKAN BAGI MENINGKATKAN PERKHIDMATAN K.T.M., IAITU PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK SEREMBAN-GEMAS, YANG DIJANGKA SIAP PADA TAHUN 2012 DAN IPOH-PADANG BESAR PADA TAHUN 2013*

40. KERAJAAN JUGA SEDANG MEMBINA TERMINAL PENGANGKUTAN BERSEPADU DI BANDAR TASIK SELATAN BERTUJUAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KEPADA TEKSI DAN BAS ANTARA BANDAR DARIPADA KAWASAN SELATAN SEMENANJUNG* TERMINAL MODEN LIMA TINGKAT INI MEMPUNYAI KAPASITI MENAMPUNG LEBIH 130 TEKSI DAN SERATUS BAS, KEMUDAHAN LETAK KERETA DAN RUANG KOMERSIAL, DI SAMPING MEMPUNYAI CONNECTIVITY DENGAN REL ALIRAN AMPANG, E.R.L. DAN K.T.M. KOMUTER SERTA JUGA TEKSI DAN BAS BANDAR DI LEMBAH KELANG* TERMINAL INI DIJANGKA BEROPERASI PADA TAHUN 2011*

41. BAGI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KEPADA TEKSI DAN BAS ANTARA BANDAR DARIPADA KAWASAN UTARA SEMENANJUNG, SATU TERMINAL PENGANGKUTAN BERSEPADU YANG BARU AKAN DIBINA* TERMINAL INI AKAN DAPAT MENGURANGKAN LAGI KESESAKAN LALU LINTAS DI KUALA LUMPUR*

42. PENGUSAHA-PENGUSAHA PENGANGKUTAN AWAM BERPERANAN PENTING MEMASTIKAN JARINGAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH LUAS SERTA EFISIEN, SELAMAT DAN BERMUTU TINGGI, DI KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR* UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN KOS OPERASI PENGUSAHA PENGANGKUTAN AWAM, KERAJAAN TELAH PUN MENINGKATKAN KUOTA SUBSIDI DIESEL BAGI PENGANGKUTAN AWAM* KERAJAAN AKAN TURUT MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
PERTAMA: MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PINJAMAN MUDAH MELALUI DANA PENGANGKUTAN AWAM TIGA BILION RINGGIT DI BAWAH BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD UNTUK MEMBIAYAI PEROLEHAN ASET BAS DAN REL; DAN
KEDUA: MENGURANGKAN BAYARAN TOL SEBANYAK 50 PERATUS BAGI SEMUA BAS, KECUALI DI PINTU MASUK SEMPADAN, IAITU TAMBAK JOHOR, LINK KEDUA DAN BUKIT KAYU HITAM, UNTUK TEMPOH DUA TAHUN, BERMULA 15 SEPTEMBER 2008* KERAJAAN AKAN MEMBERI PAMPASAN KEPADA OPERATOR TOL DI ATAS KEHILANGAN HASIL BERIKUTAN PENGURANGAN INI YANG DIANGGARKAN 45 JUTA RINGGIT SETAHUN*

43. DI SAMPING ITU, PENGUSAHA SEMUA BAS DIBERI PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS PEMBELIAN BAS BARU YANG DIPASANG DALAM NEGARA DAN PERBELANJAANNYA DIBERI ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN* SELAIN ITU, CUKAI JALAN DIKURANGKAN KEPADA 20 RINGGIT SETAHUN BAGI SEMUA BAS DAN TEKSI, TERMASUK KERETA SEWA PANDU DAN LIMOUSIN*

44. UNTUK MEMASTIKAN PERHATIAN KHUSUS DIBERIKAN KEPADA USAHA MEMAJUKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BANDAR SECARA MENYELURUH, SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT AKAN DITUBUHKAN DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI, UNTUK MERANCANG, MENGINTEGRASI, MENGAWAL SELIA DAN MEMAJUKAN SISTEM PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM* SURUHANJAYA INI DIJANGKA MULA BEROPERASI PADA PERTENGAHAN TAHUN 2009*

DASAR JAMINAN MAKANAN

TUAN YANG DI-PERTUA,
45. KERAJAAN SEDANG MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM PERTANIAN BAGI MENJAMIN BEKALAN MAKANAN YANG MENCUKUPI* SEBANYAK 5.6 BILION RINGGIT DISEDIAKAN DI BAWAH DASAR JAMINAN MAKANAN NEGARA BAGI TEMPOH 2008 HINGGA 2010* PERUNTUKAN INI ANTARA LAIN ADALAH UNTUK PEMBAYARAN INSENTIF KEPADA PENGUSAHA PERTANIAN BERTUJUAN MERINGANKAN BEBAN KENAIKAN KOS PENGELUARAN DAN BAGI MENGGALAKKAN PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL TANI* SERAMAI 350 RIBU PETANI YANG MENGUSAHAKAN SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, AKUAKULTUR DAN TERNAKAN AKAN MENDAPAT FAEDAH DARIPADA INSENTIF INI*

46. DALAM USAHA MENINGKATKAN HASIL TANGKAPAN IKAN, PERUNTUKAN TIGA RATUS JUTA RINGGIT TELAH DISEDIAKAN* DARIPADA JUMLAH INI, 180 JUTA RINGGIT UNTUK MENAMPUNG SARA HIDUP NELAYAN DAN PEMILIK BOT PERIKANAN SERTA 120 JUTA RINGGIT SEBAGAI INSENTIF TANGKAPAN IKAN* SERAMAI SERATUS RIBU NELAYAN TERMASUK PEMILIK BOT AKAN MENDAPAT MANFAAT*

47. DI SAMPING ITU, UNTUK MENGGALAKKAN PENGELUARAN AYAM DAN ITIK, KERAJAAN MENCADANGKAN PENTERNAK AYAM DAN ITIK DIBERI ELAUN PELABURAN SEMULA SEBANYAK 60 PERATUS BAGI TEMPOH 15 TAHUN BAGI PELABURAN TAMBAHAN*

48. KERAJAAN AKAN MENYEDIAKAN INSENTIF PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL PADI DENGAN PERUNTUKAN SATU BILION RINGGIT YANG AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA 220 RIBU PESAWAH DI SELURUH NEGARA* LEBIH 1,300 HEKTAR TANAH TERBIAR TELAH DIKENAL PASTI BAGI PENGELUARAN PADI DAN MAKANAN LAIN, SEPERTI BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN DAN TERNAKAN*

49. SELAIN ITU, PERUNTUKAN 475 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN BAGI BANTUAN INPUT PERTANIAN, BAJA DAN RACUN PEROSAK BAGI MEMBANTU GOLONGAN PESAWAH* UNTUK MERINGANKAN BEBAN PETANI, KERAJAAN MENCADANG MEMANSUHKAN DUTI IMPORT KE ATAS BAJA DAN RACUN PEROSAK*

MENJANA PENDAPATAN MELALUI KREDIT MIKRO

TUAN YANG DI-PERTUA,
50. AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) DITUBUHKAN UNTUK MEMBANTU ISI RUMAH MISKIN LUAR BANDAR MENINGKATKAN PENDAPATAN MELALUI PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO* SEJAK DITUBUHKAN PADA TAHUN 1987, AIM TELAH MENGELUARKAN PINJAMAN KEPADA LEBIH 180 RIBU ISI RUMAH, DENGAN JUMLAH PEMBIAYAAN 2.5 BILION RINGGIT* ATAS HASRAT UNTUK MENANGANI KEMISKINAN BANDAR, SKOP DAN OPERASI AIM TELAH DIPERLUASKAN KEPADA GOLONGAN MISKIN BANDAR, BERMULA TAHUN INI* UNTUK INI, KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN PERUNTUKAN DANA MODAL PUSINGAN 100 JUTA RINGGIT UNTUK MEMBIAYAI PROGRAM KEWANGAN MIKRO BANDAR* AIM TELAH MULA BEROPERASI DI KUALA LUMPUR BAGI MEMBANTU GOLONGAN SASARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN DUA RIBU RINGGIT SEBULAN DAN KE BAWAH* PROGRAM INI AKAN DIPERLUASKAN KE BANDAR-BANDAR DI SELURUH NEGARA MULAI AWAL 2009*

MENINGKATKAN TARAF HIDUP ORANG ASLI

TUAN YANG DI-PERTUA,
51. PENINGKATAN TARAF SOSIOEKONOMI MASYARAKAT ORANG ASLI TERUS DIBERI PERHATIAN BAGI MEMASTIKAN MEREKA SAMA-SAMA MENIKMATI KEMAKMURAN EKONOMI NEGARA* SELARAS DENGAN MATLAMAT TERSEBUT, PERUNTUKAN 160 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK MEMPERGIATKAN LAGI USAHA MENYEDIAKAN PELUANG PENDIDIKAN, KESIHATAN DAN KEMUDAHAN ASAS YANG LEBIH BAIK KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI* PROGRAM UTAMA YANG AKAN DIJALANKAN TERMASUK PEMBUKAAN PUSAT TRANSIT JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI DI SUNGAI SIPUT, PERAK YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN PERUBATAN* DI SAMPING ITU, PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT ORANG ASLI AKAN DIBERI TUMPUAN, TERMASUK PROGRAM BANTUAN RUMAH, PENEMPATAN TERSUSUN, MENJANA PENDAPATAN DAN LATIHAN* LEBIH 32 RIBU ORANG ASLI DIJANGKA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROGRAM INI*

MEMBANTU GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

TUAN YANG DI-PERTUA,
52. PADA MASA INI, BAGI MENGGALAKKAN ORANG KURANG UPAYA (O.K.U.) BEKERJA, KERAJAAN MENYEDIAKAN ELAUN BULANAN TIGA RATUS RINGGIT KEPADA MEREKA* MENYEDARI ADA DI ANTARA O.K.U. YANG TIDAK BERUPAYA BEKERJA, KERAJAAN AKAN MEMBERI ELAUN 150 RINGGIT SEBULAN KEPADA MEREKA* DI SAMPING ITU, ELAUN MURID O.K.U. DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS AKAN DITAMBAH DARIPADA 50 RINGGIT KEPADA 150 RINGGIT, SEMENTARA BAYARAN INSENTIF DUA RATUS RINGGIT SEBULAN DISEDIAKAN UNTUK PEMBANTU GURU DI SEKOLAH BERKENAAN*

MENINGKATKAN PROGRAM PERUMAHAN

TUAN YANG DI-PERTUA,
53. DALAM TEMPOH 2004 HINGGA 2008, LEBIH 100 RIBU UNIT RUMAH KOS RENDAH TELAH DIBINA OLEH PELBAGAI AGENSI KERAJAAN DI SELURUH NEGARA* BAGI TAHUN 2009, PERUNTUKAN 330 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN KEPADA JABATAN PERUMAHAN NEGARA UNTUK MENYIAPKAN HAMPIR 4,400 UNIT PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (P.P.R.) DISEWA, 1,500 UNIT P.P.R. BERSEPADU DAN 600 UNIT P.P.R. DIMILIKI* DI SAMPING ITU, SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD AKAN MEMBINA 33 RIBU RUMAH KOS RENDAH*

MELONGGARKAN SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

54. UNTUK MEMBOLEHKAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MEMILIKI RUMAH, KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MENAMBAH BAIK SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM* KE ARAH INI, KERAJAAN AKAN:
PERTAMA: MELANJUTKAN TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA 25 TAHUN KEPADA 30 TAHUN BAGI PINJAMAN BARU;
KEDUA: MEMBERI KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN BAGI KERJA UBAH SUAI KE ATAS RUMAH YANG TIDAK DIBELI MELALUI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN; DAN
KETIGA: MEMBUKA PANEL INSURANS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN KEPADA SEMUA SYARIKAT INSURANS YANG LAYAK* PADA MASA INI, PANEL INSURANS ADALAH TERHAD KEPADA LIMA SYARIKAT*

MENGURANGKAN KOS MEMILIKI RUMAH

55. PADA MASA INI, PEMBELI RUMAH KOS RENDAH DIBERI PENGECUALIAN DUTI SETEM SEPENUHNYA KE ATAS SEMUA SURAT CARA, TERMASUK SURAT CARA PERJANJIAN PINJAMAN* MANAKALA, PEMBELI RUMAH KOS SEDERHANA PADA HARGA SEHINGGA 250 RIBU RINGGIT HANYA DIBERI PENGECUALIAN DUTI SETEM 50 PERATUS KE ATAS SURAT CARA PINDAH MILIK SAHAJA* BAGI MENGURANGKAN KOS MEMBELI RUMAH KOS SEDERHANA, KERAJAAN MENCADANGKAN PENGECUALIAN DUTI SETEM 50 PERATUS DIBERIKAN JUGA KE ATAS SURAT CARA PERJANJIAN PINJAMAN KEPADA PEMBELI RUMAH KOS SEDERHANA*

MEMPERLUASKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

56. DALAM BAJET 2008, SAYA TELAH MENGUMUMKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (S.J.K.P.) BAGI MEMBANTU GOLONGAN TIDAK BERPENDAPATAN TETAP UNTUK MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK* MELALUI SKIM INI, PEMINJAM BOLEH MENDAPATKAN PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA BANK SIMPANAN NASIONAL DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD UNTUK MEMBELI RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH* PERUNTUKAN DANA 50 JUTA RINGGIT TELAH DISEDIAKAN UNTUK MENJAYAKAN SKIM INI* SEHINGGA KINI, HAMPIR 500 PERMOHONAN BERNILAI 20 JUTA RINGGIT TELAH DILULUSKAN* MULAI JULAI 2008, KERAJAAN TELAH MEMPERLUASKAN SKIM INI KEPADA SEMUA INSTITUSI KEWANGAN TEMPATAN* DI SAMPING ITU, DANA SKIM INI JUGA AKAN DITAMBAH KEPADA SERATUS JUTA RINGGIT* DENGAN TAMBAHAN INI, SJKP AKAN BERUPAYA MENJAMIN PINJAMAN BERNILAI DUA BILION RINGGIT YANG AKAN DAPAT MEMBERI KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN KEPADA 40 RIBU PEMINJAM*

MENGGALAKKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

TUAN YANG DI-PERTUA,
57. DALAM BAJET 2008, KERAJAAN TELAH MENGUMUMKAN PELAKSANAAN PROGRAM AMAL JARIAH DENGAN MENYEDIAKAN DANA 50 JUTA RINGGIT BAGI MEMBAIK PULIH RUMAH USANG RAKYAT MISKIN TEGAR DI SELURUH NEGARA* SEHINGGA KINI, 4,600 BUAH RUMAH TELAH DIBAIK PULIH DENGAN ANGGARAN KOS 24 JUTA RINGGIT* BAGI TAHUN 2008, BILANGAN RUMAH YANG AKAN DIBAIK PULIH DIJANGKA SEBANYAK 8,400 BUAH*

58. UNTUK MENERUSKAN PROGRAM INI, KERAJAAN MENYERU SYARIKAT SWASTA UNTUK MENYUMBANG KEPADA DANA INI SEBAGAI MENYOKONG AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (C.S.R.), SUPAYA LEBIH RAMAI RAKYAT MISKIN MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROGRAM INI* UNTUK INI, KERAJAAN AKAN MENYEDIAKAN GERAN SEPADAN SATU RINGGIT BAGI SETIAP SATU RINGGIT YANG DIBELANJAKAN OLEH SEKTOR SWASTA UNTUK PROGRAM INI* SEBAGAI PERMULAAN, SERATUS JUTA RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN INI* DIANGGARKAN 30 RIBU RUMAH USANG AKAN DAPAT DIBAIK PULIH MELALUI KAEDAH INI*

59. PADA MASA INI, POTONGAN CUKAI DIBERI KEPADA SUMBANGAN SYARIKAT BAGI PROJEK KOMUNITI DALAM BIDANG PENDIDIKAN, KESIHATAN, PERUMAHAN, INFRASTRUKTUR SERTA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (I.C.T.)* BAGI MEMANTAPKAN LAGI BUDAYA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT, KERAJAAN MENCADANGKAN SKOP PROJEK KOMUNITI YANG LAYAK MENDAPAT POTONGAN CUKAI DIPERLUASKAN KEPADA PROJEK BERKAITAN PENINGKATAN PENDAPATAN GOLONGAN MISKIN SERTA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR* DI SAMPING ITU, BAGI SYARIKAT YANG MEMBERI SUMBANGAN KEPADA BADAN AMAL, KERAJAAN MENCADANGKAN HAD POTONGAN CUKAI DITINGKATKAN DARIPADA TUJUH PERATUS KEPADA SEPULUH PERATUS DARIPADA PENDAPATAN*

60. MALAYSIA MERUPAKAN ANTARA PENGELUAR MINYAK KELAPA SAWIT TERBESAR DUNIA* BAGI MENINGKATKAN PENERIMAAN MINYAK KELAPA SAWIT DI PERINGKAT GLOBAL, KEMANTAPAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ALAM SEKITAR DALAM AMALAN PERNIAGAAN PERLU DIBUKTIKAN* SEHUBUNGAN ITU, KERAJAAN MENYOKONG SEPENUHNYA INISIATIF PERLADANGAN KELAPA SAWIT UNTUK MEMPEROLEHI PENSIJILAN ROUNDTABLE FOR SUSTAINABLE PALM OIL (R.S.P.O.)* BAGI MEMBANTU USAHA KE ARAH PENGELUARAN MINYAK KELAPA SAWIT YANG LEBIH MAPAN, KERAJAAN AKAN MEMPERUNTUKKAN 50 JUTA RINGGIT UNTUK MENUBUHKAN DANA R.S.P.O.* DANA INI AKAN MENYEDIAKAN GERAN UNTUK MENYOKONG PROGRAM KOMUNITI SEPERTI MENAMBAH BAIK SEKOLAH DI KAWASAN LADANG DAN PROGRAM PEMULIHARAAN SEPERTI MENINGKATKAN BIODIVERSITI DI KAWASAN LADANG*

MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

TUAN YANG DI-PERTUA,
61. PERKHIDMATAN KESIHATAN SECARA PERCUMA AKAN TERUS DISEDIAKAN KEPADA RAKYAT* PERUNTUKAN 13.7 BILION RINGGIT DISEDIAKAN PADA TAHUN 2009 UNTUK TUJUAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN KESIHATAN, MENAMBAH BEKALAN UBAT, MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA, MENGGIATKAN AKTIVITI PENYELIDIKAN DAN MENINGKATKAN PENGUATKUASAAN, DI SAMPING PEMBINAAN HOSPITAL, KLINIK DAN KUARTERS*

62. SELARAS DENGAN LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL AKIBAT MEROKOK, TERUTAMANYA DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR, ADALAH DICADANGKAN DUTI EKSAIS SPESIFIK KE ATAS ROKOK DINAIKKAN SEBANYAK TIGA SEN SEBATANG DARIPADA 15 SEN SEBATANG KEPADA 18 SEN SEBATANG* DENGAN INI, CUKAI UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG KINI MENINGKAT SEBANYAK 60 SEN*

63. UNTUK MENGEKALKAN PERKHIDMATAN PAKAR PERUBATAN SEKTOR AWAM, KADAR BAYARAN INSENTIF PAKAR PERUBATAN AKAN DINAIKKAN, YANG MELIBATKAN 3,800 ORANG PEGAWAI DENGAN PERBELANJAAN TAMBAHAN 26 JUTA RINGGIT*

64. KERAJAAN JUGA BERSETUJU UNTUK MENINGKATKAN KADAR BAYARAN INSENTIF PASUKAN PERUBATAN UDARA DI SABAH DAN SARAWAK* BAGI PEMBANTU PERUBATAN, KADAR BAYARAN DINAIKKAN DARIPADA 20 RINGGIT KEPADA 30 RINGGIT SATU PENERBANGAN PERGI BALIK DAN BAGI JURURAWAT DARIPADA 15 RINGGIT KEPADA 30 RINGGIT SATU PENERBANGAN PERGI BALIK*

MENAMBAH KEMUDAHAN AWAM

65. KEMUDAHAN PRASARANA DAPAT MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT DESA DAN LUAR BANDAR* BAJET 2009 MENYEDIAKAN PERUNTUKAN 1.8 BILION RINGGIT UNTUK MENAMBAH KEMUDAHAN ASAS DAN INFRASTRUKTUR DI LUAR BANDAR* DARIPADA JUMLAH INI, LEBIH SATU BILION RINGGIT AKAN DISALURKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK JALAN LUAR BANDAR SEPANJANG 480 KILOMETER DAN JALAN KAMPUNG SEPANJANG 1,300 KILOMETER* SEBANYAK 280 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN BAGI BEKALAN AIR LUAR BANDAR DENGAN SASARAN 30 RIBU BUAH RUMAH, 350 JUTA RINGGIT UNTUK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR DENGAN SASARAN 3,600 BUAH RUMAH, DAN 65 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK MELAKSANAKAN 11,700 BUAH PROJEK KEMUDAHAN AWAM DI LUAR BANDAR*

66. KERAJAAN AKAN MEMPERGIATKAN USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN SABAH DAN SARAWAK* BAGI NEGERI SABAH, PERUNTUKAN HAMPIR TIGA BILION RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK INFRASTRUKTUR, TERMASUK 266 KILOMETER JALAN PERSEKUTUAN DAN JALAN LUAR BANDAR YANG AKAN MEMANFAATKAN LEBIH 550 RIBU PENDUDUK SETEMPAT* ANTARA PROJEK UTAMA, TERMASUK MEMBINA JALAN DARI JEROCO-LAHAD DATU FASA DUA, MENAIK TARAF DAN MEMBAIKI JALAN SANDAKAN KE TELUPID, MENAIK TARAF JALAN RANAU KE TAMBUNAN FASA DUA, MEMBINA JAMBATAN SEMPORNA–PULAU BUM-BUM, MENGGANTI JAMBATAN USANG DI KAWASAN PENDALAMAN SABAH, PROJEK KEMUDAHAN PELANCONGAN DAN EKOPELANCONGAN, KEMUDAHAN HOSPITAL DAN KESIHATAN LUAR BANDAR SERTA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DISEWA*

67. BAGI NEGERI SARAWAK, PERUNTUKAN 3.3 BILION RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK PELBAGAI PROJEK, TERMASUK PEMBINAAN 230 KILOMETER JALAN PERSEKUTUAN DAN JALAN LUAR BANDAR YANG AKAN MEMANFAATKAN LEBIH 350 RIBU PENDUDUK SETEMPAT* ANTARA PROJEK UTAMA YANG AKAN DILAKSANAKAN ADALAH PEMBINAAN JALAN PENGHUBUNG KE PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN BARU SARAWAK, JALAN NANGA BUAI KE ULU SEPAK, BETONG, JALAN AWAT-AWAT KE KUALA LAWAS, JALAN TANJONG ASSAM KE SARIBAS, EMPANGAN BENGOH KUCHING, SISTEM PENGURUSAN AIR SISA SECARA BERSEPADU DI BANDARAYA KUCHING, PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DISEWA, PROJEK KEMUDAHAN PELANCONGAN DAN EKOPELANCONGAN SERTA KEMUDAHAN HOSPITAL DAN KESIHATAN LUAR BANDAR*

STRATEGI KEDUA: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI
TUAN YANG DI-PERTUA,

68. PROGRAM KE ARAH MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI LAGI SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, ROHANI DAN INTELEK AKAN TERUS DILAKSANAKAN* ADALAH MENJADI HASRAT KERAJAAN UNTUK MELAHIRKAN TENAGA KERJA TERLATIH LAGI BERDAYA SAING, BAIK DI DALAM NEGARA MAHUPUN DI PERINGKAT ANTARABANGSA* SEJUMLAH 47.7 BILION RINGGIT, YANG MERUPAKAN 23 PERATUS DARIPADA BAJET 2009, DIPERUNTUKKAN UNTUK PENDIDIKAN DAN LATIHAN*

MEMPERTINGKATKAN PROGRAM LATIHAN DAN KEMAHIRAN

69. SEJUMLAH 2.4 BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI MEMPERTINGKATKAN KEMUDAHAN SERTA MENJALANKAN PROGRAM LATIHAN DAN KEMAHIRAN* DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, 150 JUTA RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI MENAIK TARAF 13 BUAH POLITEKNIK SEDIA ADA DAN 15 BUAH KOLEJ KOMUNITI SERTA CAWANGAN KOLEJ KOMUNITI* JUMLAH ENROLMEN DIJANGKA MENCECAH 120 RIBU PELAJAR BERBANDING 112 RIBU PADA MASA INI*

70. SEJUMLAH DUA RATUS JUTA RINGGIT DIPERUNTUKKAN KEPADA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (I.L.P.) DAN PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SEDIA ADA SERTA BAGI MEMBINA SEBUAH I.L.P. DI MARANG DAN SEBUAH ADTEC DI TAIPING* SEJUMLAH 360 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN BAGI MEMBIAYAI PROJEK INSTITUT KEMAHIRAN MARA DAN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI MARA, PROJEK KOLEJ PELAJARAN MARA DAN PROJEK GIAT MARA* BAGI MEMBANTU PELATIH GIAT MARA, ELAUN BULANAN AKAN DINAIKKAN DARIPADA SERATUS RINGGIT KEPADA DUA RATUS RINGGIT*

71. DALAM USAHA UNTUK MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN, KERAJAAN AKAN MENAMBAH BILANGAN JURURAWAT DI HOSPITAL KERAJAAN* PERUNTUKAN 70 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN PADA TAHUN 2009 UNTUK MELATIH 5,600 JURURAWAT DI INSTITUSI LATIHAN KEJURURAWATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, TERMASUK DUA RIBU PELATIH DI INSTITUSI LATIHAN SWASTA YANG DIIKTIRAF* SELAIN ITU, UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN JURURAWAT, GRADUAN DALAM BIDANG SAINS YANG BERKAITAN JUGA AKAN DIBERI PELUANG KERJAYA UNTUK MENGIKUTI LATIHAN DIPLOMA KEJURURAWATAN SELAMA SATU SETENGAH TAHUN, BERBANDING DENGAN BIASANYA TIGA TAHUN* DI SAMPING ITU, UNTUK MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN DAN KUALITI PERKHIDMATAN JURURAWAT, SEMUA JAWATAN PENOLONG JURURAWAT AKAN DINAIKKAN TARAF KEPADA JAWATAN JURURAWAT MASYARAKAT, SELEPAS MENGIKUTI KURSUS KEJURURAWATAN SELAMA ENAM BULAN*

72. UNTUK MENYOKONG PEMBANGUNAN PUSAT PELANCONGAN KESIHATAN DI WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA, KERAJAAN AKAN MENYEDIAKAN GERAN PELANCARAN 30 JUTA RINGGIT UNTUK MEWUJUDKAN PUSAT LATIHAN JURURAWAT TIDAK BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN* INI BERTUJUAN MEMPERTINGKATKAN KEBOLEHAN DAN KEMAHIRAN JURURAWAT DAN PERKHIDMATAN BERKAITAN UNTUK MENAMPUNG PERMINTAAN PASARAN YANG SEMAKIN TINGGI UNTUK JURURAWAT BERKEPAKARAN KHUSUS*

73. LEMBAGA KEMAJUAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (C.I.D.B.) SEHARUSNYA MENGAMBIL LANGKAH UNTUK MELATIH LEBIH RAMAI PEKERJA DALAM BIDANG PEMBINAAN* UNTUK TUJUAN INI, SAYA TELAH MENGARAHKAN C.I.D.B. UNTUK MENYEDIAKAN SEKURANG-KURANGNYA 100 RIBU PELUANG LATIHAN INDUSTRI PEMBINAAN DALAM BIDANG TEKNIKAL, TERMASUK PENGIMPALAN, PENGURUSAN DAN KESELAMATAN PADA TAHUN 2009* DI SAMPING ITU, SEMUA PEKERJA BINAAN DIGALAKKAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN KEMAHIRAN MELALUI KAEDAH AKREDITASI DAN LATIHAN KEMAHIRAN YANG DIKENDALIKAN OLEH C.I.D.B.* KOS AKREDITASI DAN LATIHAN KEMAHIRAN BAGI PEKERJA TEMPATAN AKAN DITANGGUNG OLEH C.I.D.B.*

MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

TUAN YANG DI-PERTUA,
74. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DIPERUNTUKKAN 31 BILION RINGGIT, UNTUK MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BAGI MANFAAT 5.8 JUTA PELAJAR* SEJUMLAH 1.6 BILION RINGGIT DISEDIAKAN BAGI MEMBIAYAI PERLUASAN PROGRAM SEDIA ADA, IAITU PERTAMBAHAN PERJAWATAN BERIKUTAN PEMBUKAAN 26 BUAH SEKOLAH RENDAH DAN 41 BUAH SEKOLAH MENENGAH YANG BARU DAN PERTAMBAHAN PERBELANJAAN UNTUK PENYELENGGARAAN, BANTUAN MAKANAN, BIASISWA, GERAN PER KAPITA DAN PERALATAN BARU*

75. SEJUMLAH 110 BUAH SEKOLAH RENDAH DAN 181 BUAH SEKOLAH MENENGAH BARU AKAN DIBINA BAGI MENGATASI MASALAH KEKURANGAN SEKOLAH DAN MENGGANTIKAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH USANG* DI SAMPING ITU, 615 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK PENYELENGGARAAN SEKOLAH DAN ASRAMA BAGI MEMASTIKAN SEMUA SEKOLAH BERADA DALAM KEADAAN BERSIH DAN SELAMAT* PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN INI TIDAK BOLEH DIPINDAHKAN BAGI TUJUAN LAIN*

76. BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI, PERUNTUKAN 14.1 BILION RINGGIT DISEDIAKAN KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI* DARIPADA JUMLAH INI, LAPAN BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI PERBELANJAAN MENGURUS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM, 627 JUTA RINGGIT KEPADA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SERTA 37 JUTA RINGGIT KEPADA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA* SEBANYAK 4.4 BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN UNTUK PERBELANJAAN PEMBANGUNAN, TERMASUK PEMBINAAN KEMUDAHAN KLINIKAL DAN BANGUNAN FAKULTI PERUBATAN SERTA MENYEDIAKAN LATIHAN PENYELIDIKAN*

MEMPERLUASKAN PROGRAM PINTAR

TUAN YANG DI-PERTUA,
77. KERAJAAN MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN SEKTOR SWASTA UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN* DALAM HUBUNGAN INI, PROGRAM PINTAR YANG MELIBATKAN PENGAMBILAN SEKOLAH ANGKAT OLEH SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (G.L.C.) TELAH DILANCARKAN PADA TAHUN 2006* PROGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA INISIATIF DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI G.L.C. YANG TELAH BERJAYA MELIBATKAN 23 SYARIKAT G.L.C. DAN ANAK SYARIKATNYA SERTA MEMBERI MANFAAT KEPADA 152 BUAH SEKOLAH DI SELURUH NEGARA* ANTARA PENCAPAIAN PINTAR TERMASUKLAH PENINGKATAN DALAM KADAR KELULUSAN PURATA MURID SEKOLAH SERTA PENAMBAHAN BILANGAN PELAJAR YANG MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN*

78. PROGRAM PINTAR AKAN DIPERLUASKAN KEPADA PENYERTAAN SYARIKAT SWASTA BUKAN G.L.C. DENGAN SASARAN 480 BUAH SEKOLAH DI SELURUH NEGARA MENJELANG TAHUN 2012* KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA SEKOLAH DI SABAH DAN SARAWAK* UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PINTAR SECARA BERSEPADU DAN LEBIH MELUAS, KERAJAAN AKAN MENUBUHKAN YAYASAN PINTAR DENGAN PERUNTUKAN 20 JUTA RINGGIT SEBAGAI GERAN PELANCARAN*

MEMUPUK BUDAYA KECEMERLANGAN

TUAN YANG DI-PERTUA,
79. UNTUK MENINGKATKAN LAGI DAYA TAHAN DAN DAYA SAING NEGARA, ADALAH PENTING KITA MEMUPUK BUDAYA KECEMERLANGAN DAN BERPRESTASI TINGGI DI SEMUA LAPISAN TENAGA KERJA DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA* KE ARAH INI, PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA TELAH DIMULAKAN DI DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM DAN JUGA DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI G.L.C., DENGAN MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA SISTEM GANJARAN BERASASKAN PRESTASI BAGI SEMUA TENAGA KERJA*

80. SELARAS DENGAN HASRAT KERAJAAN UNTUK MENERUSKAN AGENDA EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN, ADALAH PENTING UNTUK MEMASTIKAN LEBIH RAMAI TENAGA PEKERJA MAHIR BERKHIDMAT DI NEGARA INI DAN UNTUK MEMBENDUNG BRAIN DRAIN RAKYAT MALAYSIA* SEBAGAI SALAH SATU LANGKAH UNTUK MENJADIKAN KADAR CUKAI INDIVIDU KOMPETITIF DAN MENARIK KEPADA GOLONGAN INI, KERAJAAN MENCADANGKAN SUPAYA KADAR CUKAI INDIVIDU MAKSIMUM DITURUNKAN DARI 28 PERATUS KEPADA 27 PERATUS, MULAI TAHUN TAKSIRAN 2009* DI SAMPING ITU, KADAR CUKAI MARGINAL SEBANYAK 13 PERATUS AKAN DIKURANGKAN KEPADA 12 PERATUS, YANG AKAN MEMANFAATKAN GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA* PENGURANGAN INI DAN PENINGKATAN DALAM PEMBERIAN REBAT YANG SAYA UMUMKAN TADI AKAN MEMANFAATKAN SEMUA PEMBAYAR CUKAI*

81. KERAJAAN MENGALU-ALUKAN INISIATIF PIHAK MAJIKAN SWASTA MENGIKTIRAF SUMBANGAN PEKERJA YANG CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI* UNTUK INI, KERAJAAN MENCADANGKAN SUPAYA PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DIPERLUASKAN KEPADA SEMUA ANUGERAH BERKAITAN DENGAN INOVASI DAN PRODUKTIVITI*

82. MEMANDANGKAN MODAL INSAN MERUPAKAN PENYUMBANG UTAMA DALAM MENINGKATKAN DAYA SAING SYARIKAT, MAJIKAN SEHARUSNYA BERUSAHA MENDAPATKAN TENAGA KERJA TERBAIK* OLEH ITU, KERAJAAN MENCADANGKAN BAYARAN KEPADA AGENSI PEKERJAAN DAN PENYERTAAN DALAM EKSPO KERJAYA, DIBENARKAN SEBAGAI POTONGAN CUKAI*

STRATEGI KETIGA: MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN NEGARA

TUAN YANG DI-PERTUA,
83. SUNGGUHPUN EKONOMI GLOBAL DIJANGKA BERKEMBANG SEDERHANA, PERTUMBUHAN DI RANTAU INI KEKAL KUKUH, TERUTAMANYA DI CHINA DAN INDIA* DAYA TAHAN DI RANTAU INI MEMBERI PELUANG UNTUK PERTUMBUHAN BEBERAPA SEKTOR DALAM EKONOMI NEGARA, SEPERTI BERIKUT:
PERTAMA: PERKHIDMATAN SERANTAU SEPERTI KEWANGAN ISLAM, PROSES PERNIAGAAN PENYUMBERAN LUAR, PELANCONGAN, PENJAGAAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BERKAITAN PENERBANGAN;
KEDUA: INDUSTRI BERASASKAN SUMBER, TERUTAMANYA PETROLEUM DAN MINYAK KELAPA SAWIT; DAN
KETIGA: INDUSTRI PEMBUATAN NILAI DITAMBAH TINGGI, SEPERTI ELEKTRONIK*

84. MALAYSIA TELAH MEMBUKTIKAN DAYA SAING DALAM SEKTOR-SEKTOR INI BERASASKAN KEUPAYAAN MODAL INSANNYA* KECEMERLANGAN GOLONGAN PROFESIONAL KITA DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA SEHINGGA RAMAI ANTARA MEREKA KINI BEKERJA DI SERATA DUNIA* KECEMERLANGAN GOLONGAN PROFESIONAL KITA HARUS DIGILAP LAGI* UNTUK INI, KITA PERLU MELATIH LEBIH RAMAI GOLONGAN PROFESIONAL DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEREKA* SEHUBUNGAN ITU, KERAJAAN TELAH PUN MEMBERI POTONGAN CUKAI DUA KALI BAGI LATIHAN TERPILIH YANG DIANJURKAN OLEH INCEIF DI DALAM KEWANGAN ISLAM* KERAJAAN MENCADANGKAN UNTUK MEMPERLUASKAN POTONGAN CUKAI DUA KALI KEPADA MAJIKAN YANG MENAJA PEKERJA MEREKA MENGIKUTI PENGAJIAN LEPASAN IJAZAH DALAM BIDANG SEPERTI I.C.T., ELEKTRONIK DAN SAINS HAYAT* PENGECUALIAN CUKAI PEGANGAN JUGA AKAN DIBERIKAN KEPADA PAKAR BUKAN PEMASTAUTIN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LATIHAN TEKNIKAL DALAM BIDANG TERSEBUT*

PERSEKITARAN KONDUSIF BAGI PELABURAN SWASTA

TUAN YANG DI-PERTUA,
85. KERAJAAN AKAN TERUS MENGGALAKKAN AKTIVITI SEKTOR SWASTA DENGAN MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF* INI TERMASUK USAHA MEMASTIKAN PELABUR ASING TERUS MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELABURAN* PADA TAHUN 2007, KEMASUKAN PELABURAN LANGSUNG ASING IALAH 5.2 PERATUS DARIPADA K.D.N.K. BERBANDING DUA PERATUS BAGI NEGARA CHINA DAN 1.3 PERATUS BAGI NEGARA INDIA* MALAYSIA MASIH MAMPU MENARIK PELABURAN ASING KE DALAM PELBAGAI BIDANG, TERUTAMANYA DALAM SEKTOR MINYAK DAN GAS SERTA PEMBUATAN* UNTUK MENGGALAKKAN LAGI SEKTOR SWASTA MELABUR, KERAJAAN MENCADANGKAN GROUP RELIEF DITAMBAH BAIK DENGAN MEMBENARKAN KADAR KERUGIAN YANG BOLEH DITOLAK DITINGKATKAN DARIPADA 50 PERATUS KEPADA 70 PERATUS*

86. PENGGUNAAN I.C.T. DALAM PERNIAGAAN MERUPAKAN SATU KEPERLUAN ASAS UNTUK KEKAL BERDAYA SAING* WALAU BAGAIMANAPUN, PENGGUNAAN I.C.T. MEMERLUKAN PERBELANJAAN YANG AGAK BESAR OLEH SYARIKAT, TERUTAMANYA P.K.S., UNTUK MENGGANTI DAN MENAIK TARAF PERALATAN I.C.T.* OLEH ITU, BAGI MENGGALAKKAN SEKTOR SWASTA MELABUR DALAM PERALATAN I.C.T. YANG TERKINI, KERAJAAN MENCADANGKAN PERBELANJAAN KE ATAS PERALATAN I.C.T. YANG KINI DIBERIKAN ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN YANG LAYAK DITUNTUT SEPENUHNYA DALAM TEMPOH DUA TAHUN DIPERCEPATKAN KEPADA SATU TAHUN*

87. UNTUK MEMASTIKAN MALAYSIA KEKAL SEBAGAI DESTINASI PELABURAN YANG MENARIK DI RANTAU INI, TERUTAMANYA DI KALANGAN SYARIKAT MULTINASIONAL, RANGKA PERCUKAIAN HARUS TELUS DAN MESRA PERNIAGAAN* UNTUK MEMBERI LEBIH KEPASTIAN MENGENAI TRANSFER PRICING, KERAJAAN AKAN MEWUJUDKAN MEKANISME PENENTUAN HARGA AWAL* MEKANISME INI TELAH BANYAK DIAMALKAN OLEH NEGARA-NEGARA MAJU DAN DIDAPATI TELAH BERJAYA MENANGANI ISU TRANSFER PRICING DENGAN LEBIH CEKAP DAN BERKESAN*

88. PENINGKATAN KECEKAPAN OPERASI PELABUHAN ADALAH PENTING BAGI MENYOKONG PERTUMBUHAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA NEGARA* UNTUK INI, KERAJAAN MENCADANG MEMANSUHKAN LARANGAN IMPORT BAGI KREN DI PELABUHAN, MANAKALA KADAR DUTI IMPORT DIKURANGKAN DARIPADA 20 PERATUS KEPADA LIMA PERATUS*

MEMPERGIATKAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERTUMBUHAN

TUAN YANG DI-PERTUA,
89. KERAJAAN KOMITED KEPADA INISIATIF KORIDOR PERTUMBUHAN WILAYAH KE ARAH PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI YANG LEBIH SEIMBANG* ADALAH MENJADI HASRAT KERAJAAN UNTUK MEMBUKA LEBIH BANYAK PELUANG PELABURAN, PEKERJAAN DAN KEUSAHAWANAN AGAR PENDAPATAN RAKYAT DAPAT DITINGKATKAN SECARA MAPAN* SETAKAT INI, KELIMA-LIMA KORIDOR PEMBANGUNAN TELAH DILANCARKAN DAN INISIATIF SEPERTIMANA YANG TELAH DIRENCANAKAN DI DALAM PELAN INDUK PEMBANGUNAN MASING-MASING TELAH MULA DILAKSANAKAN* KORIDOR TERSEBUT ADALAH ISKANDAR MALAYSIA, WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA, WILAYAH KORIDOR PANTAI TIMUR, KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH DAN KORIDOR TENAGA DIPERBAHARU SARAWAK* DI DALAM KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, SILING TAMBAHAN SEPULUH BILION RINGGIT TELAH DIPERUNTUKKAN UNTUK PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KORIDOR-KORIDOR TERSEBUT* SEBANYAK ENAM BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN DALAM BAJET 2009*

90. UNTUK MENGUKUHKAN PELABURAN SWASTA DI ISKANDAR MALAYSIA, PERUNTUKAN TAMBAHAN 300 JUTA RINGGIT DI BAWAH DANA PELABURAN STRATEGIK DISEDIAKAN BAGI MELAKSANAKAN PROJEK PERKONGSIAN SEKTOR AWAM DAN SWASTA, SEPERTI PENGANGKUTAN AWAM, PERKHIDMATAN KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN INDUSTRI KREATIF* PERKONGSIAN INI MERUPAKAN SATU KAEDAH DI MANA SEKTOR SWASTA MENANGGUNG SEPENUHNYA RISIKO PROJEK, SEMENTARA KERAJAAN MEMBERI BANTUAN UNTUK MEMASTIKAN PROJEK INI BERDAYA MAJU* SEBAGAI CONTOH, DI DALAM BIDANG KESIHATAN, SEKTOR SWASTA MEMBINA HOSPITAL MANAKALA KERAJAAN MEMBANTU PENGUSAHA TERSEBUT DENGAN MENAJA PESAKIT YANG LAYAK DIBIAYAI OLEH KERAJAAN KE HOSPITAL TERSEBUT*

91. BAGI MEMENUHI PERMINTAAN YANG AKAN WUJUD DARI PERTUMBUHAN PERNIAGAAN, ISKANDAR MALAYSIA AKAN MEMBANGUNKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU* SEBAGAI PERMULAAN, USAHA INI AKAN DITUMPUKAN KEPADA MENAMBAH BAIK PERKHIDMATAN BAS MELALUI KERJASAMA DENGAN PENGUSAHA BAS SEDIA ADA* DI BIDANG PERKHIDMATAN KESIHATAN, PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN DAN PENYELIDIKAN PASCA IJAZAH AKAN DITUBUHKAN DENGAN KERJASAMA HOSPITAL SWASTA* ISKANDAR MALAYSIA AKAN MENUBUHKAN SEKOLAH TIDAK BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN SECARA PERINTIS* PENGAMBILAN PELAJAR SEKOLAH INI AKAN TERDIRI DARIPADA PELAJAR TAJAAN KERAJAAN DAN PERSENDIRIAN* SELAIN ITU, DANA AKAN DISEDIAKAN UNTUK MEMBANGUNKAN KLUSTER INDUSTRI KREATIF DI ISKANDAR MALAYSIA KE ARAH MENGUKUHKAN BAKAT KREATIF TEMPATAN*

92. ANTARA PROGRAM YANG SEDANG DILAKSANAKAN DI KORIDOR PANTAI TIMUR ADALAH PROJEK AGROPOLITAN DI SELATAN KELANTAN, BESUT-SETIU DAN PEKAN, TERMASUK MEMBANGUNKAN PRODUK KENAF* BAGI MEMBOLEHKAN PENDUDUK TEMPATAN MENDAPAT MANFAAT DARIPADA SUMBER PETROLEUM DI TERENGGANU, INDUSTRI HILIRAN, SEPERTI KLUSTER INDUSTRI PLASTIK KERTIH AKAN DIMAJUKAN* BEGITU JUGA, KORIDOR SARAWAK AKAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN TENAGA HIDRO DAN ARANG BATU SERTA INDUSTRI HILIRAN PETROLEUM DAN GAS*

93. UNTUK MENCAPAI SEPENUHNYA POTENSI SEKTOR PERTANIAN DI DALAM KORIDOR UTARA, BEBERAPA PROJEK SEDANG DILAKSANAKAN, TERMASUK PROJEK TERNAKAN LEMBU DAGING MENGGUNAKAN SISTEM FIDLOT DI TOBIAR, LAKA TEMIN DAN CHUPING SERTA PROGRAM MEMBANGUNKAN TIGA RIBU HEKTAR KAWASAN SAWAH* DI KORIDOR SABAH, PROJEK KELOMPOK INDUSTRI BERASASKAN KELAPA SAWIT DI LAHAD DATU DAN PUSAT BERSEPADU TERNAKAN KENINGAU SEDANG DILAKSANAKAN*

MEMPROMOSIKAN PELANCONGAN
94. DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN KORIDOR DI SABAH DAN SARAWAK, KERAJAAN MENCADANGKAN PELABURAN BARU OLEH PENGUSAHA HOTEL BERTARAF EMPAT DAN LIMA BINTANG DI SABAH DAN SARAWAK DIBERI GALAKAN TARAF PERINTIS DENGAN PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN 100 PERATUS ATAU ELAUN CUKAI PELABURAN 100 PERATUS BAGI TEMPOH LIMA TAHUN*

95. PADA JULAI 2008, UNESCO TELAH MENGISYTIHARKAN MELAKA DAN GEORGETOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA KERANA GAYA HIDUP, SEJARAH, SENI BINA DAN KEPELBAGAIAN BUDAYANYA* INI ADALAH SATU PENGIKTIRAFAN DARIPADA MASYARAKAT SEDUNIA DI ATAS KEKAYAAN DAN KEPELBAGAIAN WARISAN BUDAYA KITA* UNTUK MENYOKONG INISIATIF PEMULIHARAAN TAPAK WARISAN TERSEBUT, KERAJAAN AKAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN 50 JUTA RINGGIT UNTUK KERJA PEMULIHARAAN DI MELAKA DAN PULAU PINANG* AKTIVITI INI AKAN DIKENDALIKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN DAN SEKTOR SWASTA*

GALAKAN UNTUK SYARIKAT MODAL TEROKA

TUAN YANG DI-PERTUA,
96. TERDAPAT BANYAK PROJEK SEKTOR SWASTA YANG BERINOVATIF DAN BERPOTENSI TINGGI YANG BOLEH DILAKSANAKAN TETAPI MENGHADAPI MASALAH MENDAPATKAN SUMBER PEMBIAYAAN BERIKUTAN RISIKO YANG TINGGI* SUMBER PEMBIAYAAN KONVENSIONAL, SEPERTI PINJAMAN BANK DAN SEKURITI HUTANG SWASTA, MUNGKIN TIDAK BEGITU SESUAI MEMBIAYAI PROJEK INI* BAGI MENGGALAKKAN LEBIH BANYAK PELABURAN OLEH DANA MODAL TEROKA DAN EKUITI SWASTA, KERAJAAN MENCADANGKAN SUPAYA SYARIKAT MODAL TEROKA YANG MELABURKAN DANA SEKURANG-KURANGNYA 30 PERATUS DALAM BENTUK START UP, EARLY STAGE FINANCING ATAU SEED CAPITAL DIBERI PENGECUALIAN CUKAI SELAMA LIMA TAHUN*

MEMAJUKAN SEKTOR MARITIM

TUAN YANG DI-PERTUA,
97. SEBAGAI SEBUAH NEGARA PERDAGANGAN, PERKEMBANGAN INDUSTRI PERKAPALAN TEMPATAN TERUS DIGALAKKAN BERTUJUAN MEMASTIKAN LEBIH BANYAK SYARIKAT KAPAL TEMPATAN TERLIBAT DALAM PENGANGKUTAN BARANGAN PERDAGANGAN NEGARA* DUA DANA BERJUMLAH 2.3 BILION RINGGIT TELAH DITUBUHKAN DI BAWAH BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD, IAITU MALAYSIAN SHIPPING FINANCE FUND DAN NEW SHIPPING FINANCE FACILITY BAGI TUJUAN MEMBIAYAI PEMBELIAN KAPAL* DANA-DANA INI TELAH BERJAYA DIGUNAKAN SEPENUHNYA DI MANA 68 BUAH SYARIKAT PERKAPALAN DAN LAPAN LIMBUNGAN KAPAL MENDAPAT PEMBIAYAAN* OLEH ITU, SATU DANA BARU BERJUMLAH DUA BILION RINGGIT AKAN DISEDIAKAN UNTUK MEMBIAYAI PEMBELIAN KAPAL DAN JUGA MENAIK TARAF LIMBUNGAN KAPAL*

MEMPERGIATKAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

TUAN YANG DI-PERTUA,
98. PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (P.K.S.) BERPERANAN PENTING DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI* UNTUK MENINGKATKAN LAGI PERANAN P.K.S., KERAJAAN TELAH MENGUMUMKAN DUA DANA BARU BERJUMLAH 1.2 BILION RINGGIT YANG DIBIAYAI OLEH BANK NEGARA MALAYSIA* DANA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU P.K.S. MEMODENKAN OPERASI MEREKA, TERUTAMANYA BAGI PEMBELIAN ATAU PENAMBAHBAIKAN MESIN DAN PERALATAN SERTA MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN KOS* BAGI TERUS MEMANTAPKAN LAGI SOKONGAN KEPADA P.K.S., KERAJAAN MENCADANGKAN SEMUA ASET DALAM BENTUK LOJI DAN MESIN YANG DIPEROLEHI DALAM TAHUN TAKSIRAN 2009 DAN 2010 DIBERIKAN ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN YANG LAYAK DITUNTUT SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SATU TAHUN* DI SAMPING ITU, P.K.S. JUGA DIBENARKAN MENUNTUT ELAUN MODAL SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SATU TAHUN KE ATAS SEMUA ASET BERNILAI KECIL MEREKA*

PELAN TENAGA NEGARA

TUAN YANG DI-PERTUA,
99. KEJAYAAN INDUSTRI PETROLEUM NEGARA TELAH MEMBERI SUMBANGAN BESAR KEPADA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI NEGARA* PETRONAS TELAH MEMBERI SUMBANGAN KEWANGAN YANG BESAR KEPADA KERAJAAN DALAM BENTUK ROYALTI, CUKAI, DUTI DAN DIVIDEN* SEMUA SUMBANGAN INI TELAH MEMBOLEHKAN KERAJAAN MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN DAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK*

100. WALAUPUN INDUSTRI PETROLEUM NEGARA TELAH MENCAPAI KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN, KITA TIDAK SEHARUSNYA LUPA BAHAWA SUMBER MINYAK DAN GAS NEGARA ADALAH KECIL, SEMAKIN BERKURANGAN DAN TERHAD* WALAUPUN USAHA MENCARI SUMBER RIZAB BARU SEDANG DITERUSKAN DAN TELAH MENEMUI KEJAYAAN YANG AMAT BAIK, KITA MESTI MENERIMA HAKIKAT BAHAWA SUMBER INI BAKAL HABIS DAN APABILA BERLAKU, IA AKAN MENDATANGKAN KESAN YANG BESAR KE ATAS EKONOMI NEGARA*

101. KITA MESTI MENCARI PENYELESAIAN BARU UNTUK MEMASTIKAN KEPERLUAN BEKALAN TENAGA JANGKA PANJANG NEGARA TETAP TERJAMIN* OLEH YANG DEMIKIAN, KITA PERLU MELIPATGANDAKAN USAHA MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TENAGA UNTUK MEMASTIKAN PENGGUNAAN YANG LEBIH PRODUKTIF DAN BERHEMAH* DALAM USAHA YANG SAMA, KITA PERLU MENINGKATKAN USAHA MENGGALAKKAN PENGGUNAAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF SEPERTI SOLAR, ANGIN DAN BIOFUELS, DI SAMPING MENEROKAI SUMBER TENAGA NUKLEAR* KERAJAAN KINI MERANGKA PELAN TENAGA NEGARA YANG KOMPREHENSIF UNTUK MENANGANI CABARAN-CABARAN INI DAN MENGHASILKAN RANGKA SERTA ARAH TUJU JANGKA PANJANG YANG JELAS KE ARAH SUATU POLISI TENAGA YANG MAPAN*

102. BAGI MENANGANI HARGA BAHAN API FOSIL YANG TIDAK MENENTU, BEBERAPA LANGKAH TELAH DIAMBIL UNTUK MEMPELBAGAIKAN SUMBER TENAGA DAN MENJIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA* PADA MASA INI, PELBAGAI GALAKAN TELAH DISEDIAKAN BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI DAN PENJIMATAN TENAGA* KE ARAH INI, KERAJAAN MENCADANGKAN PENGECUALIAN CUKAI, SEPERTI BERIKUT:
PERTAMA: DUTI IMPORT DAN CUKAI JUALAN KE ATAS PERALATAN SISTEM SOLAR PHOTOVOLTAIC;
KEDUA: DUTI IMPORT DAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANGAN PERANTARAAN, SEPERTI HIGH EFFICIENCY MOTORS DAN INSULATION MATERIALS;
KETIGA: CUKAI JUALAN KE ATAS PERALATAN SISTEM PEMANASAN SOLAR KELUARAN TEMPATAN;
KEEMPAT: CUKAI JUALAN KE ATAS BARANGAN PENGGUNA KELUARAN TEMPATAN YANG MENJIMATKAN TENAGA, SEPERTI PETI SEJUK, ALAT PENYAMAN UDARA, LAMPU, KIPAS ANGIN DAN TELEVISYEN; DAN
KELIMA: DUTI IMPORT 100 PERATUS DAN DUTI EKSAIS 50 PERATUS KEPADA PEMEGANG FRANCAIS YANG MENGIMPORT KERETA HIBRID CBU BARU YANG BERKAPASITI ENJIN DI BAWAH 2,000 C.C.* PENGECUALIAN INI ADALAH BAGI TEMPOH DUA TAHUN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MEREKA MEMASANGNYA DALAM NEGARA*

MERANCAKKAN PASARAN MODAL

TUAN YANG DI-PERTUA,
103. PASARAN MODAL NEGARA TELAH MENCAPAI PERTUMBUHAN YANG MEMBANGGAKAN, DAN KINI, MERUPAKAN ANTARA PASARAN MODAL TERBESAR DI RANTAU INI* KEMAJUAN YANG TELAH DICAPAI BUKAN SAHAJA DARI SEGI MENINGKATKAN LAGI SAIZ PASARAN, TETAPI JUGA DARI SEGI USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN PRODUK BARU DAN BERINOVATIF UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN DAN PILIHAN PELABUR TEMPATAN DAN LUAR NEGARA*

104. UNTUK MENGUKUHKAN LAGI PASARAN MODAL NEGARA DAN MEMUDAHKAN SYARIKAT PERANTARA DOMESTIK, SEPERTI PENASIHAT KORPORAT UTAMA, MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA MEREKA, KERAJAAN MENCADANGKAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FI YANG DITERIMA OLEH SYARIKAT PERANTARA DOMESTIK YANG BERJAYA MENARIK PENYENARAIAN SYARIKAT DAN PRODUK PELABURAN ASING DI BURSA MALAYSIA* LANGKAH INI JUGA AKAN MEMBOLEHKAN PELABUR TEMPATAN MEMPEROLEH SAHAM SYARIKAT ASING YANG DISENARAIKAN DI BURSA TEMPATAN*

105. UNTUK MENINGKATKAN KEDUDUKAN NEGARA SEBAGAI SATU HAB PASARAN MODAL ISLAM, KERAJAAN MENCADANGKAN PENGECUALIAN CUKAI DIBERI SELAMA TIGA TAHUN BAGI PENDAPATAN FI DAN KEUNTUNGAN YANG DITERIMA OLEH INSTITUSI YANG MENJALANKAN URUS NIAGA SUKUK BUKAN RINGGIT YANG DITERBITKAN DI MALAYSIA DAN DIAGIHKAN DI LUAR MALAYSIA*

106. SELAIN ITU, UNTUK MENGGALAKKAN USAHA MEMPELBAGAIKAN LAGI PRODUK DAN MENARIK LEBIH RAMAI PELABUR ASING KE PASARAN MODAL NEGARA, KADAR CUKAI KE ATAS DIVIDEN DARIPADA AMANAH PELABURAN HARTANAH (REIT) YANG DITERIMA OLEH PELABUR INSTITUSI ASING YANG KINI DIKENAKAN CUKAI PADA KADAR 20 PERATUS DIKURANGKAN KEPADA SEPULUH PERATUS* MENYEDARI BAHAWA REIT MERUPAKAN PRODUK PELABURAN YANG MENARIK BAGI INDIVIDU, KERAJAAN MENCADANGKAN PENGURANGAN CUKAI DARIPADA 15 PERATUS KEPADA SEPULUH PERATUS*

MENJAMIN KESELAMATAN AWAM

TUAN YANG DI-PERTUA,
107. NEGARA YANG AMAN DAN HARMONI MEMBOLEHKAN RAKYAT HIDUP DALAM SUASANA SELAMAT, MEMBOLEHKAN URUSAN HARIAN BERJALAN LANCAR SERTA MENINGKATKAN KEYAKINAN PENIAGA DAN PELABUR* KETENTERAMAN AWAM DAN KESELAMATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIKOMPROMI* BAJET 2009 MENYEDIAKAN PERUNTUKAN 5.4 BILION RINGGIT BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (P.D.R.M.)* DARIPADA JUMLAH INI, 4.8 BILION RINGGIT BAGI BELANJA MENGURUS DAN 600 JUTA RINGGIT BAGI BELANJA PEMBANGUNAN*

108. SEBANYAK 162 BUAH BALAI POLIS DAN PONDOK POLIS TELAH DIWUJUDKAN DALAM TAHUN 2008 DI KAWASAN YANG MENCATATKAN KEJADIAN JENAYAH YANG TINGGI, IAITU DI SELANGOR, JOHOR, PULAU PINANG DAN KUALA LUMPUR* DALAM USAHA MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN WARGA DAN NEGARA, 220 JUTA RINGGIT DIPERUNTUKKAN DALAM TAHUN 2009 BAGI PEMBINAAN IBU PEJABAT, BALAI DAN PONDOK POLIS DI SELURUH NEGARA*

109. DALAM TEMPOH 2008 HINGGA 2010, SERAMAI 22,800 KONSTABEL DAN TIGA RIBU INSPEKTOR AKAN DILANTIK* DI SAMPING ITU, ELAUN BAYARAN INSENTIF KHAS ANGGOTA P.D.R.M. DITINGKATKAN DARIPADA SERATUS KEPADA DUA RATUS RINGGIT SEBULAN, MULAI 1 JANUARI 2009*

110. KERAJAAN TELAH PUN MEMBERI GALAKAN CUKAI KE ATAS PEMASANGAN ALAT KAWALAN KESELAMATAN DI PREMIS KILANG DAN ALAT PENGESAN KENDERAAN BAGI MENINGKATKAN KESELAMATAN BARANGAN* KERAJAAN MENCADANGKAN SUPAYA SEMUA PREMIS PERNIAGAAN YANG MEMASANG ALAT KAWALAN KESELAMATAN DIBERI ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN YANG BOLEH DITUNTUT SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SATU TAHUN*

MENGHARGAI PERKHIDMATAN AWAM

TUAN YANG DI-PERTUA,
111. KERAJAAN MENGHARGAI PENINGKATAN PRODUKTIVITI DAN SUMBANGAN KAKITANGAN SEKTOR AWAM KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA* KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MEMBERI BONUS BERSAMAAN SEBULAN GAJI DENGAN MINIMUM SERIBU RINGGIT BAGI TAHUN 2008* BONUS INI AKAN DIBERI DALAM DUA BAYARAN, IAITU PADA BULAN SEPTEMBER DAN DISEMBER, 2008*

PERUNTUKAN BAJET 2009

TUAN YANG DI-PERTUA,
112. KEDUDUKAN FISKAL KERAJAAN PERSEKUTUAN BERTAMBAH KUKUH SEMENJAK TUJUH TAHUN YANG LALU, DENGAN DEFISIT KESELURUHAN BERJAYA DIKURANGKAN DARIPADA 5.5 PERATUS DARIPADA K.D.N.K. PADA TAHUN 2000 KEPADA 3.2 PERATUS PADA TAHUN 2007* KEJAYAAN MENGURANGKAN DEFISIT INI TELAH MEMBERI LEBIH FLEKSIBILITI KEPADA DASAR FISKAL KERAJAAN, TERUTAMANYA KETIKA NEGARA MENGHADAPI CABARAN PERSEKITARAN EKONOMI GLOBAL YANG TIDAK MENENTU SERTA PENINGKATAN HARGA BARANGAN*

113. PENGURANGAN TAHAP DEFISIT SEJAK TUJUH TAHUN LALU TELAH MEMBERI RUANG KEPADA KERAJAAN UNTUK MELAKSANAKAN LANGKAH TAMBAHAN BAGI MENGURANGKAN IMPAK PENINGKATAN HARGA KE ATAS RAKYAT* LANGKAH INI TELAH MELIBATKAN PERBELANJAAN TAMBAHAN 22.1 BILION RINGGIT PADA TAHUN INI, TERMASUK 17 BILION RINGGIT BAGI SUBSIDI MINYAK DAN 3.6 BILION RINGGIT BAGI SUBSIDI MAKANAN* SELAIN DARIPADA INI, BEBERAPA SEKTOR UTAMA TELAH DIBERI TAMBAHAN PERUNTUKAN SEJUMLAH 1.5 BILION RINGGIT, TERUTAMANYA PENDIDIKAN, KESIHATAN, KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN DALAM NEGERI*

114. SETELAH MENGAMBIL KIRA HASIL SEBANYAK 161.6 BILION RINGGIT DAN PERBELANJAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SEBANYAK 196.9 BILION RINGGIT, DEFISIT FISKAL DIANGGAR MENINGKAT KEPADA 4.8 PERATUS PADA TAHUN 2008* WALAU BAGAIMANAPUN, KERAJAAN PERCAYA DEFISIT FISKAL YANG TINGGI INI MERUPAKAN KEPERLUAN ONE-OFF DAN KERAJAAN KOMITED UNTUK MENGURANGKAN DEFISIT FISKAL KEPADA 3.6 PERATUS PADA TAHUN 2009*

115. DENGAN STRATEGI DAN PROGRAM YANG TELAH SAYA BENTANGKAN, SAYA MENCADANGKAN, SEJUMLAH 207.9 BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI BAJET 2009, IAITU 5.1 PERATUS LEBIH TINGGI BERBANDING PERUNTUKAN DIPINDA TAHUN 2008* DARIPADA JUMLAH INI, 154.2 BILION RINGGIT ADALAH BAGI PERUNTUKAN MENGURUS, MANAKALA 53.7 BILION RINGGIT DISEDIAKAN BAGI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN*

116. DI BAWAH PERUNTUKAN MENGURUS, 86.3 BILION RINGGIT ATAU 56.6 PERATUS ADALAH BAGI PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP, 38 BILION RINGGIT UNTUK EMOLUMEN, 26.5 BILION RINGGIT BAGI PERKHIDMATAN DAN BEKALAN, 2.4 BILION RINGGIT UNTUK PEMBELIAN ASET DAN SATU BILION RINGGIT UNTUK PERBELANJAAN LAIN*

117. BAGI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN, BAHAGIAN TERBESAR 27.8 BILION RINGGIT IALAH UNTUK SEKTOR EKONOMI YANG TERDIRI DARIPADA SEKTOR PERTANIAN, PERINDUSTRIAN DAN INFRASTRUKTUR* SEJUMLAH 17.8 BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN KEPADA SEKTOR SOSIAL IAITU PENDIDIKAN, KESIHATAN DAN PERUMAHAN* SEKTOR KESELAMATAN MENERIMA 4.1 BILION RINGGIT DAN PENTADBIRAN 2.1 BILION RINGGIT, MANAKALA BAKINYA DUA BILION RINGGIT ADALAH UNTUK SIMPANAN LUAR JANGKA*

PROSPEK EKONOMI TAHUN 2009

118. PERTUMBUHAN EKONOMI BAGI TAHUN 2009 DIJANGKA BERKEMBANG PADA KADAR 5.4 PERATUS* PERTUMBUHAN INI DIDORONG OLEH PERMINTAAN DALAM NEGERI, DENGAN PENGGUNAAN DAN PELABURAN SWASTA MENINGKAT SEBANYAK 6.5 PERATUS DAN 5.8 PERATUS* PERTUMBUHAN JUGA DIJANGKA LEBIH MENYELURUH DENGAN SUMBANGAN POSITIF DARI SEMUA SEKTOR EKONOMI* SUMBER PERTUMBUHAN EKONOMI DIJANGKA MASIH DITERAJUI OLEH SEKTOR PERKHIDMATAN YANG DIJANGKA BERKEMBANG PADA KADAR 6.9 PERATUS* PERTUMBUHAN INI DIDORONG OLEH KERANCAKAN INDUSTRI PELANCONGAN, PENGANGKUTAN, KEWANGAN DAN PERBANKAN SERTA INDUSTRI BERKAITAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI* PERDAGANGAN LUAR NEGARA AKAN TERUS MANTAP DENGAN EKSPORT BERKEMBANG 4.6 PERATUS*

119. PENDAPATAN PER KAPITA DIUNJURKAN MENINGKAT 8.1 PERATUS KEPADA 27,900 RINGGIT DAN DARI SEGI PARITI KUASA BELI BERSAMAAN 17,600 DOLAR AMERIKA* KADAR INFLASI DIJANGKA LEBIH SEDERHANA, BERIKUTAN PELAKSANAAN PELBAGAI LANGKAH KERAJAAN UNTUK MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA*

PENUTUP

TUAN YANG DI PERTUA,
120. PEMBENTANGAN BAJET 2009 MEMBUKTIKAN SEKALI LAGI BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL SENTIASA MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT DAN BERTINDAK UNTUK MERINGANKAN BEBAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT, KHUSUSNYA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH* BAJET INI JUGA SELARAS DENGAN PERANCANGAN JANGKA MASA SEDERHANA YANG TERMAKTUB DALAM MISI NASIONAL DAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN UNTUK TERUS MEMBANGUNKAN NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020*

121. KERAJAAN BARISAN NASIONAL AKAN TERUS MENTADBIR EKONOMI NEGARA DENGAN PENUH BERAMANAH TANPA MEMBUAT JANJI-JANJI POPULIS SEPERTI YANG DICANANGKAN OLEH PEMBANGKANG YANG BOLEH MEMUSNAHKAN KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN DAN MEWARISKAN NEGARA YANG MUFLIS PADA GENERASI MUDA*

122. SESUNGGUHNYA, KESTABILAN POLITIK NEGARA WAJIB DIPELIHARA SECARA BERSAMA* BADAN-BADAN POLITIK, BADAN BUKAN KERAJAAN, SEKTOR SWASTA DAN MEDIA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG AMAN, DAMAI, TEGUH LAGI BERSATU* RAKYAT TIDAK AKAN DIMAKMURKAN DAN NEGARA TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN HANYA DENGAN RETORIK POLITIK* BUDAYA BERPOLITIK YANG KETERLALUAN MERUGIKAN SETIAP KITA, MALAH MENJEJASKAN KEMAKMURAN NEGARA*

123. SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG DIBERI MANDAT OLEH RAKYAT PADA BULAN MAC LALU AKAN TERUS MEMELIHARA KESTABILAN POLITIK DAN MENINGKATKAN KEMAKMURAN EKONOMI NEGARA* USAHA PIHAK TERTENTU YANG CUBA MENGGUGAT KESTABILAN INI, DENGAN MERAMPAS KUASA SECARA TIDAK SAH TANPA MANDAT MAJORITI RAKYAT, PERLU DITOLAK* KITA TIDAK BOLEH MEMBENARKAN KETIDAKPASTIAN YANG TIMBUL UNTUK BERTERUSAN* SEDIKIT SEBANYAK IA AKAN MEMERI KESAN NEGATIF KEPADA PELABUR ASING, SENTIMEN EKONOMI DAN JUGA PASARAN MODAL* SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN GANGGUAN INI DITERUSKAN* SAYA TIDAK AKAN MEMBERNARKAN MANDAT RAKYAT DIRAMPAS DARIPADA PARTI BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENANG MAJORITI PILIHANRAYA UMUM SECARA SAH DAN MENGIKUT LUNAS DEMOKRASI* SAYA YAKIN RAKYAT AKAN TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS MENTADBIR NEGARA* WE NEED TO GET ON WITH THE BUSINESS OF GOVERNING AND NOT WASTE ANY MORE TIME WITH OPPORTUNISTIC THREATS TO SEIZE THE PEOPLE’S MANDATE THROUGH UNDEMOCRATIC MEANS, DENGAN IZIN*

124. KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA* UNTUK INI, KERAJAAN MEMERLUKAN PERSEFAHAMAN DAN PERANAN KONSTRUKTIF SEMUA LAPISAN MASYARAKAT, TERMASUK MEREKA YANG BERBEZA FAHAMAN POLITIK* MARILAH KITA BERSAMA, DALAM SEMANGAT SATU BANGSA SATU NEGARA, MEMBANGUNKAN TANAH AIR TERCINTA INI SERTA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KEMERDEKAAN NEGARA* MARILAH KITA BERSATU MEMBINA SEBUAH NEGARA-BANGSA YANG TERUS GEMILANG*

125. SEMOGA ALLAH S.W.T. SENTIASA MEMBERIKAN PETUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA KITA* SEMOGA KEBENARAN MENGATASI KEPALSUAN* SEMOGA NEGARA KITA DIKEKALKAN AMAN SEJAHTERA, DILIMPAHKAN KEMAKMURAN DAN KEBAHAGIAAN* SEMOGA ANAK CUCU KITA DAPAT MEWARISI SEBUAH NEGARA YANG AMAN LAGI MAKMUR* SEMOGA RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU*

TUAN YANG DI-PERTUA,
SAYA MOHON MENCADANGKAN*

1 comment:

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

rajin awak salin semua ucapan. teruskan usaha