Wednesday, August 6, 2008

(Bhg 55 - Pak Sheikh didakwa liwat)

Pak Sheikh sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah laku seks di luar tabii, esok. Ini adalah kali kedua 'Pak Sheikh' dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan itu atau lebih mudah dengan perkataan liwat.

Kenapa asyik 'Pak Sheikh' saja yang dituduh meliwat? Pada 1998 lalu 'Pak Sheikh' telah didapati bersalah kerana meliwat pemandunya. Tetapi pada 2003 lalu, Mahkamah Persekutuan telah membebaskannya daripada tuduhan itu, walaupun hakim percaya kejadian liwat di Tivoli Villa itu benar terjadi.

Imbas kembali laporan penghakiman pada 2003 ketika Anwar dibebaskan:

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan - Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud - mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan terhadap Anwar pada 2 Ogos 2000, dengan majoriti 2-1.
Mahkamah turut mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun terhadap adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. Mereka sebelum ini didapati bersalah meliwat pemandu keluarga Anwar, Azizan Abu Bakar, di apartmen Sukma di Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, antara Januari hingga Mac 1993.
Abdul Hamid, ketika membaca penghakiman setebal 88 muka surat berkata, keputusan majoriti itu adalah daripada beliau dan Tengku Baharudin Shah yang juga Hakim Mahkamah Rayuan, manakala Rahmah menentang. bdul Hamid berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap Anwar dan Sukma, seperti dikehendaki undang-undang berkaitan berhubung keterangan yang boleh diterima dan sejajar dengan prinsip undang-undang yang sudah termaktub.
"Untuk meringkaskan penghakiman kami, walaupun membaca rekod rayuan, kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivoli Villa, benar terjadi.
"Kadang kala, mahkamah ini, sebagai mahkamah undang-undang, mungkin hanya mensabitkan perayu jika pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan seperti dinyatakan dalam tuduhan, melampau keraguan munasabah, berdasarkan bukti yang diterima dan mengikut prinsip undang-undang yang termaktub.
"Kami mungkin mempunyai keyakinan mengenai salah atau benar perayu tetapi keputusan kami hanya boleh berdasarkan bukti yang dikemukakan dan bukan sebab lain," katanya.
"isu yang perlu ditentukan oleh mahkamah pada akhir kes pendakwaan ialah sama ada mereka telah membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa Anwar dan Sukma meliwat Azizan di Tivoli Villa pada satumalam antara Januari dan Mac 1993, dan bagi Sukma pula, sama ada dia bersubahat dengan Anwar melakukan kesalahan itu.
"Mahkamah menetapkan bahawa hakim yang mengendalikan perbicaraan seharusnya tidak menerima sesuatu pengakuan jika terdapat sebarang kesangsian sewaktu pengakuan itu dibuat atau dirakamkan," katanya.
Menurut Abdul Hamid pelbagai perkara luar biasa berlaku berhubung tangkapan Sukma dan pengakuannya, sebelum dan selepas pengakuan itu dibuat. Pengakuan itu dibuat 10 hari selepas soal siasat intensif dilakukan dan 12 hari selepas penahanannya (sehingga tarikh dia membuat kenyataan itu kepada seorang majistret), sedangkan asalnya dia ditangkap sebagai seorang saksi dan disoal siasat sebagai seorang pesalah dan akhirnya menjadi orang tertuduh.
"Hakikatnya ialah dia dihadapkan ke mahkamah dua hari selepas itu kerana membenarkan Anwar meliwatnya, dan catatan mengenainya dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraannya.
"Mahkamah juga mendapati bahawa Azizan adalah seorang yang bersubahat. Oleh itu, keterangan sokongan mengenai perwatakan yang meyakinkan dan tidak dapat ditolak, adalah diperlukan," katanya.
Berdasarkan keterangan Azizan sendiri, dia diliwat 10 hingga 15 kali di pelbagai tempat termasuk di rumah Anwar dalam tempoh beberapa tahun. Dia tidak pernah membuat sebarang laporan, tidak pernahmengadu mengenainya dan tidak segera meletak jawatan daripada pekerjaannya selepas dia diliwat buat pertama kali.
Walaupun keterangan Dr Mohamed Fadzil Man yang memeriksa Sukma pada 10 November 1994 dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, serta perilaku Anwar mengesahkan pembabitan Anwar dan Sukma dalam kegiatan homoseksual, keterangan seperti itu tidak menyokong cerita Azizan bahawa dia diliwat di tempat dan pada masa dan tarikh seperti disebut dalam tuduhan.
Tanpa keterangan sokongan, adalah tidak wajar untuk menghukum mereka semata-mata berdasarkan keterangan seorang yang bersubahat melainkan jika keterangannya begitu meyakinkan atau sebab lain yang bolehdiberi pertimbangan khas, tetapi ini tidak ditemui oleh mahkamah.
Undang-undang yang berkaitan itu memerlukan pihak pendakwaan membuktikan
kesnya tanpa sebarang keraguan munasabah sebelum memanggil tertuduh membela diri.
Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah Tinggi telah terkilaf dengan memanggil kedua-dua tertuduh membela diri, dan sepatutnya, mereka dibebaskan di akhir kes pendakwaan.
Rahmah pula dalam penghakiman berbezanya setebal 35 halaman berkata, beliau mendapati tiada sebab untuk menerima rayuan perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Walaupun wujud percanggahan dalam keterangan Azizan berhubung tarikh kesalahan itu dilakukan, ia tidak sewenang-wenangnya menjadikan Azizan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan keseluruhan keterangan mengenai ceritanya tidak dapat diterima.
"Percanggahan itu tidak memudaratkan kes pendakwaan memandangkan dalam kesalahan seksual, tarikh bukannya intipati penting dalam pertuduhan," katanya.
Mengenai isu sama ada Sukma membuat pengakuan secara sukarela, Rahmah berkata beliau mendapati tidak ada sebab yang kuat untuk menolak keputusanHakim Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan.
Beliau bersetuju bahawa butiran dalam pengakuan itu mestilah diberikansecara
sukarela dan juga bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggibahawa Azizan bukan seorang yang bersubahat.
"Tidak ada apa-apa yang menunjukkan Azizan akur sepenuhnya dengan niatjahat seorang yang lain untuk satu tempoh tertentu, sehinggalah dia mulai bimbang atau kerana sebab lain, menentang bekas rakannya dan memberikanmaklumat mengenainya," katanya.


Pembebasan Anwar itu dilihat oleh semua orang termasuk negara Barat sebagai bukti kepada kebebasan badan kehakiman negara. Ketika Anwar dipenjara, mereka mengeji, tetapi selepas keputusan membebaskan anwar mereka memuji-muji badan kehakiman Malaysia, malah Anwar sendiri ketika mendengar hakim membaca penghakiman itu, Anwar, sambil tersenyum dari kandang pesalah berkata: "Terima kasih dan semoga Allahmemberkati anda."

Anwar berterima kasih kepada mahkamah kerana membebaskannya.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada PakLah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan merayu supayabeliau terus melakukan perubahan dan pemulihan dalam politik di negaraini," kata Anwar lagi.

Beliau memberi penghargaannya kepada Abdullah kerana tidak campur tangan dalam sistem perundangan, terutama berhubung kes itu.

Malah apabila diminta mengulas mengenai perasaannya terhadap bekas PerdanaMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata: "Saya tidak berdendam terhadap Dr Mahathir."

Tetapi, apa jadi kemudian? Anda semua sudah tahu!

Untuk pertuduhan esok, Editorialblog yakin pihak pendakwa kali ini sudah membuat persediaan rapi untuk mendakwa Anwar kali kedua. Kita akan lihat apa pula reaksi jika Anwar ditangkap atau mahkamah akan memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful.

Kita pun sudah tahu apa reaksi jika Anwar dipenjara.

Puji atau keji.

2 comments:

Edward Skading said...

Dear Blogger,

Hello.

My name is Edward Skading, from Selangor, Malaysia. My parents once told me that to have a happy and long life, you must take great care about the food you consume. Always make sure it’s clean, because cleanliness is next to godliness and I stuck to these values. As a result, when it comes to food, I always make sure what I eat is reasonably clean and safe. I also believe that everyone has the right for healthy, clean and safe food.

Recently, I exposed a horrible discovery concerning one of F&N Dairies (M) Sdn Bhd products on my weblog. It all started when my family and I was shocked to discover an abnormal brownish-blackish substance in a “Tea Pot” brand, sweeten condensed milk. You can read the detail findings, correspondence letters, photos of the contaminated milk and the foul conditions of F&N Dairies’ plant, at my weblog http://consumersrighteousness.blogspot.com/.

Before exposing my horrible discovery, I have made a complaint to the company, but they are denying everything and not taking ownership of the product, even there is sufficient (justifiable) evidence that the milk is contaminated by mould and their plant have various foul conditions. I did not ask for any form of compensation, but I requested that the company be truthful, take ownership and accountable for their oversight, moreover rectify the problem and produce cleaner and safer food.

I also feel cheated when the company executive responded that they are not liable for damaged products in the marketplace. Looks like I had been scammed by the company after being a loyal customer for many years. If only I had been informed in advance that I was eating their products under unsecured risk and with no assurance, I would have immediately change brand. I would have chosen a company that is more reliable, accountable and concern about their customers.

As a consumer, I am sickened by the fact that we are not provided maximum protection from this sort of situations and whatever consumer rights we have now are defenceless. Even the consumer association NGO where I made a complaint (about 5 months ago) seems to be shying away because my grievances involve a corporate giant. With all of this going on, I feel my rights as a consumer had been deprived and now I am being forced to silence. Yes, the company is now suing me to shut up. They are using bullying legal tactics just because I am poor and powerless.

I believe, it is the responsibility of our whole society to protect the rights and benefits of consumers, and we should together stand up and uphold it. By doing so, together we will eventually improve the consumption environment and no big organisation dares to bully anyone supported by a unified consumer society and that’s why I am writing to you. I am seeking for your point of view and support towards a good cause campaign to protect and uphold our consumer rights.

If you are willing, I sincerely hope you can cover my story on your weblog and tell it to your world wide readers. I would greatly value and appreciate your kind support. I apologise if I had troubled you and I am sincerely sorry if this letter is in the wrong section of your weblog. Let’s show F&N that we Malaysians are concern too.

If you wish to contact me, please send an email to eddskading@hotmail.com.

Thank you.

Yours truly,

Edward Skading

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

dulu lain sekarang lain. saiful ada sumpah jadi kira dah membuktikan dia tidak bersalah...kenapa anwar pula takut!!!