Wednesday, August 6, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 54 - Kafir bincang isu Islam)

Apabila ulama Islam di kalangan orang Melayu, Cina, India atau kaum lain asyik bertelagah mengenai siapa yang benar, maka akhirnya isu mengenai Islam mula dibincangkan oleh orang kafir. Orang kafir akan membuat peraturan atau memberi pandangan mereka apa yang orang Islam mesti buat.

Saya tidak menggunakan perkataan 'orang bukan Islam' kerana perkataan 'kafir' itu lebih ringkas merujuk kepada bukan Islam. Sama juga perkataan 'khinzir'. Lebih ringkas dan mudah difahami apabila disebut 'babi'.

Berbalik kepada persoalan sekarang. Inilah yang bakal berlaku apabila Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council yang 27 daripada 36 ahli jawatankuasanya terdiri daripada kafir, dijangka mengadakan satu forum mengenai Islam 9 Ogos ini.

Jumaat lalu, Majlis Peguam mengumumkan ia akan mengadakan satu forum pada 9 Ogos ini mengenai Islam yang akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Forum bertajuk 'Memeluk Islam' itu dijangka menyentuh peruntukan perlembagaan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini. Apakah ia akan melibatkan cerita seperti yang dilaporkan berlaku di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, 5 Ogos — Seorang wanita Cina yang memeluk agama Islam, hari ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan membenarkan permohonannya bagi diisytiharkan yang beliau berhak keluar daripada agama Islam dan menganut agama Kristian.
Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dalam keputusan majoriti 2-1 berkata rayuan yang dikemukakan oleh Lim Yoke Khoon, 35, itu tidak kompeten dibicarakan di mahkamah itu kerana pihak (perayu) dalam saman pemula di peringkat Mahkamah Tinggi tidak lagi wujud kerana perayu telah menukar namanya kepada nama Islam.
Hakim Tengku Baharudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Vincent Ng dan Hakim Datuk Sulong Mat Jeraie, menolak rayuan itu tanpa kos.
Dalam saman pemula di Mahkamah Tinggi, Lim telah menyatakan nama asalnya (nama Cina) dalam permohonannya itu, tetapi nama itu telah ditukar kepada nama Islam, Noorashikin Lim binti Abdullah, selepas beliau memeluk agama Islam.
Pada 15 Feb 2005, Lim dalam saman pemula yang dipinda memohon antara lain, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan yang beliau mempunyai hak untuk keluar daripada agama Islam dan menganut agama Kristian mengikut Fasal 11, Perlembagaan Persekutuan dan beliau boleh membuang nama Islamnya dan digantikan dengan nama asalnya.
Lim menamakan Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam Selangor, Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Pengarah JPN dan kerajaan sebagai responden.
Pada 17 Mei, 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan responden untuk menolak permohonan wanita itu atas asas Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dan memutuskan perkara itu, dan juga ia tidak membicarakan atau mengadili atas merit saman pemula.
Lim dalam samannya berkata beliau memeluk agama Islam pada 1992 dan menukar nama kepada nama Islam dan dua tahun kemudian beliau berkahwin dengan lelaki Melayu dan bercerai pada 1997.
Katanya selepas memeluk agama Islam, beliau tidak mengamalkan ajaran Islam dan penukaran agamanya hanya untuk tujuan berkahwin dengan lelaki itu.
Pada 9 Jun, 2003, menerusi surat ikatan dan pengisytiharan statutori (SD), Lim mengesahkan yang beliau telah menganut agama Kristian dan kembali menggunakan nama asalnya.
Beliau kemudian memohon kepada JPN untuk menukar namanya dalam kad pengenalan kepada nama asalnya (nama Cina). Bagaimanapun, JPN pada 18 Sept, 2003, memaklumkan yang ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk meluluskan permohonannya kecuali satu perintah yang menyatakan yang beliau telah keluar daripada Islam diperoleh daripada Mahkamah Syariah.
Pada prosiding hari ini, Hakim Tengku Baharudin bertanya kepada pihak yang berkenaan sama ada rayuan wanita itu adalah kompeten didengar di mahkamah itu kerana terdapat dua nama — nama Cina dan nama Islam — dinyatakan dalam rayuannya.
“Persoalan di hadapan kita ialah siapa yang dibicarakan dalam rayuan ini. Nama Cina atau nama Islam?” kata Hakim Sulong.
Peguam Edmund Bon, yang mewakili Lim, berhujah rayuan itu kompeten kerana nama Cina dan nama Islam itu merujuk kepada orang yang sama dalam rayuan itu.
“Tiada pertikaian terhadap identiti perayu. Tiada kekeliruan kerana perayu adalah orang yang sama seperti nama yang dinyatakan dalam permohonan rayuan,”
katanya.
Bon berhujah perayu merupakan orang biasa dan warganegara Malaysia yang memohon keadilan daripada segi perundangan di mahkamah tertinggi.
Penasihat Undang-undang Selangor Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan,
yang mewakili negeri itu, berhujah rayuan itu tidak kompeten kerana perayu dalam
SD yang dikemukakan telah menggunakan nama Islam tetapi apabila beliau
menandatangani SD itu, beliau menggunakan nama Cina.
Zauyah berkata malahan jika perayu menggunakan nama Islam dalam rayuannya
itu, rayuan itu juga tidak kompeten kerana dalam SD dan surat ikatan, wanita itu
menyatakan yang beliau tidak akan menggunakan nama Islamnya lagi.
Peguam kanan persekutuan Arik Sanusi Yeop Johari, mewakili JPN dan kerajaan, berhujah perayu telah mengemukakan dokumen yang mengandungi kedua-dua nama.
“Pihak berkuasa yang layak menentukan entiti perayu daripada segi perundangan ialah JPN berdasarkan pada kad pengenalannya. Oleh itu, perayu perlu mendapatkan kelulusan daripada JPN untuk menukar nama Islam kepada nama Cina, yang telah ditolak oleh JPN,” katanya.

Editorialblog harap tidak umat Islam yang hendak bercerai mengambil Karpal Singh atau Presiden Majlis Peguam menjadi peguam mereka di Mahkamah Syariah?

Jadi dalam hal campur tangan kafir yang tidak tahu kedudukan sebenar mengenai Islam, walaupun mereka bijak dalam undang-undang sivil dan Perlembagaan Negara, akan memburukkan keadaan. Masalah Islam adalah masalah umat Islam sendiri dan boleh meletup kerana ia isu emosi.

Pastinya kita tidak suka orang kafir campur tangan kerana mereka tidak tahu apa erti penyelewengan agama.Pastinya umat Islam di negara ini tidak mahu agama Islam itu dipermainkan, diperolokkan. Sekejap memeluk Islam, sekejap keluar Islam.

Hal ini tidak boleh dianggap permainan. Dan demi menjaga maruah Islam yang menjadi AGAMA RASMI MALAYSIA, semua kaum perlu ingat.

Pada tahun 1990-an dahulu, Hakim Tan Sri Gunn Chit Tuan dalam kes Mohamed Habibullah vs Faridah DatukTalib (1992) 2 MLJ 793, yang dalam menentukan persoalan sama ada seorang Muslim itu menolak agamanya (murtad) atau tidak, forum yang mampu menjawab dan menyelesaikannya ialah Mahkamah Syariah.

Sudah tentu jawapan yang tepat hanya dapat diputuskan di mahkamah. Tidak timbul lagi keraguan mengenai mahkamah mana yang mempunyai bidang kuasa kerana dengan pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang menambah fasal (1A), jelas hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa di dalam perkara keluar daripada Islam.

Ini diperkukuhkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Md Hakim Lee lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (OS No. RI 24-61-96).

Oleh itu, Majlis Peguam hendaklah berfikir semula dan tidak mengadakan forum yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian kaum. Majlis Peguam yang saya percaya 90 peratus ahlinya adalah penyokong pembangkang perlu berfikir dengan waras bahawa "jangan hanya menuntut hak, kerana orang lain juga mempunyai hak".

Kepada mereka yang memberi ulasan kepada artikel "Mulut Manis", saya akui pengetahuan agama tidak setinggi mana. Tetapi, seperti yang saya katakan bahawa Islam bukan agama yang sempit dalam usaha kita mahu menegakkan kebenaran. Memang telah ditetapkan bahawa hukum mencuri potong tangan.

Dan dalam kes perbicaraan seperti di atas, bolehkah atau beranikah kita sebagai umat Islam mengisytiharkan "wanita Cina itu halal dibunuh" kerana dia sudah murtad?

Pasangan yang hendak berzina tidak akan mengiklankan apa yang hendak mereka lakukan dalam akhbar. Sama juga perlakuan liwat. Empat saksi dalam Islam memang betul dan saya tidak nafikan. Tetapi logiknya tiada orang yang mahu berzina atau mengadakan hubungan sejenis akan memanggil empat orang yang lain melihatnya?

Jadi bagaimana kita hendak membuktikannya? Ok! kita tidak ada saksi empat orang jadi tidak boleh mendakwanya. Kalau begini jawapannya, maka semakin menyeronokkan.

Bolehkah kita kata bahawa hukum Islam itu menyeronokkan? Gugur kes atau tiada kes kalau tiada empat saksi!

2 comments:

Anonymous said...

Dalam berita TV3 malam ini ada menyebut "...Majlis Peguam jolok sarang tebuan...". "Jangan jolok sarang tebuan" adalah kiasan supaya seseorang tidak melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Jika kita jolok sarang tebuan, maka tebuan akan keluar dari sarangnya dan menyengat kita dan orang yang ada berdekatan kita. Jadi memang tepatlah jika Majlis Peguam diberi amaran tidak mengadakan forum membincangkan perkara yang boleh membahayakan mereka dan orang ramai. Tetapi pada pandangan saya, kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang tidak mempunyai sengat untuk bertindak. Atau kiasan saya pula ialah "kita joloklah sarang tebuan itu kerana sarang sudah kosong, tidak ada tebuan yang tinggal di situ. Jika ada pun, kebanyakan tebuan itu mengikut ketuanya dengan tidur".
- Labu

Anonymous said...

Saya mungkin juga sependapat dengan Labu.

Saya melihat perkara ini terjadi kerana masyarakat bukan Islam TIDAK mempunyai kefahaman jelas mengenai agama kita. Pandangan dan tindakan mereka berdasarkan kepada logik akal semata. Saya kira sudah menjadi tanggungjawab pihak yang berwajib dalam hal ini (JAKIM/Menteri Agama?!) tampil dengan keterbukaan menjelaskan segalanya. (ya mungkin sarang sudah tidak bertebuan....)