Saturday, August 2, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 52 - Perihal Akuan Bersumpah)

Raja Petra Kamaruddin atau RPK (RPK ni kawan saya juga. Kadang-kadang ternampak juga RPK dan isterinya Marina di Waikiki Pub dan PJ Club dan kadang-kadang ternampak juga di Blog House, Damansara - Tetapi saya duduk jauh-jauh. Almakllumlah, dia orang besar sedangkan kita ni orang kecil sahaja).

OK, RPK membuat Akuan Bersumpah mengenai kes Altantuya di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur 18 Jun lalu - GEMPAR SELURUH NEGARA.

Dalam akuan bersumpahnya itu RPK mendakwa ketika pembunuhan model Mongolia iaitu Altantuya Sariibu, terdapat tiga orang lagi berada di tempat kejadian sebagai saksi. Mereka ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta seorang pegawai tinggi tentera berpangkat Lt Kolonel dan isteri beliau. (Semua ini telah dinafikan oleh TPM, malah RPK sekarang menghadapi saman malu daripada Lt Kolonel dan isterinya itu).

Lepas itu timbul pula Akuan Bersumpah pertama penyiasat persendirian Balasubramaniam. Akuan Bersumpah pertama itu mendapat liputan media dan blog/web yang 90 peratus memuji Bala, sebab Akuan Bersumpah itu memihak kepada Anwar.

Tetapi apabila Bala membuat Akuan Bersumpah kedua, semua orang mengejinya. Sebab? Tidak memihak kepada Anwar. Alasannya? KONSPIRASI oleh polis dan kerajaan. Dalam hal ini lihatlah betapa hipokritnya kita.

IQRA!

Apa yang hendak editorialblog katakan di sini ialah apabila RPK membuat Akuan Bersumpah itu dan disiarkan dalam laman blognya serta beberapa laman blog lain DAN media arus perdana, orang ramai gelabah dan PERCAYA akuan bersumpah itu. Tuduhan dalam Akuan Bersumpah itu sudah dinafikan oleh Najib, Rosmah dan mereka yang dituduh itu.

Orang ramai percaya kepada akuan bersumpah RPK dan Akuan Bersumpah pertama Bala. KENAPA? Anda fikir-fikirkan lah dengan otak sebelah kiri. Apa ada dalam otak kiri? "Tak tau tanya orang yang tau. Tapi kalau tak nak ambil tau... fikir-fikirlah siapa awak sama ada CERDIK atau BODOH". Let The Truth Be Known ketika memberi komen mengenai berita yang editorialblog post dalam tajuk Berita Saiful, Anwar dan Pusrawi ada menyebut perkataan "deaf". Jadi kita jangan deaf atau dalam bahasa Melayunya PEKAK.

Ok... orang percaya kepada Akuan Bersumpah RPK dan Akuan Bersumpah pertama Bala.

Adakah orang ramai percaya kepada Akuan Bersumpah oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, beberapa tahun lalu? TIDAK! Orang ramai terutamanya penyokong Anwar Ibrahim (termasuk orang PAS) tidak akan percaya kepada Akuan Bersumpah itu.

Alasan mereka ialah "Itu semua konspirasi politik" untuk menjatuhkan Anwar.

Apa Akuan Bersumpah Datuk Abdul Murat itu? IQRA: Dalam Akuan Bersumpah itu dikatakan bahawa:
Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mewujudkan lebih 20 AKAUN induk bernilai RM3 BILION (TIGA RIBU JUTA RINGGIT), untuk mencapai cita-cita politiknya.


Satu daripada akaun khas itu bernilai RM200 juta, yang mana dananya dikumpul dan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong, untuk kepentingan Anwar.

Abdul Murad, mengaku beliau diarahkan oleh Anwar supaya membantu beberapa individu tertentu yang rapat dengan Anwar, sama ada untuk melunaskan hutang mereka atau mengisi dana pertubuhan yang mereka terajui.

Antara orangnya ialah Dr Chandra Muzaffar; Marina Yusof; peguam Faiz Abdullah; Ketua Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC), Douglas H Paal dan Datuk Nasaruddin Jalil.

Tong, menurut Akuan Bersumpah itu, membuka akaun induk bagi menyalurkan sumbangan kewangan kepada Anwar, sebagai membalas budi Anwar.

Murat mengakui bahawa melalui pengelibatannya sendiri, beliau mengetahui sekurang-kurangnya sembilan pihak, termasuk Anwar, dibayar wang daripada akaun induk berkenaan, semuanya berjumlah RM121 juta dalam tempoh 1992 hingga 1997.

Mengikut Akuan Bersumpah itu, pecahan pembayarannya ialah:
* Anwar sendiri - RM50 juta;
* Tan Sri Abdullah Ahmad - RM5 juta (Dolah Kok Lanas menafikan menerima duit itu);
* Datuk Nasaruddin Jalil - RM10 juta;
* Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC) dan Douglas H Paal - AS$10 juta (RM38juta);
* Institut Kajian Dasar - RM5 juta;
* Aliran dan Dr Chandra Muzaffar - RM5 juta;
* Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) - RM5 juta;
* Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) - RM2 juta;
* Sebuah yayasan Islam berpusat di Amerika Syarikat - RM1 juta.

Abdul Murad memberitahu bahawa Anwar mengarahkannya membantu menyelesaikan lebih RM10 juta hutang Dolah Kok Lanas yang ketika itu menjadi wakil khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Murad berkata beliau membantu Dolah Kok Lanas berunding untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM7 juta. Sebanyak RM5 juta diambil daripada akaun induk manakala baki RM2 juta menggunakan wang Dolah dengan jualan tanah.

Murad juga mengatakan dalam Akuan Bersumpahnya itu bahawa Anwar mengarahkannya membantu Marina menjelaskan hutang dengan bank tempatan membabitkan lebih RM20 juta.

Murad kemudiannya menyerahkan permohonannya kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk memajukan tanah Marina Yusof (selama ini orang menyangka bahawa Kompleks Marina itu adalah milik Marina binti Tun Dr Mahathir) di Jalan Tun Razak iaitu Kompleks Marinara. Panel TPU meluluskan permohonan itu dan Marina amat berterima kasih kepada Anwar.

Murad juga memberitahu bahawa Anwar turut memberi arahan kepadanya supaya membantu kumpulan Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih NST (New Straits Times Press - syarikat yang masa itu menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian, Malay Mail, Harian Metro dan majalah) daripada Renong.

Murad kemudiannya berbincang dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan daripada Hong Leong Bank dan mereka mencadangkan Nazri menggunakan MRCB untuk mengambil alih saham NST.

Murad mengaku beliau membantu mengaturkan pinjaman melalui Maybank untuk Nazri membeli MRCB dan pinjaman lain untuk MRCB membeli NST.

Murad juga memberitahu bahawa beliau dan Seow Lun Hoon juga diarahkan Anwar membantu Faiz yang juga bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Siasatan Khas untuk memiliki kepentingan dalam Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB) yang kemudiannya dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad.

Murad memberitahu bahawa beberapa bank iaitu Hong Leong Bank, Hong Leong Finance, Sime Bank, RHB Bank, Southern Bank dan BSN Commercial Bank digunakan untuk membantu mendapatkan pinjaman membeli saham KUBB yang melebihi RM400 juta.

Murat juga membuat kenyataan bahawa Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC) yang menerima AS$10 juta (RM38 juta) adalah satu daripada jentera utama Anwar untuk mempromosi imejnya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Murad juga memberitahu bahawa beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta itu kepada agensi Tabung Matawang Antarabangsa yang diketuai Paal, bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Nasional Amerika Syarikat.

Murad juga memberitahu bahawa Tong yang menguasai Phileo Allied, diarah oleh Anwar supaya mengambil isteri Mohd Azmin Ali (bekas Setiausaha Sulit Anwar), Shamsidar Taharin bekerja dengannya dengan diberi gaji lumayan, kereta dan pemandu sedangkan Shamsidar tidak perlu bekerja.

Jadi bagaimana sekarang? Banyak lagi yang editorialblog boleh dedahkan, terutamanya untuk menyedarkankan orang PAS. Editorialblog tak marah pada orang PAS atau PKR atau Melayu DAP. Cuma FIKIRKAN! Kerana Anwar Ibrahim tidak mahu dan tidak pernah bercerita mengenai wang ini. Anwar juga tidak dapat menjawab segala tuduhan dalam Akuan Bersumpah Murad itu dan Anwar juga tidak menyaman Murad kerana memfitnahnya menerusi Akuan Bersumpah itu. FIKIR... FIKIR...F
IKIR LAH...

No comments: