Monday, August 4, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 53 - Mulut yang manis)

Yusuf Al-Qardawi, Ismail Al-Faruqi, Sheikh Muhammad Al-Ghazali, Al-Maududi, Hassan Al-Banna dan banyak lagi tokoh agama termasuk Hassan Turabi dan Malek Bennabi, berada di bibirnya acap kali beliau memberi syarahan, ceramah atau kempen politik dan peribadinya.

Jarang saya mendengar bekas Perdana Menteri sebelum ini termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad atau Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang berketurunan ulamak); menyebut-nyebut nama tokoh agama itu ketika memberi ucapan mereka.

Dengan pernah menerajui pertubuhan Islam peringkat dunia atau pernah menganggotai jawatankuasa belia Islam dunia, lelaki ini terus bangkit dan bangkit. Tidak sedikit pun beliau menoleh dan belajar daripada kesilapan lalu.

Begitulah gah nya nama Anwar bin Ibrahim dari Cherok Tok Kun di sebelah Seberang Perai, Pulau Pinang.

Gah nya apabila boleh memasuki MCKK dan Universiti Malaya.

Gah nya apabila boleh mengetuai demonstrasi petani di Alor Setar.

Gah nya boleh mengetuai demonstrasi di Masjid Negara.

Gah nya seorang lelaki yang disanjung tinggi oleh orang Barat.

Dan, Gah nya boleh mengetuai satu revolusi rakyat di Malaysia sehingga sekarang.

Belum ada dalam sejarah Malaysia, seorang lelaki yang segagah Anwar Ibrahim memimpin tangan ribuan rakyat untuk menumbangkan kerajaan demokrasi dengan cara yang tidak demokrasi, tetapi dengan cara demonstrasi.

Sejarah Malaysia bukan saja akan mencatitkan nama Bapa Kemerdekaan, Bapa Perpaduan atau Bapa Pembangunan, tetapi akan juga mencatitkan nama Bapa Demonstrasi Malaysia.

Terus bersandar kepada tiang Islam, menjadikan masjid sebagai 'persembunyian', Anwar Ibrahim menelan segala tuduhan hina 'orang yang dengki'. Tuduhan meniduri isteri orang, tuduhan meliwat orang adalah tuduhan paling berat dalam Islam dan paling hina dalam budaya Melayu. Tetapi Anwar tetap gah berdiri, menunggu masa JATUH TERSUNGKUR.

Begitulah gah sekali nama Anwar Ibrahim. Kalaulah ribuan penyokong Anwar berkumpul di Dataran Merdeka atau Padang Merbok Kuala Lumpur dan melaungkan "Daulat Tuanku" kepada Anwar, sudah tentu melekatlah 'puaka' daulat itu pada diri Anwar.

Nama Anwar dalam dunia Islam antarabangsa begitu gah sekali sehingga beliau pernah dilantik meneraju Jabatan Belia Majlis Islam Antarabangsa; ahli jawatankuasa Pertubuhan Belia Islam Sedunia (Wamy) dan Pertubuhan Pelajar Persekutuan Islam Antarabangsa (IIFSO) peringkat Asia Pasifik; Ahli Lembaga Pengurus Yayasan Kebajikan Islam Sedunia dan yang utama ialah menjadi ALI JAWATANKUASA MAJLIS MASJID SEDUNIA. Ini bukan main-main jawatan.

Slanga, idram atau tekanan suaranya ketika memberi ucapan atau syarahan lebih kepada bunyi Arab. Suaranya ditekankan supaya kedengaran seperti tok-tok guru memberi ajaran agama kepada muridnya. Perkataan seperti ad-din, ummah atau Islammmm disuarakannya dengan tekanan suara yang syahdu.


Begitulah hebatnya insan yang bernama Anwar Ibrahim pada mata masyarakat Malaysia dan dunia - idealismenya hanyalah perjuangan Islam yang diyakininya mampu membela kepentingan ummah sejagat, bangsa dan negara.

Justeru apabila nama gah ini dikaitkan dengan tuduhan meniduri isteri orang atau meliwat orang, maka melompah semua orang. Terus terang semua orang mahukan orang yang membuat tuduhan liwat itu mengemukakan empat saksi.

(Ikut Islam mesti ada empat saksi yang melihat perbuatan zina. Melihat dimaksudkan di situ ialah empat saksi itu melihat dengan mata sendiri zakar lelaki dimasukkan dalam kemaluan wanita. Empat saksi itu pula mestilah orang yang bebas daripada dosa besar).

Ingin saya tanya kepada Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, masihkan ada sekarang ini saksi sedemikian? Masih adakah sekarang ini saksi yang dapat melihat zakar lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita untuk menuduh kedua-duanya melakukan zina? Masih adakah sekarang ini saksi yang bebas daripada dosa besar?

Tidak ada atau sukar kita mencari saksi seperti itu kan? Jika itu sudah sukar kita cari di negara ini, kenapa kita hendak BERLAKON meminta empat saksi dikemukakan dalam tuduhan liwat Anwar dan Saiful.

Lagi pun, Tok Guru, mana ada orang Melayu seusia kita untuk menunjukkan kepada orang lain dia melakukan zina atau dia sedang meliwat orang. Berbeza dengan orang di Barat yang berzina dan berliwat beramai-ramai. Buka saja laman web seks, maka anda sudah boleh menontonnya.

Tetapi, jauh bezanya dengan Malaysia. Editorialblog akui ada orang berzina beramai-ramai di negara kita ini. Tetapi siapa yang hendak mengaku.


Tetapi di mana kita hendak mencari saksi yang bebas daripada dosa besar itu? Tidak ada atau sukar sekali sekarang. Kalau kita mahu menunggu saksi yang sedemikian di negara ini, alamatnya hancur agama.

Dan, Islam itu bukan agama yang sempit. Ada cara lain untuk menentukan sama ada orang itu berzina atau berliwat. Undang-undang dan sains teknologi.

Allah tahu apa yang mereka buat dan ini tidak bermakna masyarakat tidak perlu mengambil tindakan ke atas mereka kerana perbuatan itu boleh membawa bermacam-macam masalah kepada masyarakat.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kamu anggap BERLAKUN sedangkan itu keperluan 4 saksi itu adalah hukum ? Tahap apa akidah kamu bila pertikaikan Hukum, jangan sampai jadi JAHIL MURAQQAB.

Kerana itu Islam tidak memudahkan pertuduhan keatas seseorang tanpa syarat 4 saksi.

Hukum Islam bukan sewenangnya di tafsir mengikut akal.

Banyakkan istighfar memohon taubat diatas kejahilan kita dan teruskan mencari ilmu. Moga Allah swt mengampuni kejahilan kita.

Wasalam.

Anonymous said...

Editorialblog,

Menuduh orang tanpa bukti tidak baik, lebih-lebih lagi dalam soal zina dan liwat. Biarlah Allah membalasnya sekiranya orang itu memang bersalah. Hairannya di Malaysia ini, ramai orang terlibat dalam aktiviti tak sihat seperti zina dan liwat tapi terlalu sikit sekali yang dihukum. Kenapa kerajaan asyik menumpukan pada satu orang tu sahaja?

Nasionalis said...

Saya ingin memberitahu bahawa saya baru mewujudkan suatu blog khusus menggabung, memantau dan memudahkan melayar tulisan terkini dari wartawan-blogger tertentu, blogger2 nasionalis, dan pemimpin serta blog cawanagn/bahagian/negeri umno.

Blog anda telah dimasuk senarai.
Sila mampir. Harap kita dapat bertukar pautan.