Saturday, August 30, 2008

Tiket bas raya habis

Tiket perkhidmatan bas ekspres Konsortium Transnasional Bhd (KTB) ke negeri Pantai Timur bagi perjalanan musim Aidilfitri tahun ini habis dijual Khamis lalu walaupun dikenakan bayaran surcaj sementara sebanyak 30 peratus.

Pengarah Eksekutif KTB, Tengku Hasmadi Hashim berkata sambutan hebat orang ramai terhadap penjualan tiket syarikat itu hingga menyebabkan semuanya habis dijual dalam tempoh separuh hari, menunjukkan mereka tidak kesah membayar lebih bagi menggunakan pengangkutan awam.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana cepat membuat keputusan berhubung bayaran surcaj sementara itu dan berharap orang ramai memahaminya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tengku Hasmadi juga berkata, KTB menerima banyak pertanyaan sama ada syarikat itu akan mengadakan perkhidmatan bas tambahan bagi musim perayaan berkenaan.

“Memandangkan kuota subsidi diesel yang tidak mencukupi, pihak pengurusan belum membuat keputusan berhubung perkara itu,” katanya.

Syarikat perkhidmatan bas berhenti-henti dan ekspres terbesar di Malaysia itu memiliki lebih 1,500 bas dan mengendalikan beberapa perkhidmatan termasuk Cityliner, Transnasional, Plusliner dan Nice. - Bernama

No comments: