Wednesday, September 17, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 59 - Cepatlah Anwar)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim has claimed that he has enough lawmakers to form a new government but has officially delayed the takeover deadline.

He said he was prepared to delay the deadline “in the interest of a smooth transition of power”.

He was also ready to show Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi the list of Barisan Nasional MPs defecting over to Pakatan Rakyat should Abdullah granted him a meeting.
Hanya orang bodoh saja yang percaya kata-kata itu. Bagi cerdik pandai, mereka hanya ketawa dan geli hati melihat sandiwara paling hebat tahun ini. Sandiwara yang pelakon utamanya adalah bekas pemimpin radikal pelajar dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sandiwara yang boleh meraih semua anugerah dalam Festival Filem Malaysia.

Kasihan kepada orang yang terikut rentak 'si gila talak' yang hidung tak mancung, pipinya
tersorong-sorong, demikian kata beberapa editor kanan MSM. Jika ada yang menyatakan editor kanan MSM mengikut telunjuk Putrajaya, mereka sebenarnya salah. Tidak perlu mengatakan editorialblog dan para editor kanan sebagai macai atau lembu kerajaan.

Mana-mana kerajaan yang memerintah memerlukan media massa, terutama media arus perdana. Begitu juga jika Anwar Ibrahim menaiki 'takhta', beliau juga memerlukan editor kanan MSM yang tahu mengendalikan dunia persuratkhabaran, yang tahu dan mengerti susur galur untuk menjual akhbar dan bertenggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi editorialblog, dakwaan Anwar bahawa beliau sudah mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang sedia melompat ke parti pembangkang hanyalah gimik. "Memberi masa kepada Abdullah untuk memperbaiki Umno" (seperti yang didakwa Anwar) bukan lah satu alasan kuat. Mengapa, Anwar ingin memberi Abdullah masa untuk memperbaiki Umno? Adakah Anwar sayangkan Umno? Adakah Anwar dapat melihat bahawa Umno saja yang mampu memajukan Malaysia dan rakyatnya? Jika sukar mencari jawapan kepada persoalan itu, lebih
mudah kita katakan bahawa Anwar sudah kena sindrom 'gila talak'.

Saya ada membaca tulisan dalam blog hard-t beberapa hari lalu yang membuat ulasan bahawa Anwar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak tanduknya sekarang ini menggugat ekonomi dan ketenteraman negara. Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pula membuat kenyataan bahawa Anwar menggutat ekonomi dan keselamatan negara dan kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Tetapi, jika kerajaan menangkap Anwar pada masa sekarang, ia akan menjadi isu besar. Anwar akan menggunakan isu tangkapannya di bawah ISA sebagai alasan. Anwar akan mengatakan bahawa kerajaan BN takut dan tidak mahu menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Pakatan Rakyat. Anwar akan mengatakan bahawa tindakan menangkapnya untuk menghalang beliau membentuk kerajaan sedangkan beliau sudah mempunyai senarai Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Anwar akan mempolitikkan isu itu dan media antarabangsa terutama dari Barat sudah bersedia untuk memanipulasikan isu itu.

Dalam hal ini, Anwar berani kerana bukan beliau benar, tetapi beliau yakin kerajaan tidaka akan
menangkapnya atau menghalangnya daripada berbuat apa saja. Justeru, beliau bebas untuk melakukan apa saja, dan kerajaan tidak boleh menghalangnya. Itulah politik yang dimainkan Anwar. Pengikut dan orang ramai yang terpengaruh dengan beliau akan terus percaya dan menyokongnya. Inilah apa yang dikehendaki oleh Anwar. Meletakkan kerajaan dalam keadaan ketidaktentuan.

Namun, dalam menangani permasalahan ini, Editorialblog dan para editor kanan MSM melihat bahawa kerajaan Pak Lah mesti mengambil tindakan seperti 'menarik rambut dalam tepung' 'rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'. Tindakan tegas mesti dikenakan juga supaya keharmonian majoriti rakyat terjaga. Jika terpaksa menghapuskan 100 orang demi menjaga 23 juta rakyat, apa salahnya tindakan diambil.

Majoriti rakyat masih mahu hidup dalam aman, bukan seperti Anwar dan segelintir puak yang mahu memuaskan nafsu dan membalas dendam. Dalam Pakatan Rakyat juga ada di kalangan Ahli Parlimen yang Editorialblog dan para editor kanan MSM kenali dengan rapat, dan mereka juga mentertawakan tindakan Anwar.

Jadi fikir-fikirkan lah dengan hati yang waras parkara ini: Jika Anwar sudah mempunyai senarai 31 Ahli PArlimen yang bersedia menyertainya, beliau tidak perlu menunggu Abdullah, tetapi cukup sekadar membuat pengumuman besar-besaran dan mengemukakan Ahli Parlimen berkenaan, kerana ianya secara automatik kerajaan BN terbubar dengan sendirinya (kecuali kerajaan sementara yang mentadbir negara ketika dalam tempoh peralihan). Siapa yang menjadi kerajaan sementara ialah Perdana Menteri dan Kabinetnya."

Untuk Anwar, Editorialblog ingin katakan: "Cepat lah, kami juga menunggu anda menjadi Perdana Menteri".

Ini berita terbaru:
KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) — Parti Progesif Sabah (SAPP) mengisytihar keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta.

Presidennya Datuk Yong Teck Lee semasa mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata ia dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu.

“Majlis Tertinggi SAPP dengan ini mengisytiharkan bahawa SAPP bukan lagi anggota komponen BN. Anggota SAPP yang memegang jawatan politik secara lantikan dalam cabang eksekutif kerajaan akan meletak jawatan mereka dengan memberi notis seperti yang dikehendaki perlembagaan, peraturan dan undang-undang berkaitan, bermula dari peringkat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat SAPP di Luyang.
Ini satu lagi masalah yang sudah dijangkakan akan berlaku. SAPP mempunyai dua Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket BN dan menang atas tiket BN. Mereka disokong oleh penduduk yang mereka wakili kerana BN, bukan atas sifat individu. Jika mereka meninggalkan BN, mereka adalah orang yang jijik.

Perkara seperti ini pernah berlaku di Sabah ketika PBS keluar BN.

Mereka wajar dipanggil 'Yang Pengkhianat' bukan 'Yang Berhormat'.

No comments: