Pegawai perubatan di Hospital Pusrawi Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, yang membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau membocorkan laporan perubatan Saiful.
Beliau yang membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful pada 28 Julai lalu mendakwa tiada kesan liwat turut mengakui membuat akuan bersumpah mempertahankan hasil pemeriksaannya itu.
Dalam sidang akhbar yang turut dihadiri dua peguamnya, M Puravelan dan Yusri Kamaruddin, di Kuala Lumpur, semalam, Dr Mohamed Osman, berkata akuan berkanun yang disiarkan menerusi laman web itu memang dibuatnya.
“Tujuan perjumpaan hari ini ialah, saya ingin membersihkan nama dan kedudukan saya sebagai doktor berpengalaman. Selama ini saya berdiam diri kerana mengambil cuti lebih sebulan selepas dinasihatkan pihak pengurusan Pusrawi.
“Saya tertekan dengan siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatan terhadap Saiful. Saya tidak terbabit dalam politik dan sentiasa bercakap berlandaskan kebenaran,” katanya.
Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacanya sendiri pada sidang media itu, Dr Mohamed Osman berkata, beliau sudah membaca akuan berkanun yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today dan mengesahkan ia salinan asli dan benar.
“Saya bercuti kerana amat tertekan. Saya kini sudah kembali ke Malaysia. Ada banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu,” katanya.
“Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar. Malah tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional kedoktoran. Saya sentiasa mengamalkan kerahsiaan antara doktor dan pesakit,” katanya.
Laman web, Malaysia Today menyiarkan salinan akuan bersumpah enam muka surat bertarikh 1 Ogos lalu bagi menjelaskan dan menyokong laporan pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd Saiful bahawa tiada kesan liwat pada duburnya tetapi ia hanya kesan tusukan benda plastik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Doktor ini bercakap soal kerahsian dalam etika tugasnya tetapi kenapa dia buat sidang akhbar dan cerita semua. mana akta kerahsiaan yang di pegangnya.
Post a Comment