Friday, March 27, 2009

Mereka masih tak puas hati

Saya terbaca satu laporan di sini seolah-oleh anak beranak mantan Perdana Menteri dan Persiden Umno paling lama dalam sejarah Umno dan sejarah negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, semuanya betul.

Senang saja cakap...

Jika benar Tun dan kroni-kroni beliau mahu memperbetulkan Umno dan mahu mengembalikan Umno ke landasan yang betlu (kononnya Tun dan kroni kata Umno tak betul sekarang), MAKA dipersilakan Tun bertanding jawatan Presiden dan pegang semula jawatan Perdana Menteri.

Editorialblog akan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Tun dan kroni-kroni pilihan Tun.

Adakah Tun Tuhan? Adakah Tun maksum?

Telah ditakdirkan bahawa Tun turun dan Allah memberi ilham kepada Tun untuk melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti yang akan menyambung perjuangan Umno dan memerintah Malaysia.

Allah memberi ilham kepada Tun supaya tidak melantik Musa Hitam, Ghafar Baba atau Anwar Ibrahim menggantikan Tun sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia. Semua yang Allah lakukan bersebab. Masih kah Tun dan anak-anak serta kroni-kroni Tun dan kroni-kroni anak-anak Tun mahu mempertikaikannya?

Adakah Tun Tuhan? Adakah Tun maksum?

Ketika Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri, kami sentiasa berkata bahawa dengan kuasa Allah, Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri.

Kini, kami berkata bahawa sanya dengan kuasa Allah juga Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin, Shahrizat Abdul Jalil dan Rosnah Abdul Rashid, dipilih memimpin Umno dan negara.

Tetapi, orang-orang Tun, orang-orang anak Tun (Mukhriz) tidak dapat menerima ketetapan Allah. Hilang hormat kami kepada kroni-kroni Tun. Tetapi kami masih hormati Tun, kerana Tun tidak tahu apa yang dilakukan oleh kroni-kroni dan penyokong anak-anak Tun.

Kami tahu siapa di belakang Tun dan Mukhriz. Mereka masih tidak berpuas hati apabila KJ menang. Mereka akan terus memburuk-burukkan orang yang telah dipilih Allah.

Selagi mereka tidak menang, mereka akan menabur macam-macam dakyah. DAN... mereka-mereka inilah yang akan menjahanamkan Umno. DAN mereka-mereka ini lah yang wajib diperangi habis-habisan terlebih dulu, bukan Tun.

Kepada Tun dan Mukhriz...

Nasihatlah penyokong-penyokong anda supaya tidak lagi menabur fitnah yang boleh menjadi barah dalam Umno. Terima lah hakikat... jangan jadi orang bodoh dan lupa kepada ketetapan Allah.

3 comments:

Anonymous said...

adakah paklah tuhan? setelah rakyat membencinya, dia masih lagi dalam angan-angan.

adakah kj tuhan? setelah didapati bersalah dengan politik wang tapi masih lagi boleh bertanding dan menang?

Unknown said...

siapa dia belakang tun dgn mukhriz.
ada berapa kotak bukti pulak kali ni.
for real tlg lah bagi tunjung bukti, letih dah dengar ezam annual punya taktik kami tau, kami ada bukti ni

badut said...

Mereka masih tidak berpuas hati apabila KJ menang. Mereka akan terus memburuk-burukkan orang yang telah dipilih Allah.

* wah.. KJ dipilih ALLAH?.... hati2 skit.... kalau camtu PR selangor pun dipilih ALLAH ker? kalau dah dipilih ALLAH naper kacau?