Thursday, March 26, 2009

Terima lah apa yang Allah tetapkan

Keputusan sudah diketahui mengenai siapa Ketua Pergerakan Pemuda, siapa yang akan menjadi Ketua Hulubalang Melayu - Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Editorialblog mengucapkan tahniah kepada KJ dan yang kalah diharap terima kekalahan dengan hati terbuka.

Saf dan barisan setiap kali umat Islam menunaikan solat perlu diperbetulkan dan dirapatkan semula selepas 'biduk berlalu'.

Yang menang wajib menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas. Dan yang kalah pula wajib membantu pilihan majoriti.

Sudah menjadi lumrah dan resam dunia ada menang, ada kalah. Terima lah kekalahan. Jangan jadi seperti pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan. Jangan ingat kita betul segala-galanya manakala orang lain tidak betul.

Mukhriz yang dikatakan kuat disebabkan nama di belakang namanya iaitu Mahathir dan Khir Toyo yang dikatakan kuat kerana kakinya dan 'kekayaannya', kini mesti menasihatkan penyokong mereka supaya 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.

Semua pihak sama ada dalam Pemuda, Wanita dan Puteri harus menerima hakikat dan berpegang kepada 'Kun' Allah. Apabila Allah SWT berkata 'Kun' maka terjadilah ia. Tiada kekuasaan lain daripada kuasa Allah.

Allah SWT sudah menetapkan KJ, Shahrizat dan Rosnah menjadi pemimpin. Kenapa kita hendak melawan keputusan yang telah Allah tetapkan. Jangan lah melawan kehendak Allah.

Allah maha bijaksana daripada penyokong KJ, Mukhriz dan Khir Toyo. Ada kebaikan Allah memilih KJ daripada memilih Mukhriz dan Khir Toyo. Ada kebaikan Allah tidak memilih Khir Toyo dan Mukhriz.

Apa yang mesti kita lakukan sekarang ialah membantu mereka mentadbir parti sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita mesti menegur jika mereka tersimpang. Barulah Umno akan kuat.

Bukannya berbalah terus-terusan. Editorialblog memberi jamnian kepada anda semua bahawa laman web ini akan sentiasa memerhati pemimpin yang dipilih itu dan akan menegur mereka jika ada yang tidak kena.

Ingat lah kepada 'Kun Faya Kun'. Jangan lagi ada yang masih cuba menabur fitnah atau cuba memecah-belahkan Pemuda Umno kerana kecewa Mukhriz dan Khir Toyo tidak menang. Semuanya adalah kehendak Allah. Kita sudah berusaha dan Allah yang menentukannya.

1 comment:

Anonymous said...

kalau terima ketetapan Allah, letih la Allah berfirman
"kami tidak akan mengubah nasib kaum itu, sehingga kaum itu mengubahkannya."
kesedaran. Jika tiada, serupa la kita dengan makhluk lain.

"kun faya kun" dinyatakan dalam surah yasin utk surah itu. Agak heran saudara boleh terjemah kan kun fa yakun kedalam cerita KJ ni.
Anda tuhan ke?