Thursday, February 26, 2009

Kenyataan media Mukhriz

Untuk Siaran Segera - 26 Februari 2009
KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN
Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.
Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.
Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.
Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa "Singh is King" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.
Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.
-SEKIAN-

Friday, February 13, 2009

Kenyataan penuh Sultan Selangor

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya "mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi Raja-Raja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.


Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

Sultan Selangor kecewa sikap penyokong Pakatan Rakyat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan kekesalan baginda terhadap gelagat biadap penyokong Pakatan Rakyat yang melakukan demonstrasi jalanan ketika angkat sumpah kerajaan baru di Perak, di Kuala kangsar, baru-baru ini.

Sambil menyatakan penyokong Pakatan Rakyat itu jahil terhadap undang-undang negeri dan Persekutuan, baginda juga kesal kerana penyokong parti berkenaan begitu taksub kepada pemimpin tertentu dan angkuh hingga melupakan kuasa yang ada pada Sultan Perak.

Titah baginda: “Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar."

Nasihat Sultan Selangor:

“Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita serta mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan dan menghakis asas kedaulatan negara ini dengan sifat keji seperti biadap, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa."

Sultan Selangor menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam, bertitah bahawa Sultan Azlan Shah adalah tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman serta pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara.

“Baginda dan keluarga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka kepada kepentingan rakyat jelata, sehingga kebanyakan tindakan baginda bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar dalam mana-mana isu yang bersabit,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin mengingatkan rakyat menggunakan pertimbangan akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan terutama kepada mereka yang berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan termasuk peranan institusi Raja.

Baginda bertitah, setiap rakyat sepatutnya memantapkan perpaduan ketika dunia kini mengalami kegawatan ekonomi.

“Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan tetapi terlajak
perbuatan mungkin akan mengundang bencana,” titah baginda.

Nizar terus hasrat saman

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak yang juga bekas Menteri Besar yang disingkirkan, Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah perisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar menuntut perintah perisytiharan bahawa Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik pada 6 Februari lalu, bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Beliau juga menuntut perintah injunksi menghalang Zambry atau ejen berkhidmat dengannya daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar dan menuntut agar 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan serta diadakan semula pilihan raya negeri.


Terdahulu, Nizar yang kini sudah ditolak oleh penyokongnya sendiri di Perak, mula mengheret warga Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan apabila beliau menjadikan Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur, sebagai tempat untuk meraih simpati.

Sebagaimana, idolanya Anwar Ibrahim yang pernah menggunakan masjid untuk mendapat simpati, Nizar bersama penyokongnya berhimpun dan berucap selepas solat Jumaat hari ini di Masjid Kampung Baru.

Monday, February 9, 2009

Arumugam letak jawatan Adun

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini mengumumkan bahawa Adun
kawasan Bukit Selambau V Arumugam meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa serta-merta.


Surat peletakan jawatan itu bukan saja diberikan kepada Azizan dan Speaker DUN, malah turut diserahkan kepada Sultan Kedah. Surat perletakan kedua-dua jawatan yang mengandungi dua halaman itu bertarikh 8 Februari 2009.

Azizan dalam pengumumannya juga mendakwa bahawa Arumugam meletak jawatan kerana tidak tahan dengan ancaman dan ugutan Barisan Nasional (BN) termasuk menawarkan wang sehingga RM5 juta supaya beliau melompat parti. Beliau turut menyatakan tertekan dengan ancaman keselamatan diri dan keluarganya.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, beliau bertanding sebagai calon bebas, tetapi menyertai PKR selepas itu dan dilantik sebagai Exco. Arumugam adalah bekas jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendapat 13,225 undi pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, menewaskan calon BN, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.

p/s Boleh pecaya ke dia tak nam RM5 juta.

Satu meninggal, satu letak jawatan

Ahli Parlimen bukit Gantang dari Pas, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung. Roslan, 50, yang juga Pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 10 anak yang berusia antara sembilan dan 23 tahun.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Open University Malaysia.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada 6 petang ini di kampung Allahyarham di Changkat Larang, Lahat, dekat Batu Gajah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu, Roslan mengalahkan calon BN-Umno, Datuk Seri Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 undi. Beliau memperoleh 20,015 undi, berbanding Azim (18,449 undi). Calon Bebas, M Muruganan mendapat 872 undi.

Parlimen Bukit gantang yang mempunyai 55,471 pengundi dengan Melayu berjumlah 63.57 peratus, Cina (27.14%), India (9.12%) dan lain-lain (0.16%), mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Sapetang, Changkat Jering dan Trong.

DUN Kuala Sapetang mempunyai 19,699 pengundi dikuasai Tai Sing Ng dari PKR, Changkat Jering (24,864 pengundi) oleh Mohd Osman Mohd Jailu juga dari PKR (sebelum beliau mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional minggu lalu), manakala DUN Trong dikuasai Datuk Rosli Husin daripada BN-Umno.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan menunggu notis rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang berikutan kematian Roslan.

DALAM PERKEMBANGAN LAIN,

Ahli Exco Kerajaan Kedah daripada PKR, V Arumugam meletak jawatan Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, hari ini.

Surat peletakan jawatan itu dikatakan telah dihantar kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, dari Kuala Lumpur dengan alasan:

SULTAN KEDAH YANG MELANTIK BELIAU SEBAGAI EXCO.

Namun, Arumugam masih kekal sebagai Adun kawasan Bukit Selambau.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan peletakan jawatan itu, bagaimanapun memberitahu bahawa beliau gagal menghubungi Arumugam dan beliau juga tidak diberikan salinan surat peletakan jawatan itu.

MB berkata, Arumugam mengirim surat peletakan jawatan Exco kepada Sultan Kedah kerana baginda yang melantiknya.

Arumugam dipercayai melepaskan jawatan itu selepas beliau dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk membawa 'isteri' kedua pada semua majlis rasmi kerajaan san sultan. Malah beberapa pertubuhan sudah menghantar memorandum kepada Sultan Kedah berkaitan isu itu. Sultan Kedah juga sudah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes berkenaan.

Klik di sini

p/s MB Kedah kata beliau gagal menghubungi Arumugam. Adakah ini satu lagi kes 'orang hilang' yang akan dijadikan isu pula oleh Pakatan Rakyat, kononnya wakil rakyat mereka disembunyikan oleh BN? Mereka sering membuat andaian yang bukan-bukan, tanpa melihat diri sendiri bahawa pakatan mereka sudah retak.

Dipetik dari sebuah hikayat Afrika

Adapun diceritakan oleh orang tua-tua bahawa berkata sahibulhikayat, ada seekor tikus bernama Niz** yang jiwanya merana kerana saban hari hidup dalam ketakutan. Sering diburu oleh kucing dan berasa bila-bila masa saja dia akan menemui ajal.

Badannya yang kerdil itu akan hancur berkecai dicakar-cakar oleh kuku tajam sang kucing yang tidak pernah kenal belas kasihan.

Kenapa Tuhan yang maha adil itu menjadikan kucing begitu perkasa sedangkan tikus begitu lemah? Dia berdoa agar dia juga boleh jadi kucing.Tiba-tiba menjelma nenek kebayan yang dapat menunaikan permintaannya.

"Wahai nenek kebayan budiman. Tukarkanlah hamba menjadi kucing," tikus itu bermohon. Sekelip mata kemudiannya dia ditukarkan menjadi kucing. Maka bermaharajalela lah Niaz sebagai kucing.

Dia rasa dialah makhluk yang paling perkasa sekali. Apa lagi dia pun menggunakan keperkasaannya itu mengejar dan membaham tikus-tikus yang berkeliaran. Suatu hari sedang dia mengejar tikus-tikus, dia terserempak dengan seekor anjing.

Kali ini giliran Niz** pula dikejar dan menjadi mangsa keganasan anjing. Niaz menyeru nenek kebayan katanya, "Wahai nenek yang budiman.Tukarkanlah hamba menjadi anjing pula kerana anjinglah yang paling perkasa."

Dengan sekelip mata Niz** menjadi anjing. Sekali lagi dia mengganas. Semua kucing menjadi mangsa keperkasaannya. Sekarang dia merasakan dialah raja segala binatang.

Suatu hari tuan kepada Niz** membawanya memburu di hutan. Dalam hutan Niz** bersemuka dengan harimau. Adalah jelas di depan matanya kini bahawa harimau adalah raja segala binatang. Lebih perkasa darinya.

Lagi sekali Niz** menyeru nenek kebayannya "Hamba mahu jadi harimau. Raja segala binatang." Dengan kuasa sakti yang ada pada nenek kebayan, ditukarkannya Niz** menjadi harimau garang.

Maka bermegahlah Niz** atas takhtanya sebagai raja segala binatang. Semua binatang dalam hutan menjadi mangsa keganasannya. Tidak seekor pun yang berani melawannya sehinggalah pada suatu hari dia bertarung dengan seekor gajah.

Jelas baginya gajah lebih besar, lebih kebal dan lebih handal darinya. Tidak ada ertinya dia menjadi raja kalau masih ada binatang lain yang lebih perkasa darinya.

Niz** menyeru nenek kebayan "Hamba mahu menjadi gajah. Binatang yangpaling besar, paling perkasa. Boleh mengalahkan harimau raja segala binatang."

Niz** kemudiannya menjadi gajah. Dia rasa megah. Rasanya sudah tercapailah kini olehnya kemuncak keperkasaan dalam dunia ini. Dalam masa dia bermegah-megah itu, Niz** merenung ke bawah. Tiba-tiba terlihat olehnya seekor tikus sedang merayap.

Apa lagi, lintang pukanglah Niz** berlari kerana takutkan tikus itu.

"Wahai nenek kebayan. Ini permohonan hamba yang terakhir. Tukarkanlah hamba menjadi tikus semula."

Niaz pun balik menjadi tikus. Dia bersyukur kerana menciptanya sebagai tikus. Seekor makhluk kerdil tapi ditakuti oleh binatang yang begitu besar dan perkasa.

Fantasi ini adalah dongeng orang kafir dari Afrika. Moral dan nilai hidup yang terlukis dalam fantasi ini amat jelas kerana seperti cerita Sang Kancil, ia direka untuk paras pengertian kanak-kanak.

Namun ketinggian nilai moralnya boleh dijadikan bimbingan untuk "kanak-kanak" yang berumur dari 8 hingga 80 tahun. Itulah keistimewaan penceritaan menerusi fantasi.

Falsafah setinggi langit dapat diambil menerusi kiasan yang paling mudah. Cerita fantasi kanak-kanak Afrika ini boleh dikaitkan dengan moral dan falsafahnya sebagaimana ayat 16 Surah Al-Anbia' bermaksud "Sekali-kali tidak kami jadikan langit dan bumi dan apa-apa jua di antara keduanya dengan sengaja."

Manusia boleh ambil iktibar, bahawa Allah menjadikan makhluk-Nya itu supaya tiap-tiap ciptaan-Nya dalam alam ini akan memperolehi bahagian mereka masing-masing dari apa yang telah diperuntukan-Nya.

Mungkin kejahatan bagi sesuatu makhluk itu, adalah kebaikan pula pada makhluk yang lain. Umpamanya, harimau membunuh kambing untuk makanan.

Demikianlah seterusnya. Kita dengan peranan masing-masing yang tidak lebih hina atau lebih mulia dari peranan mahkluk-makhluk lain. Oleh itu,berpuas hati dan bersyukurlah kita dengan bentuk ciptaan dan peranan kita masing-masing.

Orang yang asyik `enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas' tidakakan dapat memainkan peranannya yang baik. Yang anehnya, moral ini boleh dipelajari oleh kanak-kanak Afrika menerusi satu fantasi kiasan binatang dan khayalan nenek kebayan.

Bagi insan yang boleh berfikir dan meneliti dengan lebih baik lagi, sudah tentu mereka akan kenal bahawa di sinilah letaknya titik pertemuan antara fantasi dan realiti.

Oleh itu, Mohammad Nizar dan siapa saja penyokong Pas dan PKR di Perak harus jadikan cerita dari Afrikat itu sebagai teladan. Jangan hanya pandang di atas, tetapi lihat ke dalam diri dan ke bawah sama.

p/s Adapun ketika hikayat ini diposkan di laman blog ini, TV3 menerusi Malaysia Hari ini (MHI) sedang memperkatakan cerita mengenai binatang-binatang peliharaan yang dibuang di tepi jalan. Maka, sahibulhikayat menyebut, adapun orang-orang Pas dan PKR itu jangan lah lagi menyokong DAP, kerana bimbang mereka juga akan dibuang di tepi jalan.

Saturday, February 7, 2009

Apa Kata Editor Kanan MSM (Bhg 74 - Baca dan fikir)

Cuba anda terutama orang Pakatan Rakyat, khususnya bangsa Melayu, baca petikan daripada berita di bawah ini:

Dipetik daripada laman http://www.anwaribrahimclub.com/2009/01/3-lagi-adun-perak-akan-sertai-pakatan/
3 lagi ADUN Perak akan sertai Pakatan?
Posted by truckster on January 26th, 2009 No Comments Printer-Friendly ShareThis

PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.


Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi BN itu menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.......Nizar ketika mengulas lanjut isu itu memberitahu, perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

“Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka,” katanya.

Dipetik daripada laman http://pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com/2009/01/umno-man-joins-pkr-in-perak-star.html

Sunday, January 25, 2009
Umno man joins PKR in Perak - Star Jan 25, 2009
By JANE RITIKOS and CLARA CHOOI

PETALING JAYA: Bota assemblyman Datuk Nasarudin Hashim is quitting Umno to join PKR, bringing the total number of state seats held by the Pakatan Rakyat alliance here to 32, versus Barisan Nasional’s 27.

..........

.....Pakatan component party leaders were however elated by the news and some even claimed there would be more such crossovers.

Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who is also state PAS deputy commissioner, said there were unconfirmed reports that more Barisan representatives planned to follow in Nasaruddin’s footsteps.

“There will be more crossovers ... we are working on it,” he said.

Dari laman http://pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com/2009/01/anwar-claims-more-bn-reps-to-defect.html
Monday, January 26, 2009
Anwar claims more BN reps to defect - Star Jan 26, 2009
By EDWARD RAJENDRA and IVAN LOH

KLANG: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claims his plans are still on track and more Barisan Nasional elected representatives would cross over to Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Saying it would occur on a “bi-weekly basis from next month” onwards, the PKR adviser said people have made up their minds and “it’s only a matter of time.”

Anwar told a crowd at the a Chinese New Year celebration held at the Hokkien Association Hall here that “change was imminent and we will surprise you from time to time.”

“Now the ox has come in, just be patient ... we are working hard just like the ox,” he said at the event that was organised by Selangor information chief Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, in reference to it being the Lunar Year of the Ox.

After the Opposition’s strong showing in the general election last march, Anwar had promised that he had more than 30 Barisan MPs ready to cross over to the Pakatan Rakyat alliance by Sept 16.

None did and since failing to meet his own deadline, the former deputy prime minister’s voice had been relatively muted on the crossover issue until the defection of Bota assemblyman Datuk Nasaruddin Hashim on Sunday, who quit Umno to join PKR.

In IPOH, Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin claimed that three more assemblymen could be crossing over from Umno.

He said talks were in progress between Pakatan and the three, who had approached the alliance following Nasarudin’s defection on Sunday.

“They came forward to meet us without us inviting them,” Nizar said after attending the Perak DAP Chinese New Year open house here Monday.

He however declined to reveal the identities of the three or which parties they had approached, alleging that they could be threatened.

Asked what the chances were of the three actually joining Pakatan, Nizar said there was a 50-50 chance.


Dari laman
http://pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com/2009/01/pr-pr-wooing-three-umno-assemblymen-to.html
Tuesday, January 27, 2009
PR wooing three Umno assemblymen to defect - NST Jan 27, 2009
By Jaspal Singh

IPOH, Tues:Three more Umno state assemblymen are being wooed to join the Pakatan Rakyat, Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said today.

Speaking to reporters at the Perak DAP Chinese New Year open house here on Monday, he told reporters the three Umno assemblymen had approached Pakatan leaders after the defection of Bota assemblyman Datuk Nasarudin Hashim declared on Sunday to the Parti Keadilan Rakyat.

He, however, refused to disclose who the three were.

“I cannot give more specifics because we want to guard their security. Now Nasarudin is facing some problems after announcing that he is joining Pakatan Rakyat. So I cannot reveal who these three people are,” he said.

He said the Umno assemblymen had met PR leaders on their own volition.

“They came to see us after Nasarudin declared that he was joining the PR. So we have now started discussions with them.”

Nizar said he could not tell when the crossovers would take place, pointing out that it took Nasarudin at least three weeks to make his decision.

“Of course, time is of the essence and the negotiation is going on seriously. If you ask me to rate the chances of winning them over to the PR’s side, then it will be 50-50 at the moment,” he said.

Asked if any reasons were provided by the Umno men for wanting to join the PR, he said it was due to internal politicking.“They wanted to contest for top division positions but were told not to by the party leadership. When they insisted on contesting, they lost their bids,” he said.

While the names of the three Umno assemblymen could not be confirmed, it is believed they are Pengkalan Baharu state assemblyman Datuk Hamdi Abu Bakar, Datuk Ahamad Pakeh Adam (Lintang) and Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah).

Both Hamdi and Ahamad, who were incumbents, lost their positions during divisional elections last year. Raja Ahmad’s bid to capture the division chief’s post was hampered when the Umno supreme council decided recently to suspend the divisional election.


Dari laman http://pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com/2009/01/guan-eng-lauds-bota-reps-move-to-pkr.html
Wednesday, January 28, 2009
Guan Eng lauds Bota rep’s move to PKR - Star Jan 28, 2009

GEORGE TOWN: Penang Chief Minister Lim Guan Eng lauded Bota assemblyman Datuk Nasarudin Hashim’s defection to PKR, saying the move would strengthen the Pakatan Rakyat government in Perak.

“The situation in Perak is not like Penang where the Pakatan has a big majority," he said.


Pastinya anda faham maksud yang tersurat disebalik ulasan yang diberikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat ketika Adun Bota menyertai PKR.

Tetapi, tiba-tiba keadaan menjadi sebaliknya. Lantas pemimpin PKR berkenaan mengamuk habis-habisan kerana mereka sudah 'kena main belakang'. Jelas di sini anda boleh lihat siapa mereka sebenarnya.

Friday, February 6, 2009

Karpal nak saman Sultan Perak, BN

Polimik dalam politik di Perak bagi sesetengah pihak sudah berakhir apabila MB baru mengangkat sumpah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, petang tadi.

Namun, beberapa kejadian terutama perhimpunan penyokong PR dekat istana dan cuba mencetuskan kekacauan menunjukkan anak-anak muda mudah digunakan oleh DAP, PKR dan Pas untuk kepentingan mereka.

Dalam, perkembangan terbaru pula Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Sultan Perak dan BN. Baca di sini

Apa Kata Editor MSM (bhg 73 - Kasihan Yop kena...)

Krisis politik, eksekutif dan istana di Perak menjadi semakin kelam kabut, walaupun kerajaan baru akan dibentuk beberapa jam lagi.

Puncanya hanya berebut kuasa tanpa mengikut lunas undang-undang kuasa, sedangkan mereka yang menjadi pemimpin itu adalah bijak-bijak belaka yang lulus dari universiti dalam negara atau luar. Manakala yang menjadi macai-macai bodoh seperti lembu yang ditarik hidung, adalah rakyat terutama orang Melayu di peringkat sederhana.

Orang Melayu peringkat sederhana inilah yang boleh dijadikan 'lembu' oleh pemim;pin yang gilakan kuasa, tanpa sempat mereka mengkaji situasi sebenar daripada awal. Malah golongan Melayu sederhana ini menjadi sasaran mudah. Apa lagi jika disuapkan dengan segala macam cerita buruk mengenai kerajaan atau pemimpin kerajaan.

Bangsa Melayu sederhana ini juga tidak dapat membezakan yang sebenar. Mereka juga tidak bertanya pemimpin yang mereka ikuti itu sebaliknya hanya mengikut telunjuk dan hanya mendengar.

Tidak seperti sesetengah Melayu yang berani bertanya kepada pemimpin mereka atau berani membuat perdebatan.

Contohnya: Tidak ada seorang pun kah daripada kira-kira 10,000 penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar, malam tadi bertanya kepada pemim;pin mereka soalan ini. Betulkah wakil rakyat Pakatan Rakyat kena sain surat letak jawatan tanpa tarikh sebaik saja menang kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen? Betulkah surat tiga wakil rakyat iaitu Adun Changkat Jering, Behrang dan Jelapang itu surat lama tanpa tarikh?

Jika jawapannya tidak, maka biar mahkamah yang menentukannya. Tiga Adun itu sudah mengadap Sultan Perak dan menyatakan kepada baginda. Jika mereka berbohong kepada sultan, maka biarlah istana memberi titah baru.

Tetapi jika jawapannya YA, pastinya tindakan itu tidak mengikut aturan dan resam dunia demokrasi. Pastinya itulah tidakan PR iaitu Pas, PKR dan DAP bermain politik dan memperbodohkan rakyat. Jika mengikut aturan surat mesyuarat, setiap surat mesti ada tarikhnya. Inilah dikatakan 'Undang-undang Sadiq Sigaraga'.

Jadi tidak adakah di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang berani bersuara?

Adakah dalam 10,000 atau 20,000 penyokong PR yang hadir di kediaman MB itu semuanya adalah Pak Angguk belaka?

Adakah di kalangan penyokong PR semuanya 'lembu yang boleh ditarik hidung'? Tidak boleh berfikir sedangkan Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran.

Dari segi logik pula: Apabila Adun Bota melompat dari Umno ke PKR, bukan main gembira lagi penyokong parti gabungan PR. Kononnya, itulah permulaan gelombang untuk Anwar Ibrahim merampas kuasa Kerajaan Pusat.

Apabila Anwar selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 mengumumkan ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai PR dan apabila Anwar menghantar surat kepada Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana mendakwa dia boleh menjadi Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Parlimen hantu, tidak siapa penyokong PR persoalkannya. Malah, penyokong PR merestuinya dan gembira dengan perbuatan 'busuk' Anwar itu.

Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, pemimpin DAP, PKR dan Pas termasuk yang bergelar tok guru sudah dirasuh syaitan dibawa Anwar dan DAP, mula membantah. Kononnya tindakan BN di Perak perbuatan haram. Bullshit!!!

Salah PR juga sehingga tiga wakil rakyat mereka menjadi wakil Bebas. Ketiga-tiganya sudah hilang kepercayaan kepada parti diwakili mereka iaitu PKR dan DAP. Ketiga-tiga mereka juga membuat pengakuan di depan Sultan Perak bahawa mereka calon Bebas yang menyokong BN.

Kini, pemimpin PR dan penyokong mereka termasuk penulis-penulis blog yang begitu marah, mula membuat 'kacau' dan mereka mengatakan bahawa BN akan menerima azab Tuhan. Cubalah anda fikir sejenak, siapa yang sudah dilaknat Tuhan. Allah Taala hanya berkata: "Kun". Itulah kuasa Allah Taala. Adakah mereka ini masih tidak sedar-sedar lagi sedangkan di antara mereka adalah orang-orang yang tidak pernah tinggal sembahyang malah tinggi pula ilmu agama daripada orang agama sendiri?

Allah sudah menguji kerajaan PR yang dipimpin Pas tetapi didominasi DAP di Perak tidak sampai setahun pun. Dalam tempoh itu, bermacam-macam kejadian berlaku, terutama yang boleh menjejaskan agama Islam dan bangsa Melayu. Sebelum rakyat Perak berbangsa Melayu dan Islam hancur musnah akibat tindakan DAP dan PR, maka berlakulah peralihan kuasa dengan izin Tuhan. BN menjadi penyelamat rakyat Perak.

Tetapi, penyokong dan pemimpn PR terutama yang ada janggut sejemput atau janggut panjang berjela tetap melawan takdir.

Bukan saja ingkar dan derhaka kepada sultan tetapi melawan "KUN".

Anwar bukan orang Perak, Kit Siang dan Guan Eng bukan orang Perak, Hadi Awang bukan orang Perak. Mereka hanya meninggalkan najis di Perak dan biar orang Perak yang basuh...
Malang bagi penyokong PR di Perak kerana terpaksa basuh najis ditinggalkan pemimpin mereka. Bagi mereka, mungkin najis itu wangi dan mereka sanggup kotorkan tangan mereka.

Kasihan Yop kena cuci bontot 'Cin...dia'...

Kasihan Yop kena jadi 'limau' korban Tahun Baru Cina. Memang tepat lah tahun ini dalam kalendar Cina adalah tahun lembu.

Thursday, February 5, 2009

Adun PR boikot Sultan Perak

Semua Ahli Dewan Undangan (Adun) mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, Pas dan PKR akan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika berucap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong PR di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, malam tadi.

Beliau menjelaskan bahawa semua Adun PR telah menerima kad jemputan ke majlis berkenaan tetapi menganggap majlis itu tidak sah dari segi undang-undang.

"Perjuangan kita adalah perjuangan hak. Kita tidak setuju denga kerajaan haram Barisan Nasional (BN). Kita akan berjuang hingga ke titiasan darah terakhir," katanya.

Perhimpunan tanpa permit itu dianjurkan PR bagi membantah keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah memberi pekenan penubuhan kerajaan negeri BN dan pemilihan Dr Zambry sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang dikatakan akan berucap pada majlis itu tidak hadir.

Mohammad Nizar berkata, PR akan meniupkan dan membangkitkan semangat rakyat di seluruh negara untuk menghancurkan Umno dan BN.

Katanya, tindakan pegawai kerajaan, khususnya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengarahkan beliau dan semua Exco negeri mengosongkan kediaman rasmi dan mengembalikan harta dan kemudahan kerajaan seperti kereta rasmi adalah tindakan kurang ajar.

"Kita akan mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat Perak untuk menumbangkan BN," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, pula berkata rakyat akan kembali berdemonstrasi di jalan raya seperti dilakukan dalam gerakan reformasi 1998 jika BN merampas pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada PR.

p/s Perlu diingat bahawa majlis itu melibatkan Sultan Perak.

Nizar enggan lepas jawatan

Menteri Besar (yang disingkirkan), Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepasan jawatan walaupun diperintahkan oleh Sultan Perak.

Beliau beranggapan masih menjawat jawatan Menteri Besar berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

p/s: berita lanjut akan menyusul

Kenyataan Sultan Perak

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.


Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan."

Wednesday, February 4, 2009

Sivakumar kata Hee bukan wakil rakyat

Selepas mencetuskan kontroversi apabila memberitahu rakyat Perak bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) menghantar surat meletak jawatan sebagai wakil rakyat, hari ini, Speaker DUN Perak, V Sivakumar, memberitahu pula bahawa Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, sudah meletakkan jawatan sebagai berkuat-kuasa pagi semalam.

Sivakumar dalam satu kenyataan dikeluarkan di Ipoh memberitahu bahawa surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada beliau jam 8.10 pagi tadi.

Katanya, Hee yang memenangi kerusi Jelapang bagi penggal kedua, telah meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Perak dengan kadar segera.

"Surat perletakan jawatan itu telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak akan mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Negeri iaitu N31 Jelapang dengan segera," katanya

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Hee memenangi kerusi Jelapang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 6,707 undi. DIa mendapat 12,219 undi mengalahkan calon BN, Loh Koi Pin, yang mendapat 5,512 undi dan calon bebas, M Saraswathy, yang memperolehi 1,275 undi.

Sivakumar juga ingin menunjukkan kuasanya apabila beliau tetap tidak mengiktiraf Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai Adun)walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat keputusan mengekalkan mereka sebagai wakil rakyat di DUN masing-masing.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat itu adalah muktamad berdasarkan kuasanya sebagai ketua perundangan di DUN Perak.

"Oleh itu, mereka tidak boleh memasuki DUN kerana saya masih lagi ketua legislatif di Perak... kalau SPR tidak mengiktiraf (keputusan saya), itu dia punya pasal," katanya.

BN ada majoriti tubuh kerajaan Perak

JIKA MENDAPAT PEKENAN SULTAN PERAK 1 - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Perak. BN dikatakan mempunyai kuota mencukupi bagi menubuhkan kerajaan apabila empat hingga lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dikatakan sedia menyertai BN, selain daripada dua Ahli Exco yang masih menghilangkan diri itu.

Najib dikatakan sudah mengadap Sultan Perak pagi tadi bagi memaklumkan penubuhan pentadbiran baru, apabila mendapat kuota mencukupi. Bagaimanapun, pertemuan Najib dan Sultan Perak diketahui oleh Mohammad Nizar yang kemudian membuat pengumuman segera membubarkan DUN, tanpa mendapat pekenan Sultan terlebih dahulu.

Semua Adun BN, termasuk Adun pembangkang yang menyertai Umno dan MCA kini berada
bersama-sama Najib, bagi menunggu keputusan daripada Sultan Perak.

***Maklumat terkini mengatakan Adun Bota yang menyertai PKR minggu lalu kini kembali semuka kepada Umno.


****Maklumat lagi terkini - Najib mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga Adun dari PKR dan seorang Adun dari DAP mengumumkan keluar parti.

****Empat atau lima Adun lagi dijangka keluar daripada Pakatan Rakyat.

JIKA MENDAPAT PEKENAN SULTAN PERAK 2 - Kalau diperkenankan Sultan Perak, maka terbubarlah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang belum pun berusia setahun. Semua sudah maklum bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sudah membuat pengumuman membubarkan DUN itu, sebelum mengadap Sultan bagi mendapatkan pekenan.

Demikianlah gara-gara mainan politik Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas. Itulah juga taktik kerajaan Pakatan Rakyat apabila kedudukan mereka terdesak apabila ramai wakil rakyat mereka kini menyedari bahawa mereka tidak boleh bekerjasama.

Tanpa melihat ke dalam diri sendiri, Mohammad Nizar menyalahkan BN disebabkan ketidaktentuan yang berlaku dalam politik di Perak sekarang kononnya BN dan Umno tidak dapat menerima kekalahan pada pilihan raya umum lepas. Suatu alasan yang membuka pekung di dada dan enggan mengakui bahawa beliau sebenarnya Menteri Besar boneka. Boneka kepada DAP yang semua Adunnya adalah Cina dan India.

Mohammad Nizar enggan mengakui bahawa beliau menerima tekanan daripada orang Melayu Perak kerana mengikut telunjuk DAP, manakala PKR pula tidak dapat membantu, sebaliknya
bersekongkol dengan DAP.

Begitulah nasib yang menimpa rakyat Perak. Akibat marahkan BN dan Umno pada pilihan raya umum lalu mereka memilih sebuah kerajaan yang lemah. Mereka lupa bahawa BN adalah sebuah kerajaan yang kukuh.

Dan tuduhan Mohammad Nizar bahawa semua ketidaktentuan politik di Perak disebabkan oleh Umno adalah tuduhan dangkal dan kebudak-budakkan. Sememangnya Nizar dari awal lagi tidak layak menjadi Menteri Besar. Lebih baik biarkan wakil DAP menjadi Menteri Besar (tetapi apakan daya Perlembagaan Perak tidak membenarkan).

Ramai menyalahkan BN kerana dua Ahli Exco PKR Perak menjadi Adun Bebas. Tetapi BN khususnya Umno tidak pula menyalahkan Pakatan Rakyat atau PKR apabila Adun Bota menjadi katak melompak dari Umno ke PKR. Gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang nampak.

Dan jika adapun pilihan raya kecil di seluruh Perak dalam sedikit masa ini, maka rakyat
Perak, khususnya orang Melayu wajar kembali ke asal dengan memilih BN untuk memerintah.
Bukan memilih gabungan yang didalamnya adalah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi.

Sunday, February 1, 2009

Adun Behrang nafi letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jamaluddin Mohd Radzi menafikan beliau meletak jawatan sebagai Adun seperti yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, petang tadi.

Jamaluddin memberitahu bahawa surat peletakan jawatan beliau dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang kononnya diterima oleh Sivakumar menerusi fak itu ditandatangani pada 8 Mac tahun lalu kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat ketika itu bimbang tujuh Adun mereka keluar parti.

Surat itu digunakan seolah-olah saya sudah letak jawatan sebagai Adun. Ini satu pembohongan. Saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” kata Jamaluddin.

Apa yang peliknya kenapa Sivakumar boleh membuat pengumuman itu. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat di Perak sudah bertelagah dan kerajaan mereka mula rapuh.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 72 - Antara politik wang dan wang politik)

Sedar atau tidak, kita semua harus membezakan empat perkataan iaitu "Politik Wang" dan "Wang Politik". Justeru, Lembaga Disiplin Umno, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli Umno keseluruhannya MESTI faham dua perbezaan itu bagi mengelak salah sangka.

Ramai di antara kita sekarang ini bercakap mengenai politik wang.

Kenapa, Umno masih tetap di hati rakyat? Kerana kepemimpinannya yang bekerja memerah otak siang dan malam demi membangunkan negara. Kerana kepemimpinan Umno yang sekular dalam menabur projek untuk rakyat tanpa mengira kawasan pro-Umno atau pembangkang. Kerana Umno mengamalkan pentadbiran demokrasi sepenuhnya.

Berbual dan berbincang mengenai kepemimpinan dalam Umno sekarang, isu paling panas diperkatakan ialah 'politik wang'. Begitu juga dalam media massa, banyak tulisan yang menyentuh mengenai 'politik wang'.

Kita tidak akan terlepas memperkatakan isu itu, terutama apabila berkumpul bersama rakan taulan. Apa lagi cuti persekolahan yang lepas hingga sekarang ini masih ada kenduri kendara, pastinya hidangan utama 'politik wang' menjadi perbualan.

Musim ini juga suatu hal yang menyulitkan buat Lembaga Disiplin Umno atau SPRM apabila mungkin ada perwakilan dan orang kuat Umno yang mengadakan kenduri kahwin. Kena jemput rakan taulan, YB YB dan orang kuat Umno.

Yang datang pula tahu tuan rumah adalah orang kuat. Maka bawa lah 'hadiah' yang besar untuk tuan rumah. Sudah menjadi adat orang Melayu bertandang ke rumah kenduri akan membawa hadiah kepada tuan rumah. Jika tidak membawa hadiah, biasanya selepas makan kita meletakkan sampul surat yang ada isi di tapak tangan dan bersalam dengan tuan rumah sebelum pulang.

Adakah 'hadiah' untuk majlis kenduri kahwin itu juga akan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno atau SPRM?

Ya! Rata-rata orang Cina Melayu, India atau kaum lain kini bercakap mengenai politik wang dalam Umno. Nampaknya, Umno sejak dulu, kini dan ... mendapat publisiti paling meluas, tetapi ia adalah publisiti negatif.

Namun, dalam memperkatakan politik wang, kita (termasuk Lembaga Disiplin Umno dan SPRM) semestinya tidak lupa satu perkataan lagi iaitu 'wang politik'. Bagi saya dan mungkin anda juga tahu bezanya 'politik wang' dan 'wang politik'. Banyak yang keliru dengan istilah 'wang politik' dan 'politik wang'.

Saya kira orang ramai sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan 'politik wang', dan amalan itu memang menyalahi peraturan yang ditetapkan parti dan undang-undang negara apabila ia juga bermaksud 'rasuah politik'.

Harus dibezakan 'wang politik' kerana istilah ini tidak menyalahi peraturan atau undang-undang negara. Tidak seharusnya Lembaga Disiplin Umno atau SPRM atau orang Umno sendiri salah faham dengan istilah 'wang politik'.

'Wang politik' seharusnya dibenarkan kerana dalam menjalankan apa-apa tugas, termasuk kempen pastinya seseorang memerlukan wang yang antara lain untuk makan minum dan kos pengangkutan.

Misalnya, si A adalah calon bagi ketua bahagian. Dia mempunyai 10 orang penyokong untuk membantunya melancarkan banyak tugasan. Dalam melakukan kerja itu 10 orangnya memerlukan macam-macam perbelanjaan bagi menampung apa saja kos.

Maka perlulah si A itu mengeluarkan belanja kepada orangnya. Ini bukan rasuah, tetapi belanja yang perlu dikeluarkan oleh 'majikan' kepada 'pekerjanya'.

Sama juga halnya jika ada YB yang sudah berjawatan timbalan menteri atau menteri menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi dalam parti, misalnya jawatan Naib Presiden. YB itu juga mempunyai pekerjanya dan penyokongnya setiap kali beliau menjelajah serata pelosok negeri.

Si YB ini juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan kepada pekerja dan penyokongnya, sekurang-kurangnya untuk makan minum dan kos pengangkutan. Jika memerlukan penginapan, maka YB itu terpaksa menyediakan kos hotel. Dalam masa yang sama apa salahnya, berbelanja lebih sedikit untuk 'melayan tetamu'. Kita bayar makan minum kepada tetamu, apa salahnya.

Jika ada pihak berkata, boleh kita layan tetamu tetapi yang salahnya ialah 'sambil menyelam minum air'. Tak mengapa jika orang mahu berkata demikian.

Dan lagi satu mengenai ejen calon yang banyak diperkatakan. Bagi kami perkataan EJEN itu lebih membawa erti sebagai PENYOKONG KUAT. Contohnya, YB dari Kedah akan bertanding jawatan tertentu. YB ini pula mempunyai ramai kenalan dari Perak, mungkin kawan masa sekolah atau ipar duai yang dah lama dikenali. Salahkah jika mereka ini menyokong YB dari Kedah itu?

Dalam masa yang sama YB dari Kedah ini memberi wang kepada mereka untuk bergerak di sekitar Perak berkempen untuk YB itu. YB itu tentu lah perlu mengeluarkan belanja kepada kawan-kawan dan ipar duainya di Perak. Untuk makan minum, kos pengangkutan atau kos penginapan. Mana ada barang free sekarang! Salah kah jika YB itu mengeluarkan belanja berkenaan?

Penulis juga mempunyai ramai kenalan di kalangan YB daripada Barisan Nasional. Ada juga beberapa YB daripada pembangkang yang penulis kenali dan mereka sendiri mengaku terpaksa membelanjakan wang untuk kerja-kerja politik.

Jadi adalah tidak salah jika tuan rumah kenduri kahwin menerima hadiah dan sampul surat. Begitu juga si A dan YB membelanjakan wang untuk kerja-kerja politik. Tetapi seharusnya kita membezakan 'kerja politik' yang dijalankan itu supaya tidak menjadi 'politik wang'.

Apa pun adalah sukar bagi Lembaga Disiplin Umno dan SPRM untuk membezakan mana satu politik wang dan wang politik, jika tidak mempunyai bukti kukuh.

Yang penting Umno harus membezakan antara POLITIK WANG DAN WANG POLITIK.

INGATLAH!

Apabila bangsa Melayu cuba ditindas oleh penjajah Inggeris yang mahu memperkenalkan Malayan Union, Umno bangkit menyemarakkan api dan semangat penentangan untuk mencapai kemerdekaan.

Apabila Tanah Melayu bertukar nama kepada Malaysia selepas diberi kemerdekaan, Umno melancarkan revolusi mental dan pembangunan kemanusiaan di kalangan rakyat orang Melayu.

Apabila negara terjerumus dalam banyak krisis sosial dan suasana ekonomi yang tidak seimbang, Umno juga yang memerah otak untuk melakukan reformasi ekonomi ke arah keadilan sosial dan keharmonian antara kaum dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

Tat kala dunia terjejas akibat kelembapan ekonomi pada 1997 dan 1998, Umno di bawah kepemimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan cara pengurusan dan polisi baru ekonomi dengan mengikat nilai mata wang ringgit.

Demikianlah antara banyak tingkah langkah dan jurus serta peranan yang dimainkan oleh Umno dalam menguruskan Malaysia supaya rakyat tidak kita apa kaum dan fahaman politik sekalipun dapat hidup aman, tenteram dan mengecapi hasil bumi bertuah ini.