Friday, February 6, 2009

Apa Kata Editor MSM (bhg 73 - Kasihan Yop kena...)

Krisis politik, eksekutif dan istana di Perak menjadi semakin kelam kabut, walaupun kerajaan baru akan dibentuk beberapa jam lagi.

Puncanya hanya berebut kuasa tanpa mengikut lunas undang-undang kuasa, sedangkan mereka yang menjadi pemimpin itu adalah bijak-bijak belaka yang lulus dari universiti dalam negara atau luar. Manakala yang menjadi macai-macai bodoh seperti lembu yang ditarik hidung, adalah rakyat terutama orang Melayu di peringkat sederhana.

Orang Melayu peringkat sederhana inilah yang boleh dijadikan 'lembu' oleh pemim;pin yang gilakan kuasa, tanpa sempat mereka mengkaji situasi sebenar daripada awal. Malah golongan Melayu sederhana ini menjadi sasaran mudah. Apa lagi jika disuapkan dengan segala macam cerita buruk mengenai kerajaan atau pemimpin kerajaan.

Bangsa Melayu sederhana ini juga tidak dapat membezakan yang sebenar. Mereka juga tidak bertanya pemimpin yang mereka ikuti itu sebaliknya hanya mengikut telunjuk dan hanya mendengar.

Tidak seperti sesetengah Melayu yang berani bertanya kepada pemimpin mereka atau berani membuat perdebatan.

Contohnya: Tidak ada seorang pun kah daripada kira-kira 10,000 penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar, malam tadi bertanya kepada pemim;pin mereka soalan ini. Betulkah wakil rakyat Pakatan Rakyat kena sain surat letak jawatan tanpa tarikh sebaik saja menang kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen? Betulkah surat tiga wakil rakyat iaitu Adun Changkat Jering, Behrang dan Jelapang itu surat lama tanpa tarikh?

Jika jawapannya tidak, maka biar mahkamah yang menentukannya. Tiga Adun itu sudah mengadap Sultan Perak dan menyatakan kepada baginda. Jika mereka berbohong kepada sultan, maka biarlah istana memberi titah baru.

Tetapi jika jawapannya YA, pastinya tindakan itu tidak mengikut aturan dan resam dunia demokrasi. Pastinya itulah tidakan PR iaitu Pas, PKR dan DAP bermain politik dan memperbodohkan rakyat. Jika mengikut aturan surat mesyuarat, setiap surat mesti ada tarikhnya. Inilah dikatakan 'Undang-undang Sadiq Sigaraga'.

Jadi tidak adakah di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang berani bersuara?

Adakah dalam 10,000 atau 20,000 penyokong PR yang hadir di kediaman MB itu semuanya adalah Pak Angguk belaka?

Adakah di kalangan penyokong PR semuanya 'lembu yang boleh ditarik hidung'? Tidak boleh berfikir sedangkan Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran.

Dari segi logik pula: Apabila Adun Bota melompat dari Umno ke PKR, bukan main gembira lagi penyokong parti gabungan PR. Kononnya, itulah permulaan gelombang untuk Anwar Ibrahim merampas kuasa Kerajaan Pusat.

Apabila Anwar selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 mengumumkan ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai PR dan apabila Anwar menghantar surat kepada Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana mendakwa dia boleh menjadi Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Parlimen hantu, tidak siapa penyokong PR persoalkannya. Malah, penyokong PR merestuinya dan gembira dengan perbuatan 'busuk' Anwar itu.

Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, pemimpin DAP, PKR dan Pas termasuk yang bergelar tok guru sudah dirasuh syaitan dibawa Anwar dan DAP, mula membantah. Kononnya tindakan BN di Perak perbuatan haram. Bullshit!!!

Salah PR juga sehingga tiga wakil rakyat mereka menjadi wakil Bebas. Ketiga-tiganya sudah hilang kepercayaan kepada parti diwakili mereka iaitu PKR dan DAP. Ketiga-tiga mereka juga membuat pengakuan di depan Sultan Perak bahawa mereka calon Bebas yang menyokong BN.

Kini, pemimpin PR dan penyokong mereka termasuk penulis-penulis blog yang begitu marah, mula membuat 'kacau' dan mereka mengatakan bahawa BN akan menerima azab Tuhan. Cubalah anda fikir sejenak, siapa yang sudah dilaknat Tuhan. Allah Taala hanya berkata: "Kun". Itulah kuasa Allah Taala. Adakah mereka ini masih tidak sedar-sedar lagi sedangkan di antara mereka adalah orang-orang yang tidak pernah tinggal sembahyang malah tinggi pula ilmu agama daripada orang agama sendiri?

Allah sudah menguji kerajaan PR yang dipimpin Pas tetapi didominasi DAP di Perak tidak sampai setahun pun. Dalam tempoh itu, bermacam-macam kejadian berlaku, terutama yang boleh menjejaskan agama Islam dan bangsa Melayu. Sebelum rakyat Perak berbangsa Melayu dan Islam hancur musnah akibat tindakan DAP dan PR, maka berlakulah peralihan kuasa dengan izin Tuhan. BN menjadi penyelamat rakyat Perak.

Tetapi, penyokong dan pemimpn PR terutama yang ada janggut sejemput atau janggut panjang berjela tetap melawan takdir.

Bukan saja ingkar dan derhaka kepada sultan tetapi melawan "KUN".

Anwar bukan orang Perak, Kit Siang dan Guan Eng bukan orang Perak, Hadi Awang bukan orang Perak. Mereka hanya meninggalkan najis di Perak dan biar orang Perak yang basuh...
Malang bagi penyokong PR di Perak kerana terpaksa basuh najis ditinggalkan pemimpin mereka. Bagi mereka, mungkin najis itu wangi dan mereka sanggup kotorkan tangan mereka.

Kasihan Yop kena cuci bontot 'Cin...dia'...

Kasihan Yop kena jadi 'limau' korban Tahun Baru Cina. Memang tepat lah tahun ini dalam kalendar Cina adalah tahun lembu.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara
Nampaknya saudara berfikiran logik dan saudara juga menzahirkan yang sebenar iaitu rakyat terutama Melayu sudah terpengaruh dengan gula-gula oleh Anwar dan ulama di dalam Pas. Orang Melayu jika kita lihat di dalam berita TV berkumpul di kediaman Menteri Besar Perak malam tadi, ramai yang memakai kopiah putih, tetapi pemimpin yang berada di depan mereka tidak memakai pun. Jadi mereka ini sememangnya Pak Turut saja.
Saudara,
Kita tahu macam mana nasihat pun kepada golongan ini, mereka sudah tidak boleh diubah lagi. Mereka sudah berani melawan kehendak Tuhan. Benar sekali bahawa jika tanpa kata-kata Kun itu maka sesuatu perkara tidak akan berlaku. Jika Tuhan berkata Kun, sekecil-kecil benih akan hidup subur.
Saudara,
Apapun, teruskan niat saudara untuk menyedarkan rakyat terutama orang Melayu melalui idua dan penulisan. Terima kasih.

Senior Citizen

Anonymous said...

Kasihan nye Yop... kena cuci...

Jang