Adapun diceritakan oleh orang tua-tua bahawa berkata sahibulhikayat, ada seekor tikus bernama Niz** yang jiwanya merana kerana saban hari hidup dalam ketakutan. Sering diburu oleh kucing dan berasa bila-bila masa saja dia akan menemui ajal.
Badannya yang kerdil itu akan hancur berkecai dicakar-cakar oleh kuku tajam sang kucing yang tidak pernah kenal belas kasihan.
Kenapa Tuhan yang maha adil itu menjadikan kucing begitu perkasa sedangkan tikus begitu lemah? Dia berdoa agar dia juga boleh jadi kucing.Tiba-tiba menjelma nenek kebayan yang dapat menunaikan permintaannya.
"Wahai nenek kebayan budiman. Tukarkanlah hamba menjadi kucing," tikus itu bermohon. Sekelip mata kemudiannya dia ditukarkan menjadi kucing. Maka bermaharajalela lah Niaz sebagai kucing.
Dia rasa dialah makhluk yang paling perkasa sekali. Apa lagi dia pun menggunakan keperkasaannya itu mengejar dan membaham tikus-tikus yang berkeliaran. Suatu hari sedang dia mengejar tikus-tikus, dia terserempak dengan seekor anjing.
Kali ini giliran Niz** pula dikejar dan menjadi mangsa keganasan anjing. Niaz menyeru nenek kebayan katanya, "Wahai nenek yang budiman.Tukarkanlah hamba menjadi anjing pula kerana anjinglah yang paling perkasa."
Dengan sekelip mata Niz** menjadi anjing. Sekali lagi dia mengganas. Semua kucing menjadi mangsa keperkasaannya. Sekarang dia merasakan dialah raja segala binatang.
Suatu hari tuan kepada Niz** membawanya memburu di hutan. Dalam hutan Niz** bersemuka dengan harimau. Adalah jelas di depan matanya kini bahawa harimau adalah raja segala binatang. Lebih perkasa darinya.
Lagi sekali Niz** menyeru nenek kebayannya "Hamba mahu jadi harimau. Raja segala binatang." Dengan kuasa sakti yang ada pada nenek kebayan, ditukarkannya Niz** menjadi harimau garang.
Maka bermegahlah Niz** atas takhtanya sebagai raja segala binatang. Semua binatang dalam hutan menjadi mangsa keganasannya. Tidak seekor pun yang berani melawannya sehinggalah pada suatu hari dia bertarung dengan seekor gajah.
Jelas baginya gajah lebih besar, lebih kebal dan lebih handal darinya. Tidak ada ertinya dia menjadi raja kalau masih ada binatang lain yang lebih perkasa darinya.
Niz** menyeru nenek kebayan "Hamba mahu menjadi gajah. Binatang yangpaling besar, paling perkasa. Boleh mengalahkan harimau raja segala binatang."
Niz** kemudiannya menjadi gajah. Dia rasa megah. Rasanya sudah tercapailah kini olehnya kemuncak keperkasaan dalam dunia ini. Dalam masa dia bermegah-megah itu, Niz** merenung ke bawah. Tiba-tiba terlihat olehnya seekor tikus sedang merayap.
Apa lagi, lintang pukanglah Niz** berlari kerana takutkan tikus itu.
"Wahai nenek kebayan. Ini permohonan hamba yang terakhir. Tukarkanlah hamba menjadi tikus semula."
Niaz pun balik menjadi tikus. Dia bersyukur kerana menciptanya sebagai tikus. Seekor makhluk kerdil tapi ditakuti oleh binatang yang begitu besar dan perkasa.
Fantasi ini adalah dongeng orang kafir dari Afrika. Moral dan nilai hidup yang terlukis dalam fantasi ini amat jelas kerana seperti cerita Sang Kancil, ia direka untuk paras pengertian kanak-kanak.
Namun ketinggian nilai moralnya boleh dijadikan bimbingan untuk "kanak-kanak" yang berumur dari 8 hingga 80 tahun. Itulah keistimewaan penceritaan menerusi fantasi.
Falsafah setinggi langit dapat diambil menerusi kiasan yang paling mudah. Cerita fantasi kanak-kanak Afrika ini boleh dikaitkan dengan moral dan falsafahnya sebagaimana ayat 16 Surah Al-Anbia' bermaksud "Sekali-kali tidak kami jadikan langit dan bumi dan apa-apa jua di antara keduanya dengan sengaja."
Manusia boleh ambil iktibar, bahawa Allah menjadikan makhluk-Nya itu supaya tiap-tiap ciptaan-Nya dalam alam ini akan memperolehi bahagian mereka masing-masing dari apa yang telah diperuntukan-Nya.
Mungkin kejahatan bagi sesuatu makhluk itu, adalah kebaikan pula pada makhluk yang lain. Umpamanya, harimau membunuh kambing untuk makanan.
Demikianlah seterusnya. Kita dengan peranan masing-masing yang tidak lebih hina atau lebih mulia dari peranan mahkluk-makhluk lain. Oleh itu,berpuas hati dan bersyukurlah kita dengan bentuk ciptaan dan peranan kita masing-masing.
Orang yang asyik `enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas' tidakakan dapat memainkan peranannya yang baik. Yang anehnya, moral ini boleh dipelajari oleh kanak-kanak Afrika menerusi satu fantasi kiasan binatang dan khayalan nenek kebayan.
Bagi insan yang boleh berfikir dan meneliti dengan lebih baik lagi, sudah tentu mereka akan kenal bahawa di sinilah letaknya titik pertemuan antara fantasi dan realiti.
Oleh itu, Mohammad Nizar dan siapa saja penyokong Pas dan PKR di Perak harus jadikan cerita dari Afrikat itu sebagai teladan. Jangan hanya pandang di atas, tetapi lihat ke dalam diri dan ke bawah sama.
p/s Adapun ketika hikayat ini diposkan di laman blog ini, TV3 menerusi Malaysia Hari ini (MHI) sedang memperkatakan cerita mengenai binatang-binatang peliharaan yang dibuang di tepi jalan. Maka, sahibulhikayat menyebut, adapun orang-orang Pas dan PKR itu jangan lah lagi menyokong DAP, kerana bimbang mereka juga akan dibuang di tepi jalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment