Monday, February 9, 2009

Arumugam letak jawatan Adun

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini mengumumkan bahawa Adun
kawasan Bukit Selambau V Arumugam meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa serta-merta.


Surat peletakan jawatan itu bukan saja diberikan kepada Azizan dan Speaker DUN, malah turut diserahkan kepada Sultan Kedah. Surat perletakan kedua-dua jawatan yang mengandungi dua halaman itu bertarikh 8 Februari 2009.

Azizan dalam pengumumannya juga mendakwa bahawa Arumugam meletak jawatan kerana tidak tahan dengan ancaman dan ugutan Barisan Nasional (BN) termasuk menawarkan wang sehingga RM5 juta supaya beliau melompat parti. Beliau turut menyatakan tertekan dengan ancaman keselamatan diri dan keluarganya.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, beliau bertanding sebagai calon bebas, tetapi menyertai PKR selepas itu dan dilantik sebagai Exco. Arumugam adalah bekas jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendapat 13,225 undi pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, menewaskan calon BN, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.

p/s Boleh pecaya ke dia tak nam RM5 juta.

No comments: