Wednesday, July 2, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 41 - Wan Azizah hanya jaga maruah)

Sukar untuk saya menafikan bahawa pernah suatu ketika dahulu saya dan beberapa rakan wartawan (sebelum menjadi editor) adalah antara orang yang penuh yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sekarang popular dengan DSAI, adalah orang yang tepat sekali untuk menggantikan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa itu kami penuh yakin bahawa DSAI bakal membawa Malaysia ke arah kejayaan sama ada daripada segi ekonomi dan pembangunan kemanusiaan apabila menjadi Perdana Menteri. Rata-rata pembangkang ketika itu terdiri daripada DAP dan Pas tidak senang duduk dengan kebolehan DSAI sama ada dari aspek pentadbiran negara dan syarahan serta strategi beliau dalam menangani apa saja isu.
Namun, sungguh bagai dikata oleh beberapa pihak, terutama alim ulama yang tidak terlibat dengan politik tanah air, bahawa Anwar bukan nama yang sesuai untuk memerintah Malaysia. Beliau bukan orang yang terpilih. Beliau akan membawa kemusnahan kepada negara ini jika menjadi pemerintah. Itu orang kata.
Editorialblog ketika menjadi wartawan dahulu mengenali Anwar, bukan rapat sangat, tetapi ada rakan wartawan lain yang agak rapat. Ketika menjadi Menteri Pelajaran, Anwar rapat dengan beberapa rakan editorialblog. Malah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan diberi kepercayaan menjadi Menteri Kewangan oleh Tun Dr Mahathir juga ramai rakan editorialblog yang rapat dengan Anwar. Tetapi, editorialblog tidak mendekati beliau dengan rapat, sekadar diarahkan membuat liputan maka editorialblog pun pergi membuat liputan mengenai Anwar.
Seorang rakan yang sekarang ini menjadi editor MSM memberitahu editorialblog bahawa beliau rapat juga dengan Anwar. Ada ketika beliau meminta bantuan kewangan daripada Anwar, tetapi Anwar tidak memberi wang tunai sebaliknya memberi empat nombor Magnum. "nah... ambil nombor Magnum ini... esok lusa naik kot," kata Anwar kepada rakan saya itu. Anwar pada masa itu memang rapat dengan seorang Ahli Lembaga Pengarah Magnum Corporation iaitu Datuk S Nalakaruppan. Rakan saya tidak ragu-ragu dan menang juga sedikit wang Magnum apabila nombor yang diberi Anwar itu 'naik'.
Editorialblog bukan hendak membuat pembohongan di sini, tetapi hakikatnya selepas bertahun-tahun menjadi wartawan dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan, sekadar mahu menyatakan kebenaran, editorialblog memahami sangat-sangat siapa Anawar Ibrahim. Sehingga pada suatu ketika editorialblog mahu hanya merujuk DSAI sebagai Anwar saja, tanpa pangkat Datuk Seri itu. Bukan marah, tetapi selepas mengetahui siapa DSAI, editorialblog berpendapat beliau tidak layak dipanggil Datuk Seri.
Terpulang kepada sesiapa yang membaca apa yang editorialblog tulis ini untuk membuat ulasan. Untuk menyatakan bahawa editorialblog adalah pro kepada seseorang juga terpulang. Apa yang editorialblog tulis adalah berdasarkan kepada pengamatan selepas hampir 25 tahun menjadi wartawan.
Ya, ada orang yang pernah terlebih dahulu menjadi wartawan. Tetapi mereka tidak berterusan menjadi wartawan, sebaliknya mereka menjadi pemimpin politik. Ramai yang menjadi Yang Berhormat, selepas menjadi wartawan. Mereka boleh mengaku "aku jadi wartawan lebih dahulu daripada engkau". Ya! kita akui. Tetapi apabila mereka berhenti daripada bekerja dengan sesebuah organisasi akhbar atau majalah atau penerbitan, maka mereka tidak layak digelar wartawan, tetapi kita sebut mereka sebagai penulis.
Editorialblog tidak menafikan kebolehan DSAI. Editorialblog tidak menafikan bahawa DSAI juga memainkan peranan dalam pembangunan negara ketika beliau menjadi menteri, Timbakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pembangunan dan kebaikan untuk rakyat yang dibawa oleh DSAI adalah kewajipan beliau apabila beliau menjerumuskan diri dalam arena politik dan menjadi pemimpin. Itu adalah hakikatnya. Dan hakikatnya, menjadi pemimpin tidak bererti bebas untuk melakukan apa saja. Ingat! walau setinggi mana kita, ada lagi yang lebih tinggi.
Apabila kerajaann dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir menyingkikan Anwar, mengenakan tuduhan penyelewengan dan tuduhan sodomy, agak terkejut juga editorialblog pada masa itu kerana kami menyokong DSAI. Maka di kalangan para wartawan kanan ketika itu mula mencari kebenaran dengan mendapatkan maklumat apa yang sebenarnya berlaku. Selaku wartawan, kami terikat dengan bermacam-macam akta, maka ada di antara maklumat itu yang tidak boleh kami tulis atau terbitkan dalam akhbar. Ketika itu tidak ada lagi laman blog.
Apa yang kami perolehi? Memang patut pun DSAI dikenakan semua tuduhan itu. Konon ada konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau adalah tidak benar. Semua gerak geri DSAI diketahui. Gerak geri dan perangai orang-orang di sekeliling atau yang rapat dengan DSAI juga diketahui. Editorialblog bukannya maksum, tetapi editorialblog lebih baik daripada DSAI dan orang-orangnya.
Apabila, munculnya satu lagi laporan polis mengenai tingkah laku dan sikap DSAI Sabtu lalu, editorialblog tidak terkejut. Dalam bahagian 40 editorialblog sudah menyatakan bahawa laporan perubatan dan DNA ke atas pengadu Mohd Saiful, menunjukkan DSAI terlibat meliwat pengadu. Siasatan untuk mengenalpasti DNA dilakukan oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ramai di kalangan kita yang hanya mengetahui bahawa apabila disebut DNA makan akan tertumpu kepada 'AIR MANI' sama ada lelaki atau perempuan. Ya! DNA seseorang boleh dikesan menerusi anir mani. TETAPI, dari sudut forensik, rambut yang semuanya dikategorikan sebagai bulu juga mengandungi DNA. Bulu diatas kepala kita mempunyai DNA, bulu dicelah ketiak kita mempunyai DNA, bulu yang tumbuh diliang roma (bulu roma) juga mengandungi DNA, apa lagi bulu dicelah kelangkang kita juga mempunyai DNA.
Dan harus diingat bahawa setiap sentuhan antara kita dengan orang lain, akan meninggalkan sesuatu yang halus yang apabila disiasat menerusi forensik maka akan dapat menunjukkan adanya kesan sentuhan. Contohnya dalam kes rogol dan bunuh: Forensik bukan sekadar menganalisa air mani, tetapi juga kesan lain, mungkin rambut atau bulu lain milik pembunuh.
Dalam tulisan di atas editorialblog menyatakan bahawa pernah suatu ketika menjadi penyokong DSAI. Tetapi apabila mengetahui siapa DSAI, maka editorialblog tidak ragu-ragu untuk menyatakan DSAI bukan orang yang layak menjadi pemimpin. Tetapi, editorialblog mengakui kebijaksanaan DSAI dalam memanipulasi kepercayaan orang rami terutama pengikut fanatik beliau. Rakan editorialblog yang terdiri daripada kaum China tidak mempercayai DSAI. Mereka berkata bahawa DSAI lidah bercabang kata mereka.
Kepandaian DSAI boleh dilihat apabila beliau 'melarikan' diri dan meminta perlindungan daripada Kedutaan Turki. Alasan beliau kononnya nyawa
beliau terancam. Sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa memberi jaminan keselamatan terhadap beliau dan jaminan sama juga diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Maka barulah beliau berani keluar daripada bersembunyi dan terus membuat aduan polis di Shah Alam, semalam. Kenapa di Shah Alam? Tidak di Kuala Lumpur. Rumah beliau di Kuala Lumpur.
Itulah kebijaksanaan DSAI yang tidak dapat dikesan oleh Pak Lah dan menteri-menterinya. Sebenarnya apabila DSAI mendakwa nyawanya terancam selepas dakwaan sodomy oleh Mohd Saiful, beliau mencari tempat untuk bersembunyi. DSAI hanya membuat dakwaan bahawa ada ugutan bunuh dan bimbang keselamatannya. Kenapa beliau tidak membuat aduan kepada polis mengenai ugutan itu sebaliknya lari bersembunyi di Kedutaan Turki?
Sebenarnya, dakwaan kononnya ada ugutan itu hanya rekaan DSAI. Apabila keselamatannya dijamin sendiri oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri maka sudah pastilah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terpaksa memberikan kawalan keselamatan terhadap beliau. Bayangkan, seorang yang didakwa melakukan jenayah iaitu sodomy kini diberi kawalan keselamatan oleh polis! Penduduk kampung dan rakyat jelata yang terdedah kepada bahaya tidak pula mendapat kawalan keselamatan seperti diperolehi oleh DSAI.
Apabila mendapat jaminan keselamatan itu, maka DSAI boleh bermegah. Beliau keluar daripada persembunyian dan terus membuat laporan polis di Shah Alam, Selangor. Selangor? Ya! Selangor adalah negeri diperintah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar adalah penasihat PKR. Apa yang berlaku di Shah Alam, malam tadi?
Mengimbas kembali saat beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka DSAI pun mengadakan tunjuk perasaan. Ribuan penyokong beliau berkumpul untuk melakukan reformasi di jalanan. Maka berlakulah demonstrasi jalanan. Anwar berucap berapi-api didepan
penyokongnya sama ada di Masjid Negara atau di rumah beliau. Beliau dan penyokongnya termasuk beberapa orang yang digelar alim ulama melakukan solat sunat beramai-ramai meminta Tuhan menunjukkan kebenaran. Apa yang berlaku selepas itu? Tuhan telah menunjukkan kebenaran yang diminta oleh Anwar dan penyokongnya ketika itu dengan mensabitkan Anwar dengan tuduhan yang dikenakan.
Mereka telah bersembahyang sunat meminta Tuhan menunjukkan kebenarannya dan Tuhan telah tunjukkan kebenaran. Kalau DSAI tidak bersalah, Tuhan akan menyelamatkan beliau selepas ribuan orang mengadakan solat sunat meminta ditunjukkan kebenaran. Ketika itu KEBENARAN SUDAH DITUNJUKKAN. Tetapi ketaksuban menyebabkan orang pun lupa mengenai sembahyang sunat dan permintaan ditunjukkan kebenaran itu.
Ketaksuban juga menyebabkan penyokong DSAI alpa dan lupakan siapa DSAI.
Dan apa yang berlaku di Shah Alam malam tadi selepas Anwar membuat aduan polis di IPK Selangor? Malam tadi kira-kira 20,000 orang membanjiri Stadium Malawati untuk mendengar Anwar memberi ucapan. Sama seperti selepas beliau disingkirkan oleh Tun Mahathir dahulu. Maka Anwar dan penyokongnya berkumpul di Shah Alam, ibu negeri yang diperintah oleh PKR dengan diberi kawalan keselamatan istimewa oleh polis. Menteri pun tidak dapat kawalan seperti itu. Tetapi sekarang polis memberi kawalan keselamatan terhadap orang yang dalam ucapannya hanya mengutuk dan merendah-rendahkan kerajaan sekarang. Memang patut pun kerajaan sekarang dipandang rendah.
Rata-rata kalangan para editor MSM tidak terkejut dengan tuduhan liwat yang terbaru itu. Semalam pun, laporan perubatan dan pemeriksaan keatas pengadu iaitu Mohd Saiful sudah siap dan diserahkan kepada pihak berkuasa iaitu polis untuk menjalankan siasatan lanjut. Editorialblog sudah
memberikan sedikit maklumat pada laporan bahagian 40 iaitu mengikut laporan perubatan berkenaan, pihak perubatan iaitu doktor di Hospital
Kuala Lumpur mengesahkan bahawa DNA (sekali lagi ditegaskan iaitu DNA) Anwar memang dikesan pada pengadu. Maklumat juga menyatakan
bahawa kondominium tempat berlakunya kejadian liwat itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
Anwar telah menuduh bahawa adanya konspirasi politik dalam hal ini. Marilah kita berfikir jika benar ada konspirasi! Berapa orang yang terlibat
untuk melakukan konspirasi? Jika ramai yang terlibat dalam konspirasi itu maka rahsia sukar ditutup. Adakah doktor di HKL juga berkonspirasi
untuk menjatuhkan DSAI?
Jika sebelum ini, telah ternyata DSAI bersalah (seperti yang telah ditunjukkan oleh Tuhan selepas beliau dan penyokongnya melakukan solat sunat
meminta kebenaran), isteri beliau Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dapat menerima dengan hati terbuka.
Tetapi kali ini, jika terbukti juga DSAI terlibat dalam kes liwat itu, apakah Wan Azizah terus menerima hakikat itu, sedangkan beliau bersarung tangan
(untuk bersalam dengan orang yang bukan muhrim). Apa agaknya yang Wan Azizah akan lakukan? Terus percaya kepada DSAI? Sedangkan para
editor kanan MSM yang mempunyai pengalaman luas sudah mengetahui bahawa Wan Azizah sendiri sudah was-was terhadap DSAI selepas
bermacam-macam skandal DSAI didedahkan sebelum ini.
Walau apa pun, Wan Azizah akan berada di sisi DSAI. Tetapi atas kapasiti untuk menjaga maruah keluarga, bukannya hormat kepada DSAI lagi.

3 comments:

The Good Evil said...

Saya pun pada mulanya tak percaya bila Dr Mahathir dedahkan salahlaku DSAI.

Tapi, kawan sy yg bertugas di Bkt Aman telah menunjukkan rakaman2 seperti dalam www.youtube.com/no2anwar - dan juga laporan2 sulit SB yg amat memeranjatkan saya.

Saya tak menyangka DSAI sanggup melakukan perkara2 terkutuk dgn selambanya! Tapi memang tepat seperti yg Hamid Alba kata, Anwar sedang buat lakonan. Yang herannya, ramai yg tak menyadari bahwa lakonan Anwar yg tagih simpati US ini akan memporak-perandakan ekonomi negara. [ saya salut Dr Mahathir yg dah lama terhidu pekong DSAI ini, mungkin sebab CheDet ada hidung yg lebih power dari kita semua ... hehhee ampun Tun !!! ]

Jangan lupa tengok video pengakuan pasangan2 DSAI di : www.youtube.com/no2anwar

Anonymous said...

anda juga tidak mengikut hukum ALLAH yg bercakap tanpa bukti.rambut pun boleh jadi proof utk dna memang tidak sukar utk letak bukti2 palsu,jagalah diri anda supaya anda tidak banyak disoal di akhirat kelak..bimbang tak sempat minta maaf,anda di jemput pulang.jgn dengar cakap org melainkan anda ada di situ atau saksi anda org yg dikatakan ALLAH amanah.jgn mengelirukan org. atau ajak org berbuat dosa sama.

Repulse said...

Saudara Anonymous July 2, 2008 di atas adalah fanatik Anwar yang typical. Gaya lenggok penulisan fanatik Anwar senang dikenal pasti apabila mereka menulis.

"Nyatakanlah kebenaran walaupun ianya pahit."