Thursday, July 10, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 47 - Pelan peralihan kuasa kepada TPM) UPDATE

Malaysia’s prime minister says he will hand over power to his deputy in mid-2010.
The announcement by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is likely to appease dissidents in his United Malays National Organization party who have been
clamoring for his resignation since a recent electoral fiasco.
Abdullah told reporters after chairing a meeting of the ruling party Thursday that he will step down and hand over the post of party president to Deputy Prime Minister
Najib Razak "by the middle of 2010."
Traditionally, the party president
becomes the prime minister.


Benarkah?

Benarkah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melakukan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010?

Para editor kanan MSM sudah diarah 'bersiap sedia' terhadap kenyataan Abdullah selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan perjumpaan beliau dengan Ketua Umno Bahagian di PWTC malam ini. Maknanya benarlah adan keputusan besaryang akan dicapai dalam mesyuarat malam ini.

Tetapi, arahan 'bersiap sedia' itu juga pernah diterima sebelum ini bagi beberapa isu lain dan tidak menjadi kenyataan.

Namun, memang maklumat yang diterima mengatakan Pak Lah hanya bersedia berundur dalam bulan Jun 2010.

Tetapi maklumat mengatakan "Pak Lah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya", bukan "menyerahkan jawatan PM kepada Najib".

Dua maklumat dan pernyataan berbeza. Dua maklumat yang membawa interpretasi berbeza.

Peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib sudah diperkatakan sejak selepas 'tsunami politik' melanda negara dalam keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu. Keputusan yang menyaksikan Barisan Nasional dan Umno di bawah Pak Lah tewas teruk dalam sejarah politik Malaysia.

Sudahlah gagal merebut Kelantan daripada tangan Pas, rakyat di empat negeri lain termasuk di negeri Pak Lah sendiri hilang kepercayaan kepada BN, sebaliknya menyokong pembangkang. Semuanya gara-gara kelemahan Pak Lah serta menteri kanannya dan sikap kronisma yang melibatkan menantunya Khairy Jamaluddin atau KJ.

Sejak daripada itulah, ramai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat serangan terhadap Abdullah dan menggesa beliau berundur, menyerahkan kerusi PM kepada Najib, namun Pak Lah tetap berkeras dengan mendakwa kononnya beliau mendapat sokongan majoriti rakyat. Memanglah, mendapat sokongan apabila menang lebih banyak kerusi daripada pembangkang, tetapi BN tidak ada majoriti 2/3 di Parlimen.

Serangan terhadap Abdullah berterusan dan semakin panas dengan pelbagai tuduhan, malah kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen (kenaikan paling tinggi pernah dibuat) mencetuskan bantahan di seluruh negara.

Namun, tiba-tiba rakyat lupa kepada Pak Lah, kemarahan terhadap pentadbirannya yang menaikkan harga minyak dan kelemahan politik tertutup rapat. Semuanya berpunca daripada Akuan Sumpah penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Najib, isterinya Rosmah Mansor, pegawai kanan tentera terlibat dalam pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya.

Malah, Najib dituduh mengadakan hubungan seks dengan model itu dan Rosmah pula berada di tempat kejadian ketika Altantuya diletupkan menggunakan C4. Ramai yang mengaitkan Najib juga ada kuasa untuk membawa keluar bahan letupan C4 yang digunakan polis dan Angkatan Tentera Malaysia. hanya kerana Najib juga Menteri Pertahanan.

Isu panas meletup lagi yang mengalih terus perhatian rakyat terhadap kelemahan pentadbiran Abdullah.

Kali ini, Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh meliwat. Aduan liwat dibuat pembantu khas beliau Mohd Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara. Negara menjadi kelam kabut. Panas lagi apabila Anwar lari bersembunyi di rumah Duta Turki selepas laporan polis dibuat oleh Mohd Saiful.

Timbul pula isu lain apabila penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat Akuan Sumpah pertama menuduh Najib terlibat dengan Altantuya. Kenyataan media dibuat di Ibu Pejabat PKR dengan Anwar turut hadir. Tidak sampai 24 jam, balasubramaniam menarik balik Akuan Sumpahnya dan membuat Akuan Sumpah kedua yang mengatakan Najib tidak terlibat dengan Altantuya. Lepas itu, bala pula hilang.

Isu liwat, Altantuya, Najib, Rosmah, Mohd Saiful, Balasubramaniam terus berlegar di sekeliling orang ramai setiap hari. Ada saja berita dilaporkan sama ada dalam MSM atau laman web dan blog.

Tetapi, sejak pagi tadi sudah heboh di kalangan ahli MT umno bahawa dalam mesyuarat malam ini, Abdullah akan mengemukakan pelan peralihan kuasa kepada timbalannya.

"Pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri" - bukan - "Pelan peralihan kuasa kepada Najib"!

TEMPOH MASA: Hampir dua tahun dari sekarang. (Macam-macam boleh jadi).

No comments: